Saturday, December 31, 2011

Insomnia Masalah yang Dikaitkan Dengan Ujian.

Bertemu kembali!!

Assalamualaikum WBT.

Salam Juang,

Salam Hormat,

Sudah lama saya tidak mencoret pengkhabaran di dalam blog ini.Hampir berbulan selepas kecewa dengan pengkhabaran yang mengujakan,ini dapat dibaca pada tulisan saya yang lepas dengan tulisan yang agak kecil ‘Font’ nya itu.


Namun untuk kali ini saya akan terus menulis tentang warna kehidupan ini.Selalunya saya akan menulis tentang perkara yang berkaitan ‘Ilmiah’.namun untuk kali ini,saya masih belum menjumpai apa jua dokumen penting bagi saya untuk menghuraikannya.Mungkin untuk akan datang kalian akan membaca dengan lebih teliti penulisan ‘Ilmiah’ saya.



Untuk kali ini,mungkin seawal pengenalan ketika saya di Mesir ini.Selepas pulangbercuti,bagi menangguk segala pengalaman di Malaysia,akhirnya saya pulang ke mesir,bagi melanjutkan kuliyah berbaki 3 tahun lagi.Pada asalnya adalah 2 tahun,namun kandas sebentar dengan 3 subjek untuk semester kedua.Itu kepasrahan hati yang kalian nampak parutnya dalam lubuk hati.



Cerita sekembali ke Mesir mula berubah,kerakusan saya dalam membongkar sesuatu perkara telah selesai.Apa perkara itu.’Game Over’,itu sahaja ungkapan yang boleh saya lunaskan di ‘Media Umum’ ini takut dipanggil ke dalam bilik mesyuarat dan dihakimi mereka yang berkuasa.



Ujian demi ujian saya lalui dengan sukar,adakala sampai ke lewat malam sukar untuk tidur,bagi menyelesaikan permasalahan yang bakal saya tempuh keesokan harinya.Saya sudah biasa dengan keadaan sebegini,kerana awal tahun 2011 semasa menjawat jawatan penting dalam kesatuan ,saya juga mengalami masalah ‘Insomnia’.Bukan kerana penyakit,namun ‘Insomnia’ atas otak yang berfikir tanpa henti.Adakalanya status juga tempat meluahkan isi hati.Saya rasa tidak silap,kerana tiada kaitan dengan mana-mana pihak terbabit.Perlu perhalusi tulisan saya ini kerana,takut dipanggil oleh mereka si pemegang kuasa.



Malam ini,perkara yang sama berlaku,rumah sewa yang dihuni 9 orang bakal ‘Ustaz’ ini senyap seketika.Wal hal mereka hampir memnduduki peperiksaan.Inilah perilaku yang bagus,kerana tidur secukupnya bagi merehatkan otak yang sibuk bekerja di pagi hari.Sunyi.Sepi.

Apapun,saya.Saya hanya duduk dihadapan komputer riba kepunyaan sahabat.Mendakap pembacaan hingga mata tidak dapat membezakan ,yang mana abjad dan  yang mana objek.Jari jemari ligat menulis tanda hati ada kesumat duri yang belum dicabut rapi.

Hal ini berlegar dimata fikiranku.

Hal tentang pandangan manusia kepada diriku.Mereka tidak selesai mencari permasalahan.Adakalanya saya sedar akan perilaku yang agak ‘Ganas’ dalam mendepani sesuatu perkara.Jiwa ‘Samseng’ masa sekolah sukar diubati.Namun,saya bukan ‘Samseng’ seperti dahulu.Dimana mahu cari ‘Samseng’ yang sabar dan cekal semasa diheret ribuan masalah? Malik dalam KL Ganster 2, walau dibayar mahal,pasti sukar menghayati wataknya.



Saya berpendapat adalah sebenar yang terbaik untuk saya menyembunyikan cara hidupku dan berdepan dengan 9 rakan ini dan mereka yang menjadi tautan hati saya untuk menjalani kisah hidup ini.Ini satu coretan hati yang mengikut emosi.Jangan baca kalau mahu mengolah.Baca,sebagai kalian membaca komik yang sudah tahu jalan ceritanya ia ,bukan realiti pada hidup kalian.



Teruskan berjihad.

Pada yang bakal menduduki peperiksaan teruskan keazaman.

Sekian.

Mohammad Amirul Amin Maula LokmanHakim
Syariah Islamiah,Al-Azhar
Hayyu Asyir,Kaherah,Mesir.


Tuesday, September 13, 2011

Ini bukan takdirku.


*Ini bukan taqdirku ditulis untuk tatapan kalian yang berjaya dan tidak berjaya.Tahniah untuk yang dapat berada di tahun 3.


Oleh : Amirul Amin.

Hari ini hari yang lain bagiku,bagaikan baru terjaga dalam sebuah kurungan jejari hitam.Hatiku bagai dipenjara dek kerana rasa kekecewaan yang menebal.Hari ini aku bangun dan menghirup nafas yang kotor,nafas yang berbaur dengan kehitaman kisah yang lampau.Aku terus menggerakkan langkah dengan pacuan yang kurang bertenaga.

Aku masih letih.Keletihan yang membawa kepada penyakit.Badanku panas,rupanya aku seakan demam.Dergupan jantung masih kencang kerana fikiran ku tidak tenang.Aku demam kerana terkejut dengan khabaran berita dari timur tengah.Namun,aku gagahkan diriku untuk menulis coretan hina,demi mengubat perasaanku yang seakan remuk dan hancur ini.

Selepas aku membasuh muka,

Aku membuka laman ‘Facebook’.Aku melihat insan yang gembira dengan kerdipan kejayaan terus menitipkan rasa bahagia kepada rakan serta keluarga.Ada yang sering berbalas komentar tentang kejayaan mereka.Ada yang seakan menerima dengan redha.Ada yang tidak mampu menerima kegagalan,itu adalah ‘Aku’.

Aku menyandar didada dinding putih,sambil meletakkan tangan didahi ku.Aku menutup mata,menghela nafas yang panjang dan terkenang akan peristiwa pahit semalam.

Semalam ,selepas aku mendapat satu kiriman ‘Sms’ dari sahabatku tentang keputusan ‘Al-Azhar’ telah pun dipaparkan,aku gembira,kerana penantian selama ini telah tamat.Aku terus menghubungi sahabatku yang berada di ‘Mesir’.Minit selepas itu,aku rasakan bahang kerisauan pada sahabatku ketika ingin menyampaikan keputusan peperiksaan ku.Aku tersentak.Aku dikhabarkan,aku gagal dalam ujian ini.Air mata ku mengalir deras,bagaikan jalan dihadapan telah punah,bagai tiada iman meraung menyalahkan takdir.Aku hilang akal dan terus menutur kata kecewa.

Sebelum ini,aku pernah bertanya pengalaman sekiranya berada dalam lingkungan ‘I’adah’ (Mengulang tahun).Aku suka bertanya kerana aku suka memberikan kata dorongan kepada kawan-kawanku.Oleh itu,aku terus bernekad,aku tidak mahu gagal dan berusaha dengan jitu kerana aku seorang yang tidak boleh menghadapi kegagalan.Aku sedar siapa diriku.

Mainan perasaan berlegar di minda,segala perkara negatif yang akan menjelma akan datang.Soal kewangan,soal masa yang banyak terluang,cara untuk menghadapi manusia lain.Aku bingung.Otak ku berhenti berfikir.Aku sedar aku seorang manusia yang tidak cerdik,tapi berusaha untuk berjaya,namun itu bukan taqdirku.

Aku teringat kisah kebangkitan islam pada zaman Nabi Muhammad S.A.W.Empat peperangan besar itu adalah satu peperangan bagi mengejar kebenaran.Kemenangan pertama adalah Badar,kekalahan pertama adalah Uhud.Seterusnya kemenangan di renteti.Juga aku motivasikan diriku,tahun pertama aku Berjaya,tahun kedua aku gagal,tahun ketiga dan keempat aku bakal berjaya.Aku sejukkan hatiku dengan sirah ‘Nabawi’.

