Monday, June 22, 2009

RAKAN SAMTTAR

Assalamualaikum w.b.t

Bertemu lagi dalam segmen ini.Izinkan saya menggunakan "AKU" sebagai kata ganti nama saya.


Kepada semua kawan-kawan yang sedang melawati blog aku ni,hayatilah tulisan aku ni.Sebenarnya aku memang berhajat untuk menulis perkara ni.Tapi,mungkin ini masa yang ad,aku tulislah,kali ni aku rasakan ianya bukan berkisarkan politik,tetapi berunsurkan umum.

Kini sudah 22/6/2009,waktu yang amat singkat bagi aku nk enjoy2 ngn kawan-kawan aku.Yelah,semuanya da dapat U,semua da dapat hala tjunye sendiri.Aku kat SAMTTAR bukanlah lama sangat,sebab aku dok kat samttar dari bulan satu taun 2008,aku asalnya skol samten,so memng bukan anak kandung samttar la..huhu... tapi kat samttar agak bez dan ok la.Sebab banyak yang aku dapat kat samttar 2.Yang aku x penah terpikir pun ak dapat kat samttar,bukan awek la,tapi pengalaman.Pengalaman di samttar memang mengajar aku segalanya,dari sudut kepimpinan sudah tentunya,dan dari segi kehidupan juga sebab dalam hidup aku 1st time aku dok umah sewa.hehe.Dok uma sewa asyik sardin2 je,sampai sardin pon tension tgk muka aku.hehe

Kalau untuk aku ucapkan terima kasih pada kawan-kawan sebab bagi sokongan aku kat samttar mmg x cukup,esok pon x abis.Sebab banyak sangat la.Dan 28/6/2009 ni semua nak masuk U.Entah bila dapat lagi jumpa dorang ni.Petang tadi aku duduk dan terpikir apa yang aku belum buat lagi kat kawan-kawan aku kat samtar ni,sebab aku rasa macam x puas.Aku rasa semua yang aku hajat kan dah kesampaian,tapi masih ada juga,agak lama aku berfikir tentangnya,dan barulah aku tahu yang ad sebenarnya yang aku belum lakukan.X la banyak sangat dan besar sangat ap yang aku nak buat 2,tapi ad la juga.Aku akn cuba tunaikan perkara ini.Tetapi aku xleh la gtawu korang sume,huhuhu.

Sedeh,kecewa,pilu,touching sume ad dalam hati aku skng,entah kenapa kawan ni penting dan mesti ad untuk aku,kalau xde kawan xboleh ke?? Aku penah bercinta(skng da xda) dan ak xpenah rasa perasan ini kat kawan2 aku lagi.Masa aku bercinta pon xlah rasa sayang sampai macam ni sekali.Aku sayang sangat kawan2 ak kat samttar,kawan2 samten pon sama,kawan2 taman aku pon sama gak.khusus untuk kali ni pada kawan2 samttar aku la.Kali ni aku terasa sangat hilangnya kawan.Bila da masuk U sume da sebok entah ingat atau tidak pada aku ni.hehe,

Malam semalam ad dinner kat samttar.Walaupun kehadiran agak mengecewakan tetapi majlis itu sebagai penawar pada masalah tu.Pada mulanya aku yang rancang majlis ni dan dapat sokongan dari kawan2 lain so go on je la kan.Masa yang singkat menyukarkan majlis ni.Bila aku minta kawan2 aku dari banting uruskan majlis ni,dalam hati aku,aku jangkakan yang dorang menolak,tapi dorang terima.Ok aku nak tengopk macammana majlis ni nanti.Dan tibalah waktunya aku lihat serba x kena untuk majlis tu.Ni x cukup,2 x cukup,dan ak xpuas hati.Ak tanya kat diri aku.Aku berfikir seketika sambil melihat keadaan sekeliling,sebenarnya ap yg ak fikirkan tadi adalah satu perkara yang teramat bodoh bagi aku,dan berdosa bagi aku,terus aku beristihgfar.Sungguh besar dosa aku kerana berfikir begitu,aku x fikir ke soal penat mereka? aku x fikir ke soal ngantuk mereka? semua ni aku x fikir ke? sungguh biadap untuk aku.Lantas aku teringat bahawa ketika inilah syaitan datang menghasut aku.Aku sedar segalanya dan meminta pertolongan dari ALLAH.Mereka lakukan majlis ni dengan sempurna sekali,hingga semua balik ke rumah.Tiada masalah pun yang datang.klu yg kecil2 2 biasalah kan.Aku sebenarnya percaya yang dorang boleh buat, sebab samttar ni rumah asal mereka dan aku ni hanya menumpang seketika.

Kawan-kawan ku,sedarlah bahawa kita ini saling memerlukan,dari segala aspek dan perkara kita tidak lari dari meminta.Kita perlulah perkuatkan ukhwah ini.Aku harapkan agar kita dapat berjumpa lagi 4-5 tauh akan datang.Rasa sayang aku kat korang sume x penah padam walau seinci pun.Aku berdoa agar kita semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan berjaya agar kita dapat bertemu dalam kebahagian.Teruskan hubungan ini,walau jauh kita pergi,walau jauh kita tempuhi ingatlah kenangan kita ini.Tiada yang lagi manis selain kenangan kita di OTE.Agar kita terus memegang pada tali ALLAH dan tidak lah kita berpecah belah.Seandainya kita tidak dapat berjumpa didunia ini,dapatlah kita berjumpa disyurga ALLAH.Agar rasa sayang ini mampu mengingatkan kita pada kekuasaaan ALLAH yang menciptakan rasa sayang ini kepada kita.Jangan takut untuk berkawan kerana hubungan ini adalah sah kerana RASULALLAH MUHAMMAD S.A.W juga bersahabat.

Akhir sekali,peganglah kata-kata ini,bahawa kita perlu selama-lamanya inilah kita sampai bila-bila,tiada yang manis antara semua ini,terima kasih,terima kasih,syukran jazilan atas sokongan kawan-kawan semua dalam ote dan segalanya.BerTEMU kita atas sebab ALLAH dan berPISAH kita atas sebab ALLAH.Salam sayang saya pada semua,moga kita berjumpa lagi dan sihat sejahtera.

barakaallahu taala fih ukhwatina,


wasalamu alaikum warahmatullahitaala wabarakatuh.

2 comments:

  1. isk3..speechless..
    sgt menyentuh hati..
    besyukor dpt knal dgn korg..
    time kaseh jd kawan aku..
    huhuhu...
    syg sume kwn2 aku..!!..;))

    ReplyDelete
  2. sUme Nih sBB KitE KAwaN...tK tEGamBAr MAnisNYa UKhWah Yg ALLah TiTiPkan KEhati ANtRe KitE sUMe...sAlaM PErJUanGAn Utk SHbt2 SUme..

    ReplyDelete