Friday, January 29, 2010

Kepada semua awek-awek cun???? sila baca..... Kalau tak baca rugi~~~

Assalamualaikum... .

10 Sebab Wanita diseksa di akhirat

Mungkin rakan-rakan semua boleh try baca dan pahami secara mendalam apa yang saya cuba sampaikan disini,segalan janji-jani buruk ALLAH ini telah termaktub dalam Al-quran dan Sunnah serta kajian kitab Para Ulama,Mungkin dapat kita insafi bersama...



Berkata Ali r.a.: "Saya dan Fatimah telah pergi ke
rumah Rasulullah a.a.w, Apabila kami masuk ke rumah
baginda maka kami melihat Rasulullah s.a.w Sedang
menangis, maka saya bertanya kepada Rasulullah: 'Ya
Rasulullah Mengapa Rasulullah menanggis?"
Rasulullah bersabda: "Aku melihat 10 jenis seksaan bagi wanita antaranya:

1. Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya dan
otak di kepalanya mendidih.

2. Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya dan
tangannya dikeluarkan dari punggungnya dan minyak
dituangkan ke dalam kerongkongnya.

3. Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya
dari arah punggungnya dan air kayu zakum dituangkan kedalam kerongkongnya.

4. Orang perempuan yang digantung dan diikat dua
kakinya beserta dua tangannya sampai ubun-ubunnya dan
di belit dengan beberapa ular dan kala jengking.

5. Orang perempuan yang makan badannya sendiri dan di
bawahnya terdapat api yang menyala-nyala.

6. Orang perempuan yang memotong badannya sendiri
dengan gunting daripada neraka.

7. Orang perempuan yang berwajah hitam dan dia makanusus-ususnya sendiri.

8. Orang perempuan yang tuli, buta, dan bisu di dalam
peti daripada neraka sedang darahnya mengalir dari
lubang bahagian badannya sepertti hidungnya, telinga,
dan mulut. Badannya pula berbau busuk sebab penyakitkulit dan penyakit lepra.

9. Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi
dan badannya pula seperti keldai, mereka mendapatseksaan sejuta macam seksaan


10. Orang perempuan yang berbentuk anjing danbeberapa
ekor ular dan kala jenking masuk ke dalam mulutnya dan
keluar melalui diburnya dan para malaikat memukuli
kepalanya dengan palu mereka dari neraka.
Sebaik saja Fatimah r.a mendengar kata-kata ayahnya
itu maka Fatimah pun berkata "wahai ayahku,
ceritakanlah padaku apakah amal-amal yang telah
dilakukan oleh wanita-wanita tersebut.
Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda "wahai anakkuFatimah, adapun :

11• Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya,
kerana dia tidak mahu Menutupi (melindungi) rambutnya
daripada dilihat oleh lelaki lain. Iaitu tidak mahumenutup auratnya.

12• Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya
adalah keranadia suka menyakiti hati suaminya dengan
kata-katanya. Rasulullah s.a.w. telah bersabda
"sesaorang wanita yang menyakiti suaminya dangan
kata-katanya maka Allah SWT akan melebarkan lidahnya
di hari kiamat nanti selebar 70 zira dan akan mengikat
di belakang lehernya. Sesaorang perempuan yang
menyeksa suaminya dengan kata-katanya maka Allah SWT
melaknatinya mmaka para malaikat juga melaknatinya."
Dari Utsman r.a. berkata "sesaorang perempuan yang
mengatakan kepada suamminya dengan berkata "Aku belum
pernah melihat kebaikanmu" maka Allah SWT akan
menghapuskan amal kebaikannya selama 70 tahun,

>> Orang perempuan yang diikat dengan kakinya adalah
kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya terlebih
dahulu dan tidak mandi hadas besar. Yakni mereka yang
tidak mandi bagi membersihkan diri setelah kedatanganhaid dan nifas.

14• Orang perempuan makan badannya sendiri adalah kerana
berhias untuk dilihat oleh lelaki lain dan mereka yang
suka membicarakan aib orang lain.

15• Orang perempuan yang memotong-motong badannya
sendiri dengan gunting dari neraka adalah kerana dia
memsyhurkan dirinya dikalangan orang ramai, dengan
bermaksuk supaya orang melihat akan perhiasannya. Dan
setiap orang yang melihatnya akan tertarik kepadanya
sebab perhiasan yang dia pakai. • Orang perempuan yangdiikat kedua-dua kaki dan
tangannya sehingga sampai kepada ubun-ubunnya dan
dibelit dengan beberapa ular dan kala jenking adalah
kerana dia itu bolih bersolat, puasa tetapi tidak mahu
mengambil wuduk dan ia tidak mahu mengerjakan solat
dan tidak mahu juga mandi junub.

16• Orang perempuan kepalanya seperti kepala babi, dan
badannya seperti kaldai, adalah kerana dia suka
mengadu domba dan sangat suka sangat berdusta.

17• Orang perempuan yang berbentuk seperti anjng adalah
kerana dia itu ahli fitnah dan suka marah kepadasuaminya
Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah s.a.w.
telah bersabda bahawa: "Kalaulah semua yang ada di
bumi ini berupa emas dan perak, kemudian dibawa olih
seorang perempuan ke rumah suaminya, maka satu hari
dengan bangganya dia berkata: 'Awak ini siapa, semua
harta yang ada di sini adalah milik aku, engkau tidak
mempunyai harta apa-apa pun' .Maka sesungguhnya Allah
SWT akan menghapuskan semua amal baiknya walaupun amalitu banyak".
Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah
bersabda: "Seseorang perempuan yang keluar dari
rumahnya tanpa izin suaminya, sesungguhnya dia dikutuk
olih segala yang disinari matahari dan bulan sehingga
dia kembali ke rumah suaminya"
Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah
bersabda: "Apabila seseorang perempuan itu keluaar
dari rumahnya dengan memperhiaskan dirinya dan memakai
wangi-wangian yang harum dan si suami pula
membenarkannya, makasesungguhnya Allah SWT akan
membangunkan kepadanya setiap langkah isterinya itusatu rumah dalam neraka"
Thalhah bin Abdullah berkata bahawa dia mendengar
Rasulullah bersabda: "Apabila seseorang perempuan itu
sentiasa bermasam muka terhadap suaminya dan
menyebabkan suaminya itu susah hati maka sesungguhnya
Allah memurkainya sehingga dia tidak lagi bolih
tertawa dihadapan suaminya atau pun menggembirakansuaminya itu".
Wallahualam... ..
Harap dapat di panjangkan kepada rakan anda yang se
ugama, semoga mendapat rahmat darinya

Perbaiki Wajah Anda Semua....

Hukum Potong Janggut

Ada beberapa isu daripada kalangan guru-guru kaum Adam ( bukan Hawa) yang masih kabur tentang masalah memelihara atau membersihkan janggut. Ini menjadi masalah kepada mereka kerana mereka tidak pasti sama ada hendak pelihara atau cukur janggut mereka. Nah, di sini di bentangkan hukumnya menurut pakar rujuk Fiqh Islam Sunni Sedunia masa kini iaitu Syeikh Yusuf al-Qaradhawi daripa bukunya FATAWA MUASIRAH.

Termasuk yang urgen dalam permasalahan kita ini, ialah tentang memelihara janggut. Untuk ini Ibnu Umar telah meriwayatkan dari Nabi s.a.w. yang mengatakan sebagai berikut: "Berbezalah kamu dengan orang-orang musyrik, peliharalah janggut dan cukurlah misai." (Riwayat Bukhari)

Perkataan i'fa (pelihara) dalam riwayat lain diertikan tarkuha wa ibqaauha (tinggalkanlah dan tetapkanlah).

Hadis ini menerangkan alasan diperintahkannya untuk memelihara janggut dan mencukur misai, iaitu supaya berbeza dengan orang-orang musyrik. Sedang yang dimaksud orang-orang musyrik di sini ialah orang-orang Majusi penyembah api, dimana mereka itu biasa menggunting janggutnya, bahkan ada yang mencukurnya.

Perintah Rasulullah ini mengandung pendidikan untuk umat Islam supaya mereka mempunyai kepribadian tersendiri serta berbeza dengan orang kafir lahir dan batin, yang tersembunyi mahupun yang tampak. Lebih-lebih dalam hal mencukur janggut ini ada unsur-unsur menentang fitrah dan menyerupai orang perempuan. Sebab janggut adalah lambang kesempurnaan laki-laki dan tanda-tanda yang membezakan dengan jenis lain.

Namun demikian, bukan bererti samasekali tidak boleh memotong janggut di mana kadang-kadang janggut itu kalau dibiarkan boleh panjang yang menjijikkan yang dapat mengganggu pemiliknya. Untuk itulah maka janggut yang demikian boleh diambil/digunting ke bawah mahupun ke samping, sebagaimana tersebut dalam hadis rlwayat Tarmizi. Hal ini pernah juga dikerjakan oleh sementara ulama salaf, seperti kata Iyadh: "Mencukur, menggunting dan mencabut janggut dimakruhkan. Tetapi kalau diambil dari panjangnya atau ke sampingnya apabila ternyata janggut itu besar (tebal), maka itu satu hal yang baik."

Dan Abu Syamah juga berkata: "Terdapat suatu kaum yang biasa mencukur janggutnya. Berita yang terkenal, bahawa yang berbuat demikian itu ialah orang-orang Majusi, bahawa mereka itu biasa mencukur janggutnya."

