Thursday, May 28, 2009

TAKTIK UMNO,TAKTIK DURJANA.

Ha....
bertemu lagi dalam blog sy..
topik terbaru yang mahu sy ketengahkan adalah...

UMNO ADAKAN CERAMAH DI PENANTI.


Kita sedia maklum umno-bn sendiri telah memaklumkan bahawa hanya parti bertanding sahaja yang dibenarkan bagio membuat apa-apa perkara dari asas berkempen bagi tempat pilhan raya kecil.Hal ini,telah kita ketahui apabila umno-bn kalah di tiga tempat bg kubu kuat mereka.Mereka marah kalau calon PAS bertanding orang PKR buat ceramah,mereka marah kalau DAP jadi calon orang PAS yang bagi ceramah,jadi kini mereka buat perkara yang telah mereka tetapkan dahulu,adakah ini cara kotor lagi hina mereka bagi memenangi pilhan raya??? kalau menang pon,menang di peti undi tapi tidak dihati rakyat.


Apakah mereka telah lupa pada prinsip ketuanan melayu mereka?? mereka sering mengwar-warkan soal kepentingan melayu bumiputra,tetapi hakikatnya bagi parti sekuat itu mereka memalukan dasar kemelayuan.Sudahlah tidak mahu bertanding,kini main kotor pula,jadi rakyat mula sedar,kerajaan pimpinan dato seri najib makin rosak enjinnya,makin haus breknya,semuanya perlu di servis,oleh itu,kami akan pastikan dua pilhanraya kecil ini hak mutlak kami,dan seandainya ada taktik ataupun strategi jahat yang mereka canangkan kita akan lawan.


sekian sahaja tuliosan sy kali ini,ketemu lagi kita di isu akan datang.

Wednesday, May 27, 2009

UMNO TIDAK AKAN HENTI CABUL UNDANG-UNDANG

Keputusan Mahkamah menidakkan keabsahan tindakan penggantungan 7 ADUN BN Perak oleh Speaker V. Sivakumar tidak mengejutkan. Ia telah dijangka seawal keputusan penggantungan itu dibuat oleh Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan DUN pada 18 Februari lalu. Realiti politik Malaysia menunjukkan hampir mustahil keputusan mahkamah boleh berpihak kepada Pakatan Rakyat, apatah lagi dalam kes yang besar seperti semua kes berkaitan rampasan kuasa ini.

Kes saman DS Nizar terhadap Dr. Zambry yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi juga pada dasarnya berdepan dengan kemungkinan yang sama. Amat ajaib sekiranya keputusannya nanti berpihak kepada DS Nizar. Kalau DS Nizar menang, betullah Malaysia sudah berubah.

Ada yang bertanya, kalau dah tahu akan kalah di mahkamah, kenapa tindakan-tindakan mahkamah itu dibuat? Apa perlunya membuang masa dan wang memfailkan tuntutan di mahkamah sedangkan dah tahu akan kalah?

Ini jawabannya;

Pakatan Rakyat perlu mengambil tindakan undang-undang supaya UMNO tidak mengambil mudah untuk selama-lamanya mencabul perlembagaaan, undang-undang dan demokrasi.

Rakyat Malaysia perlu diajak memahami perlembagaan dan undang-undang. Langkah mengheret UMNO ke mahkamah boleh memangkin keprihatinan rakyat terhadap kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan. Walau pun UMNO terus menang dengan mencabul mahkamah melalui pintu belakang dan tangan-tangan ghaib, rakyat akhirnya akan celik undang-undang sedikit demi sedikit.

Semua keputusan mahkamah berkaitan rampasan kuasa ini menjadi azimat yang sangat bermakna kepada Pakatan Rakyat. Penyokong PR semakin bersemangat untuk menguburkan BN. Apabila Mahkamah turut jadi parti komponen BN maka itu tandanya demokrasi sedang menuju ke pusara. Jika BN tidak dikuburkan, Malaysia akan jadi negara penyamun. Ketua penyamun ialah Perdana Menteri. Gerombolan penyamun utama ialah menteri dan timbalan menteri. Persatuan penyamun ialah parti komponen BN yang diketuai oleh UMNO sebagai parti penyamun utama.

Mahkamah membantu penyokong PR membenci UMNO untuk selama-lamanya. UMNO tak akan mampu lagi memujuk mereka dengan rasuah politik. Mahkamah juga telah menyempurnakan pengesahan status UMNO dan BN sebagai parti najis yang wajib dimuziumkan.

Dengan perkembangan ini, pemimpin Pakatan Rakyat tak perlu bimbangkan kesetiaan penyokong sedia ada. Kempen boleh difokuskan kepada penyokong UMNO kategori 'longgar' dan 'keliru'. Melalui pendekatan yang sesuai, adalah diyakini kelompok ini boleh beralih menyokong PR menjelang pilihanraya umum ke 13.

Sehingga kini UMNO masih berpegang teguh dengan prinsip politik Machiavelli dan protokol Zionist 1683 nombor 6 berkenaan 'cara menguasai rakyat' iaitu mengulangi pembohongan sehingga ia dipercayai sebagai benar. Malangnya UMNO gagal menyedari bahawa prinsip dan protokol itu dipraktikkan oleh Machiavelli dan Zionist secara bersama dengan prinsip dan protokol 'mengekalkan ilmu dan intelektual rakyat pada tahap yang rendah'.

Zionist berjaya meluaskan cengkaman mereka sepanjang 500 tahun kerana pembinaan intelektual yang hebat di kalangan mereka, bersama dengan pengekalan tahap intelek yang rendah di kalangan penduduk dunia. Apabila perkembangan ilmu berkembang pesat pada pertengahan abad ke 20, cengkaman Zionist telah sampai ke kemuncaknya. Suku terakhir abad itu menyaksikan kebangkitan kesedaran penduduk dunia menyanggah hegemoni Zionist berbekalkan ilmu yang tidak lagi dimonopoli oleh kelompok Zionist sahaja.

Politik Malaysia menjalani proses yang hampir sama. UMNO berjaya mengekalkan cengkaman politik sepanjang 50 tahun kerana majoriti rakyat cetek ilmu pengetahuan. Parti dan pertubuhan yang menentang UMNO gagal mendapat sokongan kerana rakyat mudah ditipu dan dirasuah oleh UMNO. Kebangkitan awal menentang UMNO hanya berlegar di institusi pengajian agama yang didokongi oleh ilmuan Islam. Gelombang kedua kebangkitan ini muncul di Institusi Pengajian Tinggi pada pertengahan tahun 70an dan memuncak pada pertengahan tahun 80an. Kedua-dua peringkat kebangkitan ini berkait langsung dengan faktor ilmu dan maklumat.

Hari ini UMNO masih mampu bertahan dengan baki penyokong yang cetek ilmu dan miskin maklumat. Majoriti rakyat yang berilmu dan celik maklumat telah pun meninggalkan UMNO. Kajian akademik di kampung-kampung Melayu membuktikan 80% penyokong setia UMNO ialah orang Melayu yang rendah IQ dan buta ICT. Kajian yang sama menunjukkan 70% orang Melayu berkelulusan STPM ke atas telah memilih PAS atau PKR. Jika Pakatan Rakyat dapat mencelikkan 10% penyokong UMNO sehingga mereka berilmu dan bermaklumat, adalah diyakini parti perkauman itu akan dipusarakan sebelum pilihanraya umum ke 14

HANYA TIGA GOLONGAN SANGGUP BUNUH ULAMA

Oleh : Allahyarham YB Dato’ Haji Fadzil Noor

RANTAU PANJANG, 4 Mac - Sejarah dunia membuktikan terdapat hanya tiga golongan yang sanggup menentang dan membunuh ulama iaitu Yahudi, Komunis dan parti yang memerintah Malaysia.
Presiden PAS, Dato' Haji Fadzil Mohd Noor berkata, golongan terbabit sanggup membunuh ulama bagi mempertahankan survival politik mereka.Katanya, Yahudi bertindak ganas membunuh ulama di Palestin, manakala Komunis menganiayai ulama di negara bekas jajahan Soviet Union."


