Friday, April 9, 2010

MASIH LAGI PERKARA YANG SAMA BERULANG.

BILAKAH LAGI????

Salam keindahan islam,

Bertemu lagi kita didalam ruangan kecil ana ini,rasa tidak tahu apa yang mahu ana nukilkan lagi,dengan kepadatan masa dan sikap buang masa yang sering ana amalkan,membuatkan ana lemah tidak berdaya untuk meneruskan penulisan ini.Ana terfikir bahawa inilah cabaran dalam dunia penulisan,dunia yang penuh pengharapan kepada tujuan mata pena,yang sering disalah ertikan.Ana mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang Berjaya membaca segala post ana untuk tujuan dakwah ini,sekiranya tiada cinta ana pada ALLAH maka tidaklah ana berada di pentas ini.Ana mengharapkan sahbat-sahabat agar lincah menulis dalam menggarap segala apa yang disuruh oleh RASULALLAH SAW, untuk ummah sekalian.

Dalam muqaddimah yang cukup ringkas ini,tidak ingin ana untuk berceloteh tentang diri ana,tentunya kita mahukan yang lebih dari itu,penulisan ana kana terus menjerumus kepada PERMASALAHAN yang berlaku disekeliling kita,bagi sahabat yang berada di Malaysia sahabat juga maklum apa yang berlaku mengenai rakyat di Malaysia.Itu sahabat sendiri boleh fikirkan dan cuba cari jalan keluar dengan ‘tactical’ yang menarik.Kini dapat kita lihat bahawa lambakan pelajar melayu mengalami konflik identiti yang cukup serius,dengan sistem yang merosakkan ummah sendiri kita tidak dapat lari dari hal ini.Memang benar seandainya ana katakana bahawa pelajar menengah ataupun mahasisiwa sangat-sangat bermasalah.Ana rasa hal ini terlalu umum untuk ana hujahkan,sejakbelumnya ada ‘KLCC’ masalah ini sudah dihujahkan,tetapi pihak yang sepatutnya buat apa?? Hanya ikut arus kemodenan,ikut arus kemaksiatan,ikut arus globalisasi yang cukup meruntuhkan ummah.Puas difikirkan tetap ditakuk itu.Hanya mengharap pada yang _ ESA.

Baiklah,ana akan terus masuk kepada isi yang ana mahu bawakan,ana rasa sudah cukup masa yang diberikan bagi meluahkan apa yang terjadi ditempat ana.Masalah tidak sebesar mana,Cuma tidak akan selesai seandainya kita cuba lari dari masalah.Puas ana katakan didalam benak hati ini,tetapi ana bukan punya pedang penglima ditangan.Pelajar perubatan ditempat ana masih dalam tahap perlu dijaga bagai MOTOR-MOTOR yang kita baru beli.Mereka ini tidak berada dalam satu pemikiran yang serasi dengan kita.Kita punya prinsip yang berlainan dengan mereka,prinsip dalam kempimpinan,prinsip pergaulan,semuanya berbeza dengan jiwa muda mereka.Tetapi sayang,dengan tidak cekapnya corak ‘tactical’ yang ‘tersedia’ menjadikan mereka ingin keluar dari ruang cahaya ini.Mereka tidak mahu lagi berada dalam satu cahaya yang sebenarnya boleh menerangi mereka,kini,mereka masih belum ‘nampak’ lagi.Dimana panglima yang gagah ketika mana anak tentera parah terkena panahan musuh?? Panglima sering memberi semangat pada anak tentera matang tetapi,rekrut yang baru sering dipanah kerana saranan panglima tidak pernah berkesan pada rekrut itu.Rekrut kecil hati,lalu rekrut rancang untuk tidak bersama panglima lagi,maka perpecahan berlaku,peperangan kian tersedia dihadapan.Jaga-jaga sang Panglima.Ini yang ana dapat ‘kias’ kan dengan corak gambaran awal yang berlaku.Ana tidak salahkan sesiapa,Perubatan?? Pengajian islam?? Bukankah kedua-duanya ilmu ALLAH???? Adakah ditakdirkan bahawa ‘Medical Program’ satu lessen untuk kita langgar ‘road block’ ALLAH???


Pengajian islam kalau tidak solat subuh satu aib besar,Perubatan kalau tidak pandai bernahas inggeris satu malau besar,benar?? Ini hakikat,sedangkan kedua-duanya saling memerlukan.4 tahun Pengajian islam,6 tahun Perubatan,bezakah?? Tetapi apa penyebab berlaku jutaan masalahdan kes sosialdari kalangan MEDIC hingga membotakkan kepala mereka yang bertanggungjawab???? Ana telah sebutkan diatas tadi,cerita ana ana cuba selitkan tadi cukup jelas tentang segalanya.Mereka yang dihanyutkan arus ini tidak mudah untuk berpaut pada dahan di bibir-bibir sungai senadinya tiada penghulur dahan yang kuat untuk membawa mereka ke daratan.Mereka tidak bersalah,tetapi kita semua yang bersalah pada mereka.Harapa ada tindakan susulan.

No comments:

Post a Comment