Thursday, March 25, 2010

FITNAH UMMAH PADA KITA!!!!!!

Firman ALLAH S.W.T :
“Barangsiapa yang mengambil selain islam sebagai agama(cara hidup),maka sesekali tidak akan diterima darinya.Dan dia di AKHIRAT termasuk orang-orang yang rugi” (Surah Al-Imran,Ayat 85)

Hadis Sohis Nabi MUHAMMAD S.A.W,
Diriwayatkan bahawa NABI S.A.W bersabda,” Barangsiapa yang mencari ilmu kerana selain ALLAH,atau ia mengkehendaki dengan ilmunya selain ALLAH,maka hendaklah ia menempatkan tempatnya didalam NERAKA



Dalam ruangan kali ini ingin ana bawakan satu perkara yang dapat dilihat melalui konsep penglihatan masyarakat pada ulama.Ulama adalah seorang yang berkelayakan dalam segala macam bidang ilmu dan mengamalkannya untuk dirinya dan masyarakat lain.Dapat dilihat kini bahawa manusia lebih mementingkan kelayakan ‘HISSIAH’(luaran) berbanding kehebatan ‘MA’NAWIYAH’(dalaman).Masyarakat hanya memandang golongan ini kepada beberapa kumpulan agamawan yang ingin membawa konsep pemikiran yang berlainan dengan mereka,oleh itu ramai dari golongan ulama ditentang dan ditolak akan pandangan mereka.

Perkara ini dapat kita lihat dalam penentangan ulama Selangor ketika mana dahulunya dipimpin oleh Al-marhum Sohibus Samahah Fadil Ustaz Haji Ishak Baharum yang menentang akan tidakan kerajaan sewaktu itu yang ingin mengadakan pertandingan ratu cantik,dan beliau juga aktif dalam mengkriktik kerajaan melalui dasar kuno dan zalim sewaktu pemerintahan Mahathir Mohamad ketika itu.Beliau juga lantang dengan berani memFATWAkan soal pengharaman rokok yang berkuatkuasa semasa beliau menjadi MUFTI ketika itu.Maka dengan kelincahan beliau yang mampu mengganggu-gugat permainan kerajaan maka,kerajaan Selangor atas nasihat kerjaan persekutuan ketika itu memecat Yang Berbahgia Tuan Guru ketika itu.Maka berlakulah spekulasi yang merosakkan perjuangan ulama kita sendiri.

Ini contoh yang dapat ana bawakan pada pembaca sekalian,kalau sahabat dapat lihat diperak jelas bahawa mufti yang dipertanggungjawabkan untuk mengatur sistem tadbir islam bertukar pada mengartut sistem kerajaan Malaysia.Ana pelik dengan ‘orang’ yang ana sangat kagumi suatu ketika dahulu,lancang ‘Muharibun ala riddun’!!,kalau bercerita soal murtad beliau yang akan tampil dalam soal ini.Apa yang mendukacitakan ulama ‘PERAK’ ini sengaja dok diam dalam dewan undangan negeri sewaktu dewan kucar kacir dek rampasan haram kerajaan BN pada waktu itu.Beliau hanya duduk dan memerhati gelagat pejuang HARTA dan pejuang MARUAH rakyat ketika itu.

Ulama yang disegani kini menjadi bualan bagai pihak mengenai soal beliau mengajak pada penyatuan melayu denmgan UMNO,dan beliau sendiri tidak menghormati ulama besar lain dalam jemaah PAS.Beliau sering kali bercakap soal perpaduan malah beliau sendiri tidak aktif dalam soal penyatuan ISLAM itu sendiri.
Apa yang dilakukan oleh DATO’ HARUSSANI ini jelas mengambarkan FITNAH kepada islam itu datang sendiri dari GOLONGAN AGAMAWAN,kita dok penat mengaji di universiti,tetapi mereka yang macam ini merosakkan kepercayaan masyarakat kepada kita sendiri,soalnya berapa ramai lagi ulama SU’(jahat) yang akan lahir??? Jelas dalam hadi Rasul S.A.W bahawa akhir zaman ini akan dilimpahi dengan ulama su’(jahat0 dari soal menjual agama dan lain-lain,sememangnya SURAH AL-HAJRU ayat 9,memberitahu bahawa ALLAH S.W.T pasti menjaga agama ini,tetapi adakah ini tiket untuk senang-senang mereka hancurkan agama ini??!.

Jadi sahabat yang dok ngaji agama ni(ayat kampong) banyak-banyaklah merenung soal masa depan ummah yang bakal kita hadapi,kini masayarakat Malaysia khusunya menolak ulama secara bulat-bulat.Segala apa yang dicanangkan ulama sering ditolak dan dipijak sebegitu rupa,sampai bila??!! Buat konsert,jalan… buat ceramah dengan ulama?? “ini xde permit”!! “ini salah”!! sampai bila lita selaku agamawan harus diperlaku sebegini rupa???????

(Muhd Amirul Amin) (7.30am) (Khamis,25/3/2010)

8 comments:

  1. salam ust. ana rase al-hijr bkn alhajr. takut umat manusia keliru dgn penulisan ust. maaf ye atas teguran.

    ReplyDelete
  2. Salam Ustaz,
    Nampak gayanya suatu hari nanti, us akan menjadi orang yang hebat kerana amat perihatin dan sayang kepada ummat, Alhamdulillah, ana nasihatkan jangan terlalu emosional, sebab orang hebat tidak emosional, tetapi hebat dan bijak, harap us boleh jadi mcm tu, kena byk beristikharah selalu minta petunjuk. umur muda, darah muda adalah satu aset dan semangat, jangan di sia2 kan, inilah masa utk membentuk jatidiri. Selamat Berjaya sebagai pejuang dan mencintai ummat sebagaimana Rasullah mencintai dan sayangkan ummatnya. Penuhkan ilmu di dada, bertindak ikut cara bukan ikut rasa, cerdik di fikiran, cantik di lisan, sabar di cabar, senyum menguntum,tenang setenang tenangnya, digalas ikhlas

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah atas teguran... ha.. mungkit ada sedikit ralat dalam penulisan ana.. syukran sebab membaca.. harap dapat terus menegur ana.. insyallah.. Ana bukan lah org yg emo.. tapi ada masa emo itu buat kte rasa cnta pada agama dan ummah.. papepun.. syukran atas nasihat kalian.. ana mendambakan nasihat kalian... wasalam

    ReplyDelete
  4. Salam Ustaz

    Alhandulillah, ustaz sudi terima celoteh ana yang tak pandai ni, insyallah ana akan follow blog ustaz, sebab ana hendak tengok ustaz berjaya. Kadang-kadang ni sekeliling kita, kita jumpa pop corn, kita makan, kadang-kadang kita jumpa tapai, kita makan jugak, pop corn digoreng cepat masaknya, tapai diperam lama sikit baru boleh makan, begitu juga dengan cita-cita, idea, semangat, perasaan, adakalanya meletup, meletup cantikpun ada,meletup tak tentu kalu pun ada, ada pulak yang terperam dan terpendam, bila dibuka tudungnya nak pengsan jugak kita di buatnya.Ana rasa ada benda-benda yang tertentu boleh ustaz letupkan bila-bila masa, tapi simpan dulu yang tertentu, yang jadi modal besar buat ustaz bila balik ke tanah air nanti. maklumlah nak jadi orang hebat, duduk bersama saf orang-orang hebat pada masa akan datang.Orang hebat ni banyak ilmunya, tinggi pertimbangannya, dalam pemerhatiannya, sungguh berhati-hati, tak mudah melenting, tak mudah dak kondem, teruskan menjana ilham, sekian celoteh ana buat kali ini.

    Wassalam,

    Tok Shu

    ReplyDelete
  5. Insyaallah... ana terima dengan terbuka celoteh anta.... papepon.. sama2 kte mengorak langkah.. untuk siapa?? untuk ummah dan islam di malaysia... wasalam..

    ReplyDelete
  6. ana sgt setuju pasal fitnah yg berlaku ini...kt mmg x bley nak tolak sistem manusia yg x selari dgn sistem Allah...kt sbg manusia kna berhati-hati dgn fitnah2 tersebut dan pling penting sucikan kefahaman kt ttg islam dan seluruhnya... salam perjuangan...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum
    Baru mengikuti dan membaca coretan PU Amin.
    Tahniah...
    Sejarah perjalanan ilmu anda yang penuh berisi untuk mengisi perjalanan ummah.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum
    Baru mengikuti dan membaca coretan PU Amin.
    Tahniah...
    Sejarah perjalanan ilmu anda yang penuh berisi untuk mengisi perjalanan ummah.

    ReplyDelete