Ketika saya berkunjung ke negara bekas Soviet Union suatu ketika dahulu, ulama yang mahu menyebarkan syiar Islam terpaksa melakukan dengan senyap-senyap kerana khuatir dibunuh pemerintah Komunis," katanya pada ceramah di Pusat Tarbiyah Rantau Panjang di sini, malam 2 Mac lalu.
Hadir sama di majlis itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh, Ketua Penerangan, Haji Zulkefli Mamat dan Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Ustaz Hussin Ibrahim.
Dato' Haji Fadzil yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen berkata, parti yang memerintah Malaysia iaitu Umno juga pernah melakukan perbuatan serupa seperti orang Yahudi dan Komunis.
Katanya, Umno terlibat membunuh ulama di Memali pada 1985 sehingga menyebabkan ramai menjadi korban.Menurut beliau, sepatutnya tragedi seperti itu tidak berlaku sekiranya pasukan keselamatan menggunakan pendekatan lebih profesional."
Ustaz Ibrahim bukan menyerang pasukan polis, cuma mereka mempertahankan diri bagi mengelakkan ditangkap untuk dihumban ke dalam tahanan ISA."Sebelum peristiwa itu berlaku saya berjumpa dengan Ketua Polis Kedah ketika itu, bagi meminta jasa baik pegawai polis berkenaan supaya mencadangkan kepada Menteri Dalam Negeri membatalkan hasrat untuk menangkap Ustaz Ibrahim menggunakan ISA."
Sedangkan sebelum peristiwa itu berlaku Ustaz Ibrahim sudah berbulan-bulan tidak boleh keluar ke mana-mana kerana dikawal ketat polis," katanya.Beliau juga menceritakan, semasa Ustaz Ibrahim ditembak di perut, isteri, ibu dan ayahnya datang memangku.
Bagaimanapun malangnya pihak polis bertindak ganas dengan menarik isteri, ayah dan ibu Ustaz Ibrahim dan membiarkan dia mati keseorangan.Menurutnya, selepas kejadian itu berlaku, beliau sempat menatap jenazah Ustaz Ibrahim di Bilik Mayat Hospital Alor Setar dan melihat kesan-kesan tembakan di badannya.
"Apakah tindakan yang dilakukan anggota-anggota polis itu tidak dinamakan suatu kezaliman dan tindakan tidak berperikemanusiaan," katanya.Beliau juga mempertikaikan kenyataan Menteri Penerangan, Dato' Khalil Yaakob kononnya penayangan klip video Memali melalui RTM untuk menjelaskan perkara sebenar.Menurut Presiden PAS, penanyangan itu adalah strategi Umno untuk memburukkan PAS dengan menghina ulama yang sudah meninggal dunia.
"Apa yang dilakukan itu sebenarnya bercanggah dengan saranan Nabi Muhamad saw yang meminta umatnya mengingatkan orang yang sudah mati dengan segala kebaikannya," katanya.
Dato' Haji Fadzil juga berkata, agenda klip video terbaru yang dimainkan RTM mengenai Amanat Haji Hadi juga tidak akan menguntungkan Umno kerana mesej itu akan memperjelaskan perkara sebenar, iaitu agama dan politik tidak boleh diasingkan.

“PERKASAKAN RAKYAT, MUSNAHKAN UMNO’

HARAKAH DILARANG KEMPEN CALON,ADIL KE??

Pengerusi Jawatankuasa Pemilih PAS, Datuk Mustafa Ali, melarang akhbar rasmi PAS, Harakah untuk berkempen bagi calon yang bertanding di dalam pemilihan parti itu pada bulan depan.

Perkara ini dinyatakannya dalam sidang media yang diadakan di ibu pejabat PAS Jalan Raja Laut Selasa lepas.

Menurut Mustafa yang juga Pengerusi Jamaah Pengarah Harakah itu, akhbar rasmi PAS itu harus berlaku adil kepada semua calon yang bertanding nanti.

Dalam sidang media yang sama, Mustafa Ali juga mengumumkan senarai penuh bagi calon yang bertanding bagi sesi 2009-2011.

Pemilihan akan akan di jalankan pada Muktamar PAS yang ke 55 tahun ini yang akan dijalankan di Stadium Melawati, Shah Alam bermula dari 5 hingga 7 Jun 2009.

Dewan Pemuda akan bersidang pada 3 dan 4 Jun di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar dan akan disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa.

Manakala Dewan Ulamak akan bermesyuarat di Auditorium Muzium Shah Alam pada 4 Jun dan Dewan Muslimat akan bermesyuarat di Bangunan Majlis Bandaraya Shah Alam pada 4 Jun.

Tuesday, May 26, 2009

MANEK URAI??? PORT KUAT PAS..

BN tetap tidak percaya Manek Urai kubu kuat PAS yang tidak boleh ditelan!


HANYA beberapa jam selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia pada Jumaat lepas, Pas tanpa berselindung menyarankan Barisan Nasional (BN) tidak bertanding di kerusi itu kerana ia kubu kuat Pas, tulis Syarifah Hunanini Syed Ismail untuk Bernama.

Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali semasa membuat saranan itu dengan penuh yakin berkata, sekiranya BN memutuskan untuk bertanding pada pilihan raya kecil kawasan itu nanti, ramai boleh menjangkakan parti mana yang akan menang.

Kenyataan itu dilihat sebagai mempamerkan sikap angkuh Pas di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merasa kebal kerana telah menguasai Kelantan hampir 20 tahun.

Teori kubu kuat Pas menjamin kemenangan parti itu juga boleh disangkal berikutan BN pernah merampas kerusi DUN Pengkalan Pasir pada pilihan raya kecil pada Disember 2005. Pilihan raya kecil itu dimenangi calon BN, Hanafi Mamat, dengan majoriti 134 undi menewaskan calon Pas, Hanifa Ahmad yang memperoleh 7,288 undi. Calon Bebas Datuk Ibrahim Ali menerima 415 undi.

Pada Pilihan Raya Umum 2004, Pas nyaris-nyaris kehilangan negeri Kelantan apabila BN Kelantan berjaya memenangi 21 kerusi daripada 45 kerusi DUN dan lapan daripada 14 kerusi Parlimen.

BN juga meletakkan pemerintahan Pas di Kelantan umpama telur di hujung tanduk apabila kerusi DUN Kemuning dimenangi Pas dengan majoriti dua undi sahaja.

Bagaimanapun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN menegaskan BN pasti akan meletakkan calonnya untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN itu dan tidak akan memberi laluan mudah kepada Pas.

Tegas Perdana Menteri, pada prinsipnya, BN akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil jika kekosongan itu berlaku atas sebab-sebab perlembagaan seperti kematian penyandang, tetapi tidak akan menari mengikut rentak pembangkang dalam kes-kes kekosongan yang berlaku kerana ada manipulasi politik seperti mana pada pilihan raya kecil DUN Penanti di Pulau Pinang pada 31 Mei ini.

Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengingatkan pemimpin Pas supaya tidak terlalu yakin apatah lagi calon BN di kerusi berkenaan hanya tewas dengan 1,352 undi sahaja pada pilihan raya umum 2008.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed pula berkata, kenyataan Pas itu jelas menampakkan keangkuhan sedangkan rakyat belum lagi membuat keputusan dan pilihan raya kecil pun belum diadakan lagi.

