Thursday, September 2, 2010

DIMANA SILAPNYA? (1)





Salam


Apa khabar sahabat diluar sana? Moga masih terus engan isi bernas dari blog yang lahir dari penulisan usang saya pada kali ini.Mungkin sekadar sembang atau borak kosong sahaja, antara perkara yang saya minat coretkan adalah tentang apa yang berlaku di kediaman indah ini.Untuk pengetahuan sahabat-sahabat,kediaman usang ini (Rumah Selangor di Mesir) bakal di perbaiki apabila cukup masa pengeramannya sebelum ini.Banyak juga infrastruktur lama yang perlu diperbaharui dan ditukar agar kedatangan pelajar baru pada tahun ini di sambut dengan jayanya.

Banyak juga permasalahan timbul apabila isu perpindahan ini diutarakan,saya juga banyak menyuarakan pendapat pada pimpinan kami untuk melicinkan kekesatan di lantai-lantai permasalahan ini.Sebenarnya sukar untuk kita menentukan yang terbaik untuk diri kita apabila banyak mulut lancang yang gemar bermain puisi di luar pertandingan,didalam meja temuduga bisu tidak terkata,tetapi apabila diluar bilik temuduga dilangsungkan, para penemu duga habis dicaci maki,mungkin analoginya sebengitu rupa,ya mungkin tidak tepat.

Saya secara peribadinya melihat perkara ini adalah isu yang dimainkan oleh indivdu yang rakus dengan budaya politik yang kotor dan tidak bermanfaat.Saya kira pimpinan disini telah menyusun strategi yang menarik dalam pengamalam Amal Jami’e yang dilihat lebih sempurna dengan perbincangan antara pimpinan sahaja.Situasi kini meruncing apabila pegawai juga dikaitkan dengan isu ini,antara mulut-mulut binasa ini mengatakan pegawai dan ahli Jabatan Agama Islam Negeri (JAIS) sengaja melambatkan kos pembaikan dan pembelian rumah baru untuk kami di mesir.Setelah beberapa kali pertemuan diadakan dengan pihak pegawai ternyata pegawai tidak terlibat malah yang menyulitkan adalah saki baki UMNO di Malaysia.Apabila kita katakan sebegitu rupa,pihak mereka mengatakan,”Oh mana mungkin kami sebagai pegawai kerajaan ada kaitan dengan politik semasa?” sebenarnya kesumat yang lepas belum terbalas,bacaan kami memang tepat.

Setelah berlalu sekian lama,bulan berganti bulan,isu ini bagai botol di tengah lautan,apabila penuh airnya tenggelamlah ia,apabila dilambung ombak besar,keluar airnya,maka terapunglah ia,gambarannya sebegitu rupa.Ramai yang cuba bersuara bagi menjamin pendapat kepada pihak atasan.Hinggakan apabila pendapat dan keputusan mereka berbeza dengan pendapat pegawai,mereka terus ‘tarik muka’ dengan pegawai.Mungkin satu kenyataan yang berani,tapi ini realitinya.

Segalanya terus berlalu,kini tarikh perpindahan ke rumah baru selesai juga,proses perpindahan diteruskan dengan aman dan harmoni.Isu pegawai dan pimpinan selesai dengan lambungan setiakawan yang menarik,perbalahan ahli keluarga ini selesai dengan kewibawaan mereka yang menghuni di bumbung usang ini.Bagi saya ada lagi sekelumit kuman kebencian dalam hati para pembina tamadun ini,ulama yang bakal merubah suasana dan potensi muslim di Malaysia harus bijak mengatur wawancara agar tidak tertipu dengan ceramah yang dinukilkan sendiri.

Akhir sekali saya harapkan agar segala yang berlaku ini ada hikmahnya,pimpinan yang berpenat lelah dalam memastikan kecemerlangan ilmiah dan zahiriah ini perlu dinobatkan di pentas perdana.Konsep wa’la( taat dan patuh) masih lagi diaplikasikan,belum ada lagi titik noktah dalam hubungan kita,kepada semua yang membaca penulisan ini agar terbuka dan bijak dalam menilai,saya tidak pernah gentar dicocok dengan jarum kebudak-budakan,tetapi saya cuba memperlihatkan rahsia realiti ini sebagai hikmah dari Ilahi.Semoga tulisan ini menggambarkan siapa kita.


Wasalam,

Muhammad Amirul Amin,

Kaherah,

23 Ramadhan 1431 hijrah.

No comments:

Post a Comment