Moga Allah majukan sahabat juangku,dahulu kami lingkungan yang besar,separuh daripada itu telah kandas,tahun ini aku serta jua kandas,aku akui ‘Tuhan’ hanya memilih mereka yang layak di ‘Al-Azhar’.Al-Azhar bukanlah satu badan pengajian yang boleh diperolokkan.Kejayaan kalian dicatur ‘Tuhan’.Kalian tinggal 2 tahun berbaki.Kekalkan momentum kecemerlangan kalian.Jangan lihat ke belakang.Terus maju moga kita akan bertemu di ranjau perjuangan di Malaysia.

Aku dan rakan-rakan yang masih berada di tahun 2 akan mendoakan kalian.Walaupun di hati ini rasa cemburu,kecewa,hampa,gembira bercampur baur,ingatlah kejayaan kalian untuk agama dan bangsa.Gunakan kejayaan kalian untuk masa depan ummah.Jangan biarkan kejayaan sebagai bentuk kebanggaan yang boleh dipaparkan.Ikhlas kan hati.Pulang ke Malaysia dan berjuang atas tapak yang sedia ada.Tahniah aku ucapkan pada kalian.Jangan berada ditempatku,kerana kepahitan ini amat menyakitkan.Hati kalian seumpama dirobek dan dihiris pedihnya.Tiada seorang mahkluk yang sedar akan kepedihan ini,kecuali Allah S.W.T.


Syukran Lillah.. Syukran Al-Azhar...


Mohamad Amirul Amin Maula LokmanHakim,
Pelajar Kuliyah Syariah Islamiah Tahun 2,Al-Azhar,Kaherah,Mesir,
13/9/2011 | 10.40 AM | Selasa |

Friday, August 12, 2011

KaSeHaBaDi | Kisah Dua Jiwa | 1 cerita | Mudahdibaca | Sukardihayati

Sebuah kisah palsu suntingan purba kala,adengan cinta madah bersiri.Ini cerita aku untuk kalian.kali ini,penulisanku bukan bersifat serius,tetapi jenaka dunia yang mahu aku tonjolkan.Kisah ini aku terbaca dari lukisan dunia dan beredar-edar hingga ke akhir penentuan masa oleh taqdir oleh yang maha Esa.

Permulaan cerita dengan adanya cinta,cinta dua insan yang diputar belitkan dengan ragam dunia,lantas bersama hingga masa berputar tidak disangka.Oh,terlihat tarikh di kalendar,rupanya hampir menjangkau sepuluh tahun saat perkenalan.Tidak sedar,kerana cinta menyelubungi jiwa nurani.

Lantas direka satu cogan,’K.A.A.W’, cogan kata yang mahu disatukan dengan berlian perkahwinan.Berlian itu cantik,bersinar,putih.Mungkin ini berlian yang ku cari bersama si dia.Aku dan dia cuba mendekati sinaran berlian,kerdipannya membuatkan ikatan cinta kami kian rapat.Direka satu pertemuan bagi menguatkan ikatan kasih,disembur dengan bauan harum.Maka keputusanya.Ya.

Ketika nun jauh diluar kota.Aku rasakan satu keanehan.Aku anggarkan ia burung merbok.Burung ini semulajadinya terbang tinggi.Tiap kali waktu senja,burung ini terbang ke sarang.Aku pasti berada ditepi jendela untuk memerhati gerak geri burung itu tadi.Nyata keanehanku bermula sejak ku bertemu dengan keunikan gaya terbangnya.Aku suka.Aku harus melihat keunikan ini dari semasa ke semasa.

Namun selepas aku berada dikota tempat ku bernyawa pada asalnya,aku lihat ada burung merbok yang sama seperti aku diluar kota.Punya sarang.Waktu pulang ke sarang juga hampir serupa.Namun terbangannya tidak seunik ketika aku lihat burung merbok diluar kota.Kini,caranya seakan tidak bersungguh.Terbangnya senget,seakan juga mahu merebahkan ke muka bumi.Ya.Tekaan ku tepat, burung tadi rebah.Namun secara gerak perlahannya ketika sebelum burung itu jatuh menyembah bumi,telah aku menyambutnya dengan belaian kasih dan sayang.Ku urut kepaknya,ke tiup kepalanya,agar ia mampu terbang selesa.Caraku Berjaya.Burung merbok kembali gah diangkasa.

Namun selepas beberapa hari ,selepas kejadian aku menyelamatkan burung itu tadi,aku tidak melihat kilasan burung itu tadi.Dimana ia berada?.Aku tertanya tanda kerisauan yang menebal.Rupanya,memang sudah tiada.Buktinya,sarangnya sudah hancur,mungkin dia bertapak di kawasan lain.Aku sedih.Aku rasakan dia meninggalkan aku tanpa menghargai jasaku.

Aku hampa.Aku kecewa.Cerita rekaan kalian baca.namun kesungguhan kalian ada maknanya.Kaitan kisah manusia aku adaptasikan menjadi satu gambaran dunia.Sukar untuk menterjemah secara asal.Namun bercerita secara mainan ini satu kemampuanku yang luar biasa.

Moga ianya jatuh tersimpang dari benak pengalaman kalian.

Kerana pahit hempedu tidak siapa yang mahu merasa kecuali insan gila.

Sejauh mana ‘aku’ berlari dan mencari aku tidak mahu melupakan burung merbok rekaan ‘aku’ tadi.Akan aku bingkaikan ia dalam hatiku.Walaupun ku tahu.Ia tidak akan terbang menemuiku.

Ia bukan cerita aku.Ia cerita rekaan.

Tidak pernah terjadi,namun realiti.

Mohamad Amirul Amin Maula Lokmanhakim | 12/8/11 | Jumaat |12 Ramadhan | Kajang,Malaysia |

Friday, July 8, 2011

MALAYSIA DAN PENGARUH REVOLUSI DUNIA.

Malaysia ke Pangkal Revolusi.



Hukum dan pandangan.


MUQADDIMAH

Saya bukan blogger ‘Pro PAS’ sudah tentu juga saya bukan blogger ‘Pro Umno’,namun apabila senario  BERSIH 2.0 kembali lagi,ini membuatkan jari jemari sya menarin dengan penuh kecang bagi mengulas isu ini.Mungkin ramai yang sekadar membaca dan mengulas keadaan ini hanya sekadar perbincangan ‘Kedai kopi’ namun realtinya kita mesti menghurai apa yang berlaku demi kstabilan politik ‘Jiwa muda’.Walaupun saya berada di Mesir,namun semangat saya meluap-luap untuk berkongsi idea dan semangat tentang perjalanan HIMPUNAN RAKSASA BERSIH 2.0 dalam tempoh 2 hari dari sekarang.


Sudah 2 bulan berlalu,ura-ura dan khabar angin bahawa pihak rakyat ataupun dimonopoli oleh pembangkang mahukan satu himpunan raksasa bagi mendepani pilihan raya yang bakal menjelma.Dalam strategi dirancang padu oleh jawatan kuasa Bersih 2.0 sebegitu padu rancangan ‘Kerajaan’ bagi menggalkan ‘Himpunan ini’.
Segala lintas langsung pembaca boleh ikutinya di media arus semasa kini,sama ada untuk menggalkan ‘demo’ ini bacaan merujuk pada keratan akhbar kerajaan,dan menyokong ‘demo’ ini,pembaca terus menyelak lembaran pemikiran rakyat di laman pembacaan yang lebih bersifat sederhana.