Timbalannya, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin pula berkata, kenyataan itu bertujuan melemahkan semangat dan mendorong BN tidak bertanding sekali gus memberi kemenangan moral kepada Pas.

Hakikatnya, tegasnya, ia telah mempamerkan sikap sebenar Pas yang licik dan tidak lebih hanya sebuah parti politik yang memperjuangkan kemenangan dalam pilihan raya.

"Biarlah rakyat yang menilainya ... fokus kita bekerja dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat... kalah atau menang itu terpulang kepada pengundi di Manek Urai untuk tentukan," kata Timbalan Menteri Kewangan itu.

Bagi Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sivamurugan Pandian, tidak mustahil untuk BN menembusi DUN Manek Urai, jika kena dengan caranya.

Walaupun menyedari kedudukan Pas sebagai kerajaan negeri tidak terjejas sekiranya BN menang berdasarkan jurang besar memihak kepada parti itu yang ketika ini menguasai 38 kerusi, BN dengan enam kerusi dan Parti Keadilan Rakyat, satu kerusi, beliau berkata BN wajar meletakkan calon.

"Ia mampu memberi suntikan semangat kepada BN dan UMNO dan membuktikan setiap tindakan yang diambil setakat ini untuk memulihkan kembali imej parti, berada pada landasan yang betul dan diterima rakyat," katanya.

Katanya, selain perlu memastikan calon yang benar-benar mampu menarik hati rakyat, Mustapa perlu memastikan puak-puak yang wujud dalam UMNO Kelantan sudahpun bersatu dan segala masalah dalaman tidak lagi menjadi barah yang memusnahkan parti itu sejak sekian lama.

Transformasi yang berlaku dalam barisan pimpinan BN Kelantan yang kini sekali lagi dipikul Mustapa, dilihat mampu meraih kembali sokongan rakyat, katanya.

Beliau berkata, sebagai seorang pemimpin yang terkenal kuat bekerja dan merendah diri, Mustapa diyakini mampu mencipta gelombang biru sekali lagi seperti mana pada pilihan raya umum 2004, selain memantapkan kembali sokongan rakyat terhadap BN.

Majoriti 1,352 undi yang dimenangi Allahyarham Ismail pada pilihan raya umum 2008 juga sebenarnya tidak meletakkan Pas pada kedudukan selesa, katanya.

"BN perlu cari jalan untuk menarik kembali sokongan golongan muda dan memberi perhatian kepada penyelesaian permasalahan mereka seperti menyediakan peluang pekerjaan dan membuktikan BN parti yang benar-benar ikhlas berkhidmat kepada rakyat. BN juga perlu lebih teliti menjelaskan isu semasa kepada rakyat," katanya.

Paling penting, kata beliau, BN perlu menunjukkan keikhlasannya untuk memberi khidmat kepada rakyat dan pemimpin tidak muncul hanya di kala ada pilihan raya semata-mata.

Ismail meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini kira-kira 5.55 pagi Jumaat lepas setelah dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan sejak bulan lepas akibat sakit jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilapor akan bermesyuarat Khamis ini untuk memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil itu.

DARUSSYIFA

AKTIVITI DARUSSYIFA’ & PETA
AKTIVITI DARUSSYIFA'

Darussyifa' diuruskan oleh Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia. Persatuan ini mempunyai ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab terhadap pengurusan dan aktiviti Darussyifa'. Diantara aktiviti utama Darussyifa' adalah seperti berikut;

1. Klinik Rawatan Darussyifa'
2. Kuliah Agama
2.1 Kuliah Pengubatan Islam
2.2 Kuliah Tajwid
2.3 Kuliah Feqah
3.0 Majlis Zikir
4.0 Dakwah kepada bukan Islam
5.0 Dakwah kepada Orang-orang Islam
6.0 Pengambilan Pelajar Baru

1. Klinik Rawatan Darussyifa'

Klinik Darussyifa' ialah tempat rawatan yang dikunjungi oleh masyarakat yang memerlukan bantuan dalam mencari kesembuhan penyakit. Klinik Utama Darussyifa' terletak di Bandar Baru Bangi iaitu beralamat di No 5 Jln 1/7D, Bandar Baru Bangi, Selangor. Selain daripada di Bangi, cawangan Darussyifa juga terdapat ditempat-tempat lain seperti di Kampung Baru (Kuala Lumpur), Pahang, Terengganu, Perak, Johor dan tempat-tempat lain, (sila lihat Klinik dan Cawangan Darussyifa'.)

Berbagai jenis rawatan yang berikan, (sila lihat Jenis Rawatan). Segala khidmat masyarakat dan rawatan yang diberikan oleh Darussyifa' ini adalah secara percuma. Untuk tujuan rawatan, pesakit hanya perlu membawa air atau bahan-bahan tertentu mengikut keperluan seperti diminta oleh perawat. Klinik rawatan Darussyifa' memberi rawatan setiap hari (sila lihat Klinik dan Cawangan Darussyifa'). Bagaimanapun sepanjang bulan Ramadan klinik akan ditutup. Walaupun begitu masih ada perawat yang bertugas secara sukarela dibulan ramadhan untuk tidak menghampakan pesakit yang datang untuk berubat.

Selain daripada menerima kunjungan masyarakat ke Klinik Darussyifa', Perawat-perawat Darussyifa' juga sering menghadirkan diri kerumah pesakit yang berhajat. Keadaan ini bergantung kepada kelapangan Perawat. Untuk merawat tempat yang bermasalah (mungkin seperti ada gangguan makhluk halus) seperti dirumah kediaman, pejabat, sekolah dan kilang, biasanya perawat-perawat akan datang merawat secara berkumpulan iaitu diantara 20 hingga 40 orang. Untuk mendapatkan rawatan memulihkan tempat yang bermasalah, pihak yang berhajat dinasihatkan supaya menulis surat kepada pengerusi Darussyifa' (sila lihat Carta Organisasi Darussyifa')
..ke atas.


2. Kuliah Agama

Darussyifa' turut menganjurkan kuliah agama. Kuliah agama yang dianjurkan seperti berikut;

i. Kuliah Pengubatan Islam,
ii. Kuliah Tajwid dan
iii. Kuliah Feqah.

Kuliah Pengubatan dan Kuliah Tajwid adalah hanya untuk mereka yang telah mendaftarkan diri seagai Pelajar Pengubatan sahaja, menakala Kuliah Feqah adalah umum untuk orang ramai.
..ke atas.

2.1 Kuliah Pengubatan Islam

Kuliah Pengubatan Islam diadakan pada hari Isnin setiap minggu selepas solat Isyak berjamaah. Kuliah ini diadakan di tingkat satu Bangunan Darussyifa Bandar Baru Bangi. Kuliah disampaikan sendiri oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Bagaimanapun dalam tajuk-tajuk rawatan tertentu ia di sampaikan oleh Ustaz yang berkelayakan seperti Rawatan Santau disampaikan oleh Ustaz Mokhtar Kasan. Untuk menghadiri Kuliah ini perlulah mendaftarkan diri sebagai pelajar terlebih dahulu. Sila lihat Permohonan Menjadi Ahli.
..ke atas.

2.2 Kuliah Tajwid

Kuliah Tajwid diadakan dua minggu sekali iaitu pada hari Sabtu minggu pertama dan ketiga dalam setiap bulan. Kuliah ini bermula dari jam 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari. Kuliah ini juga diadakan di tingkat satu Bangunan Darussyifa Bandar Baru Bangi. Kuliah disampaikan oleh Guru-guru tajwid yang berkelayakan. Kuliah ini memberi keutamaan kepada pelajar-pelajar yang baru menyertai Kuliah Pengubatan Islam. Kuliah ini diwajibkan kepada mereka yang mendapat markah yang rendah dalam temuduga. Tujuannya ialah untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam bacaan-bacaan asas doa rawatan, terutamanya yang melibatkan ayat-ayat suci al-Quran.
..ke atas.

