Friday, April 9, 2010

HANGAT!! PILHAN RAYA PMRAM




JENTERA PERLU ADA TACTICAL MENARIK.

Untuk penulisan kali ini,ana ingin bersama dalam gerak pilihan raya PMRAM 2010 sesi 2009/2010 kali ini.Untuk permulaan nya ana mengucapkan tahniah yang teramat sangat pada semua calon Badan Pengurus Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2009/2010 (BP PMRAM).Setelah 14 tahun,satu tempoh yang agak panjang bagi semua mahasiswa menunggu untuk memaksukkan diri kea rah wacana pilihan raya mahasiswa ini.Ana dapat merasakan bahawa kali ini,mahasiswa punya kuasa yang berhak mereka kotakan dengan menunaikan tanggungjawab dengan membunag undi untuk pihan raya PMRAM kali ini.

Ini satu peluang yang terbaik bagi semua mahasiswa,tidak kita disemua peringkat,Cuma yang menjadi bualan pihak ‘bawahan’,dikalangan mahasiswa baru yang mana TIDAK DIBENARKAN MENGUNDI akibat tidak layak disebabkan kurang tempoh matang menjadi ahli.Puas mendengar rungutan rakan-rakan baru yang bersemangat dengan pilihan-raya kali ini.Bagi ana ini adalah satu peluang,peluang keemasan bagi semua mahasiswa.Tetapi apakan daya dengan peraturan yang ditetapkan kami tidak dibenarkan untuk turun membuang undi.Perkara ini,baru sahaja ana dengar,dan kini sudahpun tersebar luas akan cerita ini,ramai yang berdukacita,entah tahun depan ada ataupun tidak.

Bagi pendapat ana,ana merasakan satu platform yang menarik ini,patut digunakan dengan sebaiknya,dengan kehadiran kami dimesir ini dalam lingkungan bulan 9 tahun lepas (2009), dan didaftarkan selepas tarikh 20/10/2009, menjadi sebab kami tidak layak dalam tempoh pengundian ini,dengan peraturan yang sedia ada, tempoh matang bagi setiap ahli untuk didaftarkan sebagai pengundi adalah selama 6 bulan telah didaftarkan.Dengan ini untuk menggenapkan selama 6 bulan kami seharusnya telah didaftarkan sebelum 20 haribulan bulan tersebut.Dengan apa yang telah terjadi PMRAM kehilangan sejumlah besar pengundi dari kalangan mahasiswa sesi (09/10),riuh kedengaran suara yang tidak berpuas hati dengan sistem pendaftaran ini memanaskan isu ini.

Isu yang kedua bagi ana,ana terdengar akan suara yang mengatakan bahawa sitem pendaftaran suruhanjaya pilihan raya diperingkat PMRAM agak bermasalah.Maaf ana katakan sebegini,mungkin kesalahan itu dapat membenarkan kita pada waktu akan datang.Apa yang dapat dilihat,sistem perkemasan untuk menyemak pendaftaran pengundi membuatkan ramai dari kalangan ahli PMRAM yang ‘menyorok’ tidak berdaftar,dan membuatkan mereka semua tidak berdaftar dan tidak boleh mengundi.Hal ini kerana,meja penyemakan hanya berdiam diri,kaku kayu,tidak bergerak dan hanya menunggu mahasiswa datang membuat semakan.Ini satu sistem yang agak salah kerana impaknya mahasiswa yang tidak suka berprogram tidak akan berdaftar dan tidak boleh pula untuk mengundi.Diharapkan pihak PMRAM ambil tahu hal ini.Ana merasakan dan menjangkakan bahawa yang berdaftar dan datang membuat semakan tidak sama jumlahnya dengan yang berdaftar sebagai ahli PMRAM.

Mengenai semakan tadi,apat dilihat bahawa kita mengalami masalah UKHWAH yang kritikal dari setiap peringkat.Maksudnya,tidak ramai yang suka berprogram,dan ana rasakan yang datang MENGUNDI adalah mereka yang ‘suka berprogram’.Ini realiti,walaupun ramai yang menidakkannya,tetapi inilah satu permasalahan yang mana,kita haru depani dengan ‘tactical’ dan strategi yang menarik.Seharusnya wakil (SPR) harus bergerak mencari ahli dari semua peringkat untuk membenarkan mereka dimeja pengundian kelak.Kesedaran tidak akan timbul seandainya KITA tidak mulakan,mereka dengan cara mereka yang sememangnya sukar untuk sedar tentang hal ini.Seandainya kita dapat lihat di Malaysia,(SPR) yang dipertanggunjawabkan akan bergerak menunggu pengundi untuk membuat semakan ini dapat menaikan semangat para pengundi,seandainya ada dari pengundi tidak berdaftar,maka (SPR) akan terus mengeluarkan borang dan didaftarkan.Barisan Nasional juga meniru ‘tactical’ ini.Harap perkara ini dapat dilihat.

Mengenai mahasiswa baru yang tidak layak mengundi ini,amat dukacita sekali,lagi-laginya ana,tetapi apakan daya dengan sitem yang sedia ada.Ana harapkan format 6 bulan ini dapat dikaji dan ditukar kepada tempoh matang selama 5 bulan.Kita harus melihat perkara ini dari sudut yang terbaik untuk ‘adik-adik’ kita.sekian.

Muhd Amirul Amin
7/4/2010,

No comments:

Post a Comment