A)     FAKTA ASLI

Sekilas mengenai fakta BERSIH 2.0 ini :

1)      Jawatan kuasa Pemandu Himpunan BERSIH 2.0 –

a) Dato' Ambiga Sreenevasan, Pengerusi
b) Andrew Khoo
c) Arumugam K.
d) Farouk Musa
e) Maria Chin Abdullah
f) Haris Ibrahim
g) Liau Koh Fah
h) Richard Y W Yeoh
i) Toh Kin Woon
j) Wong Chin Huat
k) Yeoh Yang Poh
l) Zaid Kamaruddin


2)   MATLAMAT PERHIMPUNAN


Datuk Ambiga Sreenevasan menjelaskan bahawa matlamat utama Bersih 2.0 ialah agar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia memastikan senarai pengundi yang benar-benar bersih. Penggunaan dakwat hitam yang lebih dipercayai. Tiada sebarang unsur rasuah atau janji semasa pilihan raya. SPR hendaklah memastikan perjalanan kempen pilihan raya tidak kurang 21 hari agar semua dapat berkempen dengan sempurna dan menepati sasaran pengundi. Mereka juga menuntut pembangkang diberi kesempatan menggunakan media cetak dan elektronik yang lebih adil. Rakyat Malaysia di luar negara hendaklah dibenarkan mengundi melalui undi pos.

Matlamat ini telah dicetak pada baju T berwarna kuning yang perlu dipakai oleh semua peserta perhimpunan.


3)      Bantahan


Pelbagai reaksi negatif daripada pelbagai pihak terutama dari Perkasa dan Pergerakan Pemuda UMNO. Perkasa yang dipimpin Datuk Ibrahim Ali mengadakan perhimpunan awal di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur . Mereka menamainya sebagai Gerak Aman. 1278 laporan polis telah dibuat di seluruh negara bagi membantah perhimpunan Bersih 2.0.


Bantahan daripada Perkasa


Datuk Ibrahim Ali menyatakan bahawa setiap negeri akan menghantar 20 buah bas ke Kuala Lumpur untuk menyertai perhimpunan membantah BERSIH 2.0 ini. Mereka akan berkumpul di perkarangan Masjid Negara, Dataran Merdeka, Perkarangan Stadium Merdeka dan Istana Negara. Beliau sendiri akan bermalam di Jalan Bellamy, Kuala Lumpur.

Pada 19 Jun , pelbagai risalah diedarkan dan kain rentang yang turut memaparkan gambar Ambiga dan tertulis "Awas!!! Ambiga Wanita Hindu yang Merbahaya". Majoriti orang Cina yang banyak terlibat dengan perniagaan diingatkan supaya tidak menyertai perhimpunan ini . Sebaliknya mereka hendaklah berkira-kira untuk menyimpan bekalan makanan.


Bantahan Pemuda UMNO


Pemuda UMNO diketuai oleh Khairy Jamaludin akan turut mengadakan perhimpunan yang sama pada hari tersebut. Pemuda UMNO akan menganjurkan Himpunan Patriot bagi menentang Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai itu. Himpunan Patriot ini mewakili 'majoriti senyap' yang tidak ada medium pada 2007. Mereka diketuai oleh Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Datuk Seri Reezal Merican Bin Naina Merican.


Namun segala perhimpunan yang dilakukan mereka yang bersifat ‘PROVOKASI’ tidak dihalang polis.Kenapa? Siapa yang punyai akal maka jawapannya seperti di benak fikiran saya.Zalim dan Konpromi jijik.

Sekilas diatas saya bawakan secara ringkas fakta asli tentang perhimpunan ini,namun yang sensasinya di dalam hiruk pikuk demostrasi ini,kita dapat melihat pelbagai reaksi para ulama tentang ‘Hukum berdemonstrasi’.


HUKUM Dari Kaca Mata Islam

Ustaz Fathul Bahri = “ Hukum perhimpunan ini, Haram! Haram! Haram!

Ustaz Dr Asri      = “Perhimpunan bersih harus berjalan dengan bersih,tiada dalil bagi menghalang gerakan himpunan ini,selagi mana ianya tidak membawa kepada darurat,ianya harus! “

Ustaz Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat     = “Seperti mana yang saya katakan sebelum ini,hukum berdemonstrasi adalah ‘Halal’ dan ianya diaplikasikan dengan kaliamah ‘Jemaah’ yang mana kita sering melakukannya apabila seruan azan memanggil kita sebanyak 3 kali.Namun dalam bahasa politiknya ia digelar ‘Demonstrasi’.Ianya halal tiada nas syarak mengharamkan sebarang perhimpunan yang membawa kepada kebaikan seperti himpunan di ‘Padang Arafah’ ketika kefardhuan ‘Haji’.

USAR Usrah Ilmuan Syariah  = ‘Pendapat kami yang telah disepakati adalah.Hukum berdemo ini adalah ‘Harus’ dan yang menghalang demo ini adalah ‘Haram’.

Ustaz Anhar Opir (Pensyarah UPSI)         = Ketika mana beliau menjawab kepada hujah pegawai penyelidik di kedutaan arab saudi tentang haramnya ‘Berdemo’ lantas beliau menjawab “Kesimpulannya, menggunakan kaedah yang betul dalam sesuatu bidang menjamin kemantapan dan ketepatan kesimpulan, ia lebih utama apabila dikaitkan dengan kacamata Islam. Buat mereka,” Nyata kaedah dalam meletakkan pengharaman pada hukum berdemo oleh pihak lawan adalah ‘SALAH’ sama sekali.

Saya boleh letakkan pelbagai hujah dari legaran pemikiran ulama tentang harus dan halalnya berdemo ini.Nyata ketika di ‘Tunisia’,’Mesir’,Syiria’ dan lain-lain negara timur tengah berdemo,sudah tentu ada ulama yang berpihak pada kerajaan mengharamkan demo,namun natijahnya seluruh ulama bersifat ‘Muktabar’ dan ‘Jumhur’ menerima hukum ‘BERDEMONSTRASI’ ini adalah harus dan sah disisi islam.namu yang mengrharamkan adalah Kerajaan Zalim dan ikutan yang Zalim seperti ‘Polis’ dan lain-lain.

Namun apa yang peliknya ramai dari pemuda dan pemudi yang masih tidak faham tentang ‘Rally’ BERSIH ini.Hanya menggangap ianya satu bencana besar bagi negara dan tiada faedahnya.Puas berdebat di Facebook dan laman penyokong BERSIH namun natijahnya membawa kepada ‘Carutan’ keji dari pihak mereka.Mereka ini ‘kesian’ kerana dimomokkan kecintaan negara kerana menuntut di Malaysia,akibat dipasak dengan fakta yang menyeleweng,mereka juga diselewengkan untuk membantu memberi kepercayaan kepada kerajaan.

Saya tidak mahu mengulas lebih panjang soal perhimpunan ini.Ratusan tulisan telah dicetak dan diedarkan namun hasilnya pelbagai anasir kotor untuk menggalkan ‘Perhimpunan’ ini.Lihatlah kepada Saterawan negara,suatu ketika dulu beliau menaikkan kualiti bahasa kita.Beliau banyak menghasilkan manuskrip indah lambang budaya bangsa.Namun apabila beliau keluarkan ‘Puisi’ indah demi tatapan kerajaan,beliau dituduh semacam perkara,nyata siapa yang berbakti kepada kerajaan bakal dikhianati kelak.Pak Samad bukti utama.

Pada 26 Januari 2011 berasamaan hari Rabu,saya telah mengeluarkana artikel tentang ‘Revolusi Dunia dan Peranan Dunia,Sedarkah Kita?’.Nyata waktu itu belum ada apa-apa natijah tentang kejatuhan HOSNI MUBARAK,saya hanya menyangka beliau akan menruskan pentadbiran walaupun tulisan saya mengecam beliau.Pada waktu ini,saya tidak tahu apa yang bakal berlaku apabila saya menulis artikel ini tentang negara kita.Moga pilihan raya yang adil dapat dikecapi.Saya juga menyangka kerajaan sukar untuk ditumbangkan akibat kuasa yang bertapak sekian lama.Namun,kalau Mesir mampu,Tunisia mampu,Turki mampu,Yaman mampu,Syiria mampu.kenapa Malaysia sekecil  ‘Tahi cicak’ tidak boleh di gulingkan pemerintahnya???? Jawapan ada pada anak muda,yang tua bakal diseru tuhan dan ditanya perlakuan didepan ALLAH SWT dan kita pula bakal mewarisi takhta mereka,walau dengan apa cara sekalipun,kita layak berada diatas untuk menjadikan MALAYSIA negara yang AMAN dan SUCI dari politik KOTOR oleh kerajaan.

