Tuesday, February 9, 2010

DIMANA REALITINYA JUDUL(1)



Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir.(BKSAM)

Dalam penulisan kali ini,ingin saya bawakan satu pendedahan awal ketika mana saya berada di bumi Mesir ini.Di Mesir khusus nya kita mahasiswa Mesir terikat secara rasmi dengan Gabungan persatuan mahasiswa Mesir yang mana, jasa bakti mereka(persatuan) ini menjadi faktor pembanggunan islam di Tanah Malayu ketika dahulu dan sekarang Malaysia.Persatuan itu adalah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)sebagai persatuan induk mahasiswa mesir yang menjalankan amanah Allah selama 80 tahun bermula wala’ pertubuhannya pada tahun 1930 hingga kini.Badan Kebajikan Anak Negeri(BKAN) berada dibawah pimpinan (PMRAM),oleh itu secara redhanya (BKSAM) berada bergandingan bersama (PMRAM) dalam kerjaya Ulama’ ini.Segala konsep susunan pentadbiran ,disusun atur secara rapi bagi menikmati kemegahan ilmu di bumi yang tercinta ini.

Sejarah persatuan kecil ini(BKSAM) telah memberi banyak impak yang pejal dan mampan dalam memori mahasiswa Selangor hingga kini, mahupun yang sedang menuntut ataupun telah lepasan graduan Al-Azhar, yang mana kini telah menjadi tonggak ummah di Malaysia.Kadang-kadang sejarah hanya mampu dinukilkan,tapi sukar untuk diterjemahkan sebagai pahaman yang serius.

Pengkhususan rasmi bagi akal kita hanya tertumpu pada kajian ilmiah hingga kita terpaling dari dasar yang sepatutnya kita kecapi.Islam adalah agama yang teguh dengan kaedah yang menyeluruh dan perlaksanaan yang ampuh,seperti mana Firman Allah S.W.T. dalam kitab-Nya yang agung membawa maksud :

“Wahai orang-orang beriman! Masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhan,dan jangan lah kamu ikuti langkah-langkah syaitan,sesungguhnya ia musuh kamu yang nyata bagimu”
Surah Al-Baqarah Ayat ( 208 ) Juzuk (1),


Ayat ini jelas menerangkan kita mengenai dasar sebenar islam itu sendiri bahawa kondisi islam itu adalah merangkumi segala macam cabang hidup dari segi politik,ekonomi mahupun social hidup manusia.Ada daripada kita menghafaznya dan memahami tajwidnya dari segi mad asli dan mad farie ,tetapi sedikit sangat yang mengambil peluang dari ayat ini untuk di bentangkan dalam sejarah kehidupan mendatang.

Kini usia ini kian melonjak ke dasar paling maksima dimana klimaksnya pasti bermain disini,yang memastikan klimaks nya itu adalah kita sendiri dari sudut pentadbiran mahupun pendidikan. 45 tahun pentadbiran (BKASM) membawa satu ilunasi cahaya yang menyinar yang mana mengeluarkan mahasiswa islam Mesir Selangor dari kegelapan kepada cahaya ilmu Allah selaras dengan manifesto RasulAllah S.A.W untuk menguasai segala macam cabang hidup didunia ini .Oleh yang demikian siapakah yang harus memeliharanya daripada rosak dan hanyir? Sudah tentu mereka yang menghuni dan menetap dibawah pemerintahan Selangor kini. Apakah faktor keruntuhan masiswa kini di mesir? Siapakah yang terlibat? Apakah boleh diubati? Bersama kita nantikan episode yang akan datang.

Wasalam,
Muhd AmirulAmin Maula LokmanHakim,
8/2/2010,
Rumah Selangor ,Hayyu Asyir

No comments:

Post a Comment