Tuesday, December 21, 2010

Dasar Tranformasi Ahli Dalam Dunia Perubatan Mesir.

Salam Perjuangan,

"Perjuangan seandainya tidak diduga satu perjuangan yang pelik,maka kajilah perjuangan itu seandainya tiada onak duri didalamnya" Kalam Tuan Guru Ustaz Tuan Ibarahim Tuan Man.





Sekilas saya melihat bahang kehangatan pilihan raya bagi Persatuan Perubatan Mesir kali ini,tercuit rasa dihati ini untuk membuat sedikit ulasan mengenainya.Persatuan perubatan sememangnya dilihat satu persatuan yang sangat memainkan peranan yang cukup besar dalam melahirkan mahasiswa yang bercorak dinamik dan progresif.Dengan sikap dan gaya keterampilan yang sedia tertanam dalam jiwa bakal pimpinan kali ini, sememangnya satu corak perubahan bakal berlaku.Pasti disini ombak kesatuan dan perubahan bakal dicipta.

Melihat pencalonan dalam web persatuan mereka,saya melihat ini satu titik mula untuk seluruh mahasiswa Mesir membuka mata dengan seluas-luasnya.gaya penanmpilan yang cukup hebat dalam melaungkan isi manifesto mereka patut dicontohi.Bakal pimpinan di sebelah lelaki dan wanita masing-masing membawa wadah kesatuan yang jelas juga berkarisma.


Walaubagaimanapun,saya ingin mengulas bagi tiga orang mahasiswa kenalan saya dalam perubatan  yang dicalonkan ini,mereka seharusnya mampu membawa kesinambungan senergi dakwah yang dilabelkan oleh Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM).Mereka adalah Mohd Deenie Bin Mohd Rodzhan membawa manifesto "Membawa Perubatan Kearah Pentadbiran yang Holistik Berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah".Dua calon lain disebelah wanita adalah Nur Adibah Husna Binti Aladdin dengan cogan manifesto "Pengorbanan Diwarisi,Ummah Sedia Berbakti" dan seterusnya Siti Hajar Binti Mohd Azhar dengan manifesto "Menjana Tarbiah,Meningkatkan Prestasi Pribadi Perubatan".

Ketiga-tiga calon ini adalah mereka yang lahir dari isi pentarbiahan PMRAM dan BKASM.Mereka dibawah jagaan kebajikan Selangor yang menjadi pelapis atasan untuk membawa signifikan yang terbaik dari PMRAM dan BKASM.Seandainya mereka menang dalam pilihan raya kali ini,sememangnya jalan juang mereka amat sukar dan getir.Masing-masing cuba membawa perubahan yang sangat serius.Sistem jana kuasa yang diperlukan mereka amat hebat,oleh yang sedemikian jentera dari perubatan juga harus tegap megharungi badai ini.Saya tidak mengira mereka lemah dalam menghadapinya setelah melihat gambaran awal yang cuba di bahaskan.

Kini PMRAM dan BKASM telah melahirkan lagi calon-calon pimpinan yang cukup hebat.Mereka menjadi pelapis hebat bagi kesatuan kita.Mereka bakal membawa apa yang kita kehendaki selama ini.Dasar dan silibus yang disusun hampir serupa cuma perlaksanaan itu mungkin memerlukan gerak kerja yang sesuai dengan ahli mereka.

PERMASALAHAN SOSIAL

Tidak dapat tidak.kita tidak dapat lari dari masalah yang kian mencengkam dunia remaja kini.Kebenjatan sosial dikalangan remaja dan mahasiswa Mesir kian ketara dengan percampuran jenis yang membimbangkan.Tarbiah yang ingin dibawa kepada seluruh ahli perubatan harus selari dengan cita rasa mereka,jangan silap sahaja,pasti 'mad'u' mereka akan lari bertempiaran.