2.3 Kuliah Feqah

Kuliah Feqah ini adalah umum untuk semua yang diadakan dua kali dalam sebulan iaitu pada hari Khamis minggu pertama dan ketiga dalam setiap bulan. Kuliah ini bermula selepas Solat Maghrib berjamaah. Kuliah ini juga diadakan di tingkat satu Bangunan Darussyifa Bandar Baru Bangi. Kuliah Feqah disampaikan sendiri oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Kuliah biasanya berlangsung selama 2 jam. Sejam yang pertama disampaikan Kuliah Agama yang berpandukan daripada kitab-kitab feqah kemudian Tuan Guru akan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan secara lisan atau bertulis.
..ke atas.


3. Majlis Zikir

Majlis Zikir diadakan pada setiap minggu iaitu pada hari Isnin bermula dengan solat Maghrib berjamaah. Majlis Zikir ini diadakan di tingkat satu Bangunan Darussyifa Bandar Baru Bangi. Majlis Zikir dipimpin sendiri oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Ketika ketiadaan Tuan Guru ia dipimpin oleh ustaz yang berkelayakan. Pelajar-pelajar yang baru menyertai Darussyifa' dan belum diijazahkan adalah wajib untuk menghadiri Majlis Zikir ini. Pelajar-pelajar senior juga digalakkan untuk menghadiri Majlis Zikir ini untuk memantapkan lagi pertahanan diri dan kekuatan rohani.
..ke atas.

4. Dakwah kepada bukan Islam

Darussyifa' juga mempunyai aktiviti yang penting iaitu berdakwah kepada orang-orang bukan Islam dan membantu serta membimbing orang-orang yang baru memeluk Islam (mualaf). Aktiviti ini diuruskan dibawah unit khas yang dinamakan Unit Dakwah. Unit ini terletak di bawah Perlembagaan Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam. Ia ditubuhkan pada 20hb Mei 2003. Tujuan unit ini ditubuhkan ialah untuk memelihara kebajikan orang yang baru memeluk agama Islam. Pada ketika ini, unit ini diketuai oleh seorang pendakwah iaitu Tuan Haji Ahmad Fitri Abdullah dan dibantu oleh isterinya Hajah Nazrin Mohamad Basha. Beliau mengetuai unit ini dengan gelaran Pengarah Dakwah.

Ketika ini (2006), bangunan untuk Unit Dakwah ini sedang di dalam perancangan. Tanah wakaf Darussyifa' di Mukim Dengkil Daerah Sepang seluas dua ekar insya'Allah akan dibangunkan untuk membina bangunan bagi menempatkan pejabat, rumah persinggahan bagi mualaf dan perkara-perkara lain yang berkaitan. Sumber kewangan buat masa ini diperolehi melalui sumbangan ahli korporat dan orangramai. Pendakwah-pendakwah yang dilantik juga membantu pengarah unit ini memberi kursus kepada para mualaf yang ditempatkan di Pusat Dakwah atau tempat lain.
..ke atas.

5. Dakwah kepada Orang-orang Islam

Selain daripada yang disebut sebelum ini, diantara bentuk aktiviti Darussyifa' ialah menyampaikan dakwah kepada orang ramai. Sebagai contoh, pesakit yang datang dengan tidak menutup aurat yang sempurna diminta untuk berbuat demikian terutama semasa sesi rawatan. Malah pihak pentadbiran turut menyediakan pakaian khas untuk memudahkan mereka menutup aurat. Terbukti cara ini berkesan kerana ada sesetengah pesakit berpakaian lebih sopan apabila datang berubat kali kedua.

Darussyifa' juga mengajak orang ramai supaya mendekatkan diri dengan Allah. Mereka yang sakit diminta sentiasa bermunajat dan melakukan solat hajat atau solat malam untuk memohon kepada Allah agar menyembuhkan penyakit yang dihidapi. Secara tidak langsung ini merupakan satu didikkan kepada orang ramai dalam mendekatkan diri mereka kepada Allah s.w.t. Mereka juga dapat menyedari kelemahan manusia bahawa keangkuhan mereka yang terlibat dalam bidang perubatan tidak mendatangkan manfaat.
..ke atas.

6. Pengambilan Pelajar Baru

Darussyifa' juga menjalankan aktiviti pengambilan pelajar baru yang ingin belajar ilmu pengubatan Islam. Pengambilan pelajar baru diadakan pada setiap tahun. Permohonan boleh dikemukakan dengan mengisi borang yang disediakan. Borang tersebut boleh didapati di pejabat Darussyifa'. Borang permohonan biasanya dikeluarkan pada bulan November dan tarikh tutup permohonan pada pertengahan bulan Disember. Biasanya jawatan kuasa khas ditubuhkan untuk mengendalikan pengambilan pelajar baru. Mereka ditugaskan untuk menapis semua permohonan dan menemuduga. Tujuan mereka ditemuduga ialah untuk memastikan setiap orang yang ingin menyertai Kuliah Pengubatan mempunyai asas tentang bacaan al-Quran. Temuduga tersebut biasanya diadakan sebulan selepas tarikh tutup permohonan. Semua permohonan perlu disokong oleh seorang ahli lama. Tahap umur untuk belajar di Darussyifa' adalah bergantung kepada keputusan jawatankuasa biasanya 18 tahun keatas. Dalam satu-satu sesi jumlah pelajar baru yang diambil adalah diantara 100 hingga 220 orang

NAJIB DIPECAT YDPA??

Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke rumah rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat dari Duli Yang Mulia Yang DiPertuan Agung (YDPA) bahawa beliau dan Rosmah hendaklah mengosongkan rumah rasminya kerana YDPA telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau. Alasan YDPA di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat (PR) dan beberapa ahli BN yang mula menyokong PR telah berjumpa YDPA di Istana dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang atau Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Surat YDPA juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan beliau hendaklah dipecat dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Najib merengus marah manakala Rosmah berteriak macam orang yang kena histeria. Najib yang masih marah dan berang berkata: “Macam mana Tuanku dengan sewenang-wenangnya memecat patik sedangkan Parlimen tidak mengadakan apa-apa sidang atau membawa apa-apa usul atau undi tidak percaya kepada patik. Patik tidak nampak mana–mana peruntukkan di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang member kuasa kepada Tuanku untuk memecat patik sebagai Perdana Menteri. Macam mana patik boleh dengan mudah dipecat dan sebagai ganti dilantik orang lain sebagai Perdana Menteri sedangkan tidak ada sebarang undi tidak percaya diluluskan di Parlimen ke atas patik”.

Keluhan Najib didengar dengan tenang oleh YDPA. YDPA dengan senyum berkata kepada Najib: “Adakah tuan hamba sudah lupa bahawa pada 22 hb Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif (Y.A) Dato Raus Sharif, Y.A Dato Ahmad Maarof dan Y.A Dato’ Zainon Ali telah sebulat suara memutuskan antara lain bahawa;

a. Seorang Menteri Besar (di peringkat Negeri) atau Perdana Menteri (PM) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau YDPA memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN atau Ahli-Ahli Parlimen.

b. Perkara 16 (6) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti ADUN atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya (votes of no confidence).

c. Kes Stephen Kalong Ningkan (1966) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.

