Thursday, September 2, 2010

DIMANA SILAPNYA? (2)

"Sikap dan kelemahan umat islam sekarang adalah umat islam sendiri yang menindas umat islam yang lain bagai daging diatas landas"

Syiekh Yusof Al-qrdawi -Thibbul ummah-

DIMANA SILAPNYA? (1)





Salam


Apa khabar sahabat diluar sana? Moga masih terus engan isi bernas dari blog yang lahir dari penulisan usang saya pada kali ini.Mungkin sekadar sembang atau borak kosong sahaja, antara perkara yang saya minat coretkan adalah tentang apa yang berlaku di kediaman indah ini.Untuk pengetahuan sahabat-sahabat,kediaman usang ini (Rumah Selangor di Mesir) bakal di perbaiki apabila cukup masa pengeramannya sebelum ini.Banyak juga infrastruktur lama yang perlu diperbaharui dan ditukar agar kedatangan pelajar baru pada tahun ini di sambut dengan jayanya.

Banyak juga permasalahan timbul apabila isu perpindahan ini diutarakan,saya juga banyak menyuarakan pendapat pada pimpinan kami untuk melicinkan kekesatan di lantai-lantai permasalahan ini.Sebenarnya sukar untuk kita menentukan yang terbaik untuk diri kita apabila banyak mulut lancang yang gemar bermain puisi di luar pertandingan,didalam meja temuduga bisu tidak terkata,tetapi apabila diluar bilik temuduga dilangsungkan, para penemu duga habis dicaci maki,mungkin analoginya sebengitu rupa,ya mungkin tidak tepat.

Saya secara peribadinya melihat perkara ini adalah isu yang dimainkan oleh indivdu yang rakus dengan budaya politik yang kotor dan tidak bermanfaat.Saya kira pimpinan disini telah menyusun strategi yang menarik dalam pengamalam Amal Jami’e yang dilihat lebih sempurna dengan perbincangan antara pimpinan sahaja.Situasi kini meruncing apabila pegawai juga dikaitkan dengan isu ini,antara mulut-mulut binasa ini mengatakan pegawai dan ahli Jabatan Agama Islam Negeri (JAIS) sengaja melambatkan kos pembaikan dan pembelian rumah baru untuk kami di mesir.Setelah beberapa kali pertemuan diadakan dengan pihak pegawai ternyata pegawai tidak terlibat malah yang menyulitkan adalah saki baki UMNO di Malaysia.Apabila kita katakan sebegitu rupa,pihak mereka mengatakan,”Oh mana mungkin kami sebagai pegawai kerajaan ada kaitan dengan politik semasa?” sebenarnya kesumat yang lepas belum terbalas,bacaan kami memang tepat.

Setelah berlalu sekian lama,bulan berganti bulan,isu ini bagai botol di tengah lautan,apabila penuh airnya tenggelamlah ia,apabila dilambung ombak besar,keluar airnya,maka terapunglah ia,gambarannya sebegitu rupa.Ramai yang cuba bersuara bagi menjamin pendapat kepada pihak atasan.Hinggakan apabila pendapat dan keputusan mereka berbeza dengan pendapat pegawai,mereka terus ‘tarik muka’ dengan pegawai.Mungkin satu kenyataan yang berani,tapi ini realitinya.

Segalanya terus berlalu,kini tarikh perpindahan ke rumah baru selesai juga,proses perpindahan diteruskan dengan aman dan harmoni.Isu pegawai dan pimpinan selesai dengan lambungan setiakawan yang menarik,perbalahan ahli keluarga ini selesai dengan kewibawaan mereka yang menghuni di bumbung usang ini.Bagi saya ada lagi sekelumit kuman kebencian dalam hati para pembina tamadun ini,ulama yang bakal merubah suasana dan potensi muslim di Malaysia harus bijak mengatur wawancara agar tidak tertipu dengan ceramah yang dinukilkan sendiri.

Akhir sekali saya harapkan agar segala yang berlaku ini ada hikmahnya,pimpinan yang berpenat lelah dalam memastikan kecemerlangan ilmiah dan zahiriah ini perlu dinobatkan di pentas perdana.Konsep wa’la( taat dan patuh) masih lagi diaplikasikan,belum ada lagi titik noktah dalam hubungan kita,kepada semua yang membaca penulisan ini agar terbuka dan bijak dalam menilai,saya tidak pernah gentar dicocok dengan jarum kebudak-budakan,tetapi saya cuba memperlihatkan rahsia realiti ini sebagai hikmah dari Ilahi.Semoga tulisan ini menggambarkan siapa kita.


Wasalam,

Muhammad Amirul Amin,

Kaherah,

23 Ramadhan 1431 hijrah.

Fikh Khamsah pembuka minda para dai'e

Salam Pertemuan,


Syukur ke hadrat Ilahi,kita ditemukan lagi untuk sesi pengembangan minda yang lebih selesa,untuk tulisan kali ini,saya akan menerangkan beberapa aktiviti yang baru sahaja selesai dari Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKSAM) selaku pentadbir pengurusan kami selain hal ehwal pelajar(Pegawai HEP) untuk mengurus keperluan kami di Mesir.

Satu kelab yang baru lahir dari idea baru kawan-kawan disini adalah kelab dai’e.Kelan dai’e adalah satu kelab yang sangat memberi kesan yang terbaik pada penuntut baru dan lama di mesir ini.Aktiviti baru-baru ini amnya sangat menumpukan kepada aspek kecemerlangan minda yang merujuk kepada skop ‘Fikh Khamsah(5)’.Fikh khamsah ini sebenarnya perlu ada bagi pengisian semua pendakwah,fikh khamsah juga membantu bagi merealisasikan usaha dakwah yang kini dilihat mencabar dalam berdepan dengan dunia moden yang sungguh menyeramkan.