Saya ingin ulangi,saya bukan blogger PAS dan saya juga bukan blogger UMNO.Saya menulis bukan atas dasar kebencian politik.Namu menulis demi anak muda dan bangsa tercinta.Saya bukan melatah seperti SILAT LINCAH yang mahu bertikam keris dengan bangsa sendiri,Saya bukan seperti PEKIDA marahkan penggodam nama takhta mereka,saya juga bukan PERKASA yang mahu bergerak aman dengan parang ditangan.Namun saya UMMAT MUHAMMAD SAW yang mahukan pergulingan kerajaan yang zalim.Terkenang saudara semua pada ‘PERISTIWA MEMALI’ 1985.

Saya ulangi kata-kata ini :

“LET'S START TO DO SOMETHING,FOR A BETTER PLACE TO LIVE!!!!!!!”



Mohamad Amirul Amin Maula LokmanHakim
Exco Badan Kebajikan Anak Selangor Besir (BKASM)
Khamis | 7 Julai 2011 M | 5 Syaban 1432 H  |18.50 PM | Kaherah Mesir.

Friday, April 1, 2011

Moga kita JUMPA jalan KELUARNYA.


Assalamualaikum WBT,
TRANSFORMASI PERUBAHAN, MENULIS SEKADAR MELUAH.


Saya menulis bukan untuk impress tetapi just to express. Saya perlu tegaskan kenyataan ini kerana ada yang kurang senang dengan apa yang ana zahirkan di laman sesawang ini. Saya tiada kuasa untuk memaksa sesiapa sahaja untuk bersetuju atau tidak bersetuju dengan apa yang saya tulis. Saya menyedari hidup ini dan diri ini bukanlah sempurna malahan ada kelemahan dan cacat celanya yang diperbaiki dari semasa ke semasa mantelahan ada yang ana sendiri terlepas pandang juga.

Saya bersyukur jika ada yang tidak bersetuju sekurang- kurangnya saya berjaya membawa pembaca berfikir dan akhirnya mereka menzahirkan buah fikiran mereka sendiri. Tetapi janganlah membangkang atau membuat satu kenyataan tidak bersetuju secara melulu. Kita punya akal kurniaan Allah maka gunakanlah minda ini dengan sebaiknya. Percanggahan pendapat antara kita sebenarnya membawa kekuatan dan memperluaskan pemikiran. Hikmah inilah yang membawa saya menggemari perdebatan dan medan diskusi.

Mungkin pendekatan saya ini terlalu ke hadapan atau tegas sifatnya, datang pula satu percanggahan pendapat mungkin sifatnya lebih lembut dan sederhana yang lebih ideal dan sesuai dengan keadaannya. Maka itulah yang saya harapkan. Menulis kerana menzahirkan sesuatu bukan untuk dipuji tetapi mengharapkan perkongsian ramai yang boleh menjernihkan pemikiran kita di samping menggalakkan diskusi ilmiah yang terkehadapan. Alangkah indahnya diskusi ini membawa manfaat kepada saya dan sekalian ikhwah justeru membawa pulangan yang beharga buat kita semua.
Percanggahan pendapat malangnya lebih kerap membawa kepada suasana yang mungkar. Akhirnya tidak bertegur sapa kerana kurangnya sabar. Yang akrap jadinya taksub dan ego dengan idea dan ketetapan diri menolak pandangan lain. Dalam pertubuhan juga berlaku sehingga membawa kepada perpecahan. Malahan hal ini merosak dan membawa musibah sehingga ke institusi agama kita. Padahal jika kita menghayati konsep syura, percanggahan pendapat ini akhirnya membawa kepada penglahiran satu idea yang jauh lebih kuat kerana kelemahan diatasi dan kekuatan disepadukan. Apakah kita masih ego membawa satu pendirian secara sendirian dan membelakangkan jemaah?

Azam saya kini, moga diskusi ilmu dan percanggahan pendapat yang membawa baraqah dan menyatukan kekuatan akan muncul dalam setiap yang saya lalui. Teguran, kritikan dan nasihat sahaja bagi saya yang mampu membawa perubahan dalam diri ini menjadi seorang insan yang baik. Pujian dan kata- kata manis mungkin tidak lagi sesuai untuk saya. Ianya hanya bicara yang melemahkan malahan tidak mungkin membawa perubahan tetapi lebih membawa kemusnahan barangkali kerana mengukuhkan ego dan sombong dalam diri. Inilah perjuangan dan jihad dalam diri.Jihad yang harus ana pegang menjelang sesi ini untuk mengubah diri ini. Menjauhi dari sifat- sifat mazmumah dan kekosongan itu harus ada segera gantinya dengan berlapang dada dan sikap toleransi. Moga ianya merapatkan ukhuwwah sesama ikhwah. 
Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada semua yang terasa,moga ini titik mulanya,saya sudah campakkan 'ego' saya sejauh mungkin,bagaimana pula dengan kalian??????

Mohamad Amirul AMin Maula LokmanHakim
Hayyu Asyir | Kaherah | Mesir
Jumaat | 1/4/2011

Wednesday, March 30, 2011

Penjelasan dari 'Saya'.Ini kebenarannya.

Assalamualaikum WBT
BERPADULAH DEMI KEPENTINGAN BERSAMA.

Sudah lama saya tidak menulis,hampir berbulan lamanya saya meninggalkan ruangan blog saya ini.Artikel terakhir sebelum saya berehat panjang adalah cerita ketika saya berada di Malaysia tentang perubahan watak manusia yang sering kali mendapat perhatian umum.

Selepas saya melalui pelbagai episod perjuangan hidup yang kian mencengkam hati,saya terus bergerak ke medan kehidupan ini dengan langkah kaki yang serentak.Tidak pernah saya berhenti berfikir bagaimana mahu menjadikan diri kita lebih berpotensi dan boleh menjadi penghasil produk yang berkualiti pada masyarakat.
Selepas pelbagai isu dan perkara yang saya kemukakan saya kian beralih tempat kepada apa yang berlaku kini di kawasan saya.Cerita bermula apabila saya telah berada di Malaysia selama sebulan.Saya berada di Malaysia dan berusaha mencari pengalaman dakwah yang sebenar.Saya pergi ke segenap kawasan bagi mencari titik kedamaian yang sebenar.Walaupun ilmu didada ini hanya senipis kulit bawang,saya tetap dengan misi yang sama apabila pulang ke Malaysia kelak.

Tapi apa yang berlaku usaha dakwah ini tidak dipandang secara serius,saya bagaikan pulang kosong dan kembali ke Mesir dengan buah tangan yang sudah tamat tempohnya.Saya tidak hairan apabila usaha saya tidak dipandang,ianya tidak pernah memberikan kesan dalam pergerakan saya di Malaysia.Cuma sedikit keseriusan dalam berkata-kata itu mampu kita atasi.

Saya cuba menulis agar tulisan saya tidak beremosi.Kini saya berada dalam sebuah corong hitam.Diselubungi fitnah dan dendam kesumat yang mendalam.Baru-baru ini apabila saya melakukan sedikit protes pada persatuan BKASM,saya dituduh pengkhianat pada prinsip saya,saya digelar 'Ahli Isma' yang baru bagi merealisasikan perjuangan isma sendiri.Saya dibenci hampir sebahagian ahli persatuan yang saya memegang tampuk pimpinan.Saya tidak tahu dimana realitinya.Tetapi kini,inilah yang berlaku.

Episod diteruskan apabila ramai dari penggiat perjuangan yang suci ini 'marah' kepada saya kerana telah hilang 'adab' dan 'tuturcara' saya sebagai seorang 'ahli exco' dalam peratuan saya.Ya! saya gak keterlaluan sedikit,tetapi ini adalah untuk membuka mata semua pihak bahawa sebenarnya ada perkara perlu diselesaikan bagi mencari kedamaian.Saya akui saya tidak hebat dan berkredibiliti tinggi,saya hanya insan yang hina mahu belajar erti kehidupan sebelum roh saya berlegar di kerongkong saya.

Keamanan yang dahulunya saya rasakan kini telah berubah menjadi kebencian.Ada diantara mereka-mereka yang menyebarkan 'bau busuk' mulut mereka bagi menjalankan misi kedengkian yang menebal.Saya teringat kisah 'Ustaz Halim' dahulunya ditolak secara serius kerana tidak 'sekepala' dengan pendirian yang sudah lama dijulang.Saya bingung kenapa ianya masih menjadi tanda tanya,dimana mereka yang terlibat bagi menjernihkan hal ini.

Saya tidak kisah dimarahi,dibenci,dihina,difitnah sedemikian rupa,saya mahu ingatkan bahawa saya punya maruah dan prinsip yang kekal,untuk memilih 'ISMA' atupu 'UMNO' sebagai tali perjuangan saya di Mesir,itu belum terfikir lagi.Saya masih setia pada yang  satu dan berpendirian yang teguh.Tetapi perlu diingatkan saya bukan mudah dipermainkan kerana saya tidak mengamalkan cara hidup yang 'Hipokrasi'.

Mungkin ini hal dalaman yang membuatkan ramai pihak tertanya dan tidak faham apa yang berlaku sebenarnya.Saya percaya musuh mencari peluang bagi kelemahan BKASM,ini bukan kelemahan organisasi tetapi kelemahan individu yang sering berkata dan tidak menyelesaikan menguikut apa yang perlu.Mengapa kita tangguhkan hal ini? kalau ini serius dipihak atasan maka lakukan sesuatu jangan didiamkan sehingga kudis merebak dan harus dipotong sebahagian anggota akibat mati fungsinya.

Saya ingin membuat kenyataan disini yang bawahasanya saya masih lagi berama dengan BKASM dan tidak pernah memilih mana-mana organisasi laini dan cuba menghasut ahli lain untuk ikut serta bersama saya.Saya masih lagi pimpinan BKASM dan saya mahu mereka yang terlibat dalam sesi fitnah ini diadili secara telus dan berwibawa.Mereka yang membuatkan adik-adik baru,lelaki dan wanita,abang-abang dan kakak-kakak lama,lelaki dan wanita membenci dan memarahi saya agar tampil memohon maaf kepada saya dan yang terlibat secara umum ataupun sembunyi.Saya minta ianya di perjelaskan secara umum bahawa saya masih berpendirian dan berperanan dalam organisasi ini.

Akhir kata,semoga kita semua mendapat berkat dan rahmat darinya.Saya percaya dendam dan kesumat tidak akan pernah hilang dimuka bumi ini,tetapi gunakanlah ilmu yang kalian tuntut secara efektif dan kita jadikan diri kita lebih berpotensi untuk masa akan datang.Kepada yang agak berselisih pendapat dengan sayaingatlah bahawa berselisih pendapat itu rahmat dan inginkan kita mencari titik pendamaian agar hidup ini lebih sempurna dan bahgia.

Mohamad Amirul Amin Maula LokmanHakim
Hayyu Asyir,Kaherah, MESIR | 3.23 PM | Rabu |
Sekian,

Friday, February 18, 2011

BILA DAH SAMPAI KE MALAYSIA-PELAJAR MESIR

Assalamualaikum WBT.
Salam sejahtera,

SETELAH PULANG KE MALAYSIA

Sekian lama kita tida berhubung,selepas saya mengirimkan ‘post’ tentang kehangatan revolusi  Mesir,hinggalah Presiden Hosni Mubarak tumpas akhirnya.Pelbagai peristiwa telah berlaku kini,rasa seperti segalanya pastas berlalu.Kini saya telah berada di bumi ‘Malaysia’.Kalau sebelum-sebelum ini suasana agak lain sedikit kerana factor cuaca,kini saya dapat merasainya.Saya menulis diatas katil empuk yang saya tinggalkan setahun lebih yang lalu.

MEMPOLITIKKAN PELAJAR (MAHSISWA/WI) MESIR BAGI UMPAN PILIHAN RAYA.
(ANTARA yang wujud di MESIR)

Saya tidak mahu menceritakan apa yang berlaku di Mesir,segalanya telah dicoretkan di kaca television dan seumpamanya.Masalah politik bukan sahaja bermain di daerah Mesir sahaja,hingga ianya di bawa ke Malaysia.’Entah’ apa ragamnya dihantar pulang ke Malaysia,rupanya pilihan raya bakal menjelma.Itu senario yang berlaku kini,pelajar dan masyarakat di tipu oleh media dan kerajaan yang sepatutnya melaksanakan tanggungjawabnya.Menghantar pulang pelajar ke Malaysia TIDAK BOLEH dipolitikkan,kerana ianya adalah tertakluk dalam perlembagaan ‘Perkara 17’.Apa guna mencipta perlembagaan tetapi mengkhianati ia pula.Ini kerja pimpinan gila.

(Dato' Aziz Merican,yang mengendalikan Kelab 1 Malaysia)


Semasa saya berada di Lapangan Terbang Kaherah,saya berkesempatan untuk berkongsi cerita bersama Dato Shahidan Kassim (Mantan Menteri Besar, Perlis), Dato' Shahlan b. Ismail (Setiusaha politik Perdana Menteri),Datuk Hisham Abd Majid (Pengerusi Ulul Albab-centre of excellence),Dr Ramesh (Pegawai Penyelidikan Darurat,Malaysia),ahli-ahli kelab putera UMNO,1 Malaysia.Kami berbincang secara baik demi kepentingan anak-anak melayu dan rakyat yang berada di Mesir untuk dipindahkan,tetapi mereka apabila pulang ke Malaysia pula sebaliknya.Mereka menghentam persatuan pelajar yang ada di sana (Mesir).Percaturan politik 'gila' ini sering mendapat tempat dihati pejuang bangsa (UMNO) .
Agak baik nasib pelajar yang ditadbir mereka yang berfikir tentang akhirat.Bagi Kerajaan  Negeri Selangor,mereka berupaya untuk menghantar balik pelajar ke Mesir bagi menyambung pelajaran disana.hal ini kerana hasil Kerajaan Negeri Selangor amat memberansangkan,kemampuan itu telah sedia ada.Tetapi apa yang Kerajaan Negeri mahukan adalah untuk melihat sejauh mana Kerajaan Pusat mahu mempergulakan pelajar  melayu di Mesir yang cukup ‘Hard core’ dalam dunia politik ini.

Inilah gelagat politik yang secular,penindasan dilakukan mengikut cara falsafah pemikiran mereka.Dato’ Mahmood Zuhdi seorang pensyarah terkenal di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia menyatakan :
“Sistem yang diguna pakai oleh sesuatu pihak dan kaum itu dilihat dan boleh dicatur pergerakannya dengan pengambilan gaya falsafah yang mereka pegangi”
Ini menunjukkan,sesuatu system yang dihasilkan adalah bertitik tolak daripada daya falsafah pemikiran mereka.Contoh,seandainya sistem itu inginkan kekayaan yang melampau dan menindas dalam senyap maka pemikiran falsafah kapitalis dan gunakan.banyak lagi yang boleh yang nukilkan.
Bagi UMNO falsafah yang mereka gunakan adalah untuk menindas golongan agama.Dan menjadikan pentas Maulidur Rasul sebagai medan unutk mereka menjelaskan 'KEAGAMAAN'.Perlu diingatkan,ABU LAHAB dahulu juga mengusung RasulAllah SAW keliling Mekah bagi menyambut kelahiran Baginda serta menunbangkan hampir 70 ekor unta demi menyambut baginda.Tetapi istilah menyambut bukan dengan material bahkan dengan jihad hati yang berterusan.


