Tuesday, October 26, 2010

SUARA KAMPUS,PEMBENTUK FIKRAH KAMI.

Salam,

MALAYSIA 2012,


Pada kali ini saya secara rasminya akan membawakan satu pendedahan terbaru dan menarik bagi isi Prima Wacana ataupun dikenali sebagai Fokus utama majalah rasmi kampus Selangor 2009/2010.Pada sesi kali ini,sidang kolumnis yang diketuai oleh Ustaz Azwan Sulaiman akan membawa jentera kolumnis kearah minda ahli supaya serasi dengan minda kami,minda kelas pertama yang bakal merubah pola berfikir yang menarik, mampu mengekalkan kecemerlangan umat yang sedia tercatit dalam buku lembayung sejarah kita.


Seperti mana yang kita maklum,2012 adalah jangka masa yang hampir dengan kita,kira-kira 2 tahun lagi kita bakal berdepan dengan tahun yang dianggap suci dalam mitos bangsa Maya.Bangsa ini telah mengkaji akan bahawa dunia bakal musnah (kiamat) pada tahun tersebut yang tinggal didunia ini hanyalah gagasan (freemason) yang mahukan dunia ini ditadbir oleh mereka sendiri dibawah penguasaan ‘Dajjal’ .Mitos yang kita anggap sebagai perosak pemikiran golongan beragama islam diseluruh pelusuk dunia ini amat berbahaya kerana ianya bersifatkan dan cenderung kepada hal-hal ‘akidah’ (Kepercayaan beragama).

Secara pengiklanan yang agak santai dalam kiriman kali ini,saya ingin mengumumkan pada semua pembaca bahawa isi dari Suara Kampus Edisi Selngor (SUKSES) sesi kali ini amat berbeza dengan SUKSES yang sebelum ini.Gambaran realiti masyarakat Malasyia diambil kira dengan teliti.Maka dengan itu pihak Pengarah Urusan Majalah pada tahun ini yang dianggotai sendiri oleh Ketua Lajnah Penerangan Dan Penerbitan (BKASM) secara rasmi bersetuju dengan tajuk yang diadili di meja kolumnis.Tajuk ‘Malaysia 2012’ amat memberikan tikaman pada mata dan hati pembaca sendiri.

Secara khasnya,Malaysia 2012 adalah satu tajuk yang berbentuk pemerhatian secara rawak,penulisan yang agak santai dan berkonsepkan fakta ini cuba membawa para pembaca kepada medan didikan pemikiran yang terkehadapan.Dengan penguasaan teknologi maklumat yang dibintangi oleh golongan professional sendiri,kita juga tidak boleh ketinggalan dalam merealisasikan kaedah inovasi pendidikan yang bakal membawa kita ke pentas perdana.Kolumnis yang bijak dan cilik dalam merangka ayat 2012 ini adalah Ustaz Azmeer dan Ustazah Nurfitri,mereka adalah gabungan lama yang bakal menyuntik satu kesan yang terbaik untuk mahasiswa islam di mesir khasnya dan masyarakat di Malaysia amnya.Saya juga terlibat secara sampingan dalam membantu apa yang ada untuk mencantikkan bingkai ayat agar sesuai dengan citarasa moden.Saya sebenarnya bukanlah dari golongan yang sepetutnya berdiri tegak mengarang ayat wacana bersama mereka,tetapi untuk belajar menulis sahaja, saya cuba melihat lenggok dan gaya penulisan yang sememangnya menjadi hobi saya.Agar keberkatan dari 2 pejuang ini,mampu member kesan dalam kehidupan saya.

Mungkin sekadar permulaan,insya-ALLAH,dalam beberapa masa yang terdekat ini segala proses untuk sesi pengeluaran akan diperkemaskan.Moga kehadiran corak penulisan yang baru ini bakal membawa kita ke destinasi indah, khas untuk ummah.

Muhd Amirul Amin,
Kaherah,

No comments:

Post a Comment