Saturday, June 13, 2009

Bole Ke?????

assalamualaikum w.b.t

Bertemu lagi kita dalam segmen atau ruangan yang terbaru,pada kebiasaannya saya akan membawakan kisah politik.Tetapi berbeza pada kali ini apabila saya mahu menerangkan sedikit permasalahan fekah yang selalu kita hadapi seharian.Masalah yang sering kita hadapi dalam bab fekah ini adalah suatu kebiasaan kita lakukan di kampung-kampung,kenduri-kenduri,tahlil-tahlil dan sebagainya.Iaitu bertajuk,
"Terbalikkan tangan ketika berdoa ataupon ketika doa tolak bala'"..


Ramai yang tidak paham dan ada yang paham tapi tidak memberitahu pada yang lain.Boleh atau tidak boleh terbalikkan tangan ketika berdoa untuk tjuan tolak bala??
itu kita akan bincangkan.Ramai dari pihak islam sendiri dalam kalangan muda dan tua mengatakan bahawa "terbalikkan tangan" ketika berdoa adalah perbuatan bid'ah iaitu perkara yang nabi tidak pernah buat.


Ini adalah fikiran logik manusia sahaja.Dalam hadis sohih Nabi Muhammad s.a.w pernah menebalikkan tangan baginda ketika berdoa.Doa yang baginda baca ketika itu adalah doa agar hujan diturunkan istilah lain "Doa Istisqa".Hadis yang sohih ini menerangkan bahawa terbalikkan tangan adalah perkara yang pernah nabi lakukan dahulu.Boleh juga dikategorikan sebagai sunnah nabawiyah,betul???

Jadi cara ulama muktabar mutakhirin mnyelesaikan permasalahan ini adalah mengambil pendekatan "Qias" dalam memaklumkan pada umat tentang hal ini.Ada dua pendapat yang barisan ulama ambil dalam kajian hal ini.

1)Terbalikkan tangan ketika berdoa untuk meminta hujan(istisqa) adalah sunnah dan dikategorikan sebagai amalan sunat.

2)Terbalikkan tangan ketika doa-doa lain untuk menolak bala(selain istisqa) adalah tidak menjadi amalan sunat.



Oleh itu ulama muktabar mutakhirin dari jemaah arab saudi membuat keputusan bahawa kedua-dua pendapat ini adalah BETUL dan tidak boleh dipertikaikan.Ulama juga membuat satu fatwa iaitu adalah HARAM bagi mereka yang memarahi orang yang terbalikkan tangan pada kedua-dua pendapat tadi.Hal ini kerana perkara pada permasalahan ini dikategorikan sebagai perkara KHILAFIAH dan bukan perkara QAT'IAH.


Oleh itu bersama-sama kita meneruskan bertanya dalam bab fekah ini.Selagi mampu untuk saya rungkaikan,akan saya rungkaikan.Kalau tidak saya akan rujuk pada mereka yang lebih fakih.sekian "Tanya lok,lok pasti jawab" heheh

3 comments: