Wednesday, January 26, 2011

Perbandingan Universiti dan Persamaan ISMA.

Assalamualaikum WBT,

Salam Pertemuan,


(Penulis bersama Ustaz Rahman dari Jordan)


WAKTU cuti begini,sememangnya menjadi daya tarikan pada semua pelajar dari 'Jordan','Syiria','Morocco' datang menziarahi ke bumi 'Mesir'.Kedatangan mereka adalah atas dasar persahabatan dengan sahabat juang yang pernah bersama ketika di Malaysia dahulu.Selain itu meluangkan masa melihat kebesaran ALLAH yang pegun di Mesir ini.


Saya tidak menjangka sahabat saya yang menuntut di Universiti Yarmouk (Jordan),juga menziarahi saya di bumi Mesir ini,bagai tidak percaya 2 tahun tidak bersua,apabila berjumpa bagai berjumpa dalam mimpi.Hakikatnya ia realiti,Ustaz Rahman sahabat saya yang menuntut di Jordan kini bercuti di Mesir,kebetulan abang ipar nya Ustaz Azrul (mantan Badan Pengurus (BP) PMRAM berkeinginan untuk menyambung pelajaran disini bersama isterinya juga kakak kepada Ustaz Rahman.


Dahulu pergi dalam keadaan kosong,kini sudah berjawatan tinggi dalam kesatuan melayu islam bagi mahasiswa 'Selangor' di bumi (Jordan) itu.Beliau seorang Yang di-Pertua (YDP) Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan (BKASJ) kini mempunya kredibiliti yang tinggi,walau lagaknya dan intgritinya sebagai pimpinan tertinggi,beliau masih mampu bergelak tawa seperti zaman persekolahan dahaulu.


Dalam sembang santai di rumah sewa Ustaz Naser serta rakan-rakan,banyak juga perkara yang kami kongsikan,antaranya,sistem pendidikan di pusat pengajian tinggi Mesir dan juga Jordan,ironinya kedua-dua 'Universiti' tersohor ini mempunyai dua perbezaan yang jelas,dari sudut sistem peperiksaan,pihan mata pelajaran,kediaman dari pihak universiti dan lain-lain.Segalanya memukau akal saya ketika mendegarnya.Mesir agak ketinggalan jauh dalam soal penjenamaan sistem,tetapi kualitinya ada.Jordan punya tahap kelas pertama,setaraf dengan universiti tempatan.

('Hubungan yang baik dibina' ketika hayat Dr.Syed Tantawi)

Hal yang sedemikian tidak membuatkan hati saya kecewa dengan perlaksanaan yang berlaku di Universiti Al-Azhar,Al-Azhar punya sejarah klasik yang sanagat berharga,kilang ulama ini telah beroperasi sekian lamanya,menjadikan universiti digilai ramai.Walau apa pun yang saya fikirkan,kedua-dua institusi ini punya gaya penarikan pendidikan yang unik dan berkualiti,tiada kelemahan bahkan positif yang kita bakal jumpa.Pesanan saya jangan takut untuk menuntut di 'Timur Tengah'.

(Ketika konflik pengeboman 'Gereja' di Iskandariah)

Prinsip 'Syeikh Al-Azhar' yang baru,Fadhilat As-Syeikh Dr. Muhammad Tayyib yang menggantikan Syeikh Syed Tontowi ini ada baiknya.Beliau berperanan dalam penjenamaan (TAJDID) dalam sistem pengurusan dan pendidikan di Al-Azhar,bahkan beliau tegas untuk mengemudi dengan jayanya bagi mengekalkan (TURAS) kajian dan tulisan lama yang dikaryakan oleh ulama nusantara kita.Saya percaya Al-Azhar bakal diaplikasikan dalam bentuk yang lebih dinamik selaras denagn tranformasi dunia.

Selain berbincang soal dasar pendidikan,saya beralih arah kepada konflik politik mahasiswa yang berlaku di Jordan.tadi mungkin perbandingan dari segi sistem pendidikan.Tetapi kini kita lihat persamaan ISMA-Mesir dan ISMA -Jordan.

