Thursday, June 11, 2009

TRANFORMASI SATU ISLAH.

Bertemu kembali dalam segemen seterusnya.

ISLAM MEMBAWA PERUBAHAN


Saya terpanggil bagi membicarakan dan menerangkan serba sedikit tema muktamar PAS yang ke-55 ini iaitu ISLAM MEMBAWA PERUBAHAN.Tema ini dipilih bagi menggantikan tema yang lama iaitu PAS FOR ALL.Tema yang baru ini lebih memeberi makna dan kata kunci yang terperinci khusus kepada golongan belia dan remaja.Perubahan disini bukanlah perubahan yang ditaja seperti UMNO-BN iaitu dari islam syumul kepada islam hadhari.Tetapi perubahan yang digariskan oleh para ulama ini adalah satu seni yang kusus yang bercorakkan transformasi yang mampan dalam segala cabang aspek.


Apa yang diketengahkan oleh para ulama dalam muktamar kali ini adalah suatu perkara yang sangat penting bagi setiap jiwa.Perubahan yang penting adalah perubahan kepada cabang ekonomi,sosial dan politik.Dalam ekonomi perlu mengikut islam nya.Dalam bersosial perlu islamnya.Khusus pada politik ada garis keislamannya.Jadi,inilah perubahan yang mahu dibawa oleh ulama mutakhirin kini.Mereka lebih cenderung kepadam perubahan yang sememangnya perlu bagi mambangunkan islam.


Seperti Umno-Bn mereka juga membawa perubahan dalam islam seperti menukarkan nama sahaja.Contoh daripada islam syumul kepada islam hadhari.Sejak islam diturunkan,tidak ada satu pon perubahan dari "dustur" pembawakan nya.Yang merubahkan cara islam ini kepada suatu perkara yang dinamik adalam manusia yang mahukan kemodenan semata.seharuskan kita menjadikan islam ini sebagai perkara yang DOMINAN dan bukan bercorak DINAMIK.


Rasulallah pernah menyifatkan bahawa zaman sesuatu kaum itu perlulah mengikut islam bukan islam mengikut zaman.Islam tidak pernah menyuruh umatnya meninggalkan pembanggunan.Selebihnya islam mahukan manusia itu dibangunkan sesuai dalam surah AL-ALAQ dalam ayat 1-7.Pembanggunan manusia ini juga dikuatkan dengan penurunan surah AL-MUKMINUN dimana ada 11 cara atau lebih lagi untuk menjadi insan yang beriman.Hal ini,dikuatkan lagi dalam AL-QURAN dalam surah AL-INSAN yang mana semua ayat disitu manyarankan modal insan dan pembanggunan manusia.Perkara inilah yang pihak UMNO-Bn kurang jelas.


Seperti mana yang disarankan oleh para ulama islam yang dibarisi daripada sof kepimpinan PAS bahawa kita seharusnya mencari pelapis muda dan ulama-ulama muda yang mampu mencorakkan islam dalam membawa perubahan ini.iaitu kepada yang tidak baik kepada lebih baik.Pemuda perlulah bekerja kuat dan membanting tulang dalam menyiapkan diri dengan ilmu fiqh siyasi dalam menempuh hari mendatang dan ranjau politik yang lebih mencabar.


Kepada semua belia,anda disifatkan agar tidak menjadi bodoh dan tuli dalam menyiapkan diri dalam menempuh hari mendatang.Tinggalkan perkara thogut,syubhah dan lain-lain agar kepimpinan saf islam akan datang diperlihatkan mereka yang setanding ilmu dengan ulama-ulama mesir dan arab.Selebihnya kita perjuangkan islan sehingga umno-bn yang memporak-perandakan islam di malaysia ini dihukum kelak

salam perjuangan pemuda.-LOK-..

No comments:

Post a Comment