Thursday, September 2, 2010

DIMANA SILAPNYA? (2)

"Sikap dan kelemahan umat islam sekarang adalah umat islam sendiri yang menindas umat islam yang lain bagai daging diatas landas"

Syiekh Yusof Al-qrdawi -Thibbul ummah-




-Sambungan (dimana silapnya 1)-

Kisah di tempat saya masih lagi dalam bualan ramai pihak,walaupun kini seperti yang saya katakan hubungan pegawai dan pimpinan yang sebelum ini renggang dierat kembali dengan tali kasih sayang antara kami , namun ada juga yang masih membincangkan isu pindah ini.Kini saya persetankan segala yang berlaku antara pegawai ‘ayah’ kami dan pimpinan ‘abang’ kami.Saya cuba bermindakan mahasiswa yang dicanangkan pihak berwajib dengan waras.

Pada waktu malam yang hening,saya melihat kelompok pimpinan dan rakan senior yang khusyuk berbual dan bergurau senda dalam keadaan santai di bazar.Malam ini saya kira satu perkara yang saya dan sahabat-sahabat nantikan,raut wajah ayah dan abang sering tidak tumpah mahukan sinaran kepercayaan kembali.Ayah juga pergi ke bilik abang untuk menikmati juadah keramaian hari jadi rakan senior yang ringkas sambutannya.Agak padat dan sibuk keadaanya,dengan himpunan baju dan beg besar yang merosakkan permandangan kini hilang dengan gelak tawa ayah dan abang.Ini yang saya mahu tonton selama ini,harap saya tidak menonton wayang murahan dengan tiket kek dan juga makanan dari ‘arabiata’(kedai makanan).

Saya berfikir sejenak,seandainya masalah dan isu yang timbul diatasi dengan santai dan serius kira-kira saya tidak akan timbul perbalahan antara pegawai dan pimpinan sebenarnya.Mereka yang mentadbir sebenarnya tidak punya alasan untuk bergusti yang sering menjerit melolong bagai serigala melihat bulan penuh di langit adalah pelopor asing yang tiada tauliahnya.Makin difikirkan makin kusut jiwa ini,dengan perabut dan barangan berat-berat perlu diselesaikan sebelum hari lebaran menjelma,kami terus melaksanakan tugas kami seperti biasa di pagi hari hingga azan zohor berkumandang.
Hakikat prejudis yang dipaparkan sebenarnya menggambarkan siapa kita di mata ahli Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKSAM) yang bernaung secara rasmi dengan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM).Mungkin sahabat pembaca dari Malaysia tidak memahami situasi disini,hiruk pikuk hon dari suara nyaring tidak dapat diamati angkara tidak berkesempatan ke Mesir,kota tinggalan purba ini.Secara hakikatnya,kita semua tidak enggan menyuarakan kekesalan ini,apa yang mampu dari mulut kami adalah menyuluh cahaya pada kegelapan perbincangan ini.

Akhir sekali sebelum saya menyudahkan penulisan ini,teguran buat mereka yang berakal dan matang agar tidak menyamakan pegawai kini dan dahulu,seandainya kita tahu gelaran baginya ‘ustaz’ kita sama-sama hormat dan gelarkan ia dengan watak itu,tidak perlu ditukar namanya kepada ‘cik’ bagi saya yang tidak punya ilmu dalam dunia songsang ini amatlah biadab dan tidak bertanggunjawab,tindakan menukar gelaran kepada ‘cik’ itu amat tdai disenangi oleh saya dan rakan-rakan yang pernah pegawai ini disanjung ramai pihak di qaryahnya(kawasan).Seorang ayah kepada 5 orang anak ini sepatutnya digelar abah atau ayah oleh semua ahli BKSAM seperti mana yang diamalkan di Negeri Sembilan,Kedah dan Rumah anak negeri yang lain.Jangan sengaja menadah padah andai diri mahu dipanah.Mungkin ini satu teguran dari insan dhoif dan hina juga bermasalah.Renungkanlah wahai abang-abang pimpinanku.

Akhirnya,sampai sini sahaja ulasan saya mengenai permasalahan Perpindahan Rumah anak Negeri Selangor dari kawasan Haiyu Asyir (seksyen 10) ke Haiyu Sabi’k (seksyen 7) yang perjalanannya mengambil satu per-dua jam waktu disini.Pengharapan yang meluas dari saya sebagai ahli yang cinta pada gagasan mahasiswa Selngor ini.Seandainya ada yang mahu melemparkan komen dan pendapat bolehlah berbudat demikian demi kemajuan kita bersama,dan seandainya ada yang memikirkan saya perlu dihadapkan kepada pimpinan kerana tidak beradab kerana menghebahkan perkara ini,saya terima maju kesana.


Wasalam,


Muhammad Amirul Amin Maula Lokman Hakim.

