Malaysia ke Pangkal Revolusi.
Hukum dan pandangan.
MUQADDIMAH
Saya bukan blogger ‘Pro PAS’ sudah tentu juga saya bukan blogger ‘Pro Umno’,namun apabila senario BERSIH 2.0 kembali lagi,ini membuatkan jari jemari sya menarin dengan penuh kecang bagi mengulas isu ini.Mungkin ramai yang sekadar membaca dan mengulas keadaan ini hanya sekadar perbincangan ‘Kedai kopi’ namun realtinya kita mesti menghurai apa yang berlaku demi kstabilan politik ‘Jiwa muda’.Walaupun saya berada di Mesir,namun semangat saya meluap-luap untuk berkongsi idea dan semangat tentang perjalanan HIMPUNAN RAKSASA BERSIH 2.0 dalam tempoh 2 hari dari sekarang.
Sudah 2 bulan berlalu,ura-ura dan khabar angin bahawa pihak rakyat ataupun dimonopoli oleh pembangkang mahukan satu himpunan raksasa bagi mendepani pilihan raya yang bakal menjelma.Dalam strategi dirancang padu oleh jawatan kuasa Bersih 2.0 sebegitu padu rancangan ‘Kerajaan’ bagi menggalkan ‘Himpunan ini’.
Segala lintas langsung pembaca boleh ikutinya di media arus semasa kini,sama ada untuk menggalkan ‘demo’ ini bacaan merujuk pada keratan akhbar kerajaan,dan menyokong ‘demo’ ini,pembaca terus menyelak lembaran pemikiran rakyat di laman pembacaan yang lebih bersifat sederhana.
A) FAKTA ASLI
Sekilas mengenai fakta BERSIH 2.0 ini :
1) Jawatan kuasa Pemandu Himpunan BERSIH 2.0 –
a) Dato' Ambiga Sreenevasan, Pengerusi
b) Andrew Khoo
c) Arumugam K.
d) Farouk Musa
e) Maria Chin Abdullah
f) Haris Ibrahim
g) Liau Koh Fah
h) Richard Y W Yeoh
i) Toh Kin Woon
j) Wong Chin Huat
k) Yeoh Yang Poh
l) Zaid Kamaruddin
2) MATLAMAT PERHIMPUNAN
Datuk Ambiga Sreenevasan menjelaskan bahawa matlamat utama Bersih 2.0 ialah agar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia memastikan senarai pengundi yang benar-benar bersih. Penggunaan dakwat hitam yang lebih dipercayai. Tiada sebarang unsur rasuah atau janji semasa pilihan raya. SPR hendaklah memastikan perjalanan kempen pilihan raya tidak kurang 21 hari agar semua dapat berkempen dengan sempurna dan menepati sasaran pengundi. Mereka juga menuntut pembangkang diberi kesempatan menggunakan media cetak dan elektronik yang lebih adil. Rakyat Malaysia di luar negara hendaklah dibenarkan mengundi melalui undi pos.
Matlamat ini telah dicetak pada baju T berwarna kuning yang perlu dipakai oleh semua peserta perhimpunan.
3) Bantahan
Pelbagai reaksi negatif daripada pelbagai pihak terutama dari Perkasa dan Pergerakan Pemuda UMNO. Perkasa yang dipimpin Datuk Ibrahim Ali mengadakan perhimpunan awal di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur . Mereka menamainya sebagai Gerak Aman. 1278 laporan polis telah dibuat di seluruh negara bagi membantah perhimpunan Bersih 2.0.
Bantahan daripada Perkasa
Datuk Ibrahim Ali menyatakan bahawa setiap negeri akan menghantar 20 buah bas ke Kuala Lumpur untuk menyertai perhimpunan membantah BERSIH 2.0 ini. Mereka akan berkumpul di perkarangan Masjid Negara, Dataran Merdeka, Perkarangan Stadium Merdeka dan Istana Negara. Beliau sendiri akan bermalam di Jalan Bellamy, Kuala Lumpur.
Pada 19 Jun , pelbagai risalah diedarkan dan kain rentang yang turut memaparkan gambar Ambiga dan tertulis "Awas!!! Ambiga Wanita Hindu yang Merbahaya". Majoriti orang Cina yang banyak terlibat dengan perniagaan diingatkan supaya tidak menyertai perhimpunan ini . Sebaliknya mereka hendaklah berkira-kira untuk menyimpan bekalan makanan.
Bantahan Pemuda UMNO
Pemuda UMNO diketuai oleh Khairy Jamaludin akan turut mengadakan perhimpunan yang sama pada hari tersebut. Pemuda UMNO akan menganjurkan Himpunan Patriot bagi menentang Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai itu. Himpunan Patriot ini mewakili 'majoriti senyap' yang tidak ada medium pada 2007. Mereka diketuai oleh Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Datuk Seri Reezal Merican Bin Naina Merican.
Namun segala perhimpunan yang dilakukan mereka yang bersifat ‘PROVOKASI’ tidak dihalang polis.Kenapa? Siapa yang punyai akal maka jawapannya seperti di benak fikiran saya.Zalim dan Konpromi jijik.
Sekilas diatas saya bawakan secara ringkas fakta asli tentang perhimpunan ini,namun yang sensasinya di dalam hiruk pikuk demostrasi ini,kita dapat melihat pelbagai reaksi para ulama tentang ‘Hukum berdemonstrasi’.
HUKUM Dari Kaca Mata Islam
Ustaz Fathul Bahri = “ Hukum perhimpunan ini, Haram! Haram! Haram!
