Friday, February 12, 2010

Bonus mingguan: Masalah FEKAH



PERGAULAN BEBAS ADALAH HARAM

Di antara jalan-jalan yang diharamkan Islam ialah: Bersendirian dengan
seorang perempuan lain. Yang dimaksud perempuan lain, iaitu: bukan
isteri, bukan salah satu kerabat yang haram dikahwin untuk
selama-lamanya, seperti ibu, saudara, dan sebagainya.

Ini bukan bererti menghilangkan kepercayaan kedua belah pihak atau salah
satunya, tetapi demi menjaga kedua insan tersebut dari perasaan-perasaan
yang tidak baik yang biasa bergelora dalam hati ketika bertemunya dua
jenis itu, tanpa ada orang ketiganya.

Dalam hal ini Rasulullah saw bersabda sebagai berikut:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka jangan sekali-kali
dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya,
karena yang ketiganya ialah syaitan." (Riwayat Ahmad)

"Jangan sekali-kali salah seorang di antara kamu menyendiri dengan
seorang perempuan, kecuali bersama mahramnya. "

Imam Qurthubi dalam menafsiri firman Allah swt yang berkenaan dengan
isteri-isteri Nabi, iaitu yang tersebut dalam surah al-Ahzab ayat 53,
yang ertinya: "Apabila kamu minta sesuatu (makanan) kepada mereka
(isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari balik tabir. Karena yang
demikian itu lebih dapat membersihkan hati-hati kamu dan hati-hati mereka
itu," mengatakan: maksudnya perasaan-perasaan yang timbul dari orang
laki-laki terhadap orang perempuan, dan perasaan-perasaan perempuan
terhadap laki-laki. Yakni cara seperti itu lebih ampoh untuk meniadakan
perasaan perasaan bimbang dan lebih dapat menjauhkan dari tuduhan yang
bukan-bukan dan lebih positif untuk melindungi keluarga.

Ini bererti, bahwa manusia tidak boleh percaya pada diri sendiri dalam
hubungannya dengan masalah bersendirian dengan seorang perempuan yang
tidak halal baginya. Oleh karena itu menjauhi hal tersebut akan lebIh
baik dan lebih dapat melindungi serta lebih sempurna penjagaannya.

[Halal & Haram Dalam Islam by Sheikh Yusuf Qardhawi]

Tuesday, February 9, 2010

DIMANA REALITINYA JUDUL(1)



Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir.(BKSAM)

Dalam penulisan kali ini,ingin saya bawakan satu pendedahan awal ketika mana saya berada di bumi Mesir ini.Di Mesir khusus nya kita mahasiswa Mesir terikat secara rasmi dengan Gabungan persatuan mahasiswa Mesir yang mana, jasa bakti mereka(persatuan) ini menjadi faktor pembanggunan islam di Tanah Malayu ketika dahulu dan sekarang Malaysia.Persatuan itu adalah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)sebagai persatuan induk mahasiswa mesir yang menjalankan amanah Allah selama 80 tahun bermula wala’ pertubuhannya pada tahun 1930 hingga kini.Badan Kebajikan Anak Negeri(BKAN) berada dibawah pimpinan (PMRAM),oleh itu secara redhanya (BKSAM) berada bergandingan bersama (PMRAM) dalam kerjaya Ulama’ ini.Segala konsep susunan pentadbiran ,disusun atur secara rapi bagi menikmati kemegahan ilmu di bumi yang tercinta ini.

Sejarah persatuan kecil ini(BKSAM) telah memberi banyak impak yang pejal dan mampan dalam memori mahasiswa Selangor hingga kini, mahupun yang sedang menuntut ataupun telah lepasan graduan Al-Azhar, yang mana kini telah menjadi tonggak ummah di Malaysia.Kadang-kadang sejarah hanya mampu dinukilkan,tapi sukar untuk diterjemahkan sebagai pahaman yang serius.

Pengkhususan rasmi bagi akal kita hanya tertumpu pada kajian ilmiah hingga kita terpaling dari dasar yang sepatutnya kita kecapi.Islam adalah agama yang teguh dengan kaedah yang menyeluruh dan perlaksanaan yang ampuh,seperti mana Firman Allah S.W.T. dalam kitab-Nya yang agung membawa maksud :

“Wahai orang-orang beriman! Masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhan,dan jangan lah kamu ikuti langkah-langkah syaitan,sesungguhnya ia musuh kamu yang nyata bagimu”
Surah Al-Baqarah Ayat ( 208 ) Juzuk (1),


Ayat ini jelas menerangkan kita mengenai dasar sebenar islam itu sendiri bahawa kondisi islam itu adalah merangkumi segala macam cabang hidup dari segi politik,ekonomi mahupun social hidup manusia.Ada daripada kita menghafaznya dan memahami tajwidnya dari segi mad asli dan mad farie ,tetapi sedikit sangat yang mengambil peluang dari ayat ini untuk di bentangkan dalam sejarah kehidupan mendatang.

Kini usia ini kian melonjak ke dasar paling maksima dimana klimaksnya pasti bermain disini,yang memastikan klimaks nya itu adalah kita sendiri dari sudut pentadbiran mahupun pendidikan. 45 tahun pentadbiran (BKASM) membawa satu ilunasi cahaya yang menyinar yang mana mengeluarkan mahasiswa islam Mesir Selangor dari kegelapan kepada cahaya ilmu Allah selaras dengan manifesto RasulAllah S.A.W untuk menguasai segala macam cabang hidup didunia ini .Oleh yang demikian siapakah yang harus memeliharanya daripada rosak dan hanyir? Sudah tentu mereka yang menghuni dan menetap dibawah pemerintahan Selangor kini. Apakah faktor keruntuhan masiswa kini di mesir? Siapakah yang terlibat? Apakah boleh diubati? Bersama kita nantikan episode yang akan datang.

Wasalam,
Muhd AmirulAmin Maula LokmanHakim,
8/2/2010,
Rumah Selangor ,Hayyu Asyir

Sunday, February 7, 2010

HIMPUNAN BUKU ILMIAH SATU KEPERLUAN TAMADUN ISLAM.



Salam,

Kali ini suka saya bawakan pada rakan-rakan semua tentang pendedahan suasana ummah sekarang,suasana yang mampu membawa kita untuk berdakwah atau tidak,ada suasana menghalang,ada suasana yang menerima,hatta dalam kaedah syariah pun,AL-URUF menjadi satu kaedah rasmi bagi pensyariatan islam hingga kini sebagai dalil-dalil yang tidak disepakati.


Bagi suasana yang kita hadapi sekarang,kita menghadapai satu ilunasi penulisan yang mampu menarik minda pembaca dek faktor-faktor tertentu,adapun ramai manusia tidak berkemampuan membaca hasil tulisan fiksyen ataupun sebaliknya ini tidak menjadi penghalang bagi penulis muda untuk berkarya.Saya fahami dalam hal ini,mereka tidak gemar menulis akibat tidak ada permintaan dan kemahuaan dari pembaca.Ini yang menjadi persoalan kini,dek kerana kemalasan ummah yang melanda kini.


Tidak dinafikan kita banyak menggunakan dasar kerajaan yang bermanfaat pada diri kita,contohnya kempen-kempen membaca oleh perpustakaan negara dan selainya mampu menarik cakna ummah yang kian haus dengan tulisan ilmiah.Hanya dapat dikatakan disini taraf penulis itu juga menjadi faktor tidak berkembangnya karya mereka itu,contohnya gaya penulisan yang tidak menjamin apa-apa kesan pada ummah.Adapun sebaliknya remaja kini lebih pada penulisan berbentuk "sempoi" dan "santai",ini menjadi tarikan pada pembaca remaja yang kian digarap coretan barat.Tapi,ini tidak menjadi masalah,asalkan daya membaca ini menjadi nadi ilmiah pada ummah itu sendiri.


Di Malaysia khususnya kedapatan banyak kajian ilmiah yang tidak di popularkan akibat suasana di malaysia yang hanya memfokuskan pada sesuatu bidang dan tempat sahaja,contohnya dibidang akademik mahupun kawasan bandar yang pesat maju.Rakyat bandar kian dipersalahkan akibat kelembapan dalam bidang pembanggunan,tetapi banyak bukti daripada anak luar bandar yang menolak tohmahan ini dengan kehebatan akademik mereka dari sudut pengajian menengah.


Kini menjadi adat di Mesir,sebagai aktiviti tahunan, "MAAROD KUTUB" ataupun himpunan segala jenis buku,yang kita tahu akan dilaksanakan dikebanyakan negara besar,contohnya Mesir,Malaysia,Jakarta,LOndon dan Itali.Hal ini kerana,kajian ilmiah sangat menjadi keperluan kerajaan bagi menggarap minda rakyat agar senang dipergunakan,ini mungkin salah satu faktor,banyak lagi faktor negatif pada pengkhususan ilmiah ini.


Agar segala wacana di hari ahad ini,mampu membuka minda kita tentang persoalan kajian ilmiah dan tulisan ini,ana amirul amin hanya menggunakan nama pena ana sebagai (Lok) akan terus menulis bagi usaha dakwah ana ini.Ana tidak akan berhenti menulis untuk agama ana,untuk ummah ana dan keturunan ana,ini adalah salah satu usaha yang mampu ana kuasai kini.


Wasalam.

Thursday, February 4, 2010

Sekadar Coretan di Mesir.



