Tuesday, December 21, 2010

Dasar Tranformasi Ahli Dalam Dunia Perubatan Mesir.

Salam Perjuangan,

"Perjuangan seandainya tidak diduga satu perjuangan yang pelik,maka kajilah perjuangan itu seandainya tiada onak duri didalamnya" Kalam Tuan Guru Ustaz Tuan Ibarahim Tuan Man.





Sekilas saya melihat bahang kehangatan pilihan raya bagi Persatuan Perubatan Mesir kali ini,tercuit rasa dihati ini untuk membuat sedikit ulasan mengenainya.Persatuan perubatan sememangnya dilihat satu persatuan yang sangat memainkan peranan yang cukup besar dalam melahirkan mahasiswa yang bercorak dinamik dan progresif.Dengan sikap dan gaya keterampilan yang sedia tertanam dalam jiwa bakal pimpinan kali ini, sememangnya satu corak perubahan bakal berlaku.Pasti disini ombak kesatuan dan perubahan bakal dicipta.

Melihat pencalonan dalam web persatuan mereka,saya melihat ini satu titik mula untuk seluruh mahasiswa Mesir membuka mata dengan seluas-luasnya.gaya penanmpilan yang cukup hebat dalam melaungkan isi manifesto mereka patut dicontohi.Bakal pimpinan di sebelah lelaki dan wanita masing-masing membawa wadah kesatuan yang jelas juga berkarisma.


'Disitu Bermula,Disini Berakhir.'




Salam Perpisahan.



"Kita bertemu kerana takdir-Nya dan kita berpisah kerana takdir-Nya"

Setelah 2 tahun perkhidmatan di Mesir,maka tibalah waktu kemuncak bagi Ustaz Abdul Halim B. Saljadi sekeluarga untuk kembali pulang ke Malaysia.Perkhidmatan Ustaz Halim dibawah majikannya, Kerajaan Negeri Selangor ini banyak membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan kebajikan pelajar Mesir khususnya pelajar selangor.Hubungannya yang baik bersama kakitangan kerajaan di Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) sering mendapat pujian pihak atasan dan para pegawai yang seangkatan dengan beliau.


Sunday, December 5, 2010

'Dikuburkan Tanpa Batu Nisan'


Pelihara lah Gerakan ini!
Kesatuan kita!




Assalamualaikum W.B.T

Salam sejahtera,


Pada kali ini suka untuk saya bawakn satu intipati baru dalam dunia mahasiswa kita,iaitu soal keperhatinan kita kepada dunia kita sendiri.Bagi pembaca sekelian,haruslah kita sedari bahawa kita kini bukanlah berpaksikan pada ketunjangan diri sendiri,malahan kita kini berada dalam suasana ke masyarakatan yang serius.