Bakal kepimpinan perubatan yang baru ini harus berganding bahu 'Hand to hand' untuk membanteras gejala jahanam ini.Sering kali persatuan perubatan disalahkan kerana ramai ahli mereka yang melanggar dasar sosial yang direncanakan dengan mudah sekali bak kata pepatah "Alah bisa,tegal biasa'.Tidak selesai ditangan penuntut agama sahaja malah persatuan perubatan juga harus cakna soal dan permasalahan ini.Lambakan pelajar perubatan bukan menjadi bahana, padahal ianya satu bantuan spritual yang berjaya,maka pengaplikasian yang bersama serta jalinan ukhwah 'KITA' mesti dalam menghidupkan 'Daulah Islamiah' kecil di bumi mesir ini.

Permasalahan yang berlaku mesti ada penyelesaiannya,saya percaya dengan pembawakan yang jelas dan berintegriti ini mampu menyudahkan musuh dengan total.Kepayahan dalam berfikir boleh direalisasikan bersama, dengan adanya persatuan islam lain dipihak BKAN dan juga DPM dibawah naungan PMRAM.Pelajar perubatan kini bakal bergerak lebih kondusif dan kemas untuk maju bersama dalam mengaplikasikan sesi pentarbihan ini kepada ahli.


PENAMPILAN BERINTEGRITI TINGGI


Kemerdekaan pemikiran mahasiswa dapat dilihat secara lumat disini,kalau kita bandingkan wanita disebelah perubatan dan pengajian islam juga lelaki perubatan dan pengajian islam masing-masing punya beza yang ketara.Saya tidak mahu membuat perbandingan dari sudut kebudak-budakan,malah perbandingan yang saya maksudkan adalah beza penampilan mereka dengan kita pengajian islam.

Pelajar perubatan memiliki satu daya berfikir yang jelas dan dinamik,gaya bercakap yang ampuk dengan idea serta hujah yang optimis,saya kira mereka telah berjaya mencapai tahap pendidikan kelas pertama,tidak hairanlah,kerana kebanyakan mereka ini sebenarnya lahir dari institusi pendidikan menengah yang cukup hebat,rata-rata dari mereka adalah berasaskan pendidikan yang lebih terbuka dengan dunia luar.Penguasaan bahasa inggeris dikalangan mereka amat memberi impak pada seluruh penuntut ilmu di bumi kinanah ini.Mereka punya satu daya tarikan yang meluas sesuai dengan dasar dunia yang kearah transformasi kemasyarakatan.Jelas jiwa mereka dipenuhi dengan daya olahan yang menarik,dan ini yang kita perlukan,kita tidak memerlukan mereka yang 'MANDOM' dan malu-malu ketika ingin memberikan hujah,kita seharusnya lebih bijak dengan mengaitkan sejarah barat dengan rekaan setempat itu,semoga ianya diaplikasikan.Ini yang pelajar pengajian islam perlukan sebenarnya.

Mungkin banyak lagi boleh ditulis dalam ruangan kali ini,selain ber'kempen' untuk memenangi undi bagi ketiga-tiga mahasiswa ini saya kira seluruh pelajar Mesir dari pengajian islam KHUSUS di Selangor dapat mendinamikkan usaha selain bergerak dengan jiwa yang progresif.Agar suasana baru dapat diungkapkan bukan dengan lidah tetapi dengan gaya pembacaan suasana yang bersifat luar kotak.

Ucapan tahniah pada seluruh bakal kepimpinan AJKT Persatuan Perubatan sesi 2011/2012 ini,agar terus menjadi persatuan yang profesional dan terbuka dalam melhirkan pembawakan.Nasihat saya, "Meraikan itu perlu daripada menyedapkan hati kita sebagai pemimpin".Terus maju,jangan mundur walau selangkah.

Mohamad Amirul Amin Maula LokmanHakim
Exco Sambutan dan Rehlah BKASM 2010/2011
Kaherah,Mesir.

No comments:

Post a Comment