Thursday, October 29, 2009

Perbincangan di ShoutBox,kita hujahkan......

Salam buat rakan-rakan semua....
kini ana masih mampu mencoret sebuah kisah demi waktu yang terluang...

Dalam shoutbox yang terbaru ana terpanggil dengan komen yang diberikan oleh rakan-rakan sekalian.Ana tidak kenal siapoa gerangan beliau walaupun nama telah dilampirkan.Walau apapun,yang menjadi titik tolak disini masih ada lagi yang mahu bercinta dengan agama dan merindui isu didalamnya.Kini ana akan hujahkan bersama.

Ada yang mengatakan ana seorang yang berpegang kepada prinsip sendiri yakni "taksub" pada sesuatu hinggaklan ana tidak pernah mengambil isi atau fikrah dari yang lain dalam kosa kata hidup ana.Sebenarnya ulama muktabar mutakhirin kini, menyifatkan bahawa kita perlu memanifestasikan kata-kata dengan amalan kita.Mungkin ramai yang tidak paham dengan kalam ana,mahupun sebagitu yang terasa akan memahaminya.Selaku seorang bakal ulma' dan dai'e ana harus berdepan dengan ujian yang mendatang.Ana tidak perlu kisah denagn rintangan yang datanag dari pihak lawan khususnya.Tetapi dalam menjadi seorang yang berjiwa ulama ana akan menggunakan uslub kata-kata dengan terpelihara dengan itu segala perlakuan ana akan dipandang "siqah".Ini yang menjadi keperluang kepada kita sebenarnya,tidak kisah yang "da'ie" ataupun "mad'u"(yang didakwah) seharusnya bersikap terbuka dalam ruang lingkup islam sendiri.Jangan jadi jumud,jangan jadi bebas berfikir(sekular).


Segala yang terjadi sebenarnya rasa dengki kepada perjuangan seseorang,kamu boleh sekat perjalanan ana,kamu boleh matikan segalanya untuk mematikan ana,tapi kamu tidak akan mampu mematikan semangat ana selagi mana ana di bumi MESIR ini.Kalau kamu semua mengatakan cara dakwah ana berlainan dengan konsep kamu,kamu boleh katakan manakan sejarah telah membuktikan yang mendakwah tidak akan ramai dari yang didakwah.


Kesekian kalinya kita harus menjadi pembaca yang setia daripada menjadi pendengar yang leka.Kita mendengar ceramah daripada mengkaji apa yang disampaikan boleh merosakkan pemikiran kita(saqafah).Budaya malas membaja wujud dari semua insan yang leka dengan sifat mahu menentang tanpa mengkaji.Allah akan memenangkan musuh yang legih mahir dalam strategi perang daripada mukmin yang leka dan jahil dalam segi peperangan.Maksud disini kita perlu meningkatkan usaha kita dalam menaikkan syiar islam dimata akhirat dan dunia.


Akhir sekali,kepada semua pelawat yang mengunjungi blog ana,diharapkan dapat mengambil seidkit kata-kata ana sebagai ilmu dan yang buruk anada semua campak jauh-jauh.Tugas ana tidak berakhir disini,banyak lagi yanga ana harus teladani,seandainya ada kekurangan dalam penulisan ana,maka wajarlah pada anda semua menegur ana.Sudah sahih dalam hadis yang mana kita disarankan ingat-mengingati dalam mencapai isi kata mukmin sebenar.

Salam serikandi khulafa.

Monday, October 26, 2009

Khas Bagi Warga OTE SAMTTAR

Salam ukhwah kepada semua pelawat blog ana.
Sudah lama tidak bersua, rasa gelodak dijiwa.


Diharapkan rakan-rakan sihat hendaknya.Kehidupan ana dimesir makin bertambah baik,cuaca pun makin menghampiri musim sejuk.Kuliyah pun sudah bermula.Macam-macam ragam bagi kami pelajar tahun satu disni,biasalah budak baru kan.

Apa yang ana mahu bawakan dalam blog kali ini adalah perbincangan mengenai BLOG kesayangan ana iaitu Blog OTE.(http://ote-samttar08.blogspot.com/).Blog ini hasil wacana dari setiap ahli,maka blog ini diwujudkan hasil lelah kawan baik ana iaitu hanifah.Segala kelengkapan kita sajikan didalamnya.Dakawah,isu semasa,perkembangan persatuan juga kita sajikan.Tapi bagitulah ragam manusia,semuanya tidak sukakan pada perkembangan tetapi mahu bersaiang demi menunjukkan dir siapa abu lahab,siapa abu jahal,siapa qarun dan siapa firaun.Inilah realitinya,semua mahukan "tasmiah" iaitu nak tunjuk "hero".

