Monday, January 24, 2011

ISU YANG SERING DIPERBODOHKAN

Assalamulaikum WBT.

"Ke arah mencorak mahasiswa kelas pertama" Antara kalam YDP Ustaz Yazid B. Ahmad.


MUQADDIMAH




Pelbagai isu yang berlaku kini,tapi tiada satu pun dicoretkan oleh mahasiswa/wi 'SELANGOR' mungkin kerana kelalaian selesai peperiksaan membuatkan ramai pelajar yang berkaliber melarikan diri seketika,bukan?Isu negeri sendiri pun diabaikan,endah tak endah sahaja dibuatnya,dimana sensitiviti kalian semua?? saya bukanlah yang terbaik dalam menghuraikan isu ataupun komedi dunia yang berlaku,tetapi kalau tiada yang menulis apakah ianya direalisasikan?? sikap mahasiswa/wi selangor yang amat membosankan.

Tulisan pada kali ini lebih kepada perbincangan politik yang melibatkan kacau-bilau di negara kita tercinta 'Malaysia'.Pada kali ini saya bukan untuk mengulas tapi ingin mencernakan sedikit perbincangan di sekitar pemikiran mahasiswa/wi 'Selangor' di bumi Mesir ini.

Apa yang perlu dilihat disini adalah soal kepentingan kita yang mengambil cakna soal perjuangan politik islam dan dominasi pakatan dalam komedi politik 'Malaysia' dan juga pergolakan di Selangor dan akhir sekali isu INTERLOK.Antara perkara yang berkaitan adalah :

MALAYSIA

1)Soal berjabat tangan dengan bukan 'Mahram'.

-Hal ini dibangkitkan oleh Dato Chua Soi Lek yang mana dahulu publistinya meletup dengan 'Rakaman Lucah' di hotel.Oh! saya berpendapat mungkin beliau tidak memahami seks luar perkahwinan itu ada hukum tertentu yang melarang,beliau yang beragama budha sepatutnya memahami ini bukan soal agama yang beliau anuti tetapi soal kredibiliti beliau sebagai pimpinan negara yang disegani dalam barisan kementerian negara sewaktu ketika dahulu.

-Chua membangkitkan soal 'berjabat tangan dengan memakai sarung tangan' itu adalah tiada adabnya,apabila 'Cikgu Mala' calon pakatan rakyat di Tenang mengaplikasikan tolak ansur yang diajarkan oleh islam itu.Chua perlu memahami pengaplikasian ini adalah dari lunas agama dan pendirian PAS yang bukan membabi buta.Tetapi 'tauke' MCA ini melatah dengan kelakuan Cikgu Mala dalam berkempen,UMNO patut jelaskan secara berdepan dan bagi chua baca buku lebih sikit.


NEGERI SELANGOR

2)Dewan Undangan Negeri Selangor 'Bersidang'

-Konflik berlaku apabila Dato Khusrin Munawi bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tersebut dilantik menjadi Setiusaha Kerajaan Negeri tanpa melalui tutur cara yang sebenar mengikut 'Undang-undang tubuh' kerajaan negeri.

-UMNO yang tidak habis-habis ingin merancang,bagi merampas Negeri Selangor dari tangan Pakatan, cuba menjadikan Kepimpinan Negeri Selangor sebagai 'Keparat' pada kedaulatan sistem beraja.Menyatakan hasrat sebegini adalah sekata denagn suara pimpinan UMNO yang lain.

-Badrul yang telah keluar pakatan dan masuk bebas melompat macam katak beracun ke UMNO itu baru tahu nak datang dan hadir ke Dewan setelah sekian lama katanya menagih sakit dan tidak mampu untuk masuk ke dalam Dewan yang mulia itu. Beliau pula berhasrat untuk membuat saman kepada 'Speaker' kerajaan negeri,Nasib lah beliau keluar dari pakatan.Beliau adalah racun yang sangat berbahaya,seandainya disimpan racun ini,maka barahlah pakatan di Negeri Selangor.


PENDIDIKAN BANGSA

3)Interlok dibakar.

-Situasi yang sama ketika dahulu apabila buku-buku yang mencetuskan semangat yang tidak menyenangkan dimana-mana pihak akan dibakar.Tanda protes dan kurang setuju dengan apa yang dikarang oleh penulis.Kini buku hasil karya sastetrawan negara pula menjadi mangsa.Abdullah Hussien menulis tentang corak dan gaya kehidupan lampau yang mengisahkan tentang tiga kaum yang berbeza pendirian.Tetapi disatukan dengan semangat patriotisme yang menebal dikalangan mereka.

-Zaman Tungku Abdul Rahman juga pernah dibakar juga,perkara ini dilakukan oleh sekumpulan pelajar Universiti Malaya (UM),buku ini adalah hasil garapan dan cetusan idea beliau.Di zaman Hitler juga sama situasinya apabila bukunya melemahkan semangat juang penduduk German.Ini bukan soal biasa,apabila saya membaca semua ulasan dan komentar dari sudut positif dan negatif,buku ini ada baiknya dan ada buruknya.Kalau kita mengambil dari sudut meraikan masalah,ada kaedahnya "apabila berhimpun masalah dan manfaat dan masalah lebih besar maka ia akan menagakibatkan masalah begitu juga sebaliknya".

