Thursday, March 25, 2010

FITNAH UMMAH PADA KITA!!!!!!

Firman ALLAH S.W.T :
“Barangsiapa yang mengambil selain islam sebagai agama(cara hidup),maka sesekali tidak akan diterima darinya.Dan dia di AKHIRAT termasuk orang-orang yang rugi” (Surah Al-Imran,Ayat 85)

Hadis Sohis Nabi MUHAMMAD S.A.W,
Diriwayatkan bahawa NABI S.A.W bersabda,” Barangsiapa yang mencari ilmu kerana selain ALLAH,atau ia mengkehendaki dengan ilmunya selain ALLAH,maka hendaklah ia menempatkan tempatnya didalam NERAKA



Dalam ruangan kali ini ingin ana bawakan satu perkara yang dapat dilihat melalui konsep penglihatan masyarakat pada ulama.Ulama adalah seorang yang berkelayakan dalam segala macam bidang ilmu dan mengamalkannya untuk dirinya dan masyarakat lain.Dapat dilihat kini bahawa manusia lebih mementingkan kelayakan ‘HISSIAH’(luaran) berbanding kehebatan ‘MA’NAWIYAH’(dalaman).Masyarakat hanya memandang golongan ini kepada beberapa kumpulan agamawan yang ingin membawa konsep pemikiran yang berlainan dengan mereka,oleh itu ramai dari golongan ulama ditentang dan ditolak akan pandangan mereka.

Perkara ini dapat kita lihat dalam penentangan ulama Selangor ketika mana dahulunya dipimpin oleh Al-marhum Sohibus Samahah Fadil Ustaz Haji Ishak Baharum yang menentang akan tidakan kerajaan sewaktu itu yang ingin mengadakan pertandingan ratu cantik,dan beliau juga aktif dalam mengkriktik kerajaan melalui dasar kuno dan zalim sewaktu pemerintahan Mahathir Mohamad ketika itu.Beliau juga lantang dengan berani memFATWAkan soal pengharaman rokok yang berkuatkuasa semasa beliau menjadi MUFTI ketika itu.Maka dengan kelincahan beliau yang mampu mengganggu-gugat permainan kerajaan maka,kerajaan Selangor atas nasihat kerjaan persekutuan ketika itu memecat Yang Berbahgia Tuan Guru ketika itu.Maka berlakulah spekulasi yang merosakkan perjuangan ulama kita sendiri.

Ini contoh yang dapat ana bawakan pada pembaca sekalian,kalau sahabat dapat lihat diperak jelas bahawa mufti yang dipertanggungjawabkan untuk mengatur sistem tadbir islam bertukar pada mengartut sistem kerajaan Malaysia.Ana pelik dengan ‘orang’ yang ana sangat kagumi suatu ketika dahulu,lancang ‘Muharibun ala riddun’!!,kalau bercerita soal murtad beliau yang akan tampil dalam soal ini.Apa yang mendukacitakan ulama ‘PERAK’ ini sengaja dok diam dalam dewan undangan negeri sewaktu dewan kucar kacir dek rampasan haram kerajaan BN pada waktu itu.Beliau hanya duduk dan memerhati gelagat pejuang HARTA dan pejuang MARUAH rakyat ketika itu.

Ulama yang disegani kini menjadi bualan bagai pihak mengenai soal beliau mengajak pada penyatuan melayu denmgan UMNO,dan beliau sendiri tidak menghormati ulama besar lain dalam jemaah PAS.Beliau sering kali bercakap soal perpaduan malah beliau sendiri tidak aktif dalam soal penyatuan ISLAM itu sendiri.
Apa yang dilakukan oleh DATO’ HARUSSANI ini jelas mengambarkan FITNAH kepada islam itu datang sendiri dari GOLONGAN AGAMAWAN,kita dok penat mengaji di universiti,tetapi mereka yang macam ini merosakkan kepercayaan masyarakat kepada kita sendiri,soalnya berapa ramai lagi ulama SU’(jahat) yang akan lahir??? Jelas dalam hadi Rasul S.A.W bahawa akhir zaman ini akan dilimpahi dengan ulama su’(jahat0 dari soal menjual agama dan lain-lain,sememangnya SURAH AL-HAJRU ayat 9,memberitahu bahawa ALLAH S.W.T pasti menjaga agama ini,tetapi adakah ini tiket untuk senang-senang mereka hancurkan agama ini??!.

Jadi sahabat yang dok ngaji agama ni(ayat kampong) banyak-banyaklah merenung soal masa depan ummah yang bakal kita hadapi,kini masayarakat Malaysia khusunya menolak ulama secara bulat-bulat.Segala apa yang dicanangkan ulama sering ditolak dan dipijak sebegitu rupa,sampai bila??!! Buat konsert,jalan… buat ceramah dengan ulama?? “ini xde permit”!! “ini salah”!! sampai bila lita selaku agamawan harus diperlaku sebegini rupa???????

(Muhd Amirul Amin) (7.30am) (Khamis,25/3/2010)

DAKWAH NAK KAT WANITA??!

DAKWAH NAK KAT WANITA??!

HADIS SOHIH MUSLIM :
“ Sesungguhnya dunia adalah sesuatu yang memiliki kelazatan,dan sesungguhnya ALLAH telah menjadikan kamu sebagai khalifah didalamnya maka IA akan melihat bagaimana kamu berbuat,maka takutlah kepada dunia dan takutlah kepada wanita,kerana sesungguhnya fitnah yang pertama kali menimpa bani Israel adalah WANITA

TELAH DATANG, DENGAN KATA-KATA INDAH :

“Sebaik-baik perhiasan adalah wanita Solehah”



Untuk kali ini,fikrah ana terus bergerak ke lapangan MAHASISWI ataupun mereka yang digelarkan WANITA.Wanita dari konsep kaca mata manusia adalah sesuatu yang bernilai,merupakan aset yang sanagt berharga hingga mampu menggoncang dunia,dunia kini memerlukan wanita yang aktif dala siayasi ataupun politik,dunia kini tidak lagi seperti zaman kejahilan dahulu dibawah pemerintaha barat yang menjatuhkan martabat wanita dan menjadikan wanita hanya sebagai pemuas nafsu serakah mereka.Ana gemar untuk berbincang secara terbuka soal sejauh mana pergerakan wanita ini? Ini menjadi titik permulaan perbincangan apabila ana terbaca tentang AKTIVIS MUSLIMAT,WHY NOT?? Dalam Majalah Al-Mitsaq.Ana dapat lihat disini melalui pengkajian kasar bahawa muslimat kini punya satu kecenderungan yang sangat kuat kepada perkembangan dunia.
Dunia yang serba maju kini harus menerima wanita menjadi perintis ilmiah dan syahsiah.Muslimat yang dipacu hebat dengan bimbingan sunnah mamapu kehadapan dengan sistem yang bercorank ‘jamaah’.Ini dapat kita tafsirkan bahawatidak ada penghalang bagi wanita global kini untuk mencuba kerarah dniawi.Statistik yang dibentangkan oleh Kementrian Wanita menunjukkan bahawa kuasa kerja wanita kian bertambah kepada pertausan yang membanggakan.Dengan ‘rukhsah’ yang diberika oleh kerajaan tentang cuti bersalin dan sebagainya menambah minat pada wanita untuk giat dalam bidang dakwah khususnya.

Kita dapat lihat juga dalam sistem pentadbiran Selangor melalui cadangan Yang Berhormat dikalangan wanita bahawa kerusi Dewan Undangan Negeri akan dibuka lebih kepada wanita pada masa akan datang.Ini bahawa wanita kini diperlukan dalam soal pentadbiran tertinggi.Soalnya mampukah wanita ini bergerak??? Ya!! Mampu,dengan kemudahan yang sedia ada,dengan kajian ulama MUASOROH kini bahawa wanita kini tidak payah untuk gusar dalam aktif untuk kehadapan.Dunia ekonomi juga merayu akan lahirnya jiwa usahawanita yang mampu berdaya saing dalam jualan import dan eksport,kuasa jual beli kini mampu diraih dengan mudah seandainya penguasaan ekuiti yang melonjak dari pihak wanita.Oleh itu wahai SRIKANDI,disinilah aktifias ekstra bagi mereka wanita,bagaimana berusaha untuk melawan arus globalisasi yang sarat dengan muatan-muatannya sepertiyang kita ketahui,dan yang telah memandulkan semnagat perjuangan islam.Disinilah tugas wanita dengan segala keterbatasanya,bagaimana untuk membangunkan ummat dan mengarahkanya kearah yang lebih kondusif untuk kegemilangan islam.Dan disini juga dakwah wanita menjadi ‘ghirah mujahadah’ kepada SANG SUAMINYA tatkala surut dan futur dari perjuangan.

Lebih jauh lagi,dengan segala keterbatasannya,wanita bukanlah bumeranguntuk memperdaya kaum Adam,akan tetapi ia justeru menjadi ‘masdarul wa’y’(sumber inspirasi dan koreksi) bagi kelangsungan hidup yang sebenar,untuk mencapai MARDHOTILLAH.Lihatlah contoh terhebat Siti Khadijah r.a yang menyelimuti akan Rasullallah dalam apa jua keadaan bagi membangkitkan semanga juang islam bagi diri baginda,dan Saydatina Aisyah r.a yang sering mendampingi bapanya ketika mana bapanya lemah tak berdaya akan kerenah ummatnya, mana hilang dua srikandi jelita ini????!!

Firman ALLAH S.W.T,
“ALLAH tidak membebani (kewajipan) kepada seseorang melainkan mengikut kemampuannya”Janganlah kita sering menjadikan batas untuk bermuamalah itu satu keraguan,bukankan kini ada ruangnya?? Jangan jadi sombong tidak berpelajaran,tetapi biar jadi somobong yang ada jalan,yakni ada pengetahuan,jangan biarkan diri dalam lingkungan keraguan hinggakan untu bertegur sapa yang dakwah pun sanggup membatu senyap tidak bergerak.Fahamilah maksud yang ingin ana bawakan.
Bangkit wahai puteri-puteri muslimat,agar jiwa lembutmu itu kental untuk ummah ini.Giatlah berdakwah agar ummah akan terus terpelihara,seperti mana kamu menjaga maruahmu,jagalah islam sebegitu rupa.
Muhd Amirul Amin @ (Lok)
(Khamis, 25/3/2010,8.30am)


Rujukan,
(AL-MItsaq,An-nisa,Aktivis Dakwah Wanita m/s 26)

ISU ATAUPUN KETERBUKAAN ILMIAH.

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan
tentangnya.Sesungguhnya pendengaran,penglihatan dan hati,semuanya itu diminta pertanggungan jawabnya” ( AL-ISRA : 36 )


ISU ATAUPUN KETERBUKAAN ILMIAH.

Salam bertemu lagi kita dalam ruangan ilmiah ini,diharapkan pada para pembaca dapat lebih input yang menarik dari penulisan ana untuk kali ini.Untuk lebih memudahkan bicara ana pada kali ini,molek seandainya kita renung kembali apa yang telah ana cuba bawakan pada sidanag pembaca sekalian,tentang keterbukaan melalui pemikiran mahasisiwa itu sendiri.

Ada beberapa perkara yang ‘kita’ cukup tak berpuas hati di ‘rumah’ ini.Dengan ikhlas ana katakan segala apa yang terbaik ana unjurkan dengan salam kesyukuran pada semua.Apa yang boleh ana katakan disini adalah keterbukaan kita yang sememangnya menjadi bualan isi penting cereka kita.Kita seharusnya faham dengan kreatif mengenai apa yang berlaku kini.Persoalan demi persoalan harus ditimbulkan oleh golongan ‘bawahan’ apabila bertalu telinga ini mendengar berbagai spekulasi.Tidak kira ianya datang dari mana pihak pun,kita harus pandang dengan dua-dua belah mata.
Isu yang menarik, suka nak bincangkan ,apabila sekumpulan kakitangan kerajaan melaksanakan tanggungjawab mereka di bumi bertuah ini,bumi mesir.Mereka datang dengan membawa risalah yang berbagai bual-bicara dari segala macam pihak.Apabila ianya dipersetujui oleh pihak pentadbiran,maka berlangsunglah satu pembentangan ringkas oleh pihak Kementerian Penerangan mengenai ‘1 Malaysia’ “Rakyat didahulukan,Pencapaian Diutamakan” ,lebih kurang 1 jam lebih pembentangan berlangsung,segala yang pahit harus ditelan oleh semua pihak.Itu tidak menjadi masalah,tetapi yang menjadi masalah apabila ada dari golongan pendengar tidak berpuas hati dengan penganjur,apabila tidak dibenarkan mengajukan soalan pada pihak penganjur.Ana juga ada diberi tugasan bagi solan berskop plihan raya di Malaysia,ana juga hampa dengan tidakan penganjur,nak buat macam mana sabar je la.
Mereka yang melihat dengan teliti akan ‘kenal’ dengan mereka yang benar-benar tidak berpuas hati.Itu adalah spekulasi yang dapat ana bentangkan,lebih menarik apabila episod ini bersiri,siri seterusnya, kepada pegawai yang membenarkan ianya diadakan di ‘sini’.Ramai yang terus berprasangkan dengan pegawai,”kenapa kebenaran diberikan pada ‘JASA’ ini”.Ada yang mengatakan “negeri ini dibawah pentadbiran PAKTAN RAKYAT apakah negeri ini memberi laluan pada program ini???!!” segala kata-kata dan tanda tanya terus berlalu dan bermain dibibir mulut semua pihak, hinggalah tiba pada waktu dialog bersama pegawai.

Ruang yang diberikan sangat berharga,soal kebajikan patut diambil cakna,segala yang berlaku pasti ada hikmahnya,ana terus tepuk dada tanya iman dan akal.Ada soalan yang menjerumus pada pebincangan di atas.Ada soalan yang mudah diterima dan ada hujah.Terus ditanya dengan soalan yang sama tapi mungkin isi suai soalan berbeza mengikut kreativiti pengaju soalan.Ada soalan tidak kreatif dengan menyalahkan beberapa pihak,tetapi kelihatan ‘bakal’ penjawab soalan faham akan ketidakpuashatian anak-anaknya.’Bapa’ yang faham akan kerenah anaknya terus menghentikan babak ini degan meminta agar pengaju soalan bertemu dengannya di bilik pentadbiran pada masa akan datang.

Peristiwa diatas bukanlah satu rentetan yang lengkap untuk ana bawakan,tetapi apa yang cuba dikongsikan adalah Apakah salah satu pembentangan mengenai “ 1 Malaysia”???! kadang-kadang kita sangat-sangat diselaputi dengan peristiwa silam hinggakan kita tidak mampu mengambil sesuatu perkara yang berbentuk ilmiah dan saqafah walaupun ianya tidak satu ‘geng’ dengan kita!.

Ana juga tidak menyokong ‘1 malaysia’ ini,tetapi ana menyifatkan pembentangan ini satu perkara yang wajib tahu untuk semua MAHASISWA MESIR yang sering ditohmah dengan cacian JUMUD dan SEMPIT oleh pihak di MALAYSIA,kita harus berjiwa yang serasi dengan semasa.Mungkin bagi ANDA ianya satu keburukan yang melampau,dan tetapi pada yang lain adalah satu perkara yang harus diketahui.Apakah kalau tidak tahu soal ‘1 malaysia’ kita tak boleh maju???? Qarar ke??? Harus diperincikan soal ini.Mungkin ada yang terasa pilu dengan tulisan ana,diharapkan,agar semua pembaca dapat mengambil iktibar dengan perkara yang ana sajikan ini.Sekadar ilimiah yang membantu akal untuk terus mengemudi ummah.Maaf teramat maaf pada semua,ikhlas dari ana.

Muhd Amirul Amin Maula LokmanHakim,
23 mac 2010,
10.33 pm,
Hayyu Asyir(Mesir)

Sunday, March 14, 2010

MENJANA KETERBUKAAN BERSAMA.

“Telah lahir kerosakan (mengakibatkan bencana, gempa bumi,kebuluran,dan segala macam)di DARAT dan di LAUT disebabkan perbuatan TANGAN manusia sehigga DIA ALLAH merasakan pada mereka sebahagian dari(akibat) yang mereka kerjakan agar mereka kembali(jalan yang benar).
Surah Al-Rum, Ayat -41-


Bismillahirrahmanirrahim…



Dalam coretan kali ini,ingin sekali saya membawa pembaca pada keluasan pemikiran yang saya ingin-inginkan selama ini.Sudah lama saya mahukan keterbukaan ini,keterbukaan dalam cetak pemikiran yang melebar kepada masalah global dan cara penyelesaian yang intelektual supaya jelas konsepnya bagi suasana (waqi’) sekarang .