YDPA seterusnya menambah: “Bukankah keputusan Mahkamah Rayuan tersebut yang tuan hamba inginkan bagi meraih keuntungan politik jangka pendek tuan hamba dan parti tuan hamba. Bukankah tuan hamba yang berkeras tidak mahu mendengar keluhan rakyat dan pemimpin partai komponen tuan hamba sendiri supaya krisis di Perak diselesaikan secara aman dan melalui amalan demokratik iaitu dengan kembali kepada rakyat melalui Pilihanraya semuladi Perak. Maaf tuan hamba, Beta terikat dengan keputusan tersebut dan tidak boleh buat apa-apa. Maka Beta dengan ini memerintahkan tuan hamba dan sekeluarga keluar dari rumah rasmi Perdana Menteri kerana tuan hamba bukan lagi Perdana Menteri Malaysia.”

Najib tersentak dan lemah segala sendi manakala Rosmah pula terkaku dan jatuh pengsan. Tiba-tiba mereka sedar keputusan Mahkamah Rayuan hari ini kini telah makan diri. Jika keputusan yang paling wajar dan munasabah oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Y.A Dato’ Aziz Abdul Rahim yang memutuskan bahawa satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya sekaligus mengekalkan doktrin Raja Berperlembagaan (Constitutional Monarchy) keputusan Mahkamah Rayuan pula ditafsirkan oleh ramai cendikiawan undang-undang telah melahirkan doktrin baru iaitu Raja Mutlak (Absolute Monarchy).

Jika Raja Berperlembagaan melahirkan kesejahteraan sudah tentu doktrin Raja Mutlak akan melahirkan suasana yang tidak menyenangkan.Sketsa di atas adalah, bagi saya, cara terbaik untuk memahamkan para pembaca tentang kesan keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini.

Sebagai seorang anggota pasukan peguam Nizar, saya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Tapi saya tidak pasti keputusan tersebut akan diterima dengan baik oleh rakyat khususnya rakyat di Perak. Dalam keadaan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman masih belum pulih sepenuhnya sudah tentu keputusan Mahkamah Rayuan tersebut tidak dapat lari dari cemuhan rakyat. Inilah masalahnya apabila sesebuah institusi dalam sebuah negara sudah hilang keabsahan (legitimacy).

Di negara ini apabila BN memerintah terlalu lama dan keabsahan parti tersebut dipertikaikan turut sama terpalit adalah institusi keadilan seperti Mahkamah, Peguam Negara dan polis. Apabila rakyat hilang keyakinan kepada sistem keadilan, maka sebarang keputusan Mahkamah apatah lagi keputusan seperti keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini sudah tentu tidak akan mudah diterima sebagai satu keputusan yang adil dan telus. Sejak dari awal rakyat sudah nampak macam ada sesuatu yang tidak kena kepada cara kes rayuan Zambry dikendalikan. Zambry kalah di Mahkamah Tinggi pada 11/5/2009. Mahkamah Tinggi menolak permohonan Zambry bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman. Pada 12/5/2009 di sebelah pagi Zambry membuat permohonan bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman. Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pendengaran permohonan Zambry pada pagi hari yang sama. Tarikh pendengaran yang diberikan dengan tergesa-gesa sudah tentu memprejudiskan Nizar dan pasukan peguamnya bagi membuat persiapan yang teliti dan mendalam.

Pada tengah hari 12 hb Mei itu juga Y.A Hakim Dato Ramly membenarkan permohonan Zambry dan perintah diberikan tanpa sebarang syarat. Nizar membuat permohonan bagi membatalkan perintah penggantungan yang diberikan kepada Zambry. Mulanya permohonan Nizar ditetapkan pada 18/5/2009 tetapi kemudiannya ditangguhkan pada 21/5/2009 iaitu pada hari yang sama rayuan Zambry didengar. Sudah tentu permohonan Nizar tidak lagi relevan untuk didengar atau seperti yang sering dikatakan ianya menjadi akademik. 21 hb Mei rayuan Zambry didengar dengan hujah lisan dan bertulis dikemukakan oleh pihak –pihak secara mendalam. Mahkamah hanya ambil masa satu hari sahaja untuk putuskan. Memang hebat Mahkamah boleh buat keputusan dalam masa satu hari. Tetapi cuba kita bayangkan jika kita menghantar baju untuk dijahit dan tukang jahit siapkan baju kita dalam satu hari - saudara boleh bayangkanlah tahap kualiti baju tersebut.

Suatu yang amat mengharukan kami (pasukan peguam Nizar) adalah meski pun Nizar kalah namun sambutan rakyat kepada kami di Mahkamah Rayuan hari ini seolah-olah menunjukkan Nizar yang menang dan bukannnya Zambry. Untuk rakan pasukan peguam Nizar iaitu Tuan Haji Sulaiman Abdullah, Philip Khoo, Ranjit Singh, Razlan Hadri, Nga Hock Cheh, Chan Kok Keong, Mr. Leong, Edmond Bon, Amir Arshad dan Zulkarnain Lokman ingatlah keputusan hari ini tidak akan mematahkan semangat kita sebaliknya ia memberi semangat baru kepada kita untuk terus berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan. Kita jumpa lagi di Mahkamah Persekutuan insya’Allah.

AMAN TANPA UMNO-BN

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin berkata, pilihan raya kecil Dun Penanti nyata aman terutamanya apabila Barisan Nasional (BN) tidak bertanding.

Beliau berkata demikian ketika berceramah di Kampung Kubang Semang sempena kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Penanti pada 23 Mei lalu.

Ceramah yang diadakakan di Kubang Semang itu membariskan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim dan Saifuddin Nasution.

Ini kerana katanya, polis tidak akan 'sibuk' untuk menjadi penggempur dan bekerja untuk BN bagi memastikan kedudukan BN selamat.

"Sejak pagi tadi semasa penamaan calon suasana cukup aman, polis pun tak ramai yang datang, tidak sama seperti prk Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau sebelum ini.

"Ketika di Kuala Terengganu polis dihantar seramai mungkin hingga mewujudkan suasana seolah-olah Kuala Terengganu berada sebagais ebuah daerah polis," katanya.

Namun kali ini, suasana aman kerana tidak ramai anggota polis yang ditugaskan bagi mengawal keadaan.

"Kita yakin sebenarnya jika pilihan raya ini tidak diganggu dengan kehadiran polis yang terlalu ramai, ia akan berada dalam keadaan aman," ujarnya.

Menyentuh isu di Perak, Nizar menyifatkan rampasan kuasa yang dilakukan Barisan Nasional (BN) di sana sebagai satu 'perbuatan zalim' di abad ini.

"Tiada perbuatan lain yang sezalim ini, merampas hak rakyat yang memilih kerajaan yang sah dan menggunakan kuasa menghalalkan t]indakan zalim mereka ini," katanya.

Lebih dahsyat lagi kata Nizar, BN menggunakan gelanggang mahkamah bagi mengesahkan lagi tindakan rampasan kuasa itu sebagai satu tindakan halal.

Nizar yang nyata kesal dengan rampasan kuasa oleh BN di Perak itu memberi amaran bahawa tindakan itu hanya akan membuatkan rakyat semakin benci dengan BN.

"Saya menyeru pengundi di Penanti ini agar memberikan undi kepada calon Pakatan Rakyat dalam masa yang sama sebagai singnal kepada kekejaman yang BN lakukan terhadap rakyat di Perak dan rakyat secara keseluruhannya," katanya.

Inilah peluang kepada rakyat untuk terus menyatakan bantahan kepada kerajaan dengan memberi undi kepada Pakatan Rakyat, katanya lagi.

9 GOLONGAN SOLAT

mbGolongan 1

Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang.

Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk nerakajuga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2

Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3

Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4

Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5

Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6

Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya.

Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.Allah belum lagi cinta orang ini.

Golongan 7

Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya.

Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8

Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya.

Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9

Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang.

Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya.

Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja.

Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim. Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi.

Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak keali daulah Islam.

MADU TIGA.

Hukum Bersanding Mengikut Perspektif Islam

1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)

Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:

(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.

Hukum Islam Terhadap Persandingan

1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee do we worship, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.

2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."

Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)

6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)

7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)

Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:

1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.

Rujukan
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.

http://www.geocities.com/isazalii/ruang_agama/hukumbersanding.htm

AL-FATIHAH

Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau kita lihat, tujuh ayat dalam Al Fatehah itu dirangkapkan dua ayat, dua ayat. Ia seolah-olah berbentuk sajak. Hujungnya disamakan iaitu sama ada huruf mim atau huruf nun di akhir setiap ayat. Ada ayat yang berakhir dengan 'mim' dan ada ayat yang akhirnya dengan 'nun'. Ayatnya seolah-olah bahagian akhirnya dipasang-pasangkan.

Sebenarnya dalam jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh ini, ada hikmah yang besar. Secara isyarat, ia ada hubungan dengan manusia dan dengan ciptaan Tuhan. Antaranya ialah:

1. Tujuh ayat menggambarkan tujuh hari dalam seminggu

Dalam tujuh hari itulah sama ada manusia hendak jadi jahat atau jadi baik, dapat rahmat atau dapat laknat, dapat bahagia atau celaka, jadi kafir atau jadi mukmin, kaya atau susah, sakit atau sihat. Apakah ada hari yang lain selain daripada tujuh hari itu (yakni Ahad hingga Sabtu)? Tentu tidak. Ertinya dalam masa seminggu, kalau seseorang itu benar-benar menghayati Al Quran; yang intipatinya ada dalam tujuh ayat Fatehah itu, sehingga ia benar-benar berperanan dalam hidupnya, maka dalam seminggu itu dia boleh selamat. Kalau Fatehah tidak berperanan pada dirinya dalam seminggu, maka akan kena laknatlah dia. Huru-hara, haru-biru dan celakalah hidupnya.

2. Tujuh ayat berkait dengan tujuh anggota badan

Dalam seminggu itu sama ada manusia jadi baik atau buruk, ditentukan oleh anggota yang tujuh. Sebab itu dalam sembahyang; yang mana sembahyang itu adalah rukun Islam yang kedua; kesemua tujuh anggota ini terlibat atau digunakan. Kalau agama lain, mereka menyembah Tuhan tidak melibatkan semua anggota. Sebaliknya dalam ajaran Islam, semua anggota terlibat untuk tunduk dan patuh kepada Tuhan.

Ketujuh-tujuh anggota itu ialah:

a. Kepala - ini termasuklah anggota-anggota yang ada di kepala seperti mata, mulut, telinga, lidah dan lain-lain. Kegunaan kepala pula ada bermacam-macam jenis.
b. Dua tangan - ia juga banyak peranannya. Ia boleh berbuat baik atau berbuat jahat, boleh bunuh orang, boleh selamatkan atau celakakan orang.
c. Kedua-dua lutut
d. Kedua-dua tapak kaki

Dalam sembahyang, anggota-anggota sujud itu merupakan tujuh anggota penting tubuh manusia. Semuanya terlibat dalam solat. Dalam doa Iftitah kita menyebut, "Hidupku dan matiku adalah untuk Allah." Ertinya semua anggota yang penting dalam diri kita ini secara tidak langsung sudah kita ikrarkan bahawa kita serahkan pada Allah. Ertinya kita akan menggunakannya ke jalan Allah sebagaimana yang Allah kehendaki. Oleh itu kalau kita sedari dan hayati, apa yang disebut dalam bacaan melibatkan juga anggota dalam perbuatan.

3. Tujuh ayat berkait dengan tujuh Neraka dan tujuh Syurga

Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau intipati Quran dapat dihayati atau tidak dapat dihayati, itu yang akan menentukan nasib seseorang nanti sama ada Neraka yang tujuh atau Syurga yang tujuh. Semua ditentukan oleh intipati Al Fatehah. Kalau Al Fatehah berperanan dalam hidupnya, dia akan dapat salah satu dari tujuh peringkat Syurga. Kalau tidak dapat dihayati dan tidak dapat dijadikan amalan hidup, dia akan masuk salah satu dari tujuh peringkat Neraka.

4. Tujuh ayat itu juga menggambarkan di dunia ini ada tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi
Di langit ada macam-macam makhluk Tuhan yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Demikian juga dengan tujuh lapis bumi yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Ramai ahli sains yang membuat kajian sudah mengesahkannya tetapi ia setakat hubungan yang lahir.

Sebenarnya ia bukan sekadar hubungan yang lahir sahaja. Manusia bukan hanya berhubung dengan matahari, bulan dan bintang sahaja. Tidak juga hanya berhubungan dengan isi bumi, lautan, hutan, binatang, tanaman dan seumpamanya. Bahkan manusia juga berhubung rapat dengan makhluk yang ghaib seperti malaikat.

Malaikat juga menentukan hidup manusia. Kenapa? Sebab ia juga tumpang mendoakan manusia pada Tuhan dan ia juga boleh tumpang melaknat manusia. Tetapi hal yang ghaib ini ahli sains tidak dapat kesan. Mereka hanya mampu kesan yang lahir seperti hubungan matahari dengan manusia, hubungan bulan, pasang surut air laut, bintang-bintang dengan kehidupan manusia. Tentang malaikat, mereka tidak tahu.
Padahal malaikat ikut campur tangan dalam menentukan keselamatan manusia. Mereka juga mendoakan dan memberi berkat dengan izin Tuhan. Mereka juga melaknat manusia dengan izin Tuhan kerana kederhakaan manusia. Perkara yang ghaib ini ahli rohani sahaja yang boleh kesan tetapi saintis tidak boleh kesan.

Selain malaikat, jin-jin juga ada hubungan dengan hidup manusia. Ini tidak dapat dikesan oleh ahli sains, tetapi boleh dikesan oleh ahli-ahli rohani. Apa maksud jin-jin juga terlibat? Jin itu hidupnya ditumpangkan dengan manusia. Dia bergaul dengan manusia. Oleh sebab itu, apa bahasa manusia itulah bahasa jin. Kalau di Malaysia menggunakan bahasa Melayu, jin pun bercakap dalam bahasa Melayu. Di Indonesia, jin bercakap bahasa Indonesia. Kalaulah di Malaysia ada jin yang berbahasa Indonesia, bermakna jin itu berasal dari Indonesia. Jin di negara Arab berbahasa Arab. Jadi jin tumpang bahasa manusia itu untuk menunjukkan manusia lebih mulia dari jin.

Selain itu, jin juga tumpang belajar dengan manusia. Firman Allah di dalam Al Quran:
Maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (nya) lalu mereka berkata, 'Diamlah kamu (untuk mendengarkannya) .' Ketika pembacaan itu selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan." (Al Ahqaf: 29)

Mujurlah kita tidak nampak jin sebab kita tidak akan sanggup hendak melihatnya. Begitu juga soal makan. Jin kafir makan tulang-tulang haiwan yang disembelih oleh orang kafir. Jin Islam pula tumpang makan tulang-tulang binatang yang disembelih oleh orang Islam. Oleh sebab itu berhati-hatilah apabila membuang tulang. Buanglah pada tempatnya. Kalau tulang-tulang itu dibiarkan bersepah, jika ada jin yang datang untuk makan lalu terlanggar anak kita maka akan timbul masalah.

