Friday, April 9, 2010

FILEM dan PENGARUH pada NEGARA.

KARYA TERULUNG DI MATA DUNIA,



Terus dengan penulisan kali ini,Ana ingin bawakan satu ilunasi perfileman yang menjadi sumber ekonomi Malaysia kini.Filem dan kaitan Akidah satu kajian menarik bagi ana.Sudah lama ana melihat gelagat pengarah-pengarah di Malaysia yang berlumba-lumba untuk mencari yang terbaik demi filem yang dikaryakannya.Ana mahu sahabat-sahabat pergi ke satu medan lagi,iaitu filem barat yang berleluasa di Malaysia kini.Khusus di bumi tercinta.

Sudah sekian lama ana tidak pulang ketanah air walaupun belum mencapai setahun ana di Mesir ini,menjadikan diri ana membuak-buak kerinduan pada desa tercinta.Sebelum ana ke sini dalam bulan 9 tahun 2009 ana teringat akan lambakan penghibur yang lara di depan-depan kaca televisyen,bermula dengan halaman astro kini sudah mahsyur dengan ‘macam-macam ada’,maksiat juga terbentang depan mata,juga menjadi isu kajian hangat ana adalah mengenai lambakan filem ‘BERSIRI KOREA’ yang menjadi pujaan jutaan gadis-gadis desa dan bandar,sifat mereka yang menggilai akan paras rupa sang ‘hero’ memukau mereka hingga lupa akan segalanya.

Ana tidak mahu menyentuh cabang dan sudut filem itu,mahupun judul filem itu,Cuma ana mahu ketengahkan mengenai RANCANGAN JAHAT BARAT kepada kita tidak kira rakyat di mana sahaja celah benua di dunia ini.Filem 2012 yang menjadi ‘box office’ telah menimbulkan berbagai spekulasi kepada semua penduduk dunia dimana mereka sendiri menampilkan beberapa corak pemikiran oreintalis pada penduduk dunia.Kalau dapt dilihat bahawa file mini sengaja ditamatkan dengan mana wujudnya lagi manusia selepas kejadian 21/12/2012 itu,maksudnya,mereka mahukan selepas tarikh itu adalah satu kempimpinan DAJAL bagi mengawasi dunia,ini telah termaktub di cereka internet kini.Kalau sahabat-sahabat dapat melayari internet dan mengkaji hal ini,sahabat-sahabat akan dapati bahawa mereka akan menyuruh kita memilih ketua kita selepas 2012 itu dengan kerana ketiadaan lagi kepimpinan dunia pada waktu itu akibat dunia dihanyak dnegan ombak besar yang disangka kiamat.Ini satu rancangan menarik ORANG_ORANG KUAT DAJAL yang berpengaruh di dunia ini.

Secara ringkasnya,pengkajian ini ana teruskan dengan beberapa filem melayu kita yang kita terus hangat dengan cerita yang diselitkan dengan unsur SEKS bebas ataupun boleh ana kata ‘muqaddimah seks’ (permulaan seks) yang mana ketahap,seandainya tiada unsur-unsur ini dalam filem kita maka ‘tak boleh jual’ gamaknya.Ini jelas dengan bukti keluaran drama-drama melayu,filem bercorak kebaratan dan sebaginya,dan ana rasa sahabat lebih maklum akan mana yang ‘hot’ sekali.Dimana finas?? Kalau dibincangkan soal finas dalam hal ini maka satu lembaran kajian baru harus dibuka,ianya salaing berkaitan hingga merumitkan diri penulis.Bagi ana satu perkara yang harus ditilik disini adalah pengkhususan dunia dan penerimaan dunia akan kewujudan dunia perfileman ini.Kalau mahu dibincang soal kesalahan,sememangnya salah dan boleh dijatuhkan hukuman kepada semua PELAKU MUQADDIMAH SEKS ini seperti mana yang termaktub dalam undang-undang syariah negeri Kelantan.’kalau berlaku dikelantan lah’.Akta ini bukan sahaja menghukum kepada mereka yang MELAKUKAN SEKS malah MUQADDIMAH SEKS juga boleh dihukum SEBAT,DENDA tidak lebih RM3000,penjara 3 tahun,sahabat-sahabat boleh rujuk sendiri diruangan sesawang hukuman syariah negeri-negeri di sana wujud penjelasan hebat tentang hal akta syariah ini.Soalnya dimana kesedaran PENONTON?????

Oleh yang sedemikian,ana jangkakan bahawa dunia mengalami permasalahan yang cukup hebat tentang soal masa depan ummah,kita akan terpengaruh dengan adegan barat yang selalu ingin menghancurkan kita.Para oreintalis dan orang barat tidak tidur malam mencari kelemahan mereka padahal kita setiap malam mencari idea mereka untu dipersembahkan pada umum.Wahai pengarah dan penerbit yang membaca ruangan ini,seandaiinya silap tulisan ana,maafkan,tetapi isi yang ana mahu sampaikan pada anda semua tidak silap akibat ianya datang dari KITAB dan SUNNAH

LOK sdn.bhd,

2 comments:

  1. salam...btol3..ana sokong 100%...mcm mana org kafir cucuk kt umat islam...kt x sedar..hmm...diorang dpt untung...kt??? kullu hazihi wasaiel i3lam khoteer jiddan....izan, 3alaina an nastakhdimaha istikhdaman jaiyyidan...

    ReplyDelete
  2. hehe.. ye2... ummu ni pembahas terbaik.. bhase arab 2... so.. alaiki tafham kuulu mini.. wa alaina nafhamu jaidan ma yahdsu al an.. wa dua ilaalahhua toriq li salamah... amin...

    ReplyDelete