Perkara yang paling ana sayang akan ana jaga setiap darinya,akan ana pastikan kehidupannya sempurna,tetapi apabila blog ini yang mana daripada persatuan yang paling ana sayang telah dicemuh bagai pihak dan bagai insan,ana terus tersentak,seandainya ana tidak bertindak,blog ini akan mati dan tiada fungsi dalam usia dakwah ini.Kepada semua rakan-rakan ana,ana kini jauh dari makam asala ana,ana dimesir jadi satu musykil bagi ana untuk meninjau seharian,bagi blog ini.Ana hanya berharap pada semua ahli OTE agar menjaga blog ini.KIta sudah tiada persatuan,maka peliharalah apa yang kekal kini.

Kalau ada yang katakan TINGKATA ENAM mereka pada zaman mereka hebat,biarkan ianya berlalu,jangan ambil sebagai ejekan dan cacian tetapi ambil sebagai ujian dari ALLAH,agar kita dapat perkuatkan persatuan ini.Kalau boleh ana mahukan semua ahli berjumpa dan berbincang,bagaimana mahu perkasakan persatuan ini.Andai anda tidak bergerak,OTE akan mati dan padam dari memori setiap ahli,yang hanya akan kekal adalah 2-3 kerat ahli sahaja.Bergerak demi persatuan kita,jangan biarkan anasir luar datang membantutkan apa yang telah kita lakukan sebelum ini.

Diharapkan kita bersama-sama dapat melhirkan rasa syukur kita pada allah diatas kekuatan persatuan ini,tiada yang lebih enak dari perasaan cinta pada persatuan Demi ALLAH yang kita sujud atasnya bersama,demi MUHAMMAD yang kita dakwa sebagai imam,demi AGAMA yang kita anuti bersatu,kuatkankanlah wahai rakan....
Seandainya perjuangan OTE ini telah lari dari islam,saya akan jauh tinggalkannya.


wasalam.

Saturday, October 17, 2009

Harapan ISMA kian LUMPUH.



salam sayang dari saya untuk rakan-rakan.
Bertemu lagi dalam ruangan ini.


Dalam kesibukan yang melanda berbagai pihak,saya cuba kehadapan bagi memberikan beberapa komen dan pendapat yang mungkin menjadi batu lonjatan kepada pemikiran-pemikiran kita semua.

Menjangkau sebulan dimesir ini,berbagai perkara telah saya ketahui dan amati khususnya bidang ilmiah ini.Kalau anda semua nak tawu,dimesir ni certita politik dia pon hebat,kalah politik dimalaysia,bukan politik mengenai kerajaan mesir,tetapi mengenai kerajaan malaysia juga,apa yang saya mahu tegaskan disini adalah penekanan pemikiran umno makin meluas dibumi yang cukup suci ini.


Umno kini makin hebat dimesir,mereka menggunakan saki baki pejuang agama untuk menguatkan lagi kaedah perjuangan mereka.Mereka sanggup menipu pihak tertentu bagi mendapat pengaruh dan kuasa.Mereka sanggup melakukan apa saja bagi mendapat kebatilan yang mereka sendiri inginkan.Kalau rakan-rakan mahu terang lagi,di tempat yang aya duduk ini,di mesir ini adalah kaherah,ramai pelajar melayu menetap disini.Jadi,kesatuan ini sering kali mempengaruhi minda remaja islam selangor dan malaysia bagi menjolok fikrah mereka agar pecah dari kepompong ukhwah islam.

ISMA adalah atu persatuan yang saya mahu ketengahkan.Persatuan ini asal nya persatuan islam bagi menguatkan lagi ukhwah islam.Tetapi itu hanya retorik semata,mereka hanya menggunakan islam sebagai pendinding kalam mereka.Mereka ini perosak bagi persatuan yang diiktiraf kerajaan selangor iaitu (BKASM).Mereka juga memproses ideologo sesat dari segipengaruh islam itu sendiri.Ramai pelajar baru yang setara dengan saya telah diburukkan pemikirannya dengan ideologi PERSATUAN BUSUK ini.Kalau anda berada dimesir anda paham apa yang terjadi.Anda paham apa yang umno dan ISMA dan KEDUTAAN berikan kepada umat melayu disini.Saya tentang mereka disini.Saya dan rakan-rakan yang masih mentah hanya melihat situasi ini dengan kesabaran dan penghayatan.

Mungkin ini tidak sesuai kita bincangkan sebagai perkara global,tetapi untuk info rakan-rakan saya cuba dedahkan sedikit,saya masih belum arif bab persatuan disini,tetapi untuk menilai mana yang baik dan buruk itu kepakaran bagi mereka yang punya ilmu di dada.Mungkin kini tindakan dari abang2 senior sudah mencukupi,dan kami yang masih mentah tiada takhta dalam genggaman hanya akan menyokong persatuan yang membantu kami sejak kami pijakkan kaki kami di mesir ini.

Saturday, October 10, 2009

Mesir dan Aku.....



salam....
buat semua pengunjung blog ni>>>>

Kepada semua kawan2 yg nga baca blog ku ini,hari ni dapat juga sy mengUPDATE blog ni.Bukan senang nak update tau.huhu.

Ya.. kini sudah sebulan sy di mesir,segalanya banyak berubah,dari segi tingkah laku dan segalnya makin hampir dengan allah.Hidup disini tidak sama ngn hidup kat malaysia.Cni zuhud sangat.Ulamak2 kat tepi jalan je.Wali allah dekat tepi2 longkang je duduk,kat cni baru kte tawu hebat ke atau x hebat org 2.Banyak pengalaman kat cni.hehe.. nek keteapi mana ada tingkap.hehe.. nek bas ngn org bawa kmbing kat atas bahu. macam2 la..

Pengalaman banyak mengajar aku hidup.Kat cni yang paling aku x larat nak tahan adalah rasa kerinduan.Rindu kat mak ayah.. aduh.. pedih sekali nak tahan.. tapi kena tahan gak.Rindu kat kawan2 pun sama gak.. ble tgk senyuman mak ayah,guru2,kawan2 kat gamba2 yg lepas,aku tawu dorang sedang merindui aku kembali.

Sebulan kat cni pon aku dah x tawu nak cte dari mana,indah betul islam kat cni.Suasana islam 2 mmg hidup kat tengah2 kota kaherah ni.Itulah cantiknya negara islam.

Kursus bahasa makin berakhir,mula2 bosan kursus bahasa ni,tapi lama2 sonok pulak,sebabnya masing2 dah mula pandai cakap arab dah ngn ustaznye..hehe.. cte bola la... macam2..

Apa yang ada diatas adalah coretan kenangan semata,hanyalah coretan zahir,tapi apa yang penting adalah dakwah.Aku rasakan 4 tahun disini adalah satu medan untuk aku bangkit menentang anasir jahat dimalaysia.Kalau aku je yang nak bergerak untuk halang sume kemaksiatan 2,aku x mampu..Aku perlukan kawan2 di sana juga.Jagalah suasana hidup sana.Pilih kawan dan pemikiran yang benar.Jangan mudah terpengaruh.Pastikan hiudp ini ada kepastian dan tujuan.

Azhar Alsyarif adalah kilang melahirkan ulama,seruan ini aku pegang dan pastikan diriku dan rakan2 ku disni akan menjadi ulama yang terlatih untuk bersuara dimalaysia.Kami tidak hanyut dengan duit,kami tidak gian dengan wanita,kami tidak gila dengan jawatan,berilah sejauh mana kehebatan duniawi,kami akan tolak.Seandainya benmar kata2 kami ini,barulah kami boleh digelarkan ulama.

Untuk kawan2 dimalaysia,

Belajar bersungguh2... ingatlah dunia memerlukan manusia yang menyebut islam,malaysia memerlukan orang2 yang belajar agama.Seandainya golongan yang belajar agama juga songsang dan berpenyakit kronik,maka hancurlah sialam rakan2... Anda semua mungkin x nampak lagi sejauh mana realitinya... tetapi ingatlah.. islam memerlukan kita.. Kalau bercinta itu merosakkan islam,berpisahlah dari perasaan itu,kalau pergi ketempat hiduran itu mendatangkan fitnah pada islam maka jauhilah.
Ketahuilah... kita akan berada dihadapan untuk disoal kelak...
adakah kita mampu menjawab semua soalan allah???
Kalau jawapan tentang diri kita masih belum kita selesaikan... bagaimana kita mahu cari jawapan untuk orang lain.. pahamilah.... Mungkin anda semua katakan,ah.... konon belajar agama alim lah 2!! konon pegi mesir hebat la 2!! katakanlah banyak mana carutan dan cacian.. aku x kan berundur walau selangkah pun dari menjaga kedaulatan islam....

Kepada rakan2... kita kekalkan kerinduan serta sayang kita hanya pada allah dan sebagai ukhwah kita... itulah benteng kekuatan kita.. terus maju bersama islam...