Sunday, June 14, 2009

Muda & Politik.

Assalamualaikumw.b.t

Saya terpanggil bagi membicarakan satu perkara yang selalau tidak dilihat dari sudut iman,tetapi ramai orang sekarang melihat dari sudut logik dan adat.Perkara ini telah diajukan kepada saya untuk saya bawa kebuletin ini sebagai tatapan semua.

"HAD UMUR UNTUK BERPOLITIK"

Rakan-rakan sekalian,

Sebenarnya kita hendaklah mengetahui apa itu politik.Mengapa perlu berpolitik.Dan apakah sumbangannya pada islam.Soalan-soalan ini perlu bagi kita yang masih tercari-cari makna zahiriah politik itu.Ada yang menceburkan diri dalam politik dalam lingkungan umur 12-18.Had umur ini mereka tidak lah aktif dengan memberi ceramah ataupun sebagainya.Malah mereka lebih suka melontarkan pendapat melalui tulisan.Ada sahabat saya yang bertanya mengapa saya ditegah berpolitik oleh rakan-rakan.Saya menjawab mungkin mereka tidak faham.


Islam tidak melarang politik,Alquran tidak melarang politik,belum terjumpa satu hadis pun yang melarang berpolitik,qias dan ulama juga tidak meletakkan umur berpolitik dan larangan ke atasnya.Maka tiada satu hukum pun mengatakan POLITIK DIBAWAH UMUR ADALAH HARAM DAN SALAH.Jadi mengapa kita marah adik-adik kita dalam lingkungan 12-18 untuk berpolitik.Jangan kita menjadi orang-orang yang JUMUD(BEKU) dalam berfikir.Politik satu ilmu,Politik satu tenaga yang mana kita akan dapat dengan pembacaan.Ulama besar malaysia iaitu Tuan Guru Abdul hadi Awang mennyuruh agar semua belia dapat mendalami ilmu FIQH SIYASI DALAM SIYASI.Ulama ini menyarankan kita agar mendalami ilmu politik tanpa had umur.Siyasi bermaksud Politik.

ALLAH berfirman:
"Ulama adalah pewaris nabi-nabi,barangsiapa yang memuliakan ulama,mereka juga memuliakan ALLAH dan RASULNYA."

Ayat diatas jelas mengambarkan kata-kata ulama perlu dimuliakan dan perlu diadaptasikan dalam kehidupan kita.Siapa yang mengatakan pelajar-pelajar dalam lingkungan 12-18 tidak boleh berpolitik adalah salah sama sekali.Mereka seharusnya diberi tempat dan peluang dalam bidang ini.KJangan kita mengatakan mereka ini mentah dan sebagainya,mereka ini memang mentah tetapi saya ibaratkan seperti ulam-ulaman yang mentah itu adalah penawarbagi penyakit.


Kepada adik-adik yang giat berpolitik dalam lingkungan masih muda,berjuanglah dengan adat islam yang lengkap.Berjuanglah untuk islam dan keduanya bangsa.Ingatlah bahawa islam itu perlu dimajukan barulah bangsa.Perdalami ilmu berpolitik.Jangan leka dengan politik hinggakan perkara asas fardu ain kita tinggalkan.Pegang pada kalimah "la ilaha illa allah".Gunakan bahasa yang menawan hati dan bukanlah bahsa yang menyakitkan hati.


Dan ingatlah semua,POLITIK itu adalh sebahagian daripada unsur syariah iaitu pemerintahan dan kekhalifahan.Syariah adalah unsur terbesar dalam islam.Maka POLITIK itu adalah islam,ISLAM adalah politik.Akhir kalam,teruskan bertanya sama-sama kita bincangkan.

"Islamkan Politik,JANGAN Politikkan Islam"

1 comment: