Tuesday, December 21, 2010

'Disitu Bermula,Disini Berakhir.'




Salam Perpisahan.



"Kita bertemu kerana takdir-Nya dan kita berpisah kerana takdir-Nya"

Setelah 2 tahun perkhidmatan di Mesir,maka tibalah waktu kemuncak bagi Ustaz Abdul Halim B. Saljadi sekeluarga untuk kembali pulang ke Malaysia.Perkhidmatan Ustaz Halim dibawah majikannya, Kerajaan Negeri Selangor ini banyak membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan kebajikan pelajar Mesir khususnya pelajar selangor.Hubungannya yang baik bersama kakitangan kerajaan di Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) sering mendapat pujian pihak atasan dan para pegawai yang seangkatan dengan beliau.


Saya tidak mengenali Ustaz Abudl Halim secara mendalam,kerana ketika saya di Malaysia dan menuntut di tingkatan enam (STAM),saya hanya mengenali beliau sebagai seorang Imam Masjid Sungai Manggis,Banting Selangor.Tidak lebih dari itu pengenalan saya dengan beliau,begitu juga dengan isteri kesayangan beliau Ustazah Norlina Shaharuddin,seorang guru bagi mata pelajaran cetakan karangan bahasa arab.Guru yang sangat tegas malahan beliau juga seorang ahli lembaga displin dalam organisasi sekolah yang diajar beliau.Untuk mendekati atas dasar ibu dan anak mungkin dirasai secara lumat ketika dirumah atau luar waktu persekolahan.Oleh kerana itu,saya juga tidak seberapa rapat dengan beliau atas kisah yang tersebut.Mahu mendekati tetapi saya bukan asalnya di sekolah itu,apa yang mampu mengenali secara jauh.

Pada akhir tahun 2008 Ustaz Halim sekeluarga diamanahkan untuk menjaga kebajikan pelajar Selangor yang berada di Mesir.Setelah belasan tahun beliau tidak menjejakkan diri ke Mesir,akhirnya berkat air 'sungai nil' maka beliau kembali, dengan misi pendidikan dan kebajikan.Seingat saya pada ketika itu sya dan sahabat seangkatan sedang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agma Malaysia(STAM).

Setelah peralihan tampuk pemerintahan pada Mac 2008,segala sistem kebajikan pelajar dan kebebasan pelajar dikaji semula,jelas ketika mana dahulu penuh menggambarkan detik hitam keatas seluruh penuntut 'Tajaan Zakat Selangor' di Mesir ini.Kalau dulu, Menteri Besar yang bermasalah dan 'berasuah' maka diganti dengan Menteri Besar yang murni budi pekerti,hakikat yang sama juga berlaku di Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) Selangor,di Mesir ini.

Dalam pentadbiran mana yang tidak diladai ombak,tidak ditiup taufan,tidak dihamun fitnah dan celaan,walaupun Ustaz Halim berpengalaman luas dalam bidang pendidikan,ada juga terseliuh,jatuh,bangunnya.Beliau saya kira tokoh hebat,dalam umur lewat 30 tahun beliau adalah seorang bekas Timbalan Qadi dalam bahagian Pendidikan,Pengetua Insitusi pendidikan,bekas Nazir,Bekas Imam besar (1) dikawasan beliau.Walaupun begitu,seperti yang saya katakan,'terkadung kaki dalam berlari' perkara biasa dalam kehidupan.

Beliau seorang manusia yang berada di pertengahan sebenarnya,meraikan pendapat Kerajaan Selangor,meraikan cara dan tingkah laku Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah(JPMK) dan (KBMK),meraikan celoteh anak-anak dalam persatuan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM).Beliau perlu membuat keputusan supaya 'hati sendiri tak sakit, mulut orang tak kata',begitulah perumpamaanya.

Walau apapun,yang berlaku beliau cekal menghadapi segalanya.Berkat sokongan pelajar Selangor disini dan seluruh yang masih menyayangi beliau, baik dari persatuan dan seluruh anak-anak Selangor,beliau teruskan bekerja dengan berdedikasi.

Akhirnya,dalam tulisan kali ini,saya khaskan kepada Ustaz Abdul Halim sekeluarga , sebagai tatapan pengakhiran perpisahan kita ini yang tidak kurang 3-4 hari lagi.

Ustaz Halim,tiada apa yang boleh saya hadiahkan kepada beliau.

Kenangan yang telah kita coretkan bersama,biarlah kekal hingga ke akhirnya,andai jodoh dan nyawa ini ditakdirkan berjumpa,kita akan berjumpa.Seandainya tiada waktu didunia yang mengizinkannya,bertemu kita di syurga Allah SWT yang kekal abadi,begitu juga kepada Ustazah Norlina dan anak-anak.

Semoga beliau bakal meneruskan perjuangan di Malaysia.Saya menulis bukan atas dasar anak murid,buakan atas dasar 'kenal lama' bukan atas dasar menyebelahi tetapi atas dasar manusia yang punya 'hati perut' dan mengangap beliau seorang 'AYAH'.

No comments:

Post a Comment