Tuesday, September 13, 2011

Ini bukan takdirku.


*Ini bukan taqdirku ditulis untuk tatapan kalian yang berjaya dan tidak berjaya.Tahniah untuk yang dapat berada di tahun 3.


Oleh : Amirul Amin.

Hari ini hari yang lain bagiku,bagaikan baru terjaga dalam sebuah kurungan jejari hitam.Hatiku bagai dipenjara dek kerana rasa kekecewaan yang menebal.Hari ini aku bangun dan menghirup nafas yang kotor,nafas yang berbaur dengan kehitaman kisah yang lampau.Aku terus menggerakkan langkah dengan pacuan yang kurang bertenaga.

Aku masih letih.Keletihan yang membawa kepada penyakit.Badanku panas,rupanya aku seakan demam.Dergupan jantung masih kencang kerana fikiran ku tidak tenang.Aku demam kerana terkejut dengan khabaran berita dari timur tengah.Namun,aku gagahkan diriku untuk menulis coretan hina,demi mengubat perasaanku yang seakan remuk dan hancur ini.

Selepas aku membasuh muka,

Aku membuka laman ‘Facebook’.Aku melihat insan yang gembira dengan kerdipan kejayaan terus menitipkan rasa bahagia kepada rakan serta keluarga.Ada yang sering berbalas komentar tentang kejayaan mereka.Ada yang seakan menerima dengan redha.Ada yang tidak mampu menerima kegagalan,itu adalah ‘Aku’.

Aku menyandar didada dinding putih,sambil meletakkan tangan didahi ku.Aku menutup mata,menghela nafas yang panjang dan terkenang akan peristiwa pahit semalam.

Semalam ,selepas aku mendapat satu kiriman ‘Sms’ dari sahabatku tentang keputusan ‘Al-Azhar’ telah pun dipaparkan,aku gembira,kerana penantian selama ini telah tamat.Aku terus menghubungi sahabatku yang berada di ‘Mesir’.Minit selepas itu,aku rasakan bahang kerisauan pada sahabatku ketika ingin menyampaikan keputusan peperiksaan ku.Aku tersentak.Aku dikhabarkan,aku gagal dalam ujian ini.Air mata ku mengalir deras,bagaikan jalan dihadapan telah punah,bagai tiada iman meraung menyalahkan takdir.Aku hilang akal dan terus menutur kata kecewa.

Sebelum ini,aku pernah bertanya pengalaman sekiranya berada dalam lingkungan ‘I’adah’ (Mengulang tahun).Aku suka bertanya kerana aku suka memberikan kata dorongan kepada kawan-kawanku.Oleh itu,aku terus bernekad,aku tidak mahu gagal dan berusaha dengan jitu kerana aku seorang yang tidak boleh menghadapi kegagalan.Aku sedar siapa diriku.

Mainan perasaan berlegar di minda,segala perkara negatif yang akan menjelma akan datang.Soal kewangan,soal masa yang banyak terluang,cara untuk menghadapi manusia lain.Aku bingung.Otak ku berhenti berfikir.Aku sedar aku seorang manusia yang tidak cerdik,tapi berusaha untuk berjaya,namun itu bukan taqdirku.

Aku teringat kisah kebangkitan islam pada zaman Nabi Muhammad S.A.W.Empat peperangan besar itu adalah satu peperangan bagi mengejar kebenaran.Kemenangan pertama adalah Badar,kekalahan pertama adalah Uhud.Seterusnya kemenangan di renteti.Juga aku motivasikan diriku,tahun pertama aku Berjaya,tahun kedua aku gagal,tahun ketiga dan keempat aku bakal berjaya.Aku sejukkan hatiku dengan sirah ‘Nabawi’.

Moga Allah majukan sahabat juangku,dahulu kami lingkungan yang besar,separuh daripada itu telah kandas,tahun ini aku serta jua kandas,aku akui ‘Tuhan’ hanya memilih mereka yang layak di ‘Al-Azhar’.Al-Azhar bukanlah satu badan pengajian yang boleh diperolokkan.Kejayaan kalian dicatur ‘Tuhan’.Kalian tinggal 2 tahun berbaki.Kekalkan momentum kecemerlangan kalian.Jangan lihat ke belakang.Terus maju moga kita akan bertemu di ranjau perjuangan di Malaysia.

Aku dan rakan-rakan yang masih berada di tahun 2 akan mendoakan kalian.Walaupun di hati ini rasa cemburu,kecewa,hampa,gembira bercampur baur,ingatlah kejayaan kalian untuk agama dan bangsa.Gunakan kejayaan kalian untuk masa depan ummah.Jangan biarkan kejayaan sebagai bentuk kebanggaan yang boleh dipaparkan.Ikhlas kan hati.Pulang ke Malaysia dan berjuang atas tapak yang sedia ada.Tahniah aku ucapkan pada kalian.Jangan berada ditempatku,kerana kepahitan ini amat menyakitkan.Hati kalian seumpama dirobek dan dihiris pedihnya.Tiada seorang mahkluk yang sedar akan kepedihan ini,kecuali Allah S.W.T.


Syukran Lillah.. Syukran Al-Azhar...


Mohamad Amirul Amin Maula LokmanHakim,
Pelajar Kuliyah Syariah Islamiah Tahun 2,Al-Azhar,Kaherah,Mesir,
13/9/2011 | 10.40 AM | Selasa |

1 comment:

  1. jika e2 bkn takdirmu, masakan Allah menentukannya begitu....jika bkn e2 yg terbaek, masakan Allah mengurniakan kamu sebegitu...ketahuilah kamu masih punya sahabat2 yg sentiasa mendoakan kamu baek d mesir mahupun malaysia...terkadang kegagalan e2 akn membuatkn kejayaanmu lebih manis, dan lebih menghargai kejayaan e2 dan penyerahanmu kpd Allah akn lebih berlipat kali ganda...dan e2 lah apa yg Allah khendaki ke atas kt~ full penyerahan kpd-Nya...ketahuilah,sesungguhnya aku jua pernah gagal, namun ia mengajarku erti khidupan

    ReplyDelete