PERUBAHAN SUASANA SELEPAS MENINGGALKAN.
(Lama tak menjamah Roti Canai)

Dalam borak-borak anatar kelompok kami di Mesir itu,pernah juga ianya menjadi topik hangat.Topik yang sering dibincangkan setelah melonjak ke tahun 2 ini adalah,’Perlukah balik tahun ini???’.Maksud perkataan BALIK disini adalah pulang bercuti ke Malaysia.Ketika itu boleh disaksikan sahabat-shabat yang diantara mereka bercerita apa yang perlu dilakukan,diaplikasikan ilmunya,hendak ziarah ke mana,dan lain-lain lagi.Saya termasuk antara kelompok yang nekad tidak mahu pulang ke Malaysia dan mahu menghabiskan masa 4 tahun di Mesir.Niat hati semenangnya mahu pulang.Siapa yang tidak ridukan kampung halaman.Tanpa disangka-sangka,yang mahu balik,yang tidak mahu balik semua pulang ke Malaysia dengan percuma,gelak sebentar kami melihat percaturan ALLAH SWT kini.

(Kuala Lumpur Makin Pesat)

Selepas pulang ke Malaysia.banyak perkara yang telah berubah.Berkata sahabat saya,Nasiruddin Faiz b. Ilyas dalam borak-borak kami di suatu hari :
Nasir : Banyak yang telah berubah walau kejap kita tinggalkan kawasan ini.
Amirul : Oh,sememangnya,jalan di kawasan menghala ke Kuala Lumpur dah cantik,depan rumah aku dah ada kawasan perumahan baru,budak dah besar-besar.. macam-macam la.. tapi kejap je kita tinggalkan.. macam lama pula.
Nasir : Yang kau kisahkan bukan perubahan material lok,perubahan material boleh dikira dengan mudah tetapi perubahan manusia yang dinilai dari sikap dan pergerakannya.Itu yang aku kisahkan.
Dungu seketika akal ini.Bagaimana mahu saya tafsirkan bahasa pelajar Kuliyah Bahasa Arab ini.Mereka juga mahir dalam menggulingkan akal lawan dengan gaya bahasa yang cukup cantik.Saya rasa pembaca juga boleh berfikir tentang perubahan manusia itu yang lebih utama.
MUngkin ini sahaja ayang mampu untuk saya nukilkan.Seandainya,bagi maklumat pembaca kini belum ada apa-apa lgi maklumat dari pihak berwajib tentang kepulangan kami ke Mesir kembali.Doakan keselamatan kami dan selamat kembali ke Mesir bagi menruskan senergi dakwah islam ini.

Wasalam,

Muhammad Amirul Amin Maula LokmanHakim,
18/2/2011,
03.11 P.M,

Wednesday, January 26, 2011

REVOLUSI DUNIA DAN PERANAN KITA.SEDARKAH KITA???

Harapan agar kita mampu dihadapan.


Assalamualaikum WBT.


(Lambang kesatuan bagi Revolusi Tunisia)


Hari ini cukup berbeza dengan yang lepas,selalunya awal-awal pagi saya akan membaca kisah yang baik-baik sahaja.Berlainan dengan hari rabu 22 safar 1432  bersamaan 26/1/2011.Fokus utama yang tertera di laman berita harian mengisahkan tentang 'Tunjuk perasaan' mirip bentuknya pada revolusi yang di laksanakan di Tunisia.


MUQADDIMAH.


Ya,saya tidak salah,rakyat Mesir (Anti-Pembangkang) kini mengibarkan bendera negra Mesir dan juga Tunisia.Melambangkan mereka punya hasrat untuk melakukan satu peubahan yang cukup 'RADIKAL'.
Saya tidak mahu mengulas tentang radikal,ianya cukup meluas.Apa yang perlu saya hujahkan disini adalah soal perubahan dunia yang menolak kekejaman dan penindasan kepada kelas bawahan.

(Konfli yang berlaku di Kaherah (Tahrir) Mesir)

Hosni Mubarak telah mentadbir Mesir selama 30 tahun,kini adakah zaman kejatuhannya? Mesir sudah terjaga,bagaimana kita.Tetapi penulisan saya bukan bercorak penentangan pada kerajaan tetapi soal minda dan tindakan kita selepas dunia kian berkecamuk.


REVOLUSI DUNIA.


Saya lebih suka untuk mengatakan 'revolusi dunia'.Hal ini kerana,sejak 1800 yang dahulunya lagi telah mengalami pembentukan revolusi yang dikepalai oleh mana-mana individu yang berjiwa besar.Impian dan hasrat menolak dasar sekular dalam pmerintahan,cara monarki dan sebagainya menjadi perintis pada perubahan ini yang kita gelarkan 'REVOLUSI'.

(Fakta satu kepastian saya)

Revolusi telah berlaku sejak  bertahun dekad lamanya.Permulaan revolusi tercatat dalam lembaran sejarah yang memungkinkan dunia untuk berdepan dengannya.antara negara yang pernah terlibat dalam revolui adalah Maldova,Iran,Venezuela,AS,China dan yang terbaru TUNISIA.Revolusi mereka ini membuka mata dunia bahawa kuasa pemerintahan 'Kuku besi' tidak akan kekal lama.Bukan semua revolusi berbentuk pengislaman sesebuah negara,malah ianya dikarang hebat bagi membuktikan rakyat punya kuasa dan hak untuk diberi penjaminan yang hebat dari pimpinan.


IRAN.



Saya mengambil cotoh seperti di Iran,dimana pemerintahan monarki asalanya dipimpin  Shah Mohammad Reza Pahlavi dari menduduki takhta Iran.Penggerak pada revolusi ini adalah  Ayatollah Ruhollah Khomeini, Ayatullah menggerakkan revolusi ini dengan jayanya,sehingga Iran kini menjadi republik Islam yang tersohor dan kredibliti perdana menterinya kini Ahmad Ahmadinejad menjadikan Iran sebuah nergara yang hebat mengatasi kuasa besar dunia.

(Syah yang dijatuhkan oleh rakyat Iran)

Kuasa 'Syah' dilihat sebagai kuasa besar di Iran,takhta Iran dirangkul selepas hak pewarisan dalam pentadbiran jatuh ke tangan beliau.Sekitar tahun 1940 ayah beliau 'Syah Reza' melepaskan jawatan dan mewariskan kerajaannya pada 'Syah Reza Pahlavi'.Beliau tetap meneruskan cara pemerintahan yang cukup menduka-citakan.Sistem kapitalis di amalkan hinggakan,yang kaya terus bergya,yang miskin terus papa kedana.Mengaut keuntungan kerajaan secara mudah dan membiarkan rakyat kebuluran menjadi punca REVOLUSI di lancarkan.

(Ayatollah Khomeini yang berusaha mengasaskan REVOLUSI SYAH IRAN)

Seacara ringkas faktanya, Ayatollah Khomeini mengambil peluang untuk melakukan perubahan yang mnyeluruh ini (RADIKAL) dengan menyertai dunia politik yang penuh risiko.1960 selepas 20 tahun pemerintahan Syah,Ayatollah berperanan dengan cukup hebat di kerusi pembangkang.Kesannya beliau dipenjarakan dan menyebabkan ratusan terkorban demi menunjukkan rasa ketidak relaan hati mereka pada apa yang dilakukan oleh kerajaan ketika itu.

DIringkas kan lagi,1978 menjadi pemula pada revolusi ini,Ayatollah mengerakkan setiap penjuru bagi menawan kerajaan Iran yang dirangkuli oleh Syah yang kejam dan berkuku besi itu,maka berlakulah 'Black friday' dan lain-lain lagi.Iran kian bergolak.Selepas apa yang berlaku setahun selepas itu syah melarikan diri maka ketika itulah revolusi telah mencapai KEJAYAAN.

Ringkasnya,Iran telah menjadi dunia hebat kini setelah pembangkang menguasainya,dahulunya bersepakat dengan Amerika dalam dunia politik ,ekonomi dan juga sosial.KIni Iran didepan dalam mengutuk setiap daripada kelakuan Amerika pada dunia timur tengah.



TUNISIA.


