Tuesday, October 26, 2010

TUGAS BARU,DUNIA BARU

Salam,


Kepada semua yang membaca saya harapakan semua dalam keadaan baik-baik sahaja.Tujuan kali ini saya peka di atas papan kekunci ini adalah kerana saya merasakan saya perlu sangat menulis demi kemantapan saya dan juga kalian semua.Sering sekali kita dipaparkan dengan kisah yang berkisar peribadi,kali ini,sekali lagi berkonsepkan peribadi.


Blog yang saya sering tuliskan ini adalah satu wacana dan medium baru bagi saya mahir dalam selok belok penulisan.Saya tidak menjangkakan mereka yang tidak mempunyai blog tidak mempunyai kekuatan brfikir yang hebat,tetapi dengan menulis sebegini kalian akan merasai hakikat kehidupan yang penuh dengan cabaran.

Kini saya menjawat jawatan sebagai Exco dalam menaungi suara anak-anak Selangor yang berada di kota usang ini.Tugas sebagai Ketua Lajnah hanyalah tugas mengurus tadbir sahaja.Bila dihayati tugas exco adakalanya bersifat 'wakil rakyat' bagi rakyat Selangor,agak penat dan menyesal pada mulanya,tetapi inilah tarbiyah yang belum pasti didapati oleh mereka yang lain.

Kalau melihat sejarah silam,saya bukanlah seorang pengawas,pimpinan,atau sama waktu dengannya.Tika waktu kegelapan dahulu saya sering mencaci pengawas dalam erti kata lain memusuhi pimpinan itu nikmat bagi saya.Kali ini saya berada ditampuk itu,Allah S.W.T maha kaya.Ini didikan yang kawan-kawan laupan tempuhi.

24 jam yang diberikan maha kuasa amat mencemburui diri ini.Dahulu sering baring dan menanti di suruh,kini baring nikmat yang seketika,kerja bukan disuruh tapi menyuruh.Jiwa yang kosong akan kepimpinan dasar mahasiswa,kini penuh dengan kekesalan.Kekesalan kepada tanggapan lampau pada pimpinan.Saya terus bergerak,demi islam,adik-beradik Selangor.

Bukan sokongan bercorak material dipinta,tetapi seramai 23 orang Ahli Jawan Kuasa Tadbir ini perlu mendapat Wala' yang sepenuhnya dari kalian,anggap sejarah bakal dicipta oleh kami,baru ataupun alam tiada beza nya,karat tetap karat,karat boleh dijilat dengan api semangat.Bersama BKASM,Kita PMRAM,bukan taasub,tetapi kewajiban yang nyata.

2 comments:

  1. bagus... anda sudah mula melangkah ke alam pentarbiyahan,,,,
    jadikan EXCO sebagai medan latihan untuk menjadi pendakwah...

    SELAMAT MAJU JAYA

    ReplyDelete
  2. satu luahan perasaan yg menyayat hati...
    apa2 pun,kita bergerak atas posisi yg telah ditetapkan...

    ReplyDelete