5. Tujuh ayat ini kalau kita jadikan panduan, ia boleh didik nafsu kita yang tujuh peringkat.
Inilah hikmah terpenting dari jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh itu. Makin kita hayati, makin kita dapat mendidik diri dan nafsu kita. Bila dikategorikan, nafsu manusia ada tujuh peringkat iaitu:
i. Nafsu ammarah
ii. Nafsu lawwamah
iii. Nafsu mulhamah
iv. Nafsu mutmainnah
v. Nafsu radhiah
vi. Nafsu mardhiah
vii. Nafsu kamilah

Isi Al Quran itu terkandung dalam Al Fatehah yang terdiri dari tujuh ayat. Nafsu ada tujuh peringkat dan ayat Al Fatehah juga ada tujuh. Itu bukan kebetulan. Hikmahnya adalah, kalau Al Fatehah ini dihayati, nafsu boleh menjadi baik. Nafsu itulah yang menentukan celaka atau bahagia, patuh atau tidak patuhnya kita pada Tuhan. Paling-paling lemah, Al Fatehah atau isi Al Quran ini dapat mendidik nafsu sampai ke peringkat mulhamah. Walaupun nafsu mulhamah ini masih belum mantap, masih goyang tapi itu pun dikira sudah baik. Itulah nafsu orang soleh. Manakala mutmainnah pula, ia peringkat nafsu yang sudah istiqamah, sudah tetap serta tidak mudah goyang.

Di sini juga dapat kita faham bahawa manusia akan bermula dengan nafsu yang paling jahat kepada nafsu yang paling baik kalau dia benar-benar mengendalikan nafsunya itu. Kalaulah manusia menghabiskan banyak masanya untuk mempelajari hal-hal yang berkaitan dengan nafsu dan mempraktikkannya, sesungguhnya manusia akan mampu meningkatkan dirinya dari tahap ke tahap. Dia akan dapat meningkatkan dirinya daripada bernafsu ammarah kepada lawwamah, mulhamah, mutmainnah dan paling tinggi akan sampai kepada mardhiah. Namun ada di kalangan manusia yang mampu sampai kepada nafsu kamilah; nafsu yang paling atas; iaitu para nabi dan rasul. Manusia biasa boleh menjangkau sampai nafsu mardhiah sahaja kalau dia sangat berusaha mengendalikan nafsunya.

Cara untuk kita mengendalikan nafsu hingga sampai ke taraf malaikat, itu semua mesti dirujuk kepada Al Quran. Ia tidak boleh dirujuk kepada ilmu jenis lain. Siapa yang boleh menguasai Al Quran sepenuhnya dan mempraktikkan Al Quran terhadap nafsunya, maka dia akan merasai bagaimana dia merangkak beralih dari satu tahap ke satu tahap. Hebatnya Allah kerana menciptakan dalam diri manusia, satu nafsu yang tidak boleh dilihat tetapi memang berperanan. Kalau manusia mahu, dia boleh mentadbir nafsunya itu. Tetapi untuk itu ianya mesti dirujuk kepada Al Quran.

Ayat Al Quran itu terlalu banyak, namun Allah yang Maha Bijak telah meminta kita memberi tumpuan kepada tujuh ayat sahaja. Kalau kita boleh mengambil tujuh ayat ini untuk kita kuasai segala kekuatan yang ada di dalamnya maka kita akan boleh mengendalikan nafsu kita. Yang sebenarnya kalau kita boleh kuasai tujuh ayat itu, kita boleh sampai ke peringkat ketujuh, yang mana nafsu itu boleh kita tadbir dan kuasai. Nabi-nabi boleh melakukannya hingga mereka sampai peringkat ketujuh itu.

Allah yang menciptakan nafsu itu tujuh peringkat, tahu untuk memadankannya dengan tujuh ayat dari surah Al Fatehah itu. Allah SWT menetapkan kekuatan tujuh ayat Al Fatehah itu boleh mengendalikan tujuh peringkat nafsu itu walaupun sifatnya tidak sama. Namun kita seperti diberi amaran bahawa kebanyakan manusia tidak akan mampu untuk mengambil seluruh kekuatan Al Fatehah itu untuk memerangi nafsu sehingga peringkat tertinggi melainkan setakat mulhamah atau paling tinggi mutmainnah.

Maha Besar Tuhan yang mampu mencipta tujuh ayat yang dengan kekuatannya mampu berhadapan dengan tujuh peringkat nafsu. Saintis pun tidak pernah boleh mengesan kehadiran nafsu itu tetapi Allah boleh wujudkannya dan Allah berkata bahawa Dia membuatnya sebanyak tujuh jenis. Namun orang rohani yang diberi ilham oleh Allah boleh melihat kekuatan Al Fatehah ini yang dirangkum dalam tujuh ayat. Rupanya walaupun ilmunya ilham tetapi ia bersifat falsafah. Iaitu melihat keajaiban ciptaan Tuhan merangkumkan kekuatan 6,666 ayat itu ke dalam tujuh ayat sahaja yang mana ia boleh dipakai untuk mengendalikan tujuh peringkat nafsu. Ia bukan kebetulan. Seseorang yang dhaif dalam mengambil tujuh ayat ini maka dia akan dhaif dalam mengendalikan tujuh tahap nafsu itu.

Jadi di sini kita sudah nampak kebesaran Fatehah padahal baru memperkatakan kulit atau muqaddimahnya sahaja. Baru di pintu Fatehah, belum masuk ke dalam tetapi sudah nampak besar isinya. Oleh sebab itulah saya lebih suka mengatakan Al Fatehah itu 'Surah Yang Dapat Kemenangan' daripada menamakan ia 'Surah Pembukaan'.

Kalau ulama masyhurkan Al Fatehah itu sebagai Surah Pembukaan kerana ia diletak di depan Al Quran, itu tidak salah tetapi bagi saya elok dimasyhurkan sebagai Surah Kemenangan sebab pengertiannya lebih luas. Ini kerana ia merangkumi semua kehidupan langit dan bumi, yang ghaib dan rohani seperti Syurga, Neraka, nafsu dan lain-lain. Tuhan sendiri dalam menamakan surah ini menggunakan isim fi'il - 'yang telah mendapat kemenangan'. Lebih baik makna ini kita masyhurkan kerana Surah Fatehah itu menentukan seseorang itu mendapat kemenangan atau tidak sama ada di dunia mahupun di Akhirat. Agar dengan itu hidup ini dipandang berat dan tidak disia-siakan. Jangan dianggap semuanya kebetulan. Ia ada hubung kaitnya dengan hidup kita.

ISU UMNO!

Menjawab Isu 'Kor Ming Hina Al-Quran'
Baru-baru ini, timbul satu isu ketika Kor Ming tersalah sebut nama surah di dalam al Quran. Beliau juga tersilap ketika membaca ayat tersebut kerana mungkin kurang biasa dengan sebutan tersebut. Namun, apa yang terjadi, beberapa pimpinan UMNO membuat laporan polis mendakwa bahawa Kor Ming mempersenda al Quran.