Ustaz Dr Asri = “Perhimpunan bersih harus berjalan dengan bersih,tiada dalil bagi menghalang gerakan himpunan ini,selagi mana ianya tidak membawa kepada darurat,ianya harus! “
Ustaz Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat = “Seperti mana yang saya katakan sebelum ini,hukum berdemonstrasi adalah ‘Halal’ dan ianya diaplikasikan dengan kaliamah ‘Jemaah’ yang mana kita sering melakukannya apabila seruan azan memanggil kita sebanyak 3 kali.Namun dalam bahasa politiknya ia digelar ‘Demonstrasi’.Ianya halal tiada nas syarak mengharamkan sebarang perhimpunan yang membawa kepada kebaikan seperti himpunan di ‘Padang Arafah’ ketika kefardhuan ‘Haji’.
USAR Usrah Ilmuan Syariah = ‘Pendapat kami yang telah disepakati adalah.Hukum berdemo ini adalah ‘Harus’ dan yang menghalang demo ini adalah ‘Haram’.
Ustaz Anhar Opir (Pensyarah UPSI) = Ketika mana beliau menjawab kepada hujah pegawai penyelidik di kedutaan arab saudi tentang haramnya ‘Berdemo’ lantas beliau menjawab “Kesimpulannya, menggunakan kaedah yang betul dalam sesuatu bidang menjamin kemantapan dan ketepatan kesimpulan, ia lebih utama apabila dikaitkan dengan kacamata Islam. Buat mereka,” Nyata kaedah dalam meletakkan pengharaman pada hukum berdemo oleh pihak lawan adalah ‘SALAH’ sama sekali.
Saya boleh letakkan pelbagai hujah dari legaran pemikiran ulama tentang harus dan halalnya berdemo ini.Nyata ketika di ‘Tunisia’,’Mesir’,Syiria’ dan lain-lain negara timur tengah berdemo,sudah tentu ada ulama yang berpihak pada kerajaan mengharamkan demo,namun natijahnya seluruh ulama bersifat ‘Muktabar’ dan ‘Jumhur’ menerima hukum ‘BERDEMONSTRASI’ ini adalah harus dan sah disisi islam.namu yang mengrharamkan adalah Kerajaan Zalim dan ikutan yang Zalim seperti ‘Polis’ dan lain-lain.
Namun apa yang peliknya ramai dari pemuda dan pemudi yang masih tidak faham tentang ‘Rally’ BERSIH ini.Hanya menggangap ianya satu bencana besar bagi negara dan tiada faedahnya.Puas berdebat di Facebook dan laman penyokong BERSIH namun natijahnya membawa kepada ‘Carutan’ keji dari pihak mereka.Mereka ini ‘kesian’ kerana dimomokkan kecintaan negara kerana menuntut di Malaysia,akibat dipasak dengan fakta yang menyeleweng,mereka juga diselewengkan untuk membantu memberi kepercayaan kepada kerajaan.
Saya tidak mahu mengulas lebih panjang soal perhimpunan ini.Ratusan tulisan telah dicetak dan diedarkan namun hasilnya pelbagai anasir kotor untuk menggalkan ‘Perhimpunan’ ini.Lihatlah kepada Saterawan negara,suatu ketika dulu beliau menaikkan kualiti bahasa kita.Beliau banyak menghasilkan manuskrip indah lambang budaya bangsa.Namun apabila beliau keluarkan ‘Puisi’ indah demi tatapan kerajaan,beliau dituduh semacam perkara,nyata siapa yang berbakti kepada kerajaan bakal dikhianati kelak.Pak Samad bukti utama.
Pada 26 Januari 2011 berasamaan hari Rabu,saya telah mengeluarkana artikel tentang ‘Revolusi Dunia dan Peranan Dunia,Sedarkah Kita?’.Nyata waktu itu belum ada apa-apa natijah tentang kejatuhan HOSNI MUBARAK,saya hanya menyangka beliau akan menruskan pentadbiran walaupun tulisan saya mengecam beliau.Pada waktu ini,saya tidak tahu apa yang bakal berlaku apabila saya menulis artikel ini tentang negara kita.Moga pilihan raya yang adil dapat dikecapi.Saya juga menyangka kerajaan sukar untuk ditumbangkan akibat kuasa yang bertapak sekian lama.Namun,kalau Mesir mampu,Tunisia mampu,Turki mampu,Yaman mampu,Syiria mampu.kenapa Malaysia sekecil ‘Tahi cicak’ tidak boleh di gulingkan pemerintahnya???? Jawapan ada pada anak muda,yang tua bakal diseru tuhan dan ditanya perlakuan didepan ALLAH SWT dan kita pula bakal mewarisi takhta mereka,walau dengan apa cara sekalipun,kita layak berada diatas untuk menjadikan MALAYSIA negara yang AMAN dan SUCI dari politik KOTOR oleh kerajaan.
Saya ingin ulangi,saya bukan blogger PAS dan saya juga bukan blogger UMNO.Saya menulis bukan atas dasar kebencian politik.Namu menulis demi anak muda dan bangsa tercinta.Saya bukan melatah seperti SILAT LINCAH yang mahu bertikam keris dengan bangsa sendiri,Saya bukan seperti PEKIDA marahkan penggodam nama takhta mereka,saya juga bukan PERKASA yang mahu bergerak aman dengan parang ditangan.Namun saya UMMAT MUHAMMAD SAW yang mahukan pergulingan kerajaan yang zalim.Terkenang saudara semua pada ‘PERISTIWA MEMALI’ 1985.
Saya ulangi kata-kata ini :
“LET'S START TO DO SOMETHING,FOR A BETTER PLACE TO LIVE!!!!!!!”
Mohamad Amirul Amin Maula LokmanHakim
Exco Badan Kebajikan Anak Selangor Besir (BKASM)
Khamis | 7 Julai 2011 M | 5 Syaban 1432 H |18.50 PM | Kaherah Mesir.