-Pendirian dan ilmu karya amat dititik-beratkan disini.Saya mencadangkan agar buku INTERLOK diduskusikan secara ilmiah sebelum dijadikan bahan asas Komponen Sastera (KOMSAS) di negara kita.Kalau ianya relevan di aplikasikan di negara kita,maka laksanakanlah,seandainya menjadi permusuhan antara kaum maka hentikan permaianan bangsa ini.Kalau tidak bagaimana semangat '1 Malaysia' mampu direalisasikan??
                                       (Buku keagamaan hindu,menjadi sumber semangat mereka)

-Kita harus sedar,kesannya pada anak bangsa kita yang memperjuanagkan negara kita.Kalau awal-awal lagi telah dipasakkan semangat perkauman yang menebal,dimana ruang untuk beragama disitu?? Sudah sekian lama,dasar pendidikan kita telah berpihak pada kerajaan.Memupuk penipuan dalam sejarah negara juga telah diaplikasikan.Mengkaji hal ini bukan dikaitkan dengan hasil karya 'Tun seri Lanang' dalam 'salalatus salatin' yang dikarang hebat sejak 600 tahun lalu.Tapi perlu dilihat dengan suasan moden yang menghimpit akal pelajar kita sekarang.Semangat itu penting tapi perlu ingat kefahaman yang jelas jua membangunkan.

*Apa yang telah saya paparkan disini mungkin menjadi perkara yang ringkas di akal sahabat mahsiswa/wi sekalian.kalau tiada yang mahu untuk melunaskan,siap lagi?? setiap isu yang datang hanya menjadi perkara biasa dikalangan kita.Bila nak maju?? bila cerita tentang semangat mahasiswa semua berbuih,tetapi bila suruh mengambil cakna pun sudah lemah.

Inilah kelemahan mahasiswa/wi  'SELANGOR'.


Exco Selangor (BKASM)

Muhammad Amirul Amin Maula LokmanHakim,

2 comments:

  1. Salam syeikh...
    Berkenaan isu Interlok.
    Berdasarkan pandangan beberapa individu yang ahli berkenaan sastera, Interlok bukanlah novel perkauman yang seperti digembar-gemburkan.
    Interlok merupakan sebuah novel sejarah yang mengangkat kelas bawahan. Ia sebuah novel berkenaan kelas sosial.
    Jika dibaca secara menyeluruh, ketiga-tiga watak memainkan peranan dalam menangkat martabat kelas bawahan yang tertindas dek kuasa pihak atasan.
    Jadi, jika dilihat dari sudut perkauman, maka akan ternampaklah cacat dan celanya.
    Pandanglah novel terbabit sebagai novel sejarah yang menceritakan bagaimana kehidupan sebenar masyarakat ketika zaman penjajah sebelum kemerdekaan dicapai.

    Berkenaan isu paria, beberapa mulut mengatakan ia benar-benar wujud, dan ada pula yang mengatakan istilah paria itu sendiri tidak pernah wujud malahan direka-reka oleh bangsanya sendiri.
    Makanya, sensitiviti kaum India berkenaan istilah itu tidak boleh dilayan jika alasan mereka bantahan yang dilakukan semata-mata untuk menggelapkan sejarah daripada pengetahuan anak-anak mereka. Mereka tidak mahu layanan berlandaskan kasta diamalkan. Sebenarnya, ini cuma alasan. Kita percaya bahawa mereka sedia maklum tentang sejarah sendiri. Untungnya di Malaysia, sistem kasta tidak diamalkan. Jadi, usah layan alasan sebegitu. Lagi pula, selepas isu ini timbul, bukan sahaja anak-anak mereka yang tidak tahu, jadi tahu tentang paria, malah mat rempit juga turut ambil tahu tentang isu yang melanda.

    Akhir kata, terima kasih kerana mengulas isu Interlok di sini.

    ReplyDelete
  2. Kepada Khalil,

    Terima ksih atas komen bernas mu.Ya,awal-awal lagi saya katakan interlok ada pro-contra nya,persoalannya sejuah manakah cakna mahasiswa Mesir khusus 'Selangor' tetang isu ini.Sering saya hujahkah isu yang berbangkit tetapi responnya negatif.

    Saudara Khalil,

    Apa yang berlaku dalam dunia karyawan,bukanlah menjadi hak saya untuk menghuraikan,kerana asas itu bukan milik saya,tetapi sekadar perkongsian dari saya tentang hal ini mungkin tiada salahnya.

    Dari sudut politik ianya memang mengambarkan satu penyatuan bangsa dengan wujudnya novel ini.Tetapi dari sudut kecenderungan masyarakat,apakah masyarakat kini sudah muak dimainkan isu perkauman ini? mereka yang tidak habis-habis menekankan semangat penyatuan ini punya agenda tersendiri.Akhirnya, meraka selitkan isu yang berbaur perkauman.Ini sebenarnya tidak benar sama sekali.Harus diteliti realitinya.

    Saya tidak menolak,sejarah membangkitkan semangat nasionalisme dan patrotisme yang padu.Alasan menjadikan masyarakat berpadu tidak salah tetapi mungkin harus dikaji ragam politik kini bagi diselarikan dengan dasar pendidikan kita.

    Terima kasih atas komentar yang membuka minda say,tetapi sebenarnya,ramai yang membaca khalil,tetapi yang ingin memberikan idea secara 'derma' tiada.Itu kelemahan mahasiswa 'Selangor' Mesir. Bukan mengutuk sekadar kritikan agar semua membina intgriti yang ada kaulitinya.

    ReplyDelete