Sunday, December 5, 2010

'Dikuburkan Tanpa Batu Nisan'


Pelihara lah Gerakan ini!
Kesatuan kita!




Assalamualaikum W.B.T

Salam sejahtera,


Pada kali ini suka untuk saya bawakn satu intipati baru dalam dunia mahasiswa kita,iaitu soal keperhatinan kita kepada dunia kita sendiri.Bagi pembaca sekelian,haruslah kita sedari bahawa kita kini bukanlah berpaksikan pada ketunjangan diri sendiri,malahan kita kini berada dalam suasana ke masyarakatan yang serius.


Secara jelasnya,saya ingin bawakan satu analogi penting untuk kita semua,iaitu berbunyi Laman web kita "Dikuburkan tanpa batu nisan",analogi ini ana bawakan untu kalian pembaca semua agar memahami maksud coretan kali ini.Analogi ini sebenarnya analogi yang menakutkan,satu kisah seram yang telahpun dilalui oleh semua mahasiswa Mesir.Apa yang dikuburkan disini adalah Laman web rasmi persatuan.Seandaninya dibiarkan barah berulat,busuk kulat jadinya.

1)Laman web Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
2)Laman web rasmi Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM)

Saya bercakap bukan kerana saya menyarung perisai ketenteraan Ahli JawatanKuasa Tadbir BKASM selaku PMRAM cawangan Selangor,tetapi ini suatu hakikat asli yang harus diteliti oleh semua pihak yang bernaung pada kedua-dua persatuan ini.

Kenapa kita KUBURkan Laman web ini? kalau kuburkan dimana BTU NISANnya? Apakah dosa bagi laman ini dikuburkan?


Kenapa saya persoalkan hal ini? seandainya dianalisa bagi setiap mahasiswa yang mempunyai keistemewaan INTERNET di rumah sewa dan kekerapan ke Pusat Inertet maka sudah tentu analisa tertinggi itu milik kita.24 jam kita memerhati skrin komputer kita,dalam sehari 2-3 kali ke Pusat Internet,tetapi hal berkaitan Persatuan sering diketepikan.

Kalau laman web ini dihayati dan dilazimi,kita tidak punya masalah soal iklan tidak sampai ke rumah kita,menghayati sahabat yang lenjun baju dibasahi peluh mengedar risalah iklan,tetapi hasilnya?

Soal pemberitahuan maklumat,tidak wujud mengenai 'clash maklumat' seandainya kita melazimi WEB ini,kini ada FACEBOOK (anak-anak selangor mesir 09/10) dan lain-lain FACEBOOK sekalipun,jadikan WEB BKASM sebagai medan maklumat yang tepat dan sohih.KIta sering mencanang,padahal kita yang menebas kembali idea tersebut.

Permasalahan ini berlarutan apabila perkara yang berkaitan program dan cakna hal mahasiswa diketepikan.Padahal,secara lumatnya telah diperincikan secara lumat didalam Laman web tersebut.Dimana kecerdikan kalian?

Kita sering mengajukan soalan tentang ketidakpuasan hatian,apakah kita pernah soalkan berapa sumbangan kita pada gerakan mahasiswa yang membawa wadah islam ini? Kita telah disaluti kepompom memberontak secara jahil sebenarnya.Kalian berada dalam posisi kegelapan kerana menghukum tanpa bersama dengan saluran cabang yang ditentukan.

Soal kepentingan kita,soal kita,soal kebajikan,soal kita,segala-galanya kita lakukan bersama.Apakah adil laman ini hanya dibuka oleh mereka yang semangat untuk berpesatuan sahaja? Gunakan medan berpesatuan untuk melonjakkan nama sendiri agar dikenali tetapi nama orang lain ditenggelami? Dimana hakikat sebenarnya?

Puas saya kaji hal ini,puas saya teliti perkara ini,dahulu sya pernah menolak prasarana BKASM yang membantu,adakalanya saya benar,adakalanya saya silap.Membangkang itu fitrah kita,tetapi bangkangan itu perlu diselangi dengan manisan penyelesaian.Jangan jadi johan dalam bilik dan kawasan kecil sahaja,jangan jadi juara bercakap paling dalam mesyuarat yang dihadiri jantina berbeza sahaja,tetapi berani dalam erti kta,untuk mentranformasikan keadaan agar bergerak seiring dengan cuaca politik mahasiswa kita.

Sedarlah kalian.Peringatan ini untuk saya dan kaliuan yang membaca.Bukan marah atau mengherdik,tetapi kesian melihat laman web bkasm dan pmram dikuburkan secara tidak berbatu nisan oleh AHLI BKASM.Berubah kepada yang sebaliknya...

2 comments:

  1. mantap lok...
    muhasabah untuk semua.
    sape yg bergelar ahli kepada satu2 persatuan,maka ambillah cakna.
    papepun baiki tulisan, ni dah kali ke berapa aku cakap ni!
    sebelum publish bagi orang lain semak dulu k...
    (satu muhasabah)

    ReplyDelete
  2. jadikan web rasmi PMRAM dan BKASM sbg web harian kita..mudah utk peroleh maklumat.pphlpn pn setuju ngn sufi..lps ni cakna betul2 ngn ejaan..hehe

    ReplyDelete