Tuesday, September 1, 2009

2 haribulan 9 satu cabaran baru.

-2.47pm
-1/9/2009

Disini saya mahu menukilkan satu kisah,tentang diri saya yang teramat resah untuk menunggu keesokan harinya.Saya tidak mengerti kenapa saya rasa gelisah,risau,serba x kena dan len2 lagi.Sedangkan penghijrahan saya ke mesir sememangnya satu impian yang saya nantikan,tp bila sudah tiba waktunya saya rasa serba tak kena.

Untuk pengetahuan semua,berbagai perkara yang bermain dalam fikiran saya,sambil menghitung jam dan minit untuk keesokan harinya,saya berfikir mengenai kemampuan saya untuk berjihad disana.Kalau orang berperang,mesti sudah berlatih lama.Tapi bagi saya,saya masih ingat latihan perang,tetapi sudah lupa cara tindakan bila diserang musuh.Maksudnya,saya ingat pengalaman2 sebelum ini tentang perjuangan menuntut ilmu,tetapi adakah kali ini saya mampu untuk menangkis serangan ujian dari ALLAH disana nanti.Iman saya sungguh lemah.Belum jejak dibumi mesir saya susah fikir macam-macam.Ini yang saya risaukan.


Waktu terus berlalu,bagaikan air yg memlaui hulu0hulu sungai menghala ke laut,saya terus melihat jam.Terus dan terus tanpa jemu melihat riak wajah bapa ku,Ibu ku,saudara mara ku.Bagi ibu bapa ku,banyak mereka berkorban untuk saya ke sana,wang ringgit dan segalanya tidak diendahkan.Saudara mara,adik beradik semua memberi sokongan dan mengharapkan komitmen dari saya.Saya bersyukur atas pengurniaan ini.


Saya melihat sekeliling bilik saya,bagai sayu melihat linangan air nata saya,saya lihat katil saya,bagai berkata selepas ini tiada lagi yang akan menghempapku.Pintu berkata selepas ni tiada lagi yang akan menghempas ku. Semua tu saya dengar.Terima kasih wahai makhluk ALLAH.


Kesekian kalinya,saya akan tunggu hingga ke pagi,menanti impian yang menjadi,melihat wajah pengharapan dari kalian.Khusus buat semua yang pernah mengenali MOHAMAD AMIRUL AMIN MAULA LOKMAN HAKIM.