Sunday, February 7, 2010

HIMPUNAN BUKU ILMIAH SATU KEPERLUAN TAMADUN ISLAM.



Salam,

Kali ini suka saya bawakan pada rakan-rakan semua tentang pendedahan suasana ummah sekarang,suasana yang mampu membawa kita untuk berdakwah atau tidak,ada suasana menghalang,ada suasana yang menerima,hatta dalam kaedah syariah pun,AL-URUF menjadi satu kaedah rasmi bagi pensyariatan islam hingga kini sebagai dalil-dalil yang tidak disepakati.


Bagi suasana yang kita hadapi sekarang,kita menghadapai satu ilunasi penulisan yang mampu menarik minda pembaca dek faktor-faktor tertentu,adapun ramai manusia tidak berkemampuan membaca hasil tulisan fiksyen ataupun sebaliknya ini tidak menjadi penghalang bagi penulis muda untuk berkarya.Saya fahami dalam hal ini,mereka tidak gemar menulis akibat tidak ada permintaan dan kemahuaan dari pembaca.Ini yang menjadi persoalan kini,dek kerana kemalasan ummah yang melanda kini.


Tidak dinafikan kita banyak menggunakan dasar kerajaan yang bermanfaat pada diri kita,contohnya kempen-kempen membaca oleh perpustakaan negara dan selainya mampu menarik cakna ummah yang kian haus dengan tulisan ilmiah.Hanya dapat dikatakan disini taraf penulis itu juga menjadi faktor tidak berkembangnya karya mereka itu,contohnya gaya penulisan yang tidak menjamin apa-apa kesan pada ummah.Adapun sebaliknya remaja kini lebih pada penulisan berbentuk "sempoi" dan "santai",ini menjadi tarikan pada pembaca remaja yang kian digarap coretan barat.Tapi,ini tidak menjadi masalah,asalkan daya membaca ini menjadi nadi ilmiah pada ummah itu sendiri.


Di Malaysia khususnya kedapatan banyak kajian ilmiah yang tidak di popularkan akibat suasana di malaysia yang hanya memfokuskan pada sesuatu bidang dan tempat sahaja,contohnya dibidang akademik mahupun kawasan bandar yang pesat maju.Rakyat bandar kian dipersalahkan akibat kelembapan dalam bidang pembanggunan,tetapi banyak bukti daripada anak luar bandar yang menolak tohmahan ini dengan kehebatan akademik mereka dari sudut pengajian menengah.


Kini menjadi adat di Mesir,sebagai aktiviti tahunan, "MAAROD KUTUB" ataupun himpunan segala jenis buku,yang kita tahu akan dilaksanakan dikebanyakan negara besar,contohnya Mesir,Malaysia,Jakarta,LOndon dan Itali.Hal ini kerana,kajian ilmiah sangat menjadi keperluan kerajaan bagi menggarap minda rakyat agar senang dipergunakan,ini mungkin salah satu faktor,banyak lagi faktor negatif pada pengkhususan ilmiah ini.


Agar segala wacana di hari ahad ini,mampu membuka minda kita tentang persoalan kajian ilmiah dan tulisan ini,ana amirul amin hanya menggunakan nama pena ana sebagai (Lok) akan terus menulis bagi usaha dakwah ana ini.Ana tidak akan berhenti menulis untuk agama ana,untuk ummah ana dan keturunan ana,ini adalah salah satu usaha yang mampu ana kuasai kini.


Wasalam.

1 comment:

  1. Insyaallah pendedahan bg ummah dlm myebarkan dakwah ini akn tersebar luas.. bgus dlm coretan enta.. moga enta dpt mneruskan perjuangan dlm b'dakwah ini.. Allahu yubarik alaik..i.allah...

    ReplyDelete