Wednesday, March 30, 2011

Penjelasan dari 'Saya'.Ini kebenarannya.

Assalamualaikum WBT
BERPADULAH DEMI KEPENTINGAN BERSAMA.

Sudah lama saya tidak menulis,hampir berbulan lamanya saya meninggalkan ruangan blog saya ini.Artikel terakhir sebelum saya berehat panjang adalah cerita ketika saya berada di Malaysia tentang perubahan watak manusia yang sering kali mendapat perhatian umum.

Selepas saya melalui pelbagai episod perjuangan hidup yang kian mencengkam hati,saya terus bergerak ke medan kehidupan ini dengan langkah kaki yang serentak.Tidak pernah saya berhenti berfikir bagaimana mahu menjadikan diri kita lebih berpotensi dan boleh menjadi penghasil produk yang berkualiti pada masyarakat.
Selepas pelbagai isu dan perkara yang saya kemukakan saya kian beralih tempat kepada apa yang berlaku kini di kawasan saya.Cerita bermula apabila saya telah berada di Malaysia selama sebulan.Saya berada di Malaysia dan berusaha mencari pengalaman dakwah yang sebenar.Saya pergi ke segenap kawasan bagi mencari titik kedamaian yang sebenar.Walaupun ilmu didada ini hanya senipis kulit bawang,saya tetap dengan misi yang sama apabila pulang ke Malaysia kelak.

Tapi apa yang berlaku usaha dakwah ini tidak dipandang secara serius,saya bagaikan pulang kosong dan kembali ke Mesir dengan buah tangan yang sudah tamat tempohnya.Saya tidak hairan apabila usaha saya tidak dipandang,ianya tidak pernah memberikan kesan dalam pergerakan saya di Malaysia.Cuma sedikit keseriusan dalam berkata-kata itu mampu kita atasi.

Saya cuba menulis agar tulisan saya tidak beremosi.Kini saya berada dalam sebuah corong hitam.Diselubungi fitnah dan dendam kesumat yang mendalam.Baru-baru ini apabila saya melakukan sedikit protes pada persatuan BKASM,saya dituduh pengkhianat pada prinsip saya,saya digelar 'Ahli Isma' yang baru bagi merealisasikan perjuangan isma sendiri.Saya dibenci hampir sebahagian ahli persatuan yang saya memegang tampuk pimpinan.Saya tidak tahu dimana realitinya.Tetapi kini,inilah yang berlaku.

Episod diteruskan apabila ramai dari penggiat perjuangan yang suci ini 'marah' kepada saya kerana telah hilang 'adab' dan 'tuturcara' saya sebagai seorang 'ahli exco' dalam peratuan saya.Ya! saya gak keterlaluan sedikit,tetapi ini adalah untuk membuka mata semua pihak bahawa sebenarnya ada perkara perlu diselesaikan bagi mencari kedamaian.Saya akui saya tidak hebat dan berkredibiliti tinggi,saya hanya insan yang hina mahu belajar erti kehidupan sebelum roh saya berlegar di kerongkong saya.

Keamanan yang dahulunya saya rasakan kini telah berubah menjadi kebencian.Ada diantara mereka-mereka yang menyebarkan 'bau busuk' mulut mereka bagi menjalankan misi kedengkian yang menebal.Saya teringat kisah 'Ustaz Halim' dahulunya ditolak secara serius kerana tidak 'sekepala' dengan pendirian yang sudah lama dijulang.Saya bingung kenapa ianya masih menjadi tanda tanya,dimana mereka yang terlibat bagi menjernihkan hal ini.

Saya tidak kisah dimarahi,dibenci,dihina,difitnah sedemikian rupa,saya mahu ingatkan bahawa saya punya maruah dan prinsip yang kekal,untuk memilih 'ISMA' atupu 'UMNO' sebagai tali perjuangan saya di Mesir,itu belum terfikir lagi.Saya masih setia pada yang  satu dan berpendirian yang teguh.Tetapi perlu diingatkan saya bukan mudah dipermainkan kerana saya tidak mengamalkan cara hidup yang 'Hipokrasi'.

Mungkin ini hal dalaman yang membuatkan ramai pihak tertanya dan tidak faham apa yang berlaku sebenarnya.Saya percaya musuh mencari peluang bagi kelemahan BKASM,ini bukan kelemahan organisasi tetapi kelemahan individu yang sering berkata dan tidak menyelesaikan menguikut apa yang perlu.Mengapa kita tangguhkan hal ini? kalau ini serius dipihak atasan maka lakukan sesuatu jangan didiamkan sehingga kudis merebak dan harus dipotong sebahagian anggota akibat mati fungsinya.

Saya ingin membuat kenyataan disini yang bawahasanya saya masih lagi berama dengan BKASM dan tidak pernah memilih mana-mana organisasi laini dan cuba menghasut ahli lain untuk ikut serta bersama saya.Saya masih lagi pimpinan BKASM dan saya mahu mereka yang terlibat dalam sesi fitnah ini diadili secara telus dan berwibawa.Mereka yang membuatkan adik-adik baru,lelaki dan wanita,abang-abang dan kakak-kakak lama,lelaki dan wanita membenci dan memarahi saya agar tampil memohon maaf kepada saya dan yang terlibat secara umum ataupun sembunyi.Saya minta ianya di perjelaskan secara umum bahawa saya masih berpendirian dan berperanan dalam organisasi ini.

Akhir kata,semoga kita semua mendapat berkat dan rahmat darinya.Saya percaya dendam dan kesumat tidak akan pernah hilang dimuka bumi ini,tetapi gunakanlah ilmu yang kalian tuntut secara efektif dan kita jadikan diri kita lebih berpotensi untuk masa akan datang.Kepada yang agak berselisih pendapat dengan sayaingatlah bahawa berselisih pendapat itu rahmat dan inginkan kita mencari titik pendamaian agar hidup ini lebih sempurna dan bahgia.

Mohamad Amirul Amin Maula LokmanHakim
Hayyu Asyir,Kaherah, MESIR | 3.23 PM | Rabu |
Sekian,