Kami berpendapat: Bahawa kebanyakan orang-orang Islam yang mencukur janggutnya itu lantaran mereka meniru musuh-musuh mereka dan kaum penjajah negeri mereka dan orang-orang Yahudi dan Kristian. Sebagaimana kelazimannya, bahawa orang-orang yang kalah senantiasa meniru orang yang menang. Mereka melakukan hal itu jelas telah lupa kepada perintah Rasulullah yang menyuruh supaya mereka berbeza dengan orang-orang kafir. Di samping itu mereka telah lupa pula terhadap larangan Nabi tentang menyerupai orang kafir, seperti yang tersebut dalam hadisnya yang mengatakan: "Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka dia itu termasuk golongan mereka." (Riwayat Abu Dawud)

Kebanyakan ahli-ahli fiqih yang berpendapat tentang haramnya mencukur janggut itu berdalil perintah Rasul di atas. Sedang tiap-tiap perintah asalnya menunjukkan pada wajib, lebih-lebih Rasulullah sendiri telah memberikan alasan perintahnya itu supaya kita berbeza dengan orang-orang kafir. Dan berbeza dengan orang kafir itu sendiri hukumnya wajib pula.

Tidak seorang pun ulama salaf yang meninggalkan kewajiban ini. Tetapi sementara ulama-ulama sekarang ada yang membolehkan mencukur janggut kerana terpengaruh oleh keadaan dan memang kerana bencana yang telah meluas. Mereka ini berpendapat, bahawa memelihara janggot itu termasuk perbuatan Rasulullah yang bersifat duniawiah, bukan termasuk persoalan syara' yang harus ditaati. Tetapi yang benar, bahawa memelihara janggot itu bukan sekadar fi'liyah Nabi, bahkan ditegaskan pula dengan perintah dan disertai alasan supaya berbeza dengan orang kafir,

Ibnu Taimiyah menegaskan, bahawa berbeza dengan orang kafir adalah suatu hal yang oleh syara' ditekankan. Dan menyerupai orang kafir dalam lahiriahnya dapat menimbulkan perasaan kasih dalam hatinya, sebagaimana perasaan kasih dalam batin dapat menimbulkan perasaan dalam lahir. Ini sudah dibuktikan sendiri oleh suatu kenyataan dan diperoleh berdasarkan suatu percubaan.

Selanjutnya ia berkata: Al-Quran, Hadis dan Ijma' sudah menegaskan terhadap perintah supaya berbeza dengan orang kafir dan dilarang menyerupai mereka secara keseluruhannya. Apa saja yang kiranya menimbulkan kerusakan walaupun agak tersembunyi, maka sudah dapat dikaitkan dengan suatu hukum dan dapat dinyatakan haram. Maka dalam hal menyerupai orang kafir pada lahiriahnya sudah merupakan sebab untuk menyerupai akhlak dan perbuatannya yang tercela, bahkan akan boleh berpengaruh pada kepercayaan. Pengaruhnya ini memang tidak dapat dikonkritkan, dan keburukan yang ditimbulkan akibat dari sikap menyerupai itu sendiri kadang-kadang tidak begitu jelas, bahkan kadang-kadang sukar dibuktikan. Tetapi setiap hal yang menjadi sebab timbulnya suatu kerusakan, syara' menganggapnya suatu hal yang haram.

Dari keterangan-keterangan di atas dapat kita simpulkan, bahawa masalah mencukur janggut ini ada tiga pendapat:

1. Pendapat pertama: Hukumnya haram. Yang berpendapat demikian, ialah Ibnu Taimiyah dan lain-lain.

2. Pendapat kedua: Makruh. Yang berpendapat demikian ialah Iyadh, sebagaimana tersebut dalam Fathul Bari. Sedang ulama lain tidak ada yang berpendapat demikian.

3. Pendapat ketiga: Mubah. Yang berpendapat demikian sementara ulama sekarang.


Tetapi barangkali yang agak moderat dan bersikap tengah-tengah iaitu pendapat yang menyatakan makruh. Sebab tiap-tiap perintah tidak selamanya menunjukkan pada wajib, sekalipun dalam hal ini Nabi telah memberikan alasannya supaya berbeza dengan orang kafir. Perbandingan yang lebih mendekati kepada persoalan ini ialah tentang perintah menginai rambut supaya berbeza dengan orang Yahudi dan Kristian. Tetapi sebahagian sahabat ada yang tidak mengerjakannya. Oleh kerana itu perintah tersebut sekadar menunjukkan sunnat.

Betul tidak ada seorang pun ulama salaf yang mencukur janggut, tetapi barangkali saja kerana mereka tidak begitu memerlukan, kerana memelihara janggut waktu itu sudah menjadi kebiasaan mereka.


sumber:
al halal wal haram fil Islam
lil Syeikh Yusuf al Qaradhawi
DR YUSUF AL QARADHAWI"

Nak kahwin?? Mari hayati...

Hukum Bersanding Mengikut Perspektif Islam

1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)

Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:

(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.

Hukum Islam Terhadap Persandingan

1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee do we worship, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.

2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."

Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)

6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)

7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)

Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:

1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.

Rujukan
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.

http://www.geocities.com/isazalii/ruang_agama/hukumbersanding.htm