(Membakar tanda protes *Azhar mengatakan ianya HARAM kerana membunuh diri dalam apa jua sekalipun dilarang oleh Allah AWT)

Saya kira apa yang berlaku di Tunisia tidak jauh tahunnya.Kalau di Iran saya hanya membaca,kini revolsi Tunisia berlaku di dunia yang penuh teknologi.Setiap apa yang berlaku jelas buktinya.Revolusi di Tunisia tercetus apabila satu protes maut, Mohammed Bouazizi  (26)

(Presidn Zien dan Leila,Kuku besi Tunisia)

Mohammed Bouazizi ialah seorang graduan sains perkomputeran yang menjual sayur dan buah-buahan di bandar Sidi Bouzid. Kerana menganggur dan kesempitan wang, Bouazizi berniaga di tepi jalan tanpa permit bagi menyara hidup keluarganya. Gerai beliau disita dan dia dilaporkan dikasari oleh pihak berkuasa tempatan. Cubaan beliau untuk melaporkan kekejaman pihak berkuasa tempatan tidak diendahkan. Sebagai tanda protes Bouazizi membakar dirinya pada 17 Disember tahun lalu dihadapan sebuah bangunan kerajaan. Beliau meninggal dunia pada 4 Januari lalu dan kematian Bouazzizi mencetus kemarahan rakyat marhaen.

Sekali lagi kejutan dunia ini beralku,tunisia di revolusikan oleh tokoh terkenal.Beliau mampu menggulingkan
Presiden Zine el-Abidine Ben Ali (74).  fakta diri Zine adalah ,beliau menyimpan harta peribadi di Perancis yang dianggarkan bernilai GBP 3.5 billion! Isteri beliau Leila Ben Ali, dicop sebagai Imelda Marcos negara Arab kerana terkenal dengan hobinya yang suka shopping terutamnya di Dubai.

Kini Tunisia juga dapat melepaskan cengkaman dari kuku besi dengan revolusi mereka.



PERANAN KITA.


(Seiring)

Sebenarnya saya mampu mencoretkan puluhan lagi fakta  yang tepat soal revolusi di Maldova,China dan sebagainya,Tujuan saya menulis bukan untuk pembaca membaca fakta semata,itu sahabat pembaca boleh teliti sendiri di laman sesawang (internet).Cuma dimana peranan kita apabila melihat corak dunia kini kian berubah,ikap raidikal yang digayakan oleh pejuang kebenaran telah terealisasi dengan sokongan dan pengaruh yang hebat.'The Third Jihad' kini juga menjadi hebohan ramai pihak.Amerika Syarikat sengaja mengumumkan bahawa dunia islam mahu melancarkan jihad.Adakah ia benar? bersama mengkaji.

(Pemimpin sebegini harus direvolusikan)

Mahasiswa patut mencuba untuk berfikir perkara ini.Bukan secara menyeluruh tetapi sekadar sahaja.Seperti kalam hukama' yang mahsyur :

(Jatuhkan mereka kita akan hidup dengan sempurna)

"Tidak perlu (jangan) untuk mengecapi secara keseluruhan,tapi Tidak perlu (jangan) Meninggalkan Keseluruhannya"

Mengambil cakna dan bertindak bagi melakuakan asal-asal revolusi itu sendiri adlah,menukarkan cara berfikir kepada yang lebih sensasi berlandaskan lunas syara'.Menjadi pemuda dan pemudi yang cekal dan hebat dari segi spritual mahupun fizikal.Berpendirian teguh walau apa yang dihadapi mampu menjadikan semua mahasiswa khusus di mesir (Selangor),amnya diselruh pelusuk dunia yang membaca tulisan ini.



PENUTUP.



Berusaha untu menjadi yang terbaik walaupun kita bukan sebaris dengan mereka yang terbaik.Dunia menghrapkan pemuda yang mampu merevolusikan akal yang cetek dan mampu mengeluarkan diri dari kegelapan sosial.Gunakan teknologi dengan sebaik mungkin.Jangan hanya bersemangat tetapi tidak memahamiasas perjuangan ini.

Peracayalah kita mampu untuk mengerakkan dunia,malah dunia bakal terkejut dengan cara kita berbicara tentang gerakan yang ada sinar islam didalamnya.Jangan cepat mengalah.Terus berusaha bagi mencapai perubahan minda yang ketara.Gunakan segala medium yang ada bagi mentadbir kesatuan mahupun masyarakat  di sekeliling kita.Jangan menunggu,bahkan bersedia secara spontan dalam merealisasiakan usai masai juang ini.

Kita sebagai 'Modern Intelectual' mampu melakukan segalanya,asalkan kuasa dan pengaruh itu mlik kita.


LET'S START TO DO SOMETHING,FOR A BETTER PLACE TO LIVE!!!!!!!


Muhammad Amirul Amin Maula LokmanHakim
Exco Sambutan dan Rehlah BKASM 10/11
Kaherah,Mesir
Rabu | 26/1/2011 | 22 safar 1432 | 10 - 11.22 A.M. 

Perbandingan Universiti dan Persamaan ISMA.

Assalamualaikum WBT,

Salam Pertemuan,


(Penulis bersama Ustaz Rahman dari Jordan)


WAKTU cuti begini,sememangnya menjadi daya tarikan pada semua pelajar dari 'Jordan','Syiria','Morocco' datang menziarahi ke bumi 'Mesir'.Kedatangan mereka adalah atas dasar persahabatan dengan sahabat juang yang pernah bersama ketika di Malaysia dahulu.Selain itu meluangkan masa melihat kebesaran ALLAH yang pegun di Mesir ini.


Saya tidak menjangka sahabat saya yang menuntut di Universiti Yarmouk (Jordan),juga menziarahi saya di bumi Mesir ini,bagai tidak percaya 2 tahun tidak bersua,apabila berjumpa bagai berjumpa dalam mimpi.Hakikatnya ia realiti,Ustaz Rahman sahabat saya yang menuntut di Jordan kini bercuti di Mesir,kebetulan abang ipar nya Ustaz Azrul (mantan Badan Pengurus (BP) PMRAM berkeinginan untuk menyambung pelajaran disini bersama isterinya juga kakak kepada Ustaz Rahman.


Dahulu pergi dalam keadaan kosong,kini sudah berjawatan tinggi dalam kesatuan melayu islam bagi mahasiswa 'Selangor' di bumi (Jordan) itu.Beliau seorang Yang di-Pertua (YDP) Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan (BKASJ) kini mempunya kredibiliti yang tinggi,walau lagaknya dan intgritinya sebagai pimpinan tertinggi,beliau masih mampu bergelak tawa seperti zaman persekolahan dahaulu.


Dalam sembang santai di rumah sewa Ustaz Naser serta rakan-rakan,banyak juga perkara yang kami kongsikan,antaranya,sistem pendidikan di pusat pengajian tinggi Mesir dan juga Jordan,ironinya kedua-dua 'Universiti' tersohor ini mempunyai dua perbezaan yang jelas,dari sudut sistem peperiksaan,pihan mata pelajaran,kediaman dari pihak universiti dan lain-lain.Segalanya memukau akal saya ketika mendegarnya.Mesir agak ketinggalan jauh dalam soal penjenamaan sistem,tetapi kualitinya ada.Jordan punya tahap kelas pertama,setaraf dengan universiti tempatan.

('Hubungan yang baik dibina' ketika hayat Dr.Syed Tantawi)

Hal yang sedemikian tidak membuatkan hati saya kecewa dengan perlaksanaan yang berlaku di Universiti Al-Azhar,Al-Azhar punya sejarah klasik yang sanagat berharga,kilang ulama ini telah beroperasi sekian lamanya,menjadikan universiti digilai ramai.Walau apa pun yang saya fikirkan,kedua-dua institusi ini punya gaya penarikan pendidikan yang unik dan berkualiti,tiada kelemahan bahkan positif yang kita bakal jumpa.Pesanan saya jangan takut untuk menuntut di 'Timur Tengah'.

