Thursday, March 25, 2010

ISU ATAUPUN KETERBUKAAN ILMIAH.

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan
tentangnya.Sesungguhnya pendengaran,penglihatan dan hati,semuanya itu diminta pertanggungan jawabnya” ( AL-ISRA : 36 )


ISU ATAUPUN KETERBUKAAN ILMIAH.

Salam bertemu lagi kita dalam ruangan ilmiah ini,diharapkan pada para pembaca dapat lebih input yang menarik dari penulisan ana untuk kali ini.Untuk lebih memudahkan bicara ana pada kali ini,molek seandainya kita renung kembali apa yang telah ana cuba bawakan pada sidanag pembaca sekalian,tentang keterbukaan melalui pemikiran mahasisiwa itu sendiri.

Ada beberapa perkara yang ‘kita’ cukup tak berpuas hati di ‘rumah’ ini.Dengan ikhlas ana katakan segala apa yang terbaik ana unjurkan dengan salam kesyukuran pada semua.Apa yang boleh ana katakan disini adalah keterbukaan kita yang sememangnya menjadi bualan isi penting cereka kita.Kita seharusnya faham dengan kreatif mengenai apa yang berlaku kini.Persoalan demi persoalan harus ditimbulkan oleh golongan ‘bawahan’ apabila bertalu telinga ini mendengar berbagai spekulasi.Tidak kira ianya datang dari mana pihak pun,kita harus pandang dengan dua-dua belah mata.
Isu yang menarik, suka nak bincangkan ,apabila sekumpulan kakitangan kerajaan melaksanakan tanggungjawab mereka di bumi bertuah ini,bumi mesir.Mereka datang dengan membawa risalah yang berbagai bual-bicara dari segala macam pihak.Apabila ianya dipersetujui oleh pihak pentadbiran,maka berlangsunglah satu pembentangan ringkas oleh pihak Kementerian Penerangan mengenai ‘1 Malaysia’ “Rakyat didahulukan,Pencapaian Diutamakan” ,lebih kurang 1 jam lebih pembentangan berlangsung,segala yang pahit harus ditelan oleh semua pihak.Itu tidak menjadi masalah,tetapi yang menjadi masalah apabila ada dari golongan pendengar tidak berpuas hati dengan penganjur,apabila tidak dibenarkan mengajukan soalan pada pihak penganjur.Ana juga ada diberi tugasan bagi solan berskop plihan raya di Malaysia,ana juga hampa dengan tidakan penganjur,nak buat macam mana sabar je la.
Mereka yang melihat dengan teliti akan ‘kenal’ dengan mereka yang benar-benar tidak berpuas hati.Itu adalah spekulasi yang dapat ana bentangkan,lebih menarik apabila episod ini bersiri,siri seterusnya, kepada pegawai yang membenarkan ianya diadakan di ‘sini’.Ramai yang terus berprasangkan dengan pegawai,”kenapa kebenaran diberikan pada ‘JASA’ ini”.Ada yang mengatakan “negeri ini dibawah pentadbiran PAKTAN RAKYAT apakah negeri ini memberi laluan pada program ini???!!” segala kata-kata dan tanda tanya terus berlalu dan bermain dibibir mulut semua pihak, hinggalah tiba pada waktu dialog bersama pegawai.

Ruang yang diberikan sangat berharga,soal kebajikan patut diambil cakna,segala yang berlaku pasti ada hikmahnya,ana terus tepuk dada tanya iman dan akal.Ada soalan yang menjerumus pada pebincangan di atas.Ada soalan yang mudah diterima dan ada hujah.Terus ditanya dengan soalan yang sama tapi mungkin isi suai soalan berbeza mengikut kreativiti pengaju soalan.Ada soalan tidak kreatif dengan menyalahkan beberapa pihak,tetapi kelihatan ‘bakal’ penjawab soalan faham akan ketidakpuashatian anak-anaknya.’Bapa’ yang faham akan kerenah anaknya terus menghentikan babak ini degan meminta agar pengaju soalan bertemu dengannya di bilik pentadbiran pada masa akan datang.

Peristiwa diatas bukanlah satu rentetan yang lengkap untuk ana bawakan,tetapi apa yang cuba dikongsikan adalah Apakah salah satu pembentangan mengenai “ 1 Malaysia”???! kadang-kadang kita sangat-sangat diselaputi dengan peristiwa silam hinggakan kita tidak mampu mengambil sesuatu perkara yang berbentuk ilmiah dan saqafah walaupun ianya tidak satu ‘geng’ dengan kita!.

Ana juga tidak menyokong ‘1 malaysia’ ini,tetapi ana menyifatkan pembentangan ini satu perkara yang wajib tahu untuk semua MAHASISWA MESIR yang sering ditohmah dengan cacian JUMUD dan SEMPIT oleh pihak di MALAYSIA,kita harus berjiwa yang serasi dengan semasa.Mungkin bagi ANDA ianya satu keburukan yang melampau,dan tetapi pada yang lain adalah satu perkara yang harus diketahui.Apakah kalau tidak tahu soal ‘1 malaysia’ kita tak boleh maju???? Qarar ke??? Harus diperincikan soal ini.Mungkin ada yang terasa pilu dengan tulisan ana,diharapkan,agar semua pembaca dapat mengambil iktibar dengan perkara yang ana sajikan ini.Sekadar ilimiah yang membantu akal untuk terus mengemudi ummah.Maaf teramat maaf pada semua,ikhlas dari ana.

Muhd Amirul Amin Maula LokmanHakim,
23 mac 2010,
10.33 pm,
Hayyu Asyir(Mesir)

No comments:

Post a Comment