Kaherah,

23 ramadhan 1431 H

3 comments:

  1. salam amirul,,pertamanya ana mahu minta maaf sebelum ana bertemu muka dengan enta,,sekadar pendapat ana yg dhoif.

    dari sudut peribadi manusia itu sendiri mempunyai pendapat peribadi sendiri tapi pendapat yg enta lontarkan itu sudah cukup menggambarkab bagaimana enta sudah tidak yakin dengan kepimpinan yg diterajui oleh ajkt2 thn ni. pendapat ana mengatakan sebegitu bukan atas alasan lain cuma berdasar kan penulisan enta.

    dalam kepimpinan tidak lari satu perkara yg mungkin menjadi asas masalah dlm sesuatu pimpinan pertamanya ketidaksefahaman dan mengikut permasalahan yg berlaku dlm isu perpindahan ini ana berpendapat mmg pantas selaku ajkt mahukan yg terbaik bg ahlinya. dan itu bukan menunjukkan ketidak sefahaman tapi kita mengikut kepentingan dan apa yg perlu untuk ahli. dan selaku ahli harus kita berfikir apa yg rasioanal diantara 2 pendapat diantara ajkt dan hep,,dan kedua-duanya pendapat tadi baik cume kita sendiri pilih apa yg terbaik untuk kita.

    ana teringat dgn cadangan yg ana lontarkan pada pertemuan hari tu dan cdgn itu cukup adil untuk kedua-dua pihak pertamanya kita akan mengikut ketetapan yg sohih dan pasti dari hep dan keduanya cadangan dari kita selepas membuat undian, dan undian tidak samasekali tdk melibatkan rumah luar walaupun ana tahu ada yg rasa terganggu kedatangan kami aritu. dan percayalah kedatangan kami bukan untuk mengganngu kalian tapi menolong kalian dan percayalah kami bukan tulang belakang bkasm dalm membuat keputusan dan kami tidak pernah masuk campur dalam hal kalian.

    ReplyDelete
  2. satu lagi berbeza pendapat itu mmg akan berlaku dan cuma tidak enak jika enta samkan dengan lolongan serigala tadi kerana lolongan tadi itu dari niat yg ikhlas dari pendapat bg memberi kepuasan kebajikan yg maksima bg ahli. dan disini lolongan tadi bukan omong kosong yg tidak bertempat dan sudah pastinya lolongan tadi demi kebajikan ahli.

    setiap langkah kita terokai perlu mendapat kepastian yg pasti dari 2 pihak dan tidak menyalahkan satu pihak sahaja dan ana setuju jika enta mahu persetankan meraka yg menganggu kalian dalam isu ini sehingga menjadi org tgh supaya memihak pada sebelah pihak dan tidak sebelah yg lagi. persetankan ltu bgus jika meraka adalah org atau individu yg mahu melagakan kedua-dua pihak tadi. dan percayalah dan yakinlah ajkt dan pegawai seperti anak dan ayah dan kadang kala ada yg berselisih pendapat dan perselisihan itu bukan untuk org lain tapi demi mengharap agar natijah tadi untuk anaknya atau ahlinya. dan disini tiada isu yg mengaitkan keretaka hubungan diantara kedua-dua pihak td.

    dan yakin lah yg semalam itu enta tidak melihat wayang murahan yg direka khas oleh ajkt atau abg2 kerana semalam itu cuma satu kebetulan dan wajib lah untuk semua individu muslim untuk menghargai tetamu dengan ikhlas dan tidak berwayang-wayang.dan dari pertemuan itu juga masih lagi kami abg2 lama menyuarakan pendapat bg bagaimana untuk memberi kepuasan yg maksiama untuk ahli bila siap rumah itu nnt. dan tetamu itu rahmat dari ALLAH untuk kami. ana kata kan ini bukan mengatakan kebaikan yg ada cume ana mahukan yakin kan enta yg enta sama sekali tidak melihat wayang murahan yg pastinya enta tidak harapkan.

    dan akhirnya ana tidak mahu mengaitkan isu yg enta tidak berkenan dihati CIK ATAU USTAZ. dan semua itu terletak pada semua individu bagaimana untuk menonjolkan rasa hormat pada org yg meraka sayang.pendapat ana sendiri tidak smestinya cik itu suatu perkataan yg biadab jika org yg disayang dipanggil sedemikian. ana sendiri sudah menjd kebiasaan memanggil dgn lakob CIK HALIM dan kebiasaan itu sudah pastinya dari pengalaman kerja ana bila bekerja disyarikat-syarikat. dan dari situ adakah ana juga menjadi salah seorang yg enta tidak senangi. dan ana hormati pandangan enta, cuma ana berlainan taraf tahap kita mengenali pegawai hep selangor.

    maaf amirul dan ini cume sudut pandangan ana selaku orang lama tak berapa lama cuma tahun depan baru masuk ke alam lama sikit...hehehe

    ape2 pun ana bukan org yg layak untuk menasihati dan ana seperti enta yg sentiasa mahu berfikir untuk org lain. dan satu yg ana harapkan dari enta supaya menjadi wasilah kepada sahabat seangkatan enta untuk bersatu hati dan tidak berpecah-pecah. jika kita kata isma itu salah itu ini dan silap hari bulan kita juga meletakan diri kita sama seperti meraka. dan hakikat kita bukan seperti mereka.

    mungkin ini pendpat dari ana je. harap kita boleh lagi berwacana selepas ini..hehehe

    ReplyDelete
  3. Kepada semua yang bersama blog ini,harapo terbuka mindanya,terima kasih pada yg memberi ulasan.. Ana akan 'post' kan artikel yg baru tentang perkara ini,

    ReplyDelete