(Ketika konflik pengeboman 'Gereja' di Iskandariah)

Prinsip 'Syeikh Al-Azhar' yang baru,Fadhilat As-Syeikh Dr. Muhammad Tayyib yang menggantikan Syeikh Syed Tontowi ini ada baiknya.Beliau berperanan dalam penjenamaan (TAJDID) dalam sistem pengurusan dan pendidikan di Al-Azhar,bahkan beliau tegas untuk mengemudi dengan jayanya bagi mengekalkan (TURAS) kajian dan tulisan lama yang dikaryakan oleh ulama nusantara kita.Saya percaya Al-Azhar bakal diaplikasikan dalam bentuk yang lebih dinamik selaras denagn tranformasi dunia.

Selain berbincang soal dasar pendidikan,saya beralih arah kepada konflik politik mahasiswa yang berlaku di Jordan.tadi mungkin perbandingan dari segi sistem pendidikan.Tetapi kini kita lihat persamaan ISMA-Mesir dan ISMA -Jordan.

Saya menanyakan soal pengaruh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).Rupa-rupanya beliau juga membuat 'onar' walaupun dimana mereka berada.Soal tarik menarik pelajar baru juga diselitkan.Mengapa ISMA sebegitu sempit pemikirannya? Bukankah mereka dari kalangan bijak pandai.

(Lambang sakti ISMA yang menjadi 'racun' dalam kesatuan melayu)


Tambah beliau,pelajar yang baru menjejakkan kaki di bumi jordan bagi menetuskan pelajaran disana dalam lingkungan 36 orang.Sebilangan besarnya,mereka dari pelajar (AL-HIRA').Sekolah Al-Hira' sememangnya kkilang ISMA.ISMA kian bermasalah dan menyebabkan permasalahan UKHWAH dikalangan kita.Saya tidak BENCI pada individu ISMA,tetapi BENCI kan pada cara mereka menggerakkan kesatuan mereka.Sudah-sudahlah,berhenti menjadi jahat wahai ISMA.

(Pengerusi ISMA-Mesir)


Akhirnya,ringkas sahaja perbualan kami,selebihnya pada perkara yang berkaitan 'kisah lama'.tentang sekolah,masa depan,kahwin mesti tajuk uatam,mengapa ya?.hanya bualan kosong dan moga ada manfaat di dalamnya.Maka, apa yang kita tuntut dan rayukan ilmu di mana-mana pusat pengajian bukanlah berasaskan pada kualiti prasrana semata-mata,bahkan mestilah berdasarkan coretan kualiti pengeluran (OUTPUT) yang kita bakal hasilkan setelah kita selesai melayari bahtera jihad ilmu ini.Teruskan menuntut ilmu ALLAH SWT ini,dan terus dinaungi rahmat -Nya dalam apa jua situasi yang menimpa.


(Opera klasik di Jordan,ada kisahnya)

Salam perjuangan pada Ustaz Rahman dan selamat kembali bertugas sebagai pengemudi fikrah yang utama di bumi JORDAN bagi mahasiswa Mesir.


Muhammad Amirul Amin Maula LokmanHakim,

Exco Sambutan dan Rehlah BKASM 10/11.

Tuesday, January 25, 2011

Penulis berbakat,Dimana kalian????

Assalamualaikum WBT.


 MENCUNGKIL BAKAT PENULIS.



"Bahasa hanyalah alat yang terdiri daripada sistem perturan dalaman yang kita sebut struktur bahasa atau tata-bahasa,sistem pembentukan kata atau sistem fonologi.Isi bahasa  itu datang daripada budaya dan minda bangsa yang menggunakan bahasa itu.Jadi,timbul soal apakah yang kita,maksudkan dengan kata-kata, 'Pupus bahasa pupuslah bangsa'?,penulisan yang bergaya cara mengatasinya"

Dato' Dr. Hassan Ahmad.

.


Pagi-pagi lagi selepas solat subuh,'papan kekunci' yang melekat di kaki komputer riba ini bagai memanggil saya.Saya tidak tahu apa yang perlu ditulis,berfikir berulang kali,'Oh' mungkin perlu mencari idea di sekitar laman berita,berita pembangkang ke,kerajaan ke,semuanya menjadi pilihan saya.Terus saya menggosok mata saya,mencapai buku 'jingga' yang menjadi nota saya kemana saya pergi disitu lakaran idea akan terpahat.Ini bukan buku 'jingga' yang di bahaskan pembangkang dalam pentadbiran mereka mencecah '100' hari.Sekadar buku nota dan diari tidak rahsia.

Maka,diselak sehelai demi sehelai,saya terfikir,"Sebenarnya ada perkara yang perlu dicoretkan,iaitu mengenai keinginanku agar ramai penulis yang mampu berkarya dikalanganku".Saya terpaku seketika,tertanya sebenarnya "Mampukah ianya terrealisasi??!".Tersentak dengan soalan ini,saya teringat 'semalam' saya bertemu dengan Ustaz Wan Leman (nama pena beliau),bersama dengan pertemua itu Ustaz Syahmi,Abqari dan Hisyam,sambil berjalan menghirup kedinginan malam di tenagh kota kaherah,saya berbincang soal 'Masa Depan Penulis dan Bakat yang Ada di Sekeliling Kita'.


Kerangka Awal.

Persoalan itu saya selitkan denagn idea yang sudah lama terbit di benak fikiran saya,Ustaz Syahmi membantu saya dalam memperkenalkan lebih dekat penulis 'novelis' yang terkenal di negara kita.Pelbagai nama kuno saya jumpa.Ustaz syahmi memberikan pendapat agar kita membuat satu gerak kerja atau 'Kerangka Awal' untuk merealisasikan idea lama saya ini.Ustaz Wan Leman bersetuju dan mencadangkan agar dilakukan secara berfasa atupun berperingkat. Antara perkara yang diselitkan dalam perbincangan kerang tersebut adalah : 

1)Menerjah identiti penulis.
2)Membahagikan kepada 'dua' kumpulan

   a)Penulis
   b)Pemikir

3)Mengkaji situasi disini bagi melahirkan penulisan yang kontroversi akhirnya dapat menyuraikan solusi.
4)Mencari 'genre' penulisan yang sesuai denagn suasana pembaca.Maka usaha untuk membuat borang kaji   selidik akan dilampirkan.
5)Membina semangat dan kefahaman yang jelas pada jiwa mahasiswa 'Selangor'.
6)Membina kumpulan penggerak bagi mempromosikan agenda baik ini.
5)Mendinamikkan bentuk penulisan,yang berunsur keagamaan,nasianolisme,patriotisme,ketemadunan dan lain-lain.


Bekerjasama denagn 'Lajnah Penerangan dan Penerbitan' (BKASM).

Sudah tentu saya akan bekerjasama dengan BKASM bagi mencari pengaruh untuk mengembangkan gaya bahasa ini.Doktor Hafiz bin Haji Shamsuri,akan bekerjasam dengan saya dalam menjayakan agenda ini,ianya telah dimaklumkan awal pada beliau dan akan dimaklumkan pada semua pimpinan lain dalam masa terdekat ini.Moga tiada isu membelakngi timbul lagi.

Saya berharap dari BKASM sendiri mampu mempromosikan hasrat murni kami.Bukan kami mahu menjadi 'Independent creator' dalam dunia penulisan,kami perlukan bantuan kalian.Saya tahu ramai dari kita yang minat menulis,contoh penulisan 'KOMSAS' yang berunsurkan cerpen,novel,pantun,puisi dan lain-lain.

Moga usaha yang sekecil ini mampu melonjakkan mahasiswa kita,bukan hanya sekadar omong-omong kosong yang ditanam ditepi bibir.Terus bersama .Kritik tidak salah,tetapi sertakan alasan dan cara rawatannya.Janganlah jadiseperti seekor beruk yang sedang berfikir,hanya berfikir dan mengunyah tanpa membuahkan apa jua hasil yang membantu.


Moga penulisan yang dikaryakan ini mampu menghasilkan satu antologi yang ringkas dan dibukan,walaupun hanya menggunkan 'binding'.Moga usaha ini diberkati.Dmana anda?? kami akan cari.....