Tuesday, October 26, 2010

MOHON MAAF SECARA RASMI.



Salam,


"Dulu kita prnah sengsara,dulu kita pernah dinafikan,Demi tidak mahu luka lama berdarah kembali ini yang aku sajikan untuk kalian" - M.Amirul amin


Tulisan kali ini adalah kesinambungan pada artikel yang saya tulis tentang perihalyang berlaku dalma BKASm khasnya.Iaitu Dimana Silapnya (1) dan (2).Tuilisan kali ini lebih kepada permohonan maaf secara terbuka kepada semua pihak yang mengikuti rentetan yang tertera dalam blog saya pada kali yang lepas.

Pada ruangan yang lepas saya sekadar memberikan pandangan dalam ruang lingkup pemerhatian luaran.Saya seorang ahli yang mampu memberi penerangan pada ahli BKASM yang lain melaui laman sosial blog sebegini.Ramai yang kurang faham tentang penghasilan ayat dan kiasan yang saya maksudkan dalam blog artikel tersebut,saya kira pada ketika itu ramai pembaca menggangap saya seorang biadap dan kurang sopan kerana membuka pekung persatuan sendiri,banyak komentar secara lisan dan bertulis dari skop positif dan negatif.

Oleh yang sedemikian,saya MOHAMAD AMIRUL AMIN MAULA LOKMAN HAKIM, NO.BKASM (2387) ,memohon maaf secara terbuka di laman blog ISLAM AGAMAKU.Saya dengan rendah hati dan terbuka meminta agar semua pihak yang berasa hati dan berkecil hati dengan perlakuan saya tentang tulisan tersebut ,agar dapat memaafkan saya diatas sedikit kecacatan maklumat yang berlaku.

Permasalahan penerangan yang serius mampu menggugat masalah ini.Selepas apa yang berlaku,pihak BKASM telah bersetuju untuk berpindah sebelum raya.Isu tentang perihal PEGAWAI HEP dan KEPIMPINAN AJKT BKASM hanyalah satu ilusi bagi menjejaskan kedua-dua pihak,tidak dinafikan kedua-dua pihak punya kesilapan yang tersendiri,tetapi kita selaku yang belajar agama harus rela hati menerima keputusan yang telah dibuat.Kini segala isu terungkai selepas Syawal menjelma,tiada lagi isu PINDAH RUMAH tiada lagi isu PEGAWAI dan PELAJAR,segalanya kini lenyap,dan saya minta agar kita tutup masalah ini.Kita pergi ke destinasi yang seterusnya.

Saya sekali lagi mengharapkan sokongan sahabat pembaca agar bersama dengan blog ini,dan saya akan terus menulis demi kemantapan bersama.

Salam kemaafan kepada pimpina BKASM sesi 2009/2010,agar hubungan kita kian bertaut demi islam yang tercinta.

Wasalam,

MOHAMD AMIRUL AMIN MAULA LOKMAN HAKIM,
HAYYU SABIK,

No comments:

Post a Comment