Fikh Khamsah : 1)Fikh nusus, maqasid
2) Fikh waqi,ikhtilaf
3) Fikh muwazanat
4) Fikh awlawiyat
5) Fikh taghir

Pelbagai nama juga dimuatkan dalam fikh khamsah antara yang lain adalah Fikh sunan al-kauniah dan sebagainya.Segala yang dititipkan ini adalah perkara baru yang diperincikan semula bagi memenuhi ruang permasalahan yang datang dengan kerapnya.Bagi menjamin keselamatan para da’ie khususnya ianya dirangka dan perlu diperhati dengan penuh teliti.

Seorang tokoh dari Iraq Muhammad Ahmad Al-Rashid dahulu pernah membicarakan kitab Syeikh Yusof Alqrdawi sebagi kos studinya.Beliau menjadikan tajuk perbincangan qardawi sebagai pelengkap perbahasannya.Menurut al-Rashid,Yusof qardawi seorang pelopor metode wasatiah(sederhana) di dalam bidang hokum.Bukan sekadar kemampuan dalam mengistinbatkan hokum malah al-qardawi juga mengambil kira unsur luaran dan perubahan di dalam mengeluarkan sesuatu fatwa dan ijtihad baru.

Sekadar pengenalan awal mengenai Fikh khamsah ini ataupun secara mesranya fikh yang lima ini sangat-sangat membantu kawan-kawan dalam menilai sesi kehidupan kita syang sering berubah mengikut suasana dan angin kemodenan.Apa yang perlu bagi kita sebagai penuntut ilmu adalah mengkaji secara terperinci agar kita mudah merealisasikan modal jati diri untuk ummah.Mungkin selepas ini sahabat juga boleh meniliti apa sebenarnya fikh khamsah ini,dan boleh menjadikan sebagai topik khas perbahasan di kampus kawa-kawan. Wasalam

Muhammad Amirul Amin,

BERMULA KISAH YANG BARU

Salam,



-Akhirnya bertemu juga kita-


Sudah lama rasanya tangan ini tidak menekan papan kekunci kesayangan ku ini,adakalanya saya biarkan ianya berhabuk dan menunggu masa untuk di ‘update anti-virus’ nya.Masa kian berlalu dengan pantas blog kesayangan saya ini kaku sunyi dengan kesibukan yang saya sendiri tidak pernah jangkakan di bumi bertuah Mesir ini.
5 bulan yang saya hadapi di Mesir ini cukup menambahkan pengalaman saya apabila bergelar mahasiswa islam mesir di bawah kelolaan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM). PMRAM banyak memberi didikan zahir dan batin kepada semua ahlinya,apa yang membanggakan persatuan tua ini mula mencapai kegemilangan 80 tahunnya.

Namun sekadar muqaddimah pada hari ini,PMRAm menjadi pembuka bicara pertemuan kita bersama,banyak perkara menarik akan saya nukilkan dalam blog saya ini kelak.Ragam bentuk manusia yang berjiwa mahasiswa khusnya menjadi topic perbincangan dan perbualan menarik di laman ini.Mungkin ramai dari kalian yang memerlukan input berkesan bagi memenuhi nafsu membaca kawan-kawan.Insyaaallah saya akan cuba sehabis baik demi memartabatkan pemikiran kita sendiri,tidaklah saya cuba menghabiskan masa saya selama ini selain mencari redaha Allah dan ingin mencana pemikiran melayu moden yang berkonsepkan daya modal insane yang menarik.

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat diluar sana,kini semua pelajar di mesir telah pun selesai menduduki peperiksaan rasmi Al-Azhar pada tahun ini. Kira-kira 2 bulan yang lepas kami baru sahaja selesai menduduki peperiksaan semester ke-2.Untuk pengetahuan am juga kami juga telah memperolehi keputusan masing-masing yang ditampal di dinding kuliyah kami di sini,seperti gambaran yang dipaparkan dalam filem Ketika Cinta Bertasbih (1) dahulu.Saya kira ramai yang menonton filem itu,dan begitulah gambaran sebenar kami disini,bezanya kami disini bukan untuk menagih cinta malah kekal 4 tahun disini sebagai penggali ilmu yang pejal dari Ilahi tuhan alam semesta yang esa.
Kini kami sedang mengalami bulan panas sebagai musim pelengkap di kota sejarah ini.Bersesuaian dengan istilah Ramdhan itu sendiri yang bermaksud ‘Panas yang keterlaluan” begitulah terjemahan yang dialami oleh semua masyarakat Mesir ketika ini.Panas ini sebenarnya mengajar kami tentang perjuangan Ulama lampau dan kisan Sirah Nabawiyah yang menggamit hati bagi setiap penagihnya.ramdhan yang dilalui di kota ini berbeza dari kota 1 Malaysia yang kita diami kini.Mesir mengamalkan pesta Ramdhan yang teramat sibuk malah di Malaysia kita mengamalkan adat boros yang sibuk untuk mencapai kenikmatan di hari Aidilfitri.

Mungkin sekadar permulaan,nantika. Penulisan saya yang kesekian kalinya di laman dhoif ini,apa yang cuba saya mahukan adalah sokongan dari pembaca yang sering bersama dan dekat dengan saya di laman ini.Hati saya tenang apbila ramai yang tercuit dengan tulisan yang tiada asanya ini,namun hayatilah setiap apa yang cuba saya bawakan,bukan saya mahukan pujian dan kata lunak dari tekak basah para pembaca,tetapi yang saya perlu adalah kejernihan minda yang membawa kita kepada redha Allah S.W.T. Insyallah.

mUHAMMAD aMIRUL aMIN