Saya menanyakan soal pengaruh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).Rupa-rupanya beliau juga membuat 'onar' walaupun dimana mereka berada.Soal tarik menarik pelajar baru juga diselitkan.Mengapa ISMA sebegitu sempit pemikirannya? Bukankah mereka dari kalangan bijak pandai.

(Lambang sakti ISMA yang menjadi 'racun' dalam kesatuan melayu)


Tambah beliau,pelajar yang baru menjejakkan kaki di bumi jordan bagi menetuskan pelajaran disana dalam lingkungan 36 orang.Sebilangan besarnya,mereka dari pelajar (AL-HIRA').Sekolah Al-Hira' sememangnya kkilang ISMA.ISMA kian bermasalah dan menyebabkan permasalahan UKHWAH dikalangan kita.Saya tidak BENCI pada individu ISMA,tetapi BENCI kan pada cara mereka menggerakkan kesatuan mereka.Sudah-sudahlah,berhenti menjadi jahat wahai ISMA.

(Pengerusi ISMA-Mesir)


Akhirnya,ringkas sahaja perbualan kami,selebihnya pada perkara yang berkaitan 'kisah lama'.tentang sekolah,masa depan,kahwin mesti tajuk uatam,mengapa ya?.hanya bualan kosong dan moga ada manfaat di dalamnya.Maka, apa yang kita tuntut dan rayukan ilmu di mana-mana pusat pengajian bukanlah berasaskan pada kualiti prasrana semata-mata,bahkan mestilah berdasarkan coretan kualiti pengeluran (OUTPUT) yang kita bakal hasilkan setelah kita selesai melayari bahtera jihad ilmu ini.Teruskan menuntut ilmu ALLAH SWT ini,dan terus dinaungi rahmat -Nya dalam apa jua situasi yang menimpa.


(Opera klasik di Jordan,ada kisahnya)

Salam perjuangan pada Ustaz Rahman dan selamat kembali bertugas sebagai pengemudi fikrah yang utama di bumi JORDAN bagi mahasiswa Mesir.


Muhammad Amirul Amin Maula LokmanHakim,

Exco Sambutan dan Rehlah BKASM 10/11.

4 comments:

  1. go PMRAM!!!! TAKBIR!!!

    ReplyDelete
  2. "Tambah beliau,pelajar yang baru menjejakkan kaki di bumi jordan bagi menetuskan pelajaran disana dalam lingkungan 36 orang.Sebilangan besarnya,mereka dari pelajar (AL-HIRA').Sekolah Al-Hira' sememangnya kkilang ISMA.ISMA kian bermasalah dan menyebabkan permasalahan UKHWAH dikalangan kita.Saya tidak BENCI pada individu ISMA,tetapi BENCI kan pada cara mereka menggerakkan kesatuan mereka.Sudah-sudahlah,berhenti menjadi jahat wahai ISMA."

    penulis professional yg dinamik lg2 blognya dibaca umum tidak menulis dgn gaya sebegini....

    fakta ttg hira tu kurang tepat, hira adalah sekolah swasta yg ditubuhkan atas tanah wakaf di kuala selangor. tiada kaitan ISMA di sana, cuma tarbiyah menjadi teras pembinaan peribadi pelajar di sana...

    salam dari shah alam

    ReplyDelete
  3. Sekolah hira' : Saya tidak menimbulkan apa-apa pergelutan fakta,sya menulis mengikut suasana yang sebenar,ya! dari segi kawasan,sememangnya menjadi hak anada untuk memperbetulkannya,ISMA inilah hakikatnya... Profesional saya mampu mengambil tempat dihati pembaca.. bagaimana pula kamu hira'? Terima kasih kerana sudi melayari blog ini. (^_^)V

    ReplyDelete
  4. mmg benar isma mjadikan hira' sbg kilang, dilahirkan klgn mad'u yg taksub dan tlalu asobiyah sesama sdiri

    ReplyDelete