Tuesday, October 26, 2010

Tentang Kita,


Salam Ukhwah,


Apa khabar semua pembaca? Moga kalian sihat sejahtera.Kini telah hampir sebulan tidak saya ‘update’ blog kesayangan pembaca sekalian.Walaubagaimanapun,hari ini saya akan terus menulis bagi memantapkan lagi misi yang saya utarakan sejak dahulu kala.Pada kali ini kita akan melihat suasana yang berlaku di ruangan kampus Selangor di Republik Arab Mesir tahun ini.Mungkin ringkas dan berbentuk laporan menyuarat yang terbengkalai.Walaupun sebegitu rupa gayanya,bacalah demi mengetahui sedikit sebanyak mengenai Persatuan yang saya anuti disini.


1) Kita telah melaui fasa perpindahan dan telah menetap di kawasan sabik Hayyu Sabik selama hampir 2 bulan.Pelbagai ujian dan halangan dalam proses perpindahan ini,dengan sikap terbuka ahli dan kepimpinan maka segala masalah dapat diatasi.Rumah di Hayyu Sabik mempunyai 7 tingkat dan setiap tingkat memliki 3 bilik dan 1 ruang tamu dan 2 tandas dan 1 dapur.Berbeza sedikit pada tingkat 1 dan 2 masing-masing mempunyai 2 bilik dan berkongsi dapur. Tingkat 1-3 didiami oleh ikhwah (Lelaki) manakala 4-7 didiami oleh akhwat (Wanita).

2) Kedatangan adik baru dimeriahkan dengan program-program yang dirancang khas bagi melahirkan rasa cinta pada islam dan persatuan induk PMRAM di sini.

3) Pada 9/10/2010 telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) bertempat didataran hayyu Asyir,walaupun berlaku konflik tentang tempat majlis berlangsung,tetapi semua ahli Bkasm dapat menghadirkan diri dan menyempurnakan sesi pengundian bagi memilih 1 kerusi Yang di-Pertua (YDP) dan 8 kerusi bagi Ahli Jawatan Kuasa Tadbir (AJKT) sebelah wanita (akhwat).Disebelah lelaki (ikhwah) semua calon menang tanpa bertanding.BKASM ditadbir oleh 23 orang AJKT bagi melicinkan proses pentadbiran ini.Seluruh anak Selangor sebulat suara menyokong Ustaz Yazid B. Ahmad bagi menduduki Kerusi YDP pada Sesi 2010/2011.Walubagaimanapun lawan beliau Ustaz Radzie bakal dilabelkan pada tempat yang lebih tinggi sepadan dengan jasa dan baktinya dalam BKASM sesi lepas.


4) Kuliyah bagi sesi 2010/2011 telah bermula akhir bulan 9,segala urusan seperti Kasyfu natijah(senarai keputusan) dan Tasdiq (untuk visa) boleh diselesaikan mula masa ini.Pembelian kitab pembayaran rusum(yuran) sesi ini mula dijalankan.

5) Imtihan Qabul (bagi pelajar baru) iaitu ujian kelayakan sebelum menuntut di Al-Azhar dijalankan pada 9/10/2010.Pelajar Selangor berjaya menduduki peperiksaan tersebut dan kini menunggu masa untuk natijah peperiksaan dikeluarkan.Proses untuk masuk ke Al-Azhar akan dimulai selepas pelajar tersebut berjaya (najah) dalam peperiksaan kelayakan (imtihan qabul) dan nama mereka di sahkan oleh Al-azhar ( nama Muqayyad).


6) Pada waktu ini pelajar baru sesi 2010/2011 sedang mengikuti program khas yang dijalankan oleh persatuan induk yang berdaftar di bumi mesir ini iaitu Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) bagi melahirkan rasa berkenal-kenalan (taaruf) dan kesedaran dalam menuntut ilmu dan berpesatuan secara mantap di bumi mesir ini.Program tersebut dinamakan KEJORA.KEJORA diadakan setiap tahun sebagai program oreintasi yang bercorak mahasiswa bagi memantapkan lagi jiwa remaja islam yang dating menuntut di bumi Mesir ini.Lebih 50 kumpulan diagihkan dan 12 bas ekspres ditempah khas bagi pengangkutan program itu dijalankan di kawasan luar Kaherah iaitu di Nuzul dan Muaskar ( ISMA’ILIAH).Moga adik-adik sesi ini lebih berkualiti berbanding tahun-tahun yang kemudiannya.

Alhamdulilah kini segala urusan telah Berjaya diselesaikan dengan jayanya.Moga Persatuan ini dijaga oleh ALLAH S.W.T dan dinaungi seluruh para malaikatnya.Moga dengan kacau-kacau pihak seperti ISMA yang melambatkan propses pngurusan kami disini bakal diberi hidayah oleh yang maha esa.Bagi kalian yang masih bersama dengan jalan perjuangan ini,tetap dan sabatlah dengan bersungguh-sungguh.Moga disana ada balasan yang menanti.

Wasalam,
Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim,
Hayyu Sabik,
12/10/2010,






No comments:

Post a Comment