Thursday, June 11, 2009

KERAJAAN PERPADUAN KAMI

Salam.

Dalam tulisan kali ini,saya mahu menyentuh mengenai sarana dari ustaz hadi mengenai "kerajaan perpaduan"


Dalam waktu yang lepas ulama tersohor ini pernah mengutarakan mengenai fasal kerajaan perpaduan.KOnsep dan cara penampilah kerajaan perpaduan ini.Seandainya perkra ini datangnya dari mulut seorang auliya' dan ulama juga seorang fuqaha' kenapa harus kita tolak?? adakah kita benar-benar memahami kaedah penyampaian ulama ini?? adakah beliau menggunakan kaedah balgahah dalam berkata-kata?? ini perlu kita ambil kira.Ulama tidak akan menyusahkan rakyat dan mereka yg dipimpinnya..


Kerajaan perpaduan yang disarankan oleh tuan guru ustaz haji hadi banyak menyentuh soal perpaduan dalam islam sebenarnya.Kalau berpadu dalam bangsa sahaja rosak jadinya.Bagi saya,apa yg mahu dikatakan oleh tuan guru bertepatan dengan quran dan sunnah.Sebelum ini kita pernah bergabung dengan parti NON-MUSLIM iaitu parti DAP.Ramai yg tekejut dengan keputusan ini,tetapi selepas diterangkan kepentingan gabungan dan pakatan ini barulah kita sedar hakikat sebenar pakatan ini.

Pihak kerajaan UMNO-BN bagai mendapat nafas lega apabila PAS mengutarakan mahu bergabung dengan UMNO-BN.Ramai dari pimpinan umno sorak gembira dengan keputusan ini bagaikan satu peluang bagi mereka mendapat lebih kerusi dalam perlimen lantas mengekalkan situasi politik yg dominan bagi mereka.Saya teringat kata-kata Tuan Guru NIK aziz apabila beliau mengungkapkan satu gambaran yang cukup jelas iaitu "kalau kita bergabung dengan umno sekarang ibarat kita menolak kereta yang rosak,apabila kereta telah hidup kita ditinggalkan".

Gambaran yg disampaikan oleh Tuan Guru sangat bermakna dan rakyat mula paham situasi sekarang.Kita bukan sahaja akan dimainkan seandainya kita DIBAWAH umno malah kita kan dikucar-kacirkan oleh mereka dari umno-bn.Kita lihat sajalah parti (PPP)kini sudah ada dua pemimpin Murugiah dan kayveas.Apabila Murugiah kalah dalam merebut jawatan tetrtinggi PPP itu mahu disaman pula kayveas.Hal rumah tangga umno-bn sendiri kucar kacir inikan pula mahu memperbetulkan hal orang lain.Gelak sendiri saya memikirkan gaya umno-bn ini.


Apa yang penting dalam memahami konsep kerajaan perpaduan ini ialah konsep "tasammuh" dalam apa jua cabang perkara yang kita lakukan.Saya percaya teman-teman dari PKR dan DAP akan memahami konsep ini dengan mengambil pendekatan islam ini.Saya mengakui PAKATAN RAKYAT tidak akan bergabung dengan pakatan zalaim iaitu umno-an ini dalam menubuhkan kerajaan.Tetapi apa yang kita dalam perhatikan disini PAKATAN RAKYAT harus menjadi PART yang DOMINAN dalam kerajaan Malaysia seandainya mahu menubuhkan kerajaan perpaduan.Ini bermaksud umno-bn berada dibawah belaan PAKATAN RAKYAT.Agar mereka umno-Bn ini tidak liar seperti mana mereka memerintah dahulu.Yang saya mahu ketengahkan adalah,JANGANLAH KITA MENOLAK BULAT-BULAT KATA-KATA ULAMA&FUQAHA DALAM HAL BERKAITAN SIYASI ini malah kita ambil pengajaran dari apa yang berlaku.Belia pas ti mencari perkara pokok dalam menilai hali ini dan menjadikan islam sebagai rujukan utama dan sepenuhnya pemerhatian.


salam perpaduam...

No comments:

Post a Comment