Hakikat penulisan saya kali ini ialah lebih kepada mempersoalkan tindakan UMNO sendiri. Selama ini UMNO mengatakan bahawa mereka Islam, tetapi dengan senang lenang mereka menolak hukum Allah. Adakah ini bukan satu persendaan? Ada sesiapa ingin buat laporan? Antara yang pernah mereka persendakan ialah tentang Hukum Hudud.
Apakah Hukum Hudud ini? Ia adalah Hukum yang telah Allah aturkan untuk manusia. Tetapi mereka mengatakan "kalau Hukum Hudud dilaksanakan, semua rakyat Malaysia akan kudung.. boleh buat sup tangan...". Saya ingin bertanya kepada pembaca, siapakah yang menuturkan kata-kata ini? Anda sendiri sudah tahu.
Mereka juga pernah mengatakan "Kalau zina dihukum dengan rejam, bagaimanakah kita boleh mendapatkan batu untuk membuat jalaraya?...". Siapakah yang mempersendakan Hukum Allah ini? Anda juga sudah mengenali siapakah yang mengatakannya. Mereka juga pernah mempersendakan sunnah Nabi SAW, dengan mengatakan "Nabi simpan janggut kerana ketika itu tiada pencukur janggut.."
Siapakah yang menuturkan kata-kata ini? Mereka berkata lagi... "Saya lebih suka suami saya mempunyai wanita simpanan daripada saya bermadu.." Siapakah yang menuturkan kata-kata ini? Mereka berkata lagi... "Dengan memberi kondom secara percuma, dapat mengurangkan masalah zina...". Siapakah yang menuturkan kata-kata ini? "Ibu tunggal boleh melacur.." Siapakah yang menuturkan kata-kata ini?
Saya ingin bertanya kepada UMNO sendiri, kenapakah selama ini UMNO sendiri telah banyak kali mempersenda al Quran yang juga Hukum Allah, tetapi tidak pula dibuat laporan polis. Kamu mengatakan kamu seorang Islam. Inikah Islam kamu? Seorang Islam yang menghina Hukum Allah jauh lebih jahat dan hina daripada seorang kafir yang "tersilap" membaca al Quran.
Adakah Kor Ming mendapat dosa kerana perbuatannya yang tidak disengajakan itu? Adakah UMNO juga tidak sengaja menghina Hukum Allah? Perhatikan ayat terakhir Surah al Baqarah, kita memohon kepada Allah SWT supaya tidak dihukum terhadap perbuatan kita yang tidak disengajakan. Tetapi UMNO sengaja mendabik dada seolah-olah undang-undang mereka lebih bagus daripada undang-undang Allah!
Saya yakin, masih ramai lagi ahli UMNO, walaupun sudah dikatakan Islam sejak lahir, tetapi sampai sekarang , masih tidak reti membaca al Quran! Kamu mengaku Islam, tetapi al Quran pun tak tahu baca. Anda sendiri boleh lihat, berapa kerat pimpinan UMNO yang membaca al Quran ketika berucap..? Saya sendiri tidak pernah lihat, melainkan Masyitah seorang itu.
Masyitah yang seorang itu pun telah mempersenda hukum Allah dengan mengeluarkan fatwanya pada tahun 2004! Ibu tunggal boleh melacur… Selain itu, wanita-wanita UMNO sendiri sudah lama mempersendakan al Quran dan Hukum Allah. Di dalam Surah an Nur, wanita Islam wajib menutup aurat, tetapi, berapa keratkah wanita UMNO yang begitu?
Kebanyakan mereka "sengaja" membuka aurat sedangkan mereka tahu bahawa perbuatan itu salah. Bukankah ini juga menunjukkan mereka telah mempersenda al Quran dan Hukum Allah? Kenapa tidak dibuat laporan sahaja? Ini belum lagi diceritakan tentang kes Disko Zouk yang terang-terangan mempersenda Islam!
Filem Gubra? Di manakah pimpinan UMNO yang bersungguh sangat membuat laporan ini? Diam sahaja apabila menonton filem tersebut? Siapa pula yang meluluskan filem tersebut kalau bukan kerajaan sendiri! Sure Heboh telah difatwakan HARAM oleh Mufti Perak, apakah tindakan pimpinan UMNO yang hari ini, tiba-tiba semangat?
Ya, tidak lain dan tidak bukan, pimpinan-pimpinan UMNO ini hanya bertindak apabila ia berkaitan dengan politik dan kepentingan mereka sahaja. Mereka mencari kesalahan-kesalahan orang lain walaupun ia tidak disengajakan. Sedangkan mereka selama ini sengaja mencaci al Quran dan Hukum Allah. Tunggulah balasan dari Empunya kalam tersebut!

UMNO KENA BARAH TAHAP 3

Episod politik umno kini makin meruncing,kini kita dapat saksikan bahawa kerajaan yang ada dimalaysia ini kian AMPUh dengan corak pemerintahan sekularnya dengan masalh sosial yang tanpa penghujungnya.Manakala pula kerajaan umno-BN kian RAPUH dalam mempersoalkan kebajikan islam dan kesultanan syariah di Malaysia ini.


Kita dapat saksikan jua kebaculan umno apabila tidak mahu bertanding di dun Penanti akibat "takut kalah".Pada alasan mereka,mereka tidak meletakkan calon akibat daripada sikap bekas adun itu meletakkan jawatan akibat "saje-saje" kata mereka lah.Namun alasan mereka ini tidak mencerminkan mereka ini iaitu umno mahukan tranformasi pada rakyat dengan lari dari medan perang.Bak kata pepatah "hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih".
Ini adalah suatu perkara yang memalukan kerana buat pertama kalinya,kerajaan memerintah menolak BULAT-BULAT dalam berdepan dengan PEMBANGKANG.

Umno kian lumpuh,Barisan nasional kian rapuh,itulah antara ungkapan rakyat yang tidak kering dimulut mereka.Dalam menjelang pilhanraya kecil di dua dun ini,kita akan lihat betapa kuat jentera barisan nasional umno dalam menipu helahkan rakyat Mlaysia kini.


isu lain yang sy mahu ketengahkan disini ialah MOGOK LAPAR yg disarankan oleh PAS di perak,Pada dasarnya memanglah ianya berbentuk suatu tuntutan ataupun ugutan,tapi seandainya perkara ini dinilai dalam sudut bahasa,MOGOK LAPAR ini ialah menahan dari makan dan minum dan perkara-perkara "lagho" iaitu yang kita klasfikasikannya sebagai BERPUASA.BERPUASA dan bermunajat adalah dituntut kepada umat yang beriman seandainya datang suatu musibah yang melanda mereka.KIta tidak dengar pun kerajaan MALAYSIA menyarankan agar solat sunat dan bermunajat serta berpuasa sunat atas "ibtila" yang melanda dimalaysia dunia kini yang kita sedia maklum sudah merebak di Malaysia iaitu INFLUENZA 1 H1N1.Jadi dimana ahli agama kerajaan pergi dalam menterjemahkan perkara ini.Saya percaya pihak Agama Islam sudah mengeluarkan arahan menurut amaln spritual iaitu melakuakan amalan-amalan sunat bagi mencegah masalah ini,tetapi yang menjadi masalah ialah PIHAK MEDIA yang tidak mahu mengwar-warkan cerita begini.Yang dipaparkannya cerita rumah tangga aqil hayy.Inilah kejahilan pihak media diMalaysia.Kalau dibolehkan ungkapan jahil ini sangat mulia bagi mereka,jadi berilah sitilah yang lain.

Apa yang perlu disini adalah kerjasam dari semua pihak dalam mendokong usaha pakatan rakyat dalam mencari sinar kejayaan setelah kita berjaya menumbangkan sparuh dari kerajaan dalam pilhan raya umum ke-12 tempoh hari.Oleh itu kita harus bekerja kuat,kerja kuat yang saya maksudkan ialah bertaqarrub pada allah dalam menggapai kemenangan islam ini.

Saya sarankan pada pihak belia agar tidak menyokong mana-mana usaha laknat yang akan dilakukan oleh media dalam merosakkan kita,seperti KONSERT JOM HEBOH,AKADEMI FANTASIA,MENTOR dan lain-lain.Belia juga harus peka dengan isu-isu begini agar ia membawa kepada pengajaran kepada kita,supaya dalam tempoh 20-30 tahun akan datang,kita akan menggenggam dunia kelak.

salam Ote_samttar (LoK)