Wednesday, May 27, 2009

UMNO TIDAK AKAN HENTI CABUL UNDANG-UNDANG

Keputusan Mahkamah menidakkan keabsahan tindakan penggantungan 7 ADUN BN Perak oleh Speaker V. Sivakumar tidak mengejutkan. Ia telah dijangka seawal keputusan penggantungan itu dibuat oleh Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan DUN pada 18 Februari lalu. Realiti politik Malaysia menunjukkan hampir mustahil keputusan mahkamah boleh berpihak kepada Pakatan Rakyat, apatah lagi dalam kes yang besar seperti semua kes berkaitan rampasan kuasa ini.

Kes saman DS Nizar terhadap Dr. Zambry yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi juga pada dasarnya berdepan dengan kemungkinan yang sama. Amat ajaib sekiranya keputusannya nanti berpihak kepada DS Nizar. Kalau DS Nizar menang, betullah Malaysia sudah berubah.

Ada yang bertanya, kalau dah tahu akan kalah di mahkamah, kenapa tindakan-tindakan mahkamah itu dibuat? Apa perlunya membuang masa dan wang memfailkan tuntutan di mahkamah sedangkan dah tahu akan kalah?

Ini jawabannya;

Pakatan Rakyat perlu mengambil tindakan undang-undang supaya UMNO tidak mengambil mudah untuk selama-lamanya mencabul perlembagaaan, undang-undang dan demokrasi.

Rakyat Malaysia perlu diajak memahami perlembagaan dan undang-undang. Langkah mengheret UMNO ke mahkamah boleh memangkin keprihatinan rakyat terhadap kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan. Walau pun UMNO terus menang dengan mencabul mahkamah melalui pintu belakang dan tangan-tangan ghaib, rakyat akhirnya akan celik undang-undang sedikit demi sedikit.

Semua keputusan mahkamah berkaitan rampasan kuasa ini menjadi azimat yang sangat bermakna kepada Pakatan Rakyat. Penyokong PR semakin bersemangat untuk menguburkan BN. Apabila Mahkamah turut jadi parti komponen BN maka itu tandanya demokrasi sedang menuju ke pusara. Jika BN tidak dikuburkan, Malaysia akan jadi negara penyamun. Ketua penyamun ialah Perdana Menteri. Gerombolan penyamun utama ialah menteri dan timbalan menteri. Persatuan penyamun ialah parti komponen BN yang diketuai oleh UMNO sebagai parti penyamun utama.

Mahkamah membantu penyokong PR membenci UMNO untuk selama-lamanya. UMNO tak akan mampu lagi memujuk mereka dengan rasuah politik. Mahkamah juga telah menyempurnakan pengesahan status UMNO dan BN sebagai parti najis yang wajib dimuziumkan.

Dengan perkembangan ini, pemimpin Pakatan Rakyat tak perlu bimbangkan kesetiaan penyokong sedia ada. Kempen boleh difokuskan kepada penyokong UMNO kategori 'longgar' dan 'keliru'. Melalui pendekatan yang sesuai, adalah diyakini kelompok ini boleh beralih menyokong PR menjelang pilihanraya umum ke 13.

Sehingga kini UMNO masih berpegang teguh dengan prinsip politik Machiavelli dan protokol Zionist 1683 nombor 6 berkenaan 'cara menguasai rakyat' iaitu mengulangi pembohongan sehingga ia dipercayai sebagai benar. Malangnya UMNO gagal menyedari bahawa prinsip dan protokol itu dipraktikkan oleh Machiavelli dan Zionist secara bersama dengan prinsip dan protokol 'mengekalkan ilmu dan intelektual rakyat pada tahap yang rendah'.

Zionist berjaya meluaskan cengkaman mereka sepanjang 500 tahun kerana pembinaan intelektual yang hebat di kalangan mereka, bersama dengan pengekalan tahap intelek yang rendah di kalangan penduduk dunia. Apabila perkembangan ilmu berkembang pesat pada pertengahan abad ke 20, cengkaman Zionist telah sampai ke kemuncaknya. Suku terakhir abad itu menyaksikan kebangkitan kesedaran penduduk dunia menyanggah hegemoni Zionist berbekalkan ilmu yang tidak lagi dimonopoli oleh kelompok Zionist sahaja.

Politik Malaysia menjalani proses yang hampir sama. UMNO berjaya mengekalkan cengkaman politik sepanjang 50 tahun kerana majoriti rakyat cetek ilmu pengetahuan. Parti dan pertubuhan yang menentang UMNO gagal mendapat sokongan kerana rakyat mudah ditipu dan dirasuah oleh UMNO. Kebangkitan awal menentang UMNO hanya berlegar di institusi pengajian agama yang didokongi oleh ilmuan Islam. Gelombang kedua kebangkitan ini muncul di Institusi Pengajian Tinggi pada pertengahan tahun 70an dan memuncak pada pertengahan tahun 80an. Kedua-dua peringkat kebangkitan ini berkait langsung dengan faktor ilmu dan maklumat.

Hari ini UMNO masih mampu bertahan dengan baki penyokong yang cetek ilmu dan miskin maklumat. Majoriti rakyat yang berilmu dan celik maklumat telah pun meninggalkan UMNO. Kajian akademik di kampung-kampung Melayu membuktikan 80% penyokong setia UMNO ialah orang Melayu yang rendah IQ dan buta ICT. Kajian yang sama menunjukkan 70% orang Melayu berkelulusan STPM ke atas telah memilih PAS atau PKR. Jika Pakatan Rakyat dapat mencelikkan 10% penyokong UMNO sehingga mereka berilmu dan bermaklumat, adalah diyakini parti perkauman itu akan dipusarakan sebelum pilihanraya umum ke 14

No comments:

Post a Comment