Thursday, June 11, 2009

ULAMA TUNJANG KEKUATAN

KOTA BHARU, 9 Mei (Hrkh) - Polemik ulama dan profesional dalam kepimpinan PAS yang menghiasi dada-dada akhbar sebelum ini, kini hampir reda.



Penjelasan panjang lebar Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenainya dalam Harakah edisi terbaru seperti menjernihkan suasana.
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof berkata, isu tersebut sebenarnya tidak perlu diperdebatkan kerana sudah sedia dimaklumi sejak 25 tahun lalu.

"Apa yang penting bukan ulama secara individu yang dipertahankan sebaliknya institusi ulama itu sendiri.
"Majlis Syura Ulamak memberi segala panduan mengenai dasar parti biar pun kuasa eksekutif berada di tangan Presiden," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Kelantan di sini, hari ini.
Muktamar tersebut bertema 'Perteguh Kemenangan Lima Dekad Menerajui Perubahan' menyaksikan peralihan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kelantan kepada Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman.

Mohd Zaki Ibrahim tidak mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS negeri memandangkan faktor usia.
Sebelum berlangsung perasmian muktamar tersebut tayangan mengimbau kembali jasa-jasa bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Allahyarham Wan Jamil Wan Mahmood diadakan.
Sabki berkata, beliau menyokong penuh penjelasan yang diberi Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengenai konsep sebenar kepemimpinan ulama yang tidak meminggirkan golongan profesional.

Ketika berucap sebelum itu katanya, Majlis Syura Ulamak merupakan institusi paling penting dalam PAS bagi memantau perjalanan parti supaya berada di landasan yang betul.
Beliau juga berharap pemimpin PAS tidak menjadikan kedudukan dalam kerajaan sebagai tempat untuk mencari peluang bagi kepentingan diri sendiri.
"Sekarang ada di kalangan kita diuji dengan kemewahan kerana mempunyai kedudukan dalam parti dan kerajaan. Sedangkan dahulu kita diuji dengan kesempitan dan kedhaifan hidup.
"Oleh itu kita perlu dibezakan dengan perjuangan Umno yang berebut tempat dalam parti tersebut kerana ingin mengumpul kekayaan peribadi melalui kuasa dan pangkat yang ada," katanya.
Mohd Zaki pula mengingatkan pemimpin dan penyokong PAS tidak alpa dalam perjuangan seperti yang berlaku sebelum ini sehingga parti itu hampir kecundang di Kelantan pada pilihan raya 2004.

Menurutnya selepas mendapat kejayaan besar dalam pilihan raya 1990, PAS kehilangan 10 kerusi Dun pada pilihan raya 1995.
"Hasil kerja kuat kita menyebabkan lapan daripada 10 kerusi tersebut berjaya dirampas kembali pada pilihan raya 1999.
"Namun kesilapan yang kita lakukan lagi menyebabkan Umno berjaya meningkat semula prestasi mereka pada pilihan raya 2004 sehingga ketinggalan satu kerusi Dun di belakang PAS," katanya.

Oleh itu kata beliau usaha berterusan hendak dilakukan terutamanya bagi menarik sokongan golongan muda yang ternyata berjaya digembelingkan pada pilihan raya umum tahun lepas..

1 comment:

  1. Ape yg dpt sy tegaskn kali ini adalah tntg kepimpinan ulama mesti diterus n d'perlukan dlm parti n tdk akn berlaku dikotomi dlm parti..
    Ini kerana,PAS ad 3 tunggak dlm perjuangn iaitu ULAMA',PROFESIONAL N AKTIVIS PARTI..apabila stu patah pasti ia akn tumbang dgn diheret oleh permainan musuh utk mmisahkn kte..
    Jdi,ulama mrupakn tunjang kekuatan n kpimpinan PAS yg didkung ngn profesional sbg tiang yg berseri n aktivis parti sbg paksi perjuangan...
    Waallahualam..

    ReplyDelete