Thursday, October 29, 2009

Perbincangan di ShoutBox,kita hujahkan......

Salam buat rakan-rakan semua....
kini ana masih mampu mencoret sebuah kisah demi waktu yang terluang...

Dalam shoutbox yang terbaru ana terpanggil dengan komen yang diberikan oleh rakan-rakan sekalian.Ana tidak kenal siapoa gerangan beliau walaupun nama telah dilampirkan.Walau apapun,yang menjadi titik tolak disini masih ada lagi yang mahu bercinta dengan agama dan merindui isu didalamnya.Kini ana akan hujahkan bersama.

Ada yang mengatakan ana seorang yang berpegang kepada prinsip sendiri yakni "taksub" pada sesuatu hinggaklan ana tidak pernah mengambil isi atau fikrah dari yang lain dalam kosa kata hidup ana.Sebenarnya ulama muktabar mutakhirin kini, menyifatkan bahawa kita perlu memanifestasikan kata-kata dengan amalan kita.Mungkin ramai yang tidak paham dengan kalam ana,mahupun sebagitu yang terasa akan memahaminya.Selaku seorang bakal ulma' dan dai'e ana harus berdepan dengan ujian yang mendatang.Ana tidak perlu kisah denagn rintangan yang datanag dari pihak lawan khususnya.Tetapi dalam menjadi seorang yang berjiwa ulama ana akan menggunakan uslub kata-kata dengan terpelihara dengan itu segala perlakuan ana akan dipandang "siqah".Ini yang menjadi keperluang kepada kita sebenarnya,tidak kisah yang "da'ie" ataupun "mad'u"(yang didakwah) seharusnya bersikap terbuka dalam ruang lingkup islam sendiri.Jangan jadi jumud,jangan jadi bebas berfikir(sekular).


Segala yang terjadi sebenarnya rasa dengki kepada perjuangan seseorang,kamu boleh sekat perjalanan ana,kamu boleh matikan segalanya untuk mematikan ana,tapi kamu tidak akan mampu mematikan semangat ana selagi mana ana di bumi MESIR ini.Kalau kamu semua mengatakan cara dakwah ana berlainan dengan konsep kamu,kamu boleh katakan manakan sejarah telah membuktikan yang mendakwah tidak akan ramai dari yang didakwah.


Kesekian kalinya kita harus menjadi pembaca yang setia daripada menjadi pendengar yang leka.Kita mendengar ceramah daripada mengkaji apa yang disampaikan boleh merosakkan pemikiran kita(saqafah).Budaya malas membaja wujud dari semua insan yang leka dengan sifat mahu menentang tanpa mengkaji.Allah akan memenangkan musuh yang legih mahir dalam strategi perang daripada mukmin yang leka dan jahil dalam segi peperangan.Maksud disini kita perlu meningkatkan usaha kita dalam menaikkan syiar islam dimata akhirat dan dunia.


Akhir sekali,kepada semua pelawat yang mengunjungi blog ana,diharapkan dapat mengambil seidkit kata-kata ana sebagai ilmu dan yang buruk anada semua campak jauh-jauh.Tugas ana tidak berakhir disini,banyak lagi yanga ana harus teladani,seandainya ada kekurangan dalam penulisan ana,maka wajarlah pada anda semua menegur ana.Sudah sahih dalam hadis yang mana kita disarankan ingat-mengingati dalam mencapai isi kata mukmin sebenar.

Salam serikandi khulafa.

No comments:

Post a Comment