Salam,
Bertemu lagi dalam kiriman kali ini dengan hamparan kisah yang terbaik dari saya,insyALLAH.... Sebelum itu,sedikit coretan kengan di Mesir saya sajikan.



Dalam kiriman kali ini,saya suka kiranya apa yang saya tulis dapat dipahami dengan baik oleh sume pihak yang mengunjung,walaupun blog yang saya cuba hasilkan ini tidak mencapai tahap terbaik bagi pengunjung,tapi ambillah yang terbaik dari isinya sebagai pedoman rakan-rakan.

Gambar diatas ketika mana saya dan rakan-rakan mesir mengunjungi tempat bersejarah di kota kaherah,iaitu kota besar bagi Mesir.Gambar diatas ketika mana saya berada diatas sungai NIL di atas kapal layar,teringat pada sejarah sungai yang berkat ini,sungai yang pernah kering pada zaman pemerintahan Amru al-as yang dihantar RasulAllah untuk menerajui politik Mesir pada masa itu.Sungai ini pernah kering kontang akibat beberapa perkara,lalu dengan rahmat dan karomah yang ada pada Sahabt rasulAllah,Maka Saidina Umar al-khatab telah menulis surat untu sungai NIL dan dihanyutkan untuk sungai NIL,maka mengalirlah air sungai NIL ini yang mana menjadi sumber penting bagi negara republik ini.

Gambar yang kedua pula gambar saya bersam dengan Sultan Salahuddin Al-Ayubbi,tapi replika sajalah,panglima yang cukup gagah,dan dapat menangkis segala serangan musuh untuk memmpertahankan islam,Salahuddin al-ayubbi juga menjadi tonggak utama bagi pembebasan AL-Aqsa,Saya juga sempat berada di kota kubu kuat Salahuddin al-ayubbi,ketika saya berdiri tegak,dan melihat selruh kota kaherah,saya dapat merasakan satu peperangan yang diketuai oleh Salahuddin,cukup tragis bagi mendatangkan nikmat kejayaan islam ketika itu,Kota yang kekal lagi batuannya sejak dahulu,sedih saya kenangkan pabila terkenangkan rakan-rakan diMalaysia yang masih leka dengan kejangan barat yang menular kini.Andai salhuddin wujud lagi ketika ini,ingin saya mengadu padanya,ingin saya kucup dahinya,Salahuddin kaulah wira islam


Sahabat,


Kini kami yang berada di Mesir telah pun menamatkan sesi pengajian sesi pertama,selesai juga kami dalam peperiksaan di Al-Azhar As-Syarif,Penuh dugaan di kota mesir ini,mereka yang benar-benar mahukan ilmu mampu bertahan disini.Iman dan amalan islam perlu selari mbagi mendapat kekuatan di Mesir ini.Kalau bercakap soal kerindua apatah lagi,ingin saja berlari ke kampung halaman dengan kudrat yang ada,tapi apakan daya,hanya kapal terbang mampu membenarkan kami pulang ke desa tercinta.


Kini saya akan menjalani pengajian fasa kedua,harapan yang saya aggapkan agar mendapat natijah yang terbaik bagi tahun ini,dan mampu untuk kempbali ke Malaysia dalam tempoh 4 tahun pengajian.


Sahabat,


Di Malaysia khusunya wujud berbagai tohmahan pada Islam,tidak kira tentang Isu Allah,hal bakar-membakar gereja,Anak muda mengutuk RasulAllah dengan berleluasa,ini serius dan masalah ini perlu dibendung dengan pantas,ini disebabkan iman manusia yang telah pudar.KIta dapat lihat sendiri,nak perjuangkan islam,tetapi mereka yang sekolah agama sendiri pun tidak tunjuk etika islam! ini satu realiti yang hampir dengan kita,yang kita sering lihat di Facebook dan jaringan Internet yang lain.Anak belia kian rosak dek zaman yang menghentam teknologi dunia,Sosial lelaki perempuan makin teruk bagai barah yang sukar dicari ubat dan penwarnya,kita selalu baca,kita selalu dengar,tapi kita tidak selalu ikut.


Untuk sekian kalinya,inilah yang dapat saya sajikan bagi sahabat-sahabt sebagai wacana minda kita bersama,harapan yang luhur dari saya agar ALLAH subhanahu wataala meredhai niat kalian dalam perjuangkan islam ini,kawan-kawan yang nak bawa islam tak ramai,sebab ap??? sebab bawa islam x dapat apa pun,bosan,tapi klu kita pergi tengok wayang dan "hang out" medang-medang,satu kenikmatan bagi kita semua,betul bukan???
jangan lah kita mengundang murka ALLAH,jadikan lah kematian itu satu ilmu yang paling dekat dengan kalian semua.

Agar kalian dirahmatai ALLAH....

Salam Perjuanagan Buat Shabat Yang Ana Sayaangi Semua.