Friday, January 21, 2011

KISAH KIAN BERTAUT.


Assalamualaikum WBT.

"Kekuatan dan Kegagahan seseorang RIJAL (Lelaki) itu diukur pada kemampuan beliau melaksanakan amanah dengan jayanya" Kata-kata Umar Al-Khatab - Petikan ucapan YDP BKASM (Ustaz Yazid bin Ahmad).

Salam Pertemuan,

Apa khabar kepada semua pembaca diluar sana? saya rasa semuanya dalam keadaan sihat sejahtera agaknya.Kini saya kian giat kembali menulis,selepas banyak perkara yang telah saya lalui yang menghalang saya untuk menulis secara fokus dan beretika,jadi saya mengambil peluang kali ini untuk menulis kembali.

Alhamdulillah pada kali ini,saya menulis pada malam berakhirnya Peperiksaaan Al-Azhar bagi semester pertama,segalanya bermula dan berakhir dengan baik sekali,peperiksaan di Al-Azhar bukanlah satu perkara yang agak mudah untuk dilalui bagi semua pelajar di Al-Azhar.Berakhirnya peperiksaan bukanlah berakhir segalanya ,banyak perkara besar dan berpotensi patut dilalui.

Kini siri kian bersambung,isu dan pincang masalah segalanya makin selesai,saya kini telah melebihi '100' hari pentadbiran dalam BKASM banyak perkara yang dipelajari dan telah diteladani.Pendidikan dalam persatuan ini amat memberi makna dalam diri saya,ada orang kata 'oh lok skang jiwa persatuan,menyampah' 'lok skang sibuk memanjang,kalah YDP' dan pelbagai lagi kritik dan krutuk(kutuk) yang disalibkan pada saya,namun saya profesional dalam semua itu.

(Sahabat perjuangan dalam pentadbiran)
Blog yang saya adakan ini bukanlah luahan isi hati saya,tetapi saya ingin memperanankan ia sebagai medan cetusan idea yang membina,kita,saya perlukan ini,jangka juang kita amat panjang,pengalaman yang baik perlu dilampirkan untuk berjaya dalam segala aspek permasalahan.

(YB Dato' Hasan Ali seta gagasan Kepimpinan dan Pengurusan)

Selepas berlalu semester pertama ini,kita perlu ingat banyak perkara yang telah dirancang,menunggu untuk direalisasikan oleh kalian,kita semua harus berganding bahu demi menjayakan BKASM,BKASM satu wadah untuk kita,jangan tolak BKASM secara buta-buta,malah ambil yang terbaik dan fikirkan penyelesaian sekiranya ada yang tidak baik,saya berbahasa dalam gaya bahasa yang mudah difahami kalian,bukan?

(Bukan pandang sinis tapi fokus dengan arahan YB)

Banyak perkara yang saya akan tulis bagi melepasi sesi ini,antara perkara terbaru adalah mengenai aspek perubahan kita sendiri,gaya berfikir dan berdiplomasi sesama kita,pertukaran cuaca kehidupan yang beroreintasikan modenisasi dan transformasi perlu seiring dengan gaya perlaksanaan kita.

Maka,saya kira saya bertanggungjawab bagi memastikan apa yang telah diwarisi sekian lamanya dapat diubah dengan berstrategi,jangan risau dan gusar,saya tidak membawa sebarang agenda baru ataupun 'New Action Order' apa yang saya lakukan dan para pimpinan seiring dengan kemahuan YDP (Ustaz Yazid Bin Ahmad) .

Bersama saya,segala manifesto pada 3 bulan yang lepas bakal dilaksanakan.

Mari bersama,tolak SYAK-WA-SANGKA!!

Mohamad Amirul Amin MAula LokmanHakim,
Exco Sambutan dan Rehlah BKASM,
20/1/2011,

No comments:

Post a Comment