Thursday, June 11, 2009

ULAMA BICARA MENGENAI KERAJAAN PERPADUAN

PELBAGAI isu panas berlegar dalam masyarakat dan rakyat, amat memerlukan kupasan serta penjelasan oleh kepimpinan PAS. Jika tidak dirungkai akan berlaku kekusutan serta terbelit dalam kefahaman sesama sendiri.

Justeru, wartawan Harakah Terengganu, KHAIRUL AZLAM MOHAMAD mewawancara Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di kediamannya, di Rusila, Marang baru-baru ini bagi mendapatkan pandangan berkenaan isu-isu yang melingkungi dalam dan luar parti.

HARAKAH: Dalam agenda membentuk 'Kerajaan Perpaduan' atau 'Government Unity', adakah PAS masih optimis untuk berunding bersama Dato Seri Najib Tun Abdul Razak bagi merealisasikan hasrat tersebut?
USTAZ ABDUL HADI: Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang 'Unity Government' termasuk orang PAS sendiri dan di kalangan pimpinan pun ada yang masih belum faham lagi. Ini kerana, mungkin mereka sibuk, tidak berpeluang membaca buku-buku politik dan tidak membaca istilah-istilah politik.

Dalam politik ada kerajaan yang sepenuhnya, ada yang disebut'Unity Government', ada 'Coalition Government' dan ada 'Front National'. 'Front National' itulah dia Barisan Nasional (BN) yang ada pembangkang. Kerajaan campuran ini adalah antara satu parti yang memerintah dengan parti yang lain diajak sama dalam pemerintah dengan syarat-syarat yang dibuat.

Di mana kebiasaannya dia (parti) terikat, partinya terikat dengan syarat-syarat bersama dengan kerajaan dan tidak banyak perubahan dibuat. Dan PAS berpengalaman dalam dua kerajaan iaitu Kerajaan Campuran (Perikatan) dan Kerajaan Barisan Nasional.

'Unity Government' bukan Kerajaan Campuran dan bukan Barisan Nasional. Itu kena faham. Ini kerana ada orang PAS sendiri faham masuk Barisan Nasional dan kerajaan campuran semula. Ini menandakan tidak faham 'Unity Government'.

Harakah: Boleh Dato' Seri jelaskan apa yang dimaksudkan dengan 'Unity Government' ini?

'Unity Government' ini adalah Kerajaan Perpaduan yang melibatkan semua parti politik dan tidak ada pembangkang langsung. Semua parti duduk dalam kerajaan dan semua parti ini ada identiti, ada syakhsiyyah, ada kepelbagaian dan dia (parti) berhak untuk membangkang di mana 'Unity Government' ini membolehkan orang dalam Umno sendiri bangkang kerajaan.

Ini kita (PAS) memecahkan tradisi yang dibuat oleh Umno yang ada pada hari ini. Di mana orang Umno tidak boleh bangkang parti dia dan kalau bangkang dia akan kena pecat. Ini termasuklah, kita membebaskan Umno itu sendiri.

Ini kena faham dan dalam masa yang sama 'Unity Government' ini mestilah melakukan perubahan yang adil untuk semua rakyat. Ini termasuklah untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), badan kehakiman, pentadbiran.

Harakah: Boleh Dato' Seri kemukakan contoh-contoh apa yang dikatakan "Unity Government" yang dipakai di mana-mana?
Konsepnya mesti berubah dan bukan apa yang ada pada hari ini. Sebagai contoh, di Indonesia yang saya sebut tadi. 'Unity Government' di Indonesia berlaku pemisahan kuasa dengan 'SPR' atau Pemilu di Indonesia dengan badan politik.

Pemisahan kuasa dengan badan kehakiman, sehingga badan kehakiman di Indonesia boleh menyeret Suharto ke mahkamah, boleh menyeret Perdana Menteri dan Menteri-menteri ke Mahkamah jika melakukan kesalahan. Ini kita (PAS) hendak bersihkan negara.

Di Israel sebagai contoh, Perdana Menteri Israel pun boleh dibawa ke mahkamah dan disiasat. Ini 'Unity Government' dan pilihan raya di Indonesia adalah pilihan raya yang berubah. Di mana Barisan Nasional tidak ada hak memonopoli TV termasuklah semua parti boleh menggunakan TV.

Harakah: Tapi Dato' Seri, masih ramai orang yang tidak faham termasuk ahli-ahli PAS sendiri?

Inilah masalahnya. Ramai yang tidak faham dengan konsep ini. Rakyat ada kebebasan. Ini 'unity' biar kita kena faham. Apa yang saya rasa lucu, ada orang Umno yang membangkang dan ada orang Umno yang bersetuju.

Tetapi, orang PAS juga bangkang dia (PAS) tidak tahu. Ini menandakan, dia (orang PAS) tidak tahu apa 'Unity Government'. Barangkali kalau dia tahu bentuknya saya rasa orang boleh terima. Oleh kerana, ramai orang tidak faham, maka, saya tarik balik cadangan saya itu. Saya tarik balik sehingga orang kita faham betul-betul.

Harakah: Adakah cadangan Dato' Seri ini telah dibincangkan pada peringkat jawatankuasa tertinggi parti?

Sebenarnya, 'Unity Government' ini kita telah bincang dalam dialog politik di kalangan kepimpinan PAS Pusat. Kita telah membincangkan semua aspek. Aspek Barisan Nasional, aspek Kerajaan Campuran termasuklah 'Unity Government' dan ini juga menjadi perbincangan termasuklah aspek undi tidak percaya.

Dan termasuk 'Unity Government' yang saya kemukakan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi Perdana Menteri. Ianya disokong oleh KeADILan dan DAP.

Saya telah memaklumkan kepada DAP dan DAP menyertai dalam beberapa usaha yang dilakukan tetapi oleh kerana, kita melihat orang Umno sendiri takut hendak buat 'Unity Government' dan mungkin dia (pemimpin Umno) bimbang kerana akan ada orang dia (Umno) dibicarakan di Mahkamah, maka ia terhenti.

Harakah: Umno takut untuk teruskan?
Dia (Umno) tidak berani. Sebab itu "Unity Government' tidak jadi dan saya tarik balik cadangan saya. Saya yakin dan percaya pada suatu hari nanti orang akan terima cadangan saya, orang akan fikir balik. Apabila masa tenang balik dia (Umno) fikir balik.

Apabila keadaan yang munasabah. Dan 'Unity Government' adalah untuk membuangkan orang yang bermasalah dalam negara. Ini bukan sahaja dalam kerajaan tetapi juga dalam pembangkang sendiri.

Harakah: Apakah isu ini dijangka akan menjadi topik perbahasan hangat para perwakilan pada muktamar akan datang?

Ini akan menilai orang yang bercakap itu faham atau tidak dan dengan sebab itu, saya harap jika tidak faham usah bercakap nanti orang nampak kita tidak faham, kita jahil. Tetapi yang hendak bercakap (Unity Government) mesti yang faham.

Harakah: Apakah implikasi terhadap kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan KeADILan di Bukit Selambau?
Implikasi terhadap kemenangan PAS di Bukit Gantang dan Bukit Selambau sudah tentu kepada perkembangan politik tanah air. Sokongan kepada Pakatan Rakyat terutama kepada PAS sendiri.

Pertama, sudah tentulah terserlah jentera pilihan raya di semua tempat adalah jentera PAS yang memainkan peranan yang besar. Kedua, kerjasama yang erat antara PAS dengan parti-parti Pakatan Rakyat khususnya di kalangan bukan Melayu memberi implikasi Islam.

Di mana, kita telah berjaya memecahkan tembok pemisahan yang memisahkan antara kita dengan orang-orang bukan Islam hasil daripada kita memperkenalkan politik Islam yang terbuka kepada semua manusia bukan sahaja kepada orang Islam termasuk juga orang bukan Islam.

Harakah: Adakah ini kesan langsung dari dakwah PAS selama ini?

Keadilan Islam adalah mutlak dan kita telah berjaya merealisasikan konsep ini dalam pemerintahan PAS di Kelantan dan pernah di Terengganu. Dalam masa yang singkat pemerintahan PAS di Perak dan di Kedah dan kenyataan kita di negeri Pakatan Rakyat.

Hasil dari pelaksanaan yang ringkas ini telah memberi keyakinan awal kepada orang-orang bukan Islam menyebabkan mereka bekerjasama dengan jentera PAS. Bahkan, memberi undi kepada orang-orang PAS sendiri dalam pilihan raya di Bukit Gantang dan dalam masa yang sama kita berjaya memberi kefahaman kepada akar umbi PAS tentang pelaksanaan kerjasama.

Harakah: Maksud Dato' Seri, hubungan kerjasama itu makin erat dan dihayati sebetulnya dalam bentuk praktikal ...

Ya! Jentera PAS di Bukit Selambau telah memberi kerjasama yang baik untuk memenangkan calon KeADILan. Walaupun calonya dari bukan Islam tetapi mereka adalah dalam kumpulan yang bertahaluf dengan PAS dan akan memberi kekuatan kepada kerajaan yang dipimpin PAS di Kedah.


Ini sudah tentu ia memberi implikasi yang mendalam pada perkembangan politik tanah air. Maka, berlakunya satu anjakan paradigma di kalangan pengundi-pengundi muda orang Melayu Islam yang memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat termasuk PAS.
Ini ternyata, melalui saluran-saluran orang muda seperti saluran 3, 4, 5 dan 6. Saluran ini memberi kemenangan besar kepada PAS, walaupun saluran-saluran tua masih lagi menunjukkan perubahan yang sedikit walaupun banyak isu yang berlaku.
Harakah: Dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang, undi kaum Cina meningkat banyak. Apakah mesejnya itu?
Kita melihat pengundi bukan Islam telah mengundi PAS di Bukit Gantang dan memberi undi yang besar. Sebab itu, majoriti di Bukit Gantang adalah di luar jangkaan PAS. Ia di luar kiraan yang kita buat.
Ini kerana, ditambah dengan pengundi-pengundi yang bukan Islam. Saya sendiri telah memberi hujah untuk mengemukakan satu senarai calon di Bukit Gantang. Dan hujah ini dibincang bersama kalangan Jawatankuasa Politik PAS Pusat, kemudian mendapat sokongan daripada pengundi muda dan bukan Islam.

Ini perubahan yang berlaku. Sudah tentu dengan perkembangan politik tanah air khususnya di Semenanjung iaitu di kawasan-kawasan rakyat mendapat maklumat, celik politik meningkat. Walaupun media arus perdana yang dikuasai kerajaan dan disalahgunakan oleh kerajaan, cuba menutup kebenaran di pihak Pakatan.

Sebab itu, tidak pelik jika di Batang Ai kita menemui kegagalan kerana itu kawasan pendalaman yang rakyat tidak mendapat maklumat. Radio dan berita pun jarang-jarang dengar, apa lagi TV dan kertas-kertas undi dibawa dengan helikopter. PAS kurang yakin dengan ketelusan, keamanahan pilihan raya itu.
Harakah: Dari pengamatan Dato' Seri, bagaimana reputasi Perdana Menteri baru yang dipimpin oleh Dato Seri Najib?
Saya anggap ini kenderaan lama yang masih lagi kebocoran tayar, kelemahan enjin dan akan lebih parah. Ia berlaku, sejak pada zaman Tun Dr Mahathir dan ini bukan baru. Pada zaman Tun Dr Mahathir lagi sudah berlaku kelemahan-kelemahan ini dan Tun Abdullah Ahmad Badawi memikul dengan berat penyakit-penyakit itu dan penyakit itu tidak boleh diubat.
Sehingga zaman Tun Abdullah Badawi dan Najib mengambil-alih kenderaan yang sama. Cuma yang berubahnya nakhoda. Kapalnya bocor yang sama dan dibayangi gejala rasuah, dibayangi penyalahgunaan kuasa dan dibayangi oleh pelbagai jenis penyelewengan yang tidak boleh diatasi hingga ke hari ini.
Harakah: Jadi, perubahan yang dijanjikan oleh Umno dengan pelantikan Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri sekadar perubahan yang bersifat kosmetik. Apa komen Dato' Seri?
Begitulah! Kalau kita hendak kata secara jelas kerana sehingga hari ini tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan berlaku satu perubahan yang menyeluruh. Sebab itu, kita kata tunggu.
PAS akan lihat positif terhadap sebarang perubahan yang baik dan PAS akan menentang penyelewengan. Soalnya sama sahaja. Tiada perubahan bahkan lebih meningkat dari masa-masa yang lalu berdasarkan kemajuan yang dicapai.

Harakah: Boleh Dato' Seri mengulas sedikit beberapa keputusan mahkamah terutama dalam kes yang berkait dengan kemelut di negeri Perak?

Sehingga hari ini, saya tidak yakin dengan kebebasan kehakiman berlaku dengan sepenuhnya di negara kita. Dan tidak ada pemisahan kuasa di antara legislative dengan pentadbiran, dengan kehakiman.

Tidak ada dalam erti kata yang sebenar dalam pentadbiran mengikut sistem British. Apatah lagi mengikut sistem Islam. Dan British pun banyak mengambil daripada Islam dan membekalkan sistem pemerintahan kepada negara barat. Di sini berlakunya pemisahan kuasa yang diajar oleh Nabi s.a.w. pada zaman pemerintahannya. Dan pemisahan kuasa di antara politik, kehakiman dan pentadbiran.
Sehingga Nabi kita Muhammad s.a.w. dalam mengendalikan kes dia (Nabi) dengan rakyat dibawa kepada hakim yang dilantik, yang dibebaskan bercampuran dengan Rasulullah s.a.w. sendiri. Tiada campurtangan Rasulullah s.a.w. sendiri dalam kehakiman.
Ini pada zaman Khilafah dan cara ini diambil oleh British dan diamalkan di negara kita. Diamalkan pada zaman Tunku Abdul Rahman, masih ada di zaman Tun Abdul Razak dan makin lemah pada zaman Tun Hussein Onn dan zaman Mahathir lagi lemah.
Semua orang tahu bagaimana bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dipecat dan bagaimana hakim-hakim yang lain dipecat. Ini adalah gejala yang tidak sihat yang dimulakan pada zaman Tun Dr Mahathir dengan sebab itu, saya meragui zaman pemerintahan Najib yang dibayangi oleh Tun Dr Mahathir yang ada di dalamnya.
Harakah: Muktamar PAS dijangka akan diadakan pada bulan Jun ini. Beberapa jawatan utama pastinya dipertandingkan. Wajarkah 'pertandingan' di peringkat jawatan tertinggi parti itu?

Ini bukan kali yang pertama berlaku sejak zaman PAS mula ditubuhkan. Zaman Dato Asri Muda, zaman Ustaz Yusof Rawa, zaman Dato Fadzil Noor bahkan, pada zaman saya pun berlaku dalam muktamar yang lalu.
Tetapi saya yakin terdapat kematangan di kalangan ahli PAS dan saya minta kematangan ini dipelihara. Dan PAS hendaklah selamat daripada gejala-gejala politik yang tidak sihat seperti politik wang, politik ugut, politik melobi dan politik kempen yang melampau.

Apa yang berlaku, pertandingan atas dasar berlumba-lumba untuk mengerjakan kebajikan dan bukan berlumba-lumba untuk menjadi ketua dan berlumba-lumba mendapat kelebihan. Kalau berlumba untuk jadi ketua itu dilarang oleh Islam.
Kalau berlumba untuk mendapat fadhilat, untuk berada di medan yang hadapan, untuk menghadapi musuh dan menjadi sasaran kepada gejala-gejala politik zalim. Itu merupakan satu petanda yang baik dan itulah yang kita harapkan berlaku dalam PAS ini.

Harakah: Penilaian Dato' Seri terhadap cabaran dan harapan kepada Pakatan Rakyat yang menggabungkan kerjasama antara PAS, KeADILan dan DAP?
Harapan saya supaya Pakatan Rakyat diteruskan dan bagi PAS sendiri kita akan meningkatkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat. Sebenarnya, Pakatan Rakyat ini ditaja oleh PAS sejak zaman kita (PAS) bersama dengan Parti Melayu Semangat 46. Kemudian, lebih meningkat lagi dengan Barisan Alternatif (BA) pada zaman Ustaz Fadzil Noor dan pada tahun 2004-2008 ianya menjadi lebih matang lagi.

Dan kita mengharapkan mantap lagi pada masa yang akan datang. Harapan saya 'Pakatan Pembangkang' ini tidak berpecah. Kita bersatu dalam menghadapi Pakatan Kerajaan dan berlakunya dua parti dalam negara itu lebih sihat dan tidak banyak memecahkan rakyat.
PAS bersikap anjal atau fleksibel dalam menangani kerjasama di atas prinsip Islam dengan PAS tidak menjual prinsip dan PAS tidak memaksa parti-parti lain dalam pakatan menjual prinsip tetapi kita (PAS) boleh bekerjasama dalam perkara yang sama atau titik persamaan yang satu di antara kita bagi membuat perubahan ke arah yang adil, menentang kezaliman.
Di mana menegakkan yang adil dan menentang yang zalim merupakan perkara sejagat yang kita tidak berbeza antara satu sama lain.
Harakah: Sejak mutakhir ini dilihat kecelaruan berlaku dalam politik Umno-BN, bukan sahaja di Terengganu, malah di seluruh negara. Apa yang Dato' Seri boleh simpulkan?

Saya tidak mahu campurtangan banyak dalam hal Umno. Pengamatan saya dari luar itu lebih bersifat perlumbaan untuk merebut kepentingan. Royalti akan dipulangkan balik kepada Terengganu.
Ini sudah tentu banyak projek yang akan mencurah di Terengganu melalui royalti yang akan dipulang-balik itu. Mereka merasakan mereka tidak berpeluang lebih banyak melalui projek-projek ini, akan berrsikap haloba untuk mendapat kuasa itu. Kepada saya ini suatu gejala yang tidak baik bagi negeri Terengganu, cukup dengan berlakunya projek-projek haloba dari tahun 1978 hingga 1998.

Harakah: Ketika PAS berkuasa dulu, macam mana PAS betulkan kepincangan ini?
Apabila PAS cuba hendak buat pembetulan, kita telah dicantas melalui politik yang kotor. Daftar pemilih yang terlalu besar jumlah sehingga tidak padan dengan penduduk di negeri Terengganu. Dan kita sabar menghadapi karenah itu.
Kita tidak bertindak liar. Bahkan, saya pernah sebut di dalam Dewan Undangan Negeri (Dun), PAS pernah bersabar selama 40 tahun. Dari tahun pilihan raya 1959, kita menang dan kita jatuh. Kita tunggu hingga pilihan raya 1999 (40 tahun).
Kita boleh sabar, kerajaan PAS jatuh di tengah jalan dalam tahun 60-an. Kita sabar dan kita menunggu sehingga PAS menang tahun 1999. PAS pernah diguling tahun 2004 dengan cara yang begitu rupa dan kita bersabar.

Kita balik dengan lapan kerusi semula dan kita sabar menghadapi karenah-karenah ini. Saya percaya mereka (pemimpin) yang rakus dalam Umno tidak bersabar dalam melihat perubahan ekonomi yang akan berlaku bagi kepentingan puak masing-masing tanpa mengira dunia ditenggelam oleh gejala dan krisis ekonomi yang parah.
Sudah tentu Terengganu yang duduk dalam Malaysia akan menerima kesan yang sama. Sepatutnya, kita berfikir bagaimana untuk mengatasi masalah rakyat dan kekayaan yang dikurniakan oleh Allah SWT. Bukan kita berebut untuk mendapat projek dan merasakan kuasa politik yang ada ini boleh menghalang di kalangan tertentu mendapat projek dan berlakulah pergolakkan itu.
Harakah: Pakatan Rakyat sekali lagi bakal berdepan dengan pilihan raya kecil di Dun Penanti Pulau Pinang, ekoran pengosongan kerusi Adunnya, Mohamad Fairus Khairuddin daripada KeADILan. Apa harapan Dato' Seri?

PAS bersedia untuk menghadapi pilihan raya. Sebenarnya, PAS mempunyai cawangan yang banyak di Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti dan kawasan itu juga adalah kubu kuat PAS.
Insya-Allah, jentera PAS akan lebih baik daripada Bukit Gantang dan lebih baik daripada Bukit Selambau.
Apatah lagi, PAS pernah menghadapi pilihan raya di Permatang Pauh. Di mana, Dun Penanti berada dalam Parlimen Permatang Pauh dan kita mengganggap ini satu latihan yang paling baik bagi PAS untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang...

ULAMA TUNJANG KEKUATAN

KOTA BHARU, 9 Mei (Hrkh) - Polemik ulama dan profesional dalam kepimpinan PAS yang menghiasi dada-dada akhbar sebelum ini, kini hampir reda.



Penjelasan panjang lebar Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenainya dalam Harakah edisi terbaru seperti menjernihkan suasana.
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof berkata, isu tersebut sebenarnya tidak perlu diperdebatkan kerana sudah sedia dimaklumi sejak 25 tahun lalu.

"Apa yang penting bukan ulama secara individu yang dipertahankan sebaliknya institusi ulama itu sendiri.
"Majlis Syura Ulamak memberi segala panduan mengenai dasar parti biar pun kuasa eksekutif berada di tangan Presiden," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Kelantan di sini, hari ini.
Muktamar tersebut bertema 'Perteguh Kemenangan Lima Dekad Menerajui Perubahan' menyaksikan peralihan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kelantan kepada Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman.

Mohd Zaki Ibrahim tidak mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS negeri memandangkan faktor usia.
Sebelum berlangsung perasmian muktamar tersebut tayangan mengimbau kembali jasa-jasa bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Allahyarham Wan Jamil Wan Mahmood diadakan.
Sabki berkata, beliau menyokong penuh penjelasan yang diberi Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengenai konsep sebenar kepemimpinan ulama yang tidak meminggirkan golongan profesional.

Ketika berucap sebelum itu katanya, Majlis Syura Ulamak merupakan institusi paling penting dalam PAS bagi memantau perjalanan parti supaya berada di landasan yang betul.
Beliau juga berharap pemimpin PAS tidak menjadikan kedudukan dalam kerajaan sebagai tempat untuk mencari peluang bagi kepentingan diri sendiri.
"Sekarang ada di kalangan kita diuji dengan kemewahan kerana mempunyai kedudukan dalam parti dan kerajaan. Sedangkan dahulu kita diuji dengan kesempitan dan kedhaifan hidup.
"Oleh itu kita perlu dibezakan dengan perjuangan Umno yang berebut tempat dalam parti tersebut kerana ingin mengumpul kekayaan peribadi melalui kuasa dan pangkat yang ada," katanya.
Mohd Zaki pula mengingatkan pemimpin dan penyokong PAS tidak alpa dalam perjuangan seperti yang berlaku sebelum ini sehingga parti itu hampir kecundang di Kelantan pada pilihan raya 2004.

Menurutnya selepas mendapat kejayaan besar dalam pilihan raya 1990, PAS kehilangan 10 kerusi Dun pada pilihan raya 1995.
"Hasil kerja kuat kita menyebabkan lapan daripada 10 kerusi tersebut berjaya dirampas kembali pada pilihan raya 1999.
"Namun kesilapan yang kita lakukan lagi menyebabkan Umno berjaya meningkat semula prestasi mereka pada pilihan raya 2004 sehingga ketinggalan satu kerusi Dun di belakang PAS," katanya.

Oleh itu kata beliau usaha berterusan hendak dilakukan terutamanya bagi menarik sokongan golongan muda yang ternyata berjaya digembelingkan pada pilihan raya umum tahun lepas..

Friday, June 5, 2009

KEHANCURAN BANGSAKU

Bangsa atau agama???

Inilah antara tajuk lain yang saya akan bawakan kepada semua tentang kemunduran belia kini.Bersesuaian dengna hari belia yang diraikan kita seharusnya menjadikan islam sebagai tonggak utama dalam segala cabang kehidupan.islam adalah menyeluruh.Sejak islam disebarkan perkaranya tetap sama iaitu amar maruf nahi mungkar.Saya singkapkan perkara ini kepada semua belia yang masih biul dan jahil dalam menilai hal ini...

Ramai bel;ia mahu kan kerjasama yang erat dari puak umno dan parti pas.Baiklah saya akan terangkan,kenapa pas dan bn tidak boleh bersatu.Sebenarnya hal i ni telah diterangkan oleh para ulama dan ustaz-ustaz.Tetapi kita ni bersikap seperti orang yang mahukan kontrovesi je.Belia kini bukan suka dengan kuliah ataupun penmerangan agama,malah suka menyalahkan pihak atasan dalam parti kalau ada pergaduhan antara kaum.Macam bangsa,kalau kita bangga dengan bangsa tanpa kita ambil agama sebagai penguat ini akan menjadikan kita sama dengan yahudi,bani israel,kaum afrika yang mundur.Hal ini kerana perangai mereka sama macam belia kini,yang hanya mahukan bangsa itu kuat dan utuh tapi tak nak jadikan agama sebagai penguat.

Umno dan Pas tidak akan bekerjasama kerana antara kedua-dua parti ini mempunyai dua pemikiran yang jauh berbeza.Saya simpulakan Pas mengikut cara AL-QURAN malah umno menggunakan SIVIL dalam kehidupan.Ini nyata dan terang bagi anda semua belia.Tolonglah pahami perkara ini,belia perintis negara,belia yang akan mencorakkan dunia puluhan tahun akan datang.Seandainya belia masih buntu dalam berfikir dan sukakan hiburan semata inilah jadinya.


Bangsa satu simbol dan islam itu perlu dalam kekuatan simbol itu.Belia kini makain mundur.Khusus belia melayu.Inikah yang anda mahukan???
Bangsa yang anda agung-agungkan???? melayu????
bersatu????? bersatu tanpa islam???? itu kata-kata orang jahil dantidak berpelajaran.Kata-kata orang yang bacul dan kecut dalam mengatakan islam itu yang awal perlu ditegakkan.Berapa ramai belia yang dalam myspace ni nak menegakkan AGAMA??? ramai dari anda mahukan bangsa yang didahulukan. Bangsa melayu makin hancur.Melayu kian rosak dan tiada ubat untuk mengubatkan melayu selain ALQURAN.Seandainya bangsa melayu masih menolak agama islam dan alquran,masih menyokong budaya bangsat dari luar,, saya malu mengaku sebagai bangsa melayu,dan hanya mengaku sebagai orang yang hanya ada agama dan tidak punyai bangsa.



Saya mengharap agat belia pahami konsep ini,dan jauhilah sikap membodohkan diri sendiri.Rujuklah pada sumber-sumber yang sohih dan dipastiakan kebenarannya.Jangan cepat teripu.Jangan sering ternoda dengan hiburan kini.Bangkitlah melayu islam ku.

salam.

FAIZAL TAHIR

Assalamualaikum w.b.t

ya,kali ini saya akan terus membawakan topik-topik hangat untuk diperkatakan dan boleh juga untuk diperdebatkan.

tajuk kali ini adalah:

SAMPAI SYURGA

Sebenarnya tajuk ini saya dapat apabila ianya kelihatan dalam myspace ini,sebagai tajuk artikel,maaf seandainya anda katakan saya cilok ye.Baiklah,tajuk ini amat menarik hati kepada mereka yang merasakan syurga ini satu kepentingan apabila berada diakhirat kelak.Ya,saya percaya dikalngan pembaca hari ini cenderung dan mengharapkan syurga yang sememangnya hak milik Allah..


Kita boleH sampai ke syurga,tetapi adakah kita layak untuk masuk kedalamnya dan merasakan kehebatan nikmatnya?? ini adalah perkara pokok yang perlu kita teliti dan amati,dunia hari ini dipenuhi dan diisi dengan perkara yang negatif khusus dari segi makanan-minuman dan amnya kehidupan seharian kita.

Belia kini perlu sedar dan prihatin atas apa yang berlaku kini.Kerajaan makin lapar dengan pembanggunan negara tanpa mempedulikan soal kemantapan kemajuan belia itu sendiri.Walaupun kementerian belia dan sukan ditubuhkan tetapi mengapa masalah sosial yang melibatkan belia bagai cendawan tumbuh selepas hujan?? Hal ini perlu dijawab oleh belia sendiri,saya sokong usaha kerajaan dalam penjenamaan baru kearah pemprosesan belian kini,tetapi adakah kerajaan dan pihak berwajib menetapkan satu tempoh yang mana gejala syaitan dan laknat ini berakhir???? apakah gejala itu??? sama-sama kita fikirkan,


saya kecilkan kontekx tajuk kali ini kepada belia.Belia kini langsung tidak mempunyai wawasan dan hala tuju yang sempurna.Perjalanan beLia bagaikan cahaya mendung yang tidak kita ketahui sudahnya.Belia kini khusus kepada mereka-mereka yang bergelar remaja,masih buntu dan bodoh dalam menilai kehidupan.Yang bercinta masih leka dengan nafsu penipuan semata-mata.Yang menjadi samseng ataupun menggelarkan diri mereka 3LINE(PEKIDA) ANBG LONG,AYAHANDA yang palsu menjadikan diri mereka konon kuat dan tidak percaya pada undang-undang.Dimana penguatkuasaan kepada belia yang sudah hanyut ini????
masalah gay dan lesbian???
masalah bohsia????
masalah pelacur dikalangan pelajar (IPT)????
masalah rempit?????
rogol??? bunuh???? liwat???? cabul????? ragut????
semua yang terlibat dari kalangan belia.


Jadi,saya menyeru kepada kawan-kawan belia agar sama-sama kita perbaiki diri kita,kita bangunkan cara hidup kita,ini masalah ummah bukan masalah individu.Saya percaya kalangan kawan-kawan mengatakan hal ini adalah perkara remeh yang pasti akan selesai.Saya percaya kawan-kawan semua takut dalam melaksanakan ubat kepada masalh ini.Saya percaya kawan-kawan masih enjoy dengan dunia dan menolak apa yang saya ketengahkan ini,Kalau kita nak harapkah budak-budak yang sekolah agama dari peringkat rendah atau menengah tidak akan selesai masalah ini.Pelajar agama kini makin pupus,PIhak lelakinya pula makin hilang spesies nya.Kalau ada pon ramai juga dah terjerumus dengan pengaruh bangsat ini.Saya harap kita kan masuk kedalam syurga allah secara berjemaah dan tidak hanya sampai sahaja sebab tidak boleh masuk.

KENAPA KITA TIDAK BOLEH MASUK DALAM SYURGA??? XKAN SAMPAI
JE???

Jawapannya adalah kita masih belum menyelesaikan hutang ataupun tanggungjawab kita sebagai belia dan khalifah...

rahmatullahu fih...



KOMEN DAN KRITIKAN BOLEH DIHANTAR KEPADA YM SAYA.
LOK_SAMTAR@YAHOO.COM.

Thursday, May 28, 2009

TAKTIK UMNO,TAKTIK DURJANA.

Ha....
bertemu lagi dalam blog sy..
topik terbaru yang mahu sy ketengahkan adalah...

UMNO ADAKAN CERAMAH DI PENANTI.


Kita sedia maklum umno-bn sendiri telah memaklumkan bahawa hanya parti bertanding sahaja yang dibenarkan bagio membuat apa-apa perkara dari asas berkempen bagi tempat pilhan raya kecil.Hal ini,telah kita ketahui apabila umno-bn kalah di tiga tempat bg kubu kuat mereka.Mereka marah kalau calon PAS bertanding orang PKR buat ceramah,mereka marah kalau DAP jadi calon orang PAS yang bagi ceramah,jadi kini mereka buat perkara yang telah mereka tetapkan dahulu,adakah ini cara kotor lagi hina mereka bagi memenangi pilhan raya??? kalau menang pon,menang di peti undi tapi tidak dihati rakyat.


Apakah mereka telah lupa pada prinsip ketuanan melayu mereka?? mereka sering mengwar-warkan soal kepentingan melayu bumiputra,tetapi hakikatnya bagi parti sekuat itu mereka memalukan dasar kemelayuan.Sudahlah tidak mahu bertanding,kini main kotor pula,jadi rakyat mula sedar,kerajaan pimpinan dato seri najib makin rosak enjinnya,makin haus breknya,semuanya perlu di servis,oleh itu,kami akan pastikan dua pilhanraya kecil ini hak mutlak kami,dan seandainya ada taktik ataupun strategi jahat yang mereka canangkan kita akan lawan.


sekian sahaja tuliosan sy kali ini,ketemu lagi kita di isu akan datang.

Wednesday, May 27, 2009

UMNO TIDAK AKAN HENTI CABUL UNDANG-UNDANG

Keputusan Mahkamah menidakkan keabsahan tindakan penggantungan 7 ADUN BN Perak oleh Speaker V. Sivakumar tidak mengejutkan. Ia telah dijangka seawal keputusan penggantungan itu dibuat oleh Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan DUN pada 18 Februari lalu. Realiti politik Malaysia menunjukkan hampir mustahil keputusan mahkamah boleh berpihak kepada Pakatan Rakyat, apatah lagi dalam kes yang besar seperti semua kes berkaitan rampasan kuasa ini.

Kes saman DS Nizar terhadap Dr. Zambry yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi juga pada dasarnya berdepan dengan kemungkinan yang sama. Amat ajaib sekiranya keputusannya nanti berpihak kepada DS Nizar. Kalau DS Nizar menang, betullah Malaysia sudah berubah.

Ada yang bertanya, kalau dah tahu akan kalah di mahkamah, kenapa tindakan-tindakan mahkamah itu dibuat? Apa perlunya membuang masa dan wang memfailkan tuntutan di mahkamah sedangkan dah tahu akan kalah?

Ini jawabannya;

Pakatan Rakyat perlu mengambil tindakan undang-undang supaya UMNO tidak mengambil mudah untuk selama-lamanya mencabul perlembagaaan, undang-undang dan demokrasi.

Rakyat Malaysia perlu diajak memahami perlembagaan dan undang-undang. Langkah mengheret UMNO ke mahkamah boleh memangkin keprihatinan rakyat terhadap kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan. Walau pun UMNO terus menang dengan mencabul mahkamah melalui pintu belakang dan tangan-tangan ghaib, rakyat akhirnya akan celik undang-undang sedikit demi sedikit.

Semua keputusan mahkamah berkaitan rampasan kuasa ini menjadi azimat yang sangat bermakna kepada Pakatan Rakyat. Penyokong PR semakin bersemangat untuk menguburkan BN. Apabila Mahkamah turut jadi parti komponen BN maka itu tandanya demokrasi sedang menuju ke pusara. Jika BN tidak dikuburkan, Malaysia akan jadi negara penyamun. Ketua penyamun ialah Perdana Menteri. Gerombolan penyamun utama ialah menteri dan timbalan menteri. Persatuan penyamun ialah parti komponen BN yang diketuai oleh UMNO sebagai parti penyamun utama.

Mahkamah membantu penyokong PR membenci UMNO untuk selama-lamanya. UMNO tak akan mampu lagi memujuk mereka dengan rasuah politik. Mahkamah juga telah menyempurnakan pengesahan status UMNO dan BN sebagai parti najis yang wajib dimuziumkan.

Dengan perkembangan ini, pemimpin Pakatan Rakyat tak perlu bimbangkan kesetiaan penyokong sedia ada. Kempen boleh difokuskan kepada penyokong UMNO kategori 'longgar' dan 'keliru'. Melalui pendekatan yang sesuai, adalah diyakini kelompok ini boleh beralih menyokong PR menjelang pilihanraya umum ke 13.

Sehingga kini UMNO masih berpegang teguh dengan prinsip politik Machiavelli dan protokol Zionist 1683 nombor 6 berkenaan 'cara menguasai rakyat' iaitu mengulangi pembohongan sehingga ia dipercayai sebagai benar. Malangnya UMNO gagal menyedari bahawa prinsip dan protokol itu dipraktikkan oleh Machiavelli dan Zionist secara bersama dengan prinsip dan protokol 'mengekalkan ilmu dan intelektual rakyat pada tahap yang rendah'.

Zionist berjaya meluaskan cengkaman mereka sepanjang 500 tahun kerana pembinaan intelektual yang hebat di kalangan mereka, bersama dengan pengekalan tahap intelek yang rendah di kalangan penduduk dunia. Apabila perkembangan ilmu berkembang pesat pada pertengahan abad ke 20, cengkaman Zionist telah sampai ke kemuncaknya. Suku terakhir abad itu menyaksikan kebangkitan kesedaran penduduk dunia menyanggah hegemoni Zionist berbekalkan ilmu yang tidak lagi dimonopoli oleh kelompok Zionist sahaja.

Politik Malaysia menjalani proses yang hampir sama. UMNO berjaya mengekalkan cengkaman politik sepanjang 50 tahun kerana majoriti rakyat cetek ilmu pengetahuan. Parti dan pertubuhan yang menentang UMNO gagal mendapat sokongan kerana rakyat mudah ditipu dan dirasuah oleh UMNO. Kebangkitan awal menentang UMNO hanya berlegar di institusi pengajian agama yang didokongi oleh ilmuan Islam. Gelombang kedua kebangkitan ini muncul di Institusi Pengajian Tinggi pada pertengahan tahun 70an dan memuncak pada pertengahan tahun 80an. Kedua-dua peringkat kebangkitan ini berkait langsung dengan faktor ilmu dan maklumat.

Hari ini UMNO masih mampu bertahan dengan baki penyokong yang cetek ilmu dan miskin maklumat. Majoriti rakyat yang berilmu dan celik maklumat telah pun meninggalkan UMNO. Kajian akademik di kampung-kampung Melayu membuktikan 80% penyokong setia UMNO ialah orang Melayu yang rendah IQ dan buta ICT. Kajian yang sama menunjukkan 70% orang Melayu berkelulusan STPM ke atas telah memilih PAS atau PKR. Jika Pakatan Rakyat dapat mencelikkan 10% penyokong UMNO sehingga mereka berilmu dan bermaklumat, adalah diyakini parti perkauman itu akan dipusarakan sebelum pilihanraya umum ke 14

HANYA TIGA GOLONGAN SANGGUP BUNUH ULAMA

Oleh : Allahyarham YB Dato’ Haji Fadzil Noor

RANTAU PANJANG, 4 Mac - Sejarah dunia membuktikan terdapat hanya tiga golongan yang sanggup menentang dan membunuh ulama iaitu Yahudi, Komunis dan parti yang memerintah Malaysia.
Presiden PAS, Dato' Haji Fadzil Mohd Noor berkata, golongan terbabit sanggup membunuh ulama bagi mempertahankan survival politik mereka.Katanya, Yahudi bertindak ganas membunuh ulama di Palestin, manakala Komunis menganiayai ulama di negara bekas jajahan Soviet Union."


Ketika saya berkunjung ke negara bekas Soviet Union suatu ketika dahulu, ulama yang mahu menyebarkan syiar Islam terpaksa melakukan dengan senyap-senyap kerana khuatir dibunuh pemerintah Komunis," katanya pada ceramah di Pusat Tarbiyah Rantau Panjang di sini, malam 2 Mac lalu.
Hadir sama di majlis itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh, Ketua Penerangan, Haji Zulkefli Mamat dan Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Ustaz Hussin Ibrahim.
Dato' Haji Fadzil yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen berkata, parti yang memerintah Malaysia iaitu Umno juga pernah melakukan perbuatan serupa seperti orang Yahudi dan Komunis.
Katanya, Umno terlibat membunuh ulama di Memali pada 1985 sehingga menyebabkan ramai menjadi korban.Menurut beliau, sepatutnya tragedi seperti itu tidak berlaku sekiranya pasukan keselamatan menggunakan pendekatan lebih profesional."
Ustaz Ibrahim bukan menyerang pasukan polis, cuma mereka mempertahankan diri bagi mengelakkan ditangkap untuk dihumban ke dalam tahanan ISA."Sebelum peristiwa itu berlaku saya berjumpa dengan Ketua Polis Kedah ketika itu, bagi meminta jasa baik pegawai polis berkenaan supaya mencadangkan kepada Menteri Dalam Negeri membatalkan hasrat untuk menangkap Ustaz Ibrahim menggunakan ISA."
Sedangkan sebelum peristiwa itu berlaku Ustaz Ibrahim sudah berbulan-bulan tidak boleh keluar ke mana-mana kerana dikawal ketat polis," katanya.Beliau juga menceritakan, semasa Ustaz Ibrahim ditembak di perut, isteri, ibu dan ayahnya datang memangku.
Bagaimanapun malangnya pihak polis bertindak ganas dengan menarik isteri, ayah dan ibu Ustaz Ibrahim dan membiarkan dia mati keseorangan.Menurutnya, selepas kejadian itu berlaku, beliau sempat menatap jenazah Ustaz Ibrahim di Bilik Mayat Hospital Alor Setar dan melihat kesan-kesan tembakan di badannya.
"Apakah tindakan yang dilakukan anggota-anggota polis itu tidak dinamakan suatu kezaliman dan tindakan tidak berperikemanusiaan," katanya.Beliau juga mempertikaikan kenyataan Menteri Penerangan, Dato' Khalil Yaakob kononnya penayangan klip video Memali melalui RTM untuk menjelaskan perkara sebenar.Menurut Presiden PAS, penanyangan itu adalah strategi Umno untuk memburukkan PAS dengan menghina ulama yang sudah meninggal dunia.
"Apa yang dilakukan itu sebenarnya bercanggah dengan saranan Nabi Muhamad saw yang meminta umatnya mengingatkan orang yang sudah mati dengan segala kebaikannya," katanya.
Dato' Haji Fadzil juga berkata, agenda klip video terbaru yang dimainkan RTM mengenai Amanat Haji Hadi juga tidak akan menguntungkan Umno kerana mesej itu akan memperjelaskan perkara sebenar, iaitu agama dan politik tidak boleh diasingkan.

“PERKASAKAN RAKYAT, MUSNAHKAN UMNO’