Friday, April 9, 2010

KEMATIAN SATU KEPASTIAN



KEMATIAN SATU KEPASTIAN

“Setiap yang hidup akan merasai mati” al-quran.

Beginilah kehidupan,kejap dan sementara itu eprkara biasa.Syahdu melihat pemerigian seorang mahasisiwa Azhar Mesir pada tengahari semalam 4/4/2010,seorang mahasiswa anak kelahiran perak ini,menuntut ilmu bersama tajaan dari Perak telah mengalami kemalangan di kaherah tengahari semalam dan mengakibatkan kematian akibat kecederaan yang teruk.

Pada tarikh yang sama juga dunia telah kehilangan ulama besar ,ulama Arab Saudi, Syeikh AL-HABIB Abd Kadir As-Saqaf golongan ahli keturunan RasulAllah,ulama besar ini telah banyak menyumbang tenaga fizikal dan mental demi islam tercinta.
Beginilah kehidupan,selepas pemergian Ulama Besar Al-Azhar,Syeikh Syed Tantawi banyak juga kita dengar tentang pemergian ulama-ulama kita yang terus membawa ilmu mereka bertemu ALLAH TAALA yang maha kuasa.Alangkah sedihnya dunia,alangkah dukacita nya alam apabila mereka ini telah meninggalkan dunia yang mana masih mendambakan nasihat dari mereka.

Kadang-kadang ana terfikir akan kematian yang terlalu dekat.setipa detik ana terfikir,ketika mahu melintas jalan,ketika dalam bilik air.ketika tidur,ketiga-tiga tempat ini selalu sahaja menjadi tempat terakhir seseorang,dijalan raya akibat dilanggar,di bilik air akibat tergelincir,apabila dicabut nyawa ketika tidur,alangkah berahsianya ALLAH S.A.W dengan hambanya akan tarikh kematian itu,ini adalah disebabkan agar hambanya selalu beringat dan menjauhi maksiat.Bagaiamana pula rakan-rakan???

Apabila ana melihat maksiat yang berleluasa,dengan pelakunya yang masih muda,pelakunya yang selalu mengatakan “ah!! Kita muda lagi” “nak tobat time tua la bro!” dan segala macam lagi dialog yang keluar dari kerongkong anak tekak milik kekal ALLAH S.A.W itu.Ketahuilah rakan-rakan,tiada siapa yang dapat membatu mereka selain kita yang tahu akan jalan kepada ALLAH S.A.W ini.
Akhirnya,semoga dengan ‘Zikrul Maut’ ini dapat menambahkan keimanan kita akan kekuasaan ALLAH ini.Tiada yang berhak akan kita melainkan ALLAH,tiada yang layak pada kita selain kelaykan ALLAH hanya untuk kita.WallahuA’lam.

Muhd Amirul Amin,
6/4/2010

3 comments:

  1. inalillah atas sahabatmu juga tuan syeikh itu.ya,takot kalau x smpat brtaubat sblm mati,jugak memikirkan dlm keadaan bgaimana kita pergi?ya ALLAH...

    ReplyDelete
  2. inilah hakikat yg harus kita hadapi.. alfatihah..

    ReplyDelete
  3. maut tak tunggu masa tak tunggu walaupun sesaat...manusia mengibarat kan seolah-olah hiudp sempat dengan bertaubat,,,sedangkan taubat itu sendiri sudah tunggu kita bila2 masa....agak sombong manusia itu,,muhasabah bersama...

    ReplyDelete