Khususnya bagi himpunan pelajar komponen mahasiswa di Mesir ini,kita menerima berbagai jenis pemikiran yang mahukan satu kebaikan berlandasakan dasar islam itu sendiri.Berbeza dengan Malaysia,lambakan Mahasisiwi dari golongan wanita itu sendiri memaksa golongan mahasiswa dari golongan lelaki harus patuh dengan suasana yang tersedia.Oleh itu sudah tentu percampuran idea yang tidak sihat menjamin kemajuan mahasiswa di Malaysia.

Kenapa tidak sihat??? Ramai tertanya-tanya bukan,saya mulakan kajian saya sejak saya berada di Malaysia lagi,ketika tahun 2009 sekitar bulan 1-7,dengan kem-kem yang saya anjurkan,melalui kajian ini kaum wanita yang bakal menguasai kantong mahasiswa ini mampu menerapkan unsur yang tidak sihat pada mahasiswa lelaki.Kenapa?? baik,kita lihat,kini percampuran antara lelaki dan wanita adalah disebabkan ajakan wanita,mungkin tidak secara zahir,tetapi secara batinnya kita dapat lihat perkara ini.Walaupun ramai dari kita tidak gemar akan ‘popular’ nya fakta ini,tetapi inilah hakikat yang berlaku,oleh itu satu perubahan itu perlu dilakukan dengan menukar konsep pemikiran kita agar ramainya ‘player’ dari golongan lelaki menguasai menara gading.

Apa yang mahu saya sentuh bukanlah keterbukaan melalui percampuran
ini yang kita lihat berlaku di Malaysia,tetapi di Mesir ini,kita harus satu keterbukaan berbentu pemikiran.seperti yang telah saya lemparkan diperenggan pertama,di Mesir ini,lambakan pemikiran dari berbagai persatuan yang wujud,tidak kira umur bagi persatuan itu puluhan tahun ataupun setahun jagung ‘baru nak UP’ pun kian bercambah di Mesir,mungkin akibat peluang yang tersedia lebar bagi mereka oleh pihak kerajaan sendiri.Kita sedia maklum untuk mencantum dua pemikiran yang berbeza rah itu satu permasalahan yang besar dan mampu membawa kepada pertelegahan.Ianya ditegaskan oleh Luqmanul Hakim dalam kalam beliau yang menyatakan :

“Untuk mengalihkan sebuab batu yang besar dan berat adalah lebih mudah dan pantas daripada mengalihkan pemikiran sesutu manusia itu kepada maqam yang lebih baik dan sempurNa”

Kalam ini jelas bahawa bukan senang kita bersama mencari jalan yang mampu manghakis segala mehnah,tohmah dan fitnah pada mahasisiwa islam kini.

Saya sering bertanya pada rakan-rakan dan abang-abang yang lebih senior dari saya tentang perkara yang baru ‘nak’ ditanam ini,umpama pemilihan benih bagi proses penanaman.Saya mendekati sahabat yang lebih arif dari saya,rata-rata dari mereka menggangap penggabungan ini adalah satu risiko yang besar bagi kita semua.Adakah ini satu permasalahan?? Mungkin ada positif dan negatifnya dalam masalah ini. Kata Umar Al-Khatab dalam kalam beliau menyatakan :
“islam itu mungkin tiada seandainya tiada kesatuan(jamaah)”
Kalam ini jelas bahawa mahu tidak mahu kita harus berjammah dalam apa pun jua keadaan.

Dalam perbezaan pemikiran ini,kita harus melihat dari segi jenis penerimaan mahasiswa itu sendir,bagi mahasiswa baru mungkin isu ‘tak matang” itu menjadi faktor utama,tapi apakah yang ‘senior’ tidak punya peranan?? Gunakan medium dan maqam(kuasa) untuk keterbukaan ini.Saya rasa tidak sukar bagi kita seandainya kita buka peluang untuk berbagai persatuan untuk penggabungan ‘FIKRAH’ ini.Contohnya program ‘Talk-show” yang sering diadakan pada hari “saqafah” ini kita jemput mereka untuk mereka lontarkan pendapat da idea mereka bagi kemajuan ummah kini.Mungkin tidak selesa kita dengar bagi setiap isi yang mereka keluarkan,tetpi apa salah seandainya kita cuba??!! Kita hadkan isu,kita tetapkan masa,kita pilih soalan dari pendengar,itu yang semoleknya,

Wahai para penggerak kesatuan,kita kian maju kehadapan,mahasiswa yang bakal datang ke mesir kian bertambah-dan bertambah,dengan corak pemikiran yang sangat global dan mental yang intelektual ini memaksa kita pada proses penggabungan ini.Bukan dengan berterusan,tetapi kita buat secara ‘slow-slow’ insyaALLAH,kita mampu menghilangkan fitnah yang kiat menyelaputi kita iaitu mahasiswa Mesir “jumud” dan tidak terbuka.Bersama fikirkan….SAlam pertemuan yang seterusnya….

PEMIKIRAN YANG TELUS.



“Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar,sebagaimana yang diperintakan pada kamu dan(juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas.Sesungguhnya Dia maha melihat apa yang kamu kerjakan dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim(menggauli mereka dan meredhai perbuatannya) yang menyebabkankamu disentuh api neraka dan sekali-sekali kamu tiada mempunyai seorang penolong mu selain daripada ALLAH kemudia kamu tidak akan diberi pertolongan”
Surah Hud, Ayat (112-113)

Assalamualaikum W.BT,

Bertemu lagi kita dalam tulisan ini.sudah lama kita semua tidak bersua,mungkin dengan aktiviti yang terlalu mampat yang harus kita hadapi,didalam kiriman yang lepas,saya telah menerangkan kepada pembaca tentang persepsi pelajar Al-Azhar Mesir khususnya di medan Selangor ini.Ingin saya menyambung perbahasan saya dengan luahan sikap mahasiswa kini.Episod demi episod akan disajikan akibat lemahnya pemikiran kita dan kalahnya kita dengan maksiat

Gerbang mahasiswa kini makin di ‘islah’ kan.Istilah yang sama kita dengar dan kita tatapi dari segi pembawakan yang berbeza.Gerbang yang sama kita lihat,tiada perubahan,tetapi apabila kita bersama ‘islah’kan,ada yang menyalak dengan hujah yang keras tanpa melihat suasana yang berlaku.Oleh itu,hasillah mahasiswa baru yang angkuh,sombong,bongkak dan berada di ‘posisi’ kebingungan.Hidup dasarnya, pelajar yang memberontak,hinggakan perkataan mahasisawa itu dinasabkan pada perkataan “memberontak” itu sendiri.

Kita sedia maklum,perubahan kelakuan mahasiswa sendiri berdiri diatas daya pemikiran yang meluas ataupun sempit atas sesuatu aspek.Kita selalu hujahkan perkara ini,jadi tidak perlu saya ungkapkan lagi.Apa yang menjadi tanda tanya,pemikiran yang bercorak intelektual ini cenderung kearah mana? Kearah positif ataupun negatif?Corak kehidupan yang global memaksa manusia pergi kearah intelektual itu sendiri,tetapi harus kita pahami bahawa global dan intelektual ini membawa kita kearah libarisme yang melampau.Pembelajaran bercorak campur gaul antara lelaki perempuan menjadi qadiah(isu) yang biasa kita lihat.Sistem kokurikulum juga cenderung kepada kaedah “haram” ini dimana etika pendidikan juga tidak pernah melarang urusan “haram” ini.
Ini adalah antara satu isu yang besar dan harus ada penawarnya.Penawar yang paling rapat dengan kita adalah Persatuan yang kita dokongi.Di Malaysia,setiap menara gading punya MPP yang khusus, kita sedia maklum apa peranan yang ada pada setiap MPP yang bertanggungjawab atas masalah mahasiswa.Walaupun kita harus bergelut dengan pemikiran Pro-aspirasi yang sering mejual maruah mereka dengan KUASA yang pasti musnah dengan aliran perosak mahasiswa itu sendiri,namun begitu tidak menjadi masalah bagi kita untuk mempengaruhi golongan mereka ini, malainkan kita berpadu dalam melanggar idea mereka(aspirasi).

Jadi,jelas disini bahawa konsep pemikiran itu sendiri yang mempengaruhi darsar pemikiran mahasiswa kini,konsep penerimaan pemikiran yang meluas ataupun bercorak ‘keanak-anakan’ ini mampu menjadi batu pengukur bagi segala macam faktor yang timbul yang sreing kita lihat tentang permasalahn remaja didada-dada akhbar kini.Apakah persatuan yang ‘sempit dasarnya’ menjadi faktor kelembapan mahasisiwa dan mahasisiwi di Malaysia?? Bersama sahabat renungkan….