Sunday, March 14, 2010

MENJANA KETERBUKAAN BERSAMA.

“Telah lahir kerosakan (mengakibatkan bencana, gempa bumi,kebuluran,dan segala macam)di DARAT dan di LAUT disebabkan perbuatan TANGAN manusia sehigga DIA ALLAH merasakan pada mereka sebahagian dari(akibat) yang mereka kerjakan agar mereka kembali(jalan yang benar).
Surah Al-Rum, Ayat -41-


Bismillahirrahmanirrahim…



Dalam coretan kali ini,ingin sekali saya membawa pembaca pada keluasan pemikiran yang saya ingin-inginkan selama ini.Sudah lama saya mahukan keterbukaan ini,keterbukaan dalam cetak pemikiran yang melebar kepada masalah global dan cara penyelesaian yang intelektual supaya jelas konsepnya bagi suasana (waqi’) sekarang .

Khususnya bagi himpunan pelajar komponen mahasiswa di Mesir ini,kita menerima berbagai jenis pemikiran yang mahukan satu kebaikan berlandasakan dasar islam itu sendiri.Berbeza dengan Malaysia,lambakan Mahasisiwi dari golongan wanita itu sendiri memaksa golongan mahasiswa dari golongan lelaki harus patuh dengan suasana yang tersedia.Oleh itu sudah tentu percampuran idea yang tidak sihat menjamin kemajuan mahasiswa di Malaysia.

Kenapa tidak sihat??? Ramai tertanya-tanya bukan,saya mulakan kajian saya sejak saya berada di Malaysia lagi,ketika tahun 2009 sekitar bulan 1-7,dengan kem-kem yang saya anjurkan,melalui kajian ini kaum wanita yang bakal menguasai kantong mahasiswa ini mampu menerapkan unsur yang tidak sihat pada mahasiswa lelaki.Kenapa?? baik,kita lihat,kini percampuran antara lelaki dan wanita adalah disebabkan ajakan wanita,mungkin tidak secara zahir,tetapi secara batinnya kita dapat lihat perkara ini.Walaupun ramai dari kita tidak gemar akan ‘popular’ nya fakta ini,tetapi inilah hakikat yang berlaku,oleh itu satu perubahan itu perlu dilakukan dengan menukar konsep pemikiran kita agar ramainya ‘player’ dari golongan lelaki menguasai menara gading.

Apa yang mahu saya sentuh bukanlah keterbukaan melalui percampuran
ini yang kita lihat berlaku di Malaysia,tetapi di Mesir ini,kita harus satu keterbukaan berbentu pemikiran.seperti yang telah saya lemparkan diperenggan pertama,di Mesir ini,lambakan pemikiran dari berbagai persatuan yang wujud,tidak kira umur bagi persatuan itu puluhan tahun ataupun setahun jagung ‘baru nak UP’ pun kian bercambah di Mesir,mungkin akibat peluang yang tersedia lebar bagi mereka oleh pihak kerajaan sendiri.Kita sedia maklum untuk mencantum dua pemikiran yang berbeza rah itu satu permasalahan yang besar dan mampu membawa kepada pertelegahan.Ianya ditegaskan oleh Luqmanul Hakim dalam kalam beliau yang menyatakan :

“Untuk mengalihkan sebuab batu yang besar dan berat adalah lebih mudah dan pantas daripada mengalihkan pemikiran sesutu manusia itu kepada maqam yang lebih baik dan sempurNa”

Kalam ini jelas bahawa bukan senang kita bersama mencari jalan yang mampu manghakis segala mehnah,tohmah dan fitnah pada mahasisiwa islam kini.

Saya sering bertanya pada rakan-rakan dan abang-abang yang lebih senior dari saya tentang perkara yang baru ‘nak’ ditanam ini,umpama pemilihan benih bagi proses penanaman.Saya mendekati sahabat yang lebih arif dari saya,rata-rata dari mereka menggangap penggabungan ini adalah satu risiko yang besar bagi kita semua.Adakah ini satu permasalahan?? Mungkin ada positif dan negatifnya dalam masalah ini. Kata Umar Al-Khatab dalam kalam beliau menyatakan :
“islam itu mungkin tiada seandainya tiada kesatuan(jamaah)”
Kalam ini jelas bahawa mahu tidak mahu kita harus berjammah dalam apa pun jua keadaan.

Dalam perbezaan pemikiran ini,kita harus melihat dari segi jenis penerimaan mahasiswa itu sendir,bagi mahasiswa baru mungkin isu ‘tak matang” itu menjadi faktor utama,tapi apakah yang ‘senior’ tidak punya peranan?? Gunakan medium dan maqam(kuasa) untuk keterbukaan ini.Saya rasa tidak sukar bagi kita seandainya kita buka peluang untuk berbagai persatuan untuk penggabungan ‘FIKRAH’ ini.Contohnya program ‘Talk-show” yang sering diadakan pada hari “saqafah” ini kita jemput mereka untuk mereka lontarkan pendapat da idea mereka bagi kemajuan ummah kini.Mungkin tidak selesa kita dengar bagi setiap isi yang mereka keluarkan,tetpi apa salah seandainya kita cuba??!! Kita hadkan isu,kita tetapkan masa,kita pilih soalan dari pendengar,itu yang semoleknya,

Wahai para penggerak kesatuan,kita kian maju kehadapan,mahasiswa yang bakal datang ke mesir kian bertambah-dan bertambah,dengan corak pemikiran yang sangat global dan mental yang intelektual ini memaksa kita pada proses penggabungan ini.Bukan dengan berterusan,tetapi kita buat secara ‘slow-slow’ insyaALLAH,kita mampu menghilangkan fitnah yang kiat menyelaputi kita iaitu mahasiswa Mesir “jumud” dan tidak terbuka.Bersama fikirkan….SAlam pertemuan yang seterusnya….

No comments:

Post a Comment