Friday, April 9, 2010

PENJELASAN YANG TERANG.

PENJELASAN SOAL PILIHAN RAYA PMRAM YANG DIHANGATKAN.



Salam pertemuan pada semua pembaca pada ahli mahasiswa PMRAM dan seluruh yang membaca hasil nukilan ini,sebelum ini ana pernah bawakan soal DUA perkara yang menjadi buah mulut sebilangan kecil mahasiswa baru mesir ini.Untuk bertanggunjawab atas apa yang ana tulis di artikel yang berlainan maka ana akan cuba bawakan sedikit penjelasan yang serba ringkas bagi pembaca sekalian.

1) PERKHIDMATAN MEJA PENDAFTARAN (SPR) 2009.



-Bagi menjawab isu ini,ana mencari jawapan pada yang berhak menjawabnya dan berpengalaman tentang isu ini.Ana katakan dalam tulisan yang lepas bahawa ‘tactical’ semakan pendaftaran SPR yang diusahakan bagi menarik pengundi adalah salah dan menyebabkan ramai dikalngan ahli tidak keluar mengundi,tetapi pada HAKIKATnya yang tidak mendaftar hanyalah dari lisan seramai 12 orang dan ini bermakna jumlah yang akan keluar mengundi adalah melebih 90% pada tahun ini.Bagi yang tidak berdaftar untuk semakan kali ini adalah disebabkan permasalahan lampau yang menyebabkan keahlian mereka harus dipertimbangkan oleh pihak PMRAM sendiri.Seperti mana yang berlaku di SELANGOR sekitar tahun 2005 pelajar yang bersama dengan jemaah PMRAM akan dihalau dari kediaman seandainya mahu mengekalkan DERMASISWA ZAKAT bagi yang BERHAK.Oleh yang demikian kesulitan dari kisah melambatkan sesi pendaftaran bagi kali ini,dan semua ahli PMRAM sendiri tidak menyedari bahawa sesi ini kita akan berdepan dengan pilihan raya CALON (BP) PMRAM yang terbesar yang ana kira telah lama terkubur sejak 14 tahun yang lepas.Ana rasa semua persoalan tentang MEJA PENDAFTARAN yang kaku tidak bergerak telah pun menjadi spekulasi semata.Ini bermakna kesedaran tentang soal tanggungjawab ini masih tergantung di leher-leher ahli bagi mereka semua membuang undi pada 10/4/2010 untuk sesi 2009/2010 kali ini.

2) TEMPOH MATANG BAGI SESEORANG PENGUNDI.



-Hal ini juga menjadi topic hangat dikalangan ahli sendiri.ahli baru yang semangat berkobar-kobar untuk turun ke medan pengundian dan memangkah calon yang dianggap layak untuk kerusi SATU FIKRAH SATU AMAL ini.Mana tidaknya kejutan budaya tentang pengundian ini menjadi faktor kepada mahasiswa baru untuk turun padang bersama.Oleh yang demikian ana akan jelaskan tentang apa yang ana nukilkan sebelum ini mengenai tempoh matang ini SEPATUTNYA dikurangkan selama LIMA bulan sahaja.Hakikat yang perlu diterima bagi semua ahli baru PMRAM (MAHASISWA AZHAR 09/10) kali ini adalah, tempoh matang ini adalah satu perkara yang termaktub secara rasmi didalam UNDANG-UNANG TUBUH PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIB ARAB MESIR (PMRAM) sendiri.Untuk mengubah satu perkara dasar adalah perkara yang agak sukar dan memerlukan pengkajian yang terperinci bagi tidak mendarurat mana-mana cabang pihak yang berhak tentang jemaah yang kita dokongi sekian puluhan tahun ini.Adalah perlu difahami bagi semua mahasiswa baru bahawa tempoh 6 bulan adalah satu tempoh mengenal calon secara terperinci,bukan sahaja memilih atas dasar AS-SOBIAH (PUAK KENEGERIAN) dan kehebatan berpidato individu itu,tetapi adalah bertitik-tolak kepada kelayakan yang kita lihat dari segi luaran dan dalaman calon tersebut.Mungkin sahabat-sahabat faham akan apa yang saya cuba jelaskan ini.Segala yang cacat datang dari ana.Niat ana adalah untuk membuka minda semua mahasiswa KHUSUSNYA mahasiswa baru kali ini.Semoga dengan pilihan raya ini kita masih berada didalam ruang lingkup 1 fikrah , 1 amal,dan mengamalkan cara politik mahasiswa yang sihat dari semua cabang tempat,akhir dari ana,selamat mengundi!!

Wasalam,

MUHD AMIRUL AMIN,
7/4/2010,
KAHERAH,MESIR.


Ruj : Sekitar ahli yang berpengalaman,Bahan bacaan PMRAM.

6 comments:

  1. ana sampai dh lupa nk mendaftar....ikut program PMRAM berkali-kali tapi nk daftar sentiasa lupa,,,hehehe.

    ana rasa enta berkelayakkan duduk dlm organisasi PMRAM...BP AMIRUL,,,keep it up bro,,

    ReplyDelete
  2. salam

    artikel yang menarik, tahniah teruskan.... Islam memerlukan mereka2 yang berjiwa besar untuk meneruskan kesinambungan perjuangan Islam khususnya di Malaysia tanah air tercinta.

    Pasakkan dalam diri dan jiwa, tegar bersama perjuangan Islam walaupun terkena semburan gas serta pancutan air pemedih mata dari POLIS BERWARNA MERAH!!! sebab tu la bukti di hadapan Allah pada hari kemudian, bicara di depan Allah dgn fasih lagi lancar..... bawaha telah aku selesaikan tanggungjawwabku sabagai khalifah di muka bumi....

    alhelmi

    ReplyDelete
  3. ala. ustaz adam ui... hehe.. xpe.. lupe 2 perkara bese.. wat sujud sahwi x?? hehe... ha... nk dok kat dalam organisai nde sukar... tp ustaz dulu nek.. ana ikut.. hehehe

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah sempat gak lah sujud sahwi,,,hahaha

    tak pe,,,klu sukar kita naik perlahan2 dulu,,,yg penting ana nk enta jadi ajkt bkasm dulu,,ana yg akan calon kan enta...hehehe,,,tunggu.......hehehe

    ReplyDelete
  5. haha... ingat ana nk sign ke borang calon.. hahaha.. xla... bukan ape.. ramai lagi yang bgus.. ilmu yg ada pun xleh nak bawa diri sendiri.. ayat poyo je kan.. hahaha

    ReplyDelete
  6. mmg ayat poyo pun,,hahaha
    ape2 pun bawa diri sendiri untuk org lain,,dan itu adalah yg terbaik,,kerana ia salah tempat untuk melatih kita sebagai seorang yg berkepimpinan...

    jujurnya ana dah lihat enta seorang yg berkepimpinan... dr sekarang enta perlu creat cara untuk menjadi seorang pimpinan yg intelek..dan last sekali jgn terikut-ikut cara org lain,,,ok bro,,,gud luck for exam,,jgn lupa ingatkan kawan2 yg dh